Food & Travel

18 August 2015

Royale Chulan Hotel Kota Damansara 2015


Fuuh fuh fuh fuh! Shuuuuuuuh. Bersawang dah blog ni weh. Sian! 

Maleh yang amat. Bile tang rajin laptop pusaka tuh plak buat hal. Nak upgred mac gold baik pi buat plaster siling rumah. Gah! Laptop dah helok. Encik somi p hapdet plak window10. Sememeh mouse aku tak tau mana nak arah kan. Aku LOST! Features baru kate ko.. Nasib lah ni dapat jgk aku raba apa2 benda nye tuh. Haih. 



OK ni nak cite time PUASA hari tuh. Oh selamat hari raya yawls. Maaf zahir batins. Kakakaka dah expired. Takpe. Bermaafan tak perlu tunggu 1 lagi raya. Ye dak? Ampunkan aku if terkasar bhasa.

Since mood tengah IN nak deco2 rumah ni maka jadik lah ia. Confirm aku check in 2N kat Royale Chulan KD ni. Tambah plak dengan berhajat bsar nak berbuka puasa kat The Curve macam dedulu. So niat combo yang syahdu kan? Nak g Ikea + nak iftar = phew enak!

Berbekal kan RM210 kot 1 malam. untuk 2 malam kira lah sendiri. Without breakfast! 
Aku ade share info murah ni di page FB ku masa aku buat reservation.!


Serious! Front desk yang sempoi. Parking yang mudah, check in yang serba chill. Bilik pon cantik! I is suka. RM200 kot. Very the wahhhh kan? Ahh suka theme2 poteh cenggini. Sarah macam biasa.. 'yeay yeya! wotel' kate nye.


Happy baby happy mami!




Nak jugak la screen ala2 gitu. Hambeklah2 walaupon tang jamban je. Ahaks



Adohai anak!

Hotel ni paling best dia link dengan Cineleisure aka mall. Itu yang kita carik. Dulu dah penah rasa duduk di Royale Bintang yang dalam The Curve jugak tapi this time nak lah rasa yang ini plak. Lagipon hotel ni baru lagik. So y not to try kan? Kalau Royale Bintang link dengan The Curve nya sekitar Starbucks tuh. Kalau Royale Chulan plak betul2 dalam Cineleisure. Sekian.



Ni diantara facities yang ada. Since puasa, kami idok le berendam nya. Tetengok je. Sarah pon cam wat dunno je. Kalau dia beriya mau jugak aku turun petang2. Lagik pon pool die tak memanggil2 kat mata aku. LOL. Klau dah tak gemar tuh mcm2 alasan aku bg kan? Ahaks.


Ni kids pool die. Cenonit gilss. Dah mcm kolam ikan aku tgk. 


Besar dah anak dara aku. In few weeks je lagik nak turns 2. MasyaALLAH.


Sepanjang 2M kami kat sana, kami berbuka di Asam Pedas The Curve. (Lapar takde snap gambar) Kedai itu je yang nampak mudah di mata setelah frust menonggeng bila beberapa hari b4 berangkat baru nak tahu Marche dah tutup! Sedih gils lah. Ada ke patut die tutup. And tgk FB tak tahu lagik dorang nak bukak balik kat mana. Sadis. Aku rasa Marche tuh tiap2 tahun kot aku perabih mkn kat situ. Wlaupon semakin jauh kami dgn kota KL, kami tetap balik mkn kat situ. Tapi apakan daya. TOTOP sudah!

So memang dah plan kaw2 lah nak jejak makanan2 sedap kat The Curve ni. The Curve ni tempat kami bermain guli dahulu kala. Gituh! So nak buat selalu tak boleh lah kan? Makanya time2 macam ni lah kami lenjan kau2. Diantaranya

Ketam Steamboat. 

Nama dia dah tukar apa tah. Whatevs lah. Aku nak jugak panggil nama lama. Di IPC. Sodap!



Abaikan flow makanan berat ke arah 'sini'. Ahaks. TUh namanya tak nak Sarah capai ;p

Lain2 adalah kami tapau Teppanyaki untuk sahur, cabonara Italiannies untuk supper and blablabla. Alhamdulillah enak.


Pastu kat Hotel ni ada playground untuk babies. Aww suke lah si kenit ni bila ade slide and toys. 


Betul2 sorang die konker. If tak silap RM15 untuk sehari.



Sebelah ni plak ade ice skating. Kalau zaman2 mude mau jugak aku mencoba. Ni dah berhijab and banyak plak berjubah ape lah rope nak terkekwat2 dgn skating bagai kan? Idok le aku nye hai.


Memang sepenuhnya kami keluar masuk hotel and mall saje. Memang 101% mission complete. Alhamdulillah. 

Cuma bila kami shop di Ikea dengan barang yang banyak n troli TAK BOLEH bawak jalan ke hotel jadi serik plak. Perancangan disitu agak gusar. Bayangkan kami shop and ada kotak2 besar, nak masukkan ke kereta, parking plak di parking hotel. Nak bawak ke bilik plak, jauh berjalan kaki tuh ok lagi kalau diberi bawak troli keluar ikea dan IPC untuk masuk ke The Curve and Cineleisure. Ini tidak boleh. So apa kami buat? Sarah tidur di bahu ku, stroller Sarah yang kecik tuh dimuatkan dgn barang2 yang selagi boleh masuk. And encik suami lah duk berpeluh mengangkat brg. Cian dia. So next time kena ALERT bagi sesiapa yang berniat nak shopping and bermalam disini. Day 1 and 2 jalan2 and survey dulu or beli brg kecik2 dlu. Dah check out and park keta ke Ikea bru bole shop brg2 besar gabak. Oh tidak lah aku rajin nak ulang ikea 2-3x and hari kan? Haih.

Selamat sore.

19 June 2015

Swiss Garden Hotel & Residences Melaka 2015


Cuti sekolah aku p melaka. BAD experience jugak la. Dah la aku laki bini tak perlu kot bercuti time cuti sekolah. Tah cemana tah this time lupa nak elak. WAdoi! Sakit jiwa aku. Orang sibok aku plak sibok. Dah booking lama jugak. Belum cuti sekolah lagik. Selalunya double check cuti sekolah bila and elakkan. But this time melalut plak tak check. So ni lah kejadian dia!

Sampai2 dah pukul 3. Ayer Keroh memang terkenal dgn kejauhan ke bandar, traffic light bersepah sana sini. Pusat pelancongan segala zoo mak nenek kat situ AND cuti sekolah. Phew. And paling best this time package + bonus jalan tutup banjir sebab ada yang bocor maybe. Cool x? Tapi supsap2 dalam sejam perjalanan ke bandar. Itu pon rasa macam ok jugak lah kan! 
Nyesal tiada guna!


Location kat The Shore Mall tuh. January lepas aku ada ke majestic melaka and nampak dah this mall and hotel. Tapi bila aku google mall ni memang tak menarik. So lupakan saja. Tah cemana dari januay sampai mei tengok rakan2 blogger up percutian mereka di Swiss garden ni jadi macam nak pergi plak. Baru bukak plak kan? And promo! So lets. RM240 je if tak silap. Sebab tuh tak perasan cuti sekolah. Sebab murah sgt. Gah!

So pukul 3pm, sampai2 je terus parking valet. Sebab nya aku dah naik rimas manusia ramai. Masuk je entrance zassssssss ramai gile. Dah la lobby die kecik. Front desk die ciput cikoding. Hadoi. Nak check in beratur panjang mcm nak beli ticket wayang. GAMBAR NI TIPU. AKU AMIK HARI SELASA NAK CHECK OUT. Kami check in Sunday. Ok malang tak berbau.


Beratur panjang tup2 bilik tak siap lagi. Now pukul 3 lebih. Bilik mayb siap pukul 4-430pm. Perot dah drum and bass. OK lah aku terima dengan hati terbuka. Sebab aku nak pi makan dulu kat mall sebelah. Kakakkakakaa. Kalau dah kenyang tadi, tinggal nak heret kepala kat bantal, memang dia carik gado! Sebab aku lapa nak mkn NOW! Aku terima alasan ko. So dengan beberapa langkah kami ke mall sebelah makan Nandos and merayau2. Ngam 4pm lebih jugak la kot. Kami dapat bilik.

Erm lift rosak! Manusia ramai gila. Sana2 sini kaki 5 semua manusia. Macam kat pudu raya pon ada dengan letak2 bag sana sini. Rimas aku. Ok kena terima. Camtu lah bermasyarakat dak? Ok aku senyum. FINE!

Dah la bilik kami bukan hotel. Residence. Nasib aku dah paham and penah tengok rakan blogger stay residence, so tak la aku kamchiong sgt kan! So staff dia guide kami dengan beberapa family lagi utk ke bilik. Naik lift tingkat 3A, tukar plak lift. Bile keluar je lift tuh manusia ramai gila. Dah mcm ikot tourist guide pegi China akau rasa. Serius gila! Ala2 staff yg guide kami ni mcm tourist guide la. Sana sini dengan beberapa group skali jalan ramai2. Astaga! Memang failed!

Bayangkang tingkat dia sampai 40+. Lift ada 4 JE. PROMO tak hingat. Cuti sekolah. So ape la rupa nya agaknya. Korang bayang kan lah. Redah je lah labu.. Benda dah jadi. Ye dak?


Level 22 room 1 kot. Besar bilik dia weh.








Apa laa yang papa dia slow talk dgn dia tuh? 


Ok my bad. Kasut tak tanggal!




Besar kan bilik dia? So puas ati jugak la untuk RM200 semalam. Kalau tak cuti sekolah maybe aku akan dtg lagik kot. Cuma harga bilik tak termasuk breakfast. Kalau nak inc bfast, kena ke tingkat lain untuk purchase bfast voucher nya. Dengan keadaan yang slam mcm ni, aku tak rasa aku rajin nak ke tingkat2 lain nak beli2 bagai. And aku tak berani nak pergi bfast pagi2 dengan manusia ramai gila macam kat pudu raya. Lagi mau beli breakfast? 1st time rasa lucky betul bfast and bilik kira lain2. LOL. Kalau complimentary bfast, tak ke haru nak turun and hadap? Tak turun rugi. Ye dak? Nasib!


Sebab kan tak keluar breakfast, cenggini la ropa kami anak beranak lepak dulu. Anak ada je roti untuk di beri. Mak n pak la cam kena tahan sket. Turun mall bawak terus ngap lunch. Kan jimat? Aha.



Ni plak tarikan utama yang orang menggila ke sini. Confirm lah ini tarikan utama. Ahaks. Sebab aku pon terus tertarik bila tengok theme park cenggini kan? 


Masa sampai2 je aku rasa macam kagum je. Idea yang sangat menarik. Ke aku dah lama tak pergi theme park? LOL. Aku tengok satu2 slide, and percikan2 air tuh. Ahhh sronoknya... Cuma usia je yang menghalang. GAH! Ye ada hati tuh. Well.. 


Tengah2 macam cabin tuh gym nye. Coolest kan concept nye? Siapa de pancuran air kat bucu2 cabin gym tuh. Memang cantik lah.







Ini plak adults pool. Adult pool ni ada kat semua building kot. Concept nya adalah celah2. So bila nak turun and naik ke bilik, aku tengok 2 pacak building tuh ada celah2 pool longkang ni. So tak sure ada berapa pool. Kalau diikotkan rasanya every building la ada. X sure jugak residence and hotels ada berapa building. Nanti la kita sama2 google ye dak? heh.


The Shore Mall.


The Shore mall ni tak la happening sangat. Concept dah ada tapi barang2 dia cam so so je. Butik2 dia tah apo2. Cuma ada Tangs je dia cam ok sket. Makan plak ade Nandos, Seoul Garden, Sushi Zanmai kot, Sakae Sushi, Haagen Daz and apa tah lagi. Oh ya Starbucks and La Bodega. La Bodega dia agak ngeri. Alcohol is everywhere. Empire and klcc tuh macam senonoh la sket. Tapi tak penah masuk pon aku. Gah!

And activities lua The Shore Mall agak happening. Sangat dekat dengan River Cruise. Memang boleh naik kat depan tuh je kalau sapa2 yang berniat nak try cruise kat melaka ni. Cruise idok le mewah nye ye? Bawak budak2 best lah. 


Macam NYC tak? NOT!


Ha blakang tuh je port nak naik river cruise. Kat depan ni plak ada fountain yang cantik2 depan mata. Dah tuh ada bubbles beso2 nih. Layan plak aku tgk. Sarah suka! Memang time mandi modal dia buat bubbles. (brother ni rambut alfro ketaq! Tangan tattoo bagai, sekali main bubbles! Jadilaaa dak?)


So sapa2 nak try main boleh la pegi kat depan entrance the shore ni. Betul2 berhadapan starbucks port ni smua. Harga tak pasti.




Activites lain kami banyak pi dalam2 mall je. Pegi hnm, makan pon fast food mana yang sempat. Petang and malam baru keluar makan asam pedas. Eh apa hal dataran pahlawan tuh semua macam dah banyak kedai totop? Hatten Square? Erm The Shore ni pon cam suam2 kuku. Kemon Melaka clan. Takkan nak hadap jusco je. Satgi tutup semua bosan la aku. Tak kose dah ke mlk. Seremban pon ada jj. Haih. 


Asam Pedas Hajah Mona


Errr asam pedas ni memang selalu jadik 2nd choice kami. Tak la jahat mana pon. Dah tekak ni rasa claypot belakang tuh lagi sedap, dah mata ni nampak claypot belakang nuh lagi happening. So kena jugak kesini bila claypot nuh tutup. KAKKKAKAKA. Cit. Sabau je lah. Manusia punya la ramai. Cuti sekolah and option lain tutup. Yang opposite claypot tuh pokok besar ke apa tah nama dia, tutup jugak. Haih. Dah la cuti skolah, x nak niaga plak. Tak kan dua2 pon tutup hari yang sama. Claypot tu if tak silap memang tutup isnin. Tapi aku lupa. Cit.

Makan kat sini bro pakai serkup tuh amik order muke mcm ape je plak kan? Macam tetahu je aku regular cust claypot. Whatever la bang. Janji perut aku kenyang. Buat la muke tar sekali pon. Janji ko hantar makanan aku sampai. Ko penat, macam laaaa customer2 ko ni tak ada keje and tak penah penat mcm kau. Aku jem betul manusia kerja service tapi selalu buat muke. Rileks.. Kita semua keluar tenaga hari2. Tiap saat. Jangan kaget. Heh. 

Lupa sbentar kesah bro serkup tuh bila nampak mak ND masuk kedai ni nak makan. Ingat ade la ND nye sekalik. Alah xdok plak. HUhuhuhu. Tgk stegrem dia baru nak otw dgn kekasih hati nye ke mlk. Cit. (macam la klu ade ND aku nk mtk sign. Idok le temannnn)


The Shore Oceanarium.


Ni lah lain2 xtvt yang kami lakukan. Ni pon Januari lepas ada usha dari Mejestic Melaka. Tapi cam 'nanti2 lah'. So now baru lah ada kesempatan. Sebabnya hanya turun beberapa tingkat dari bilik dah sampai mall and Oceanarium ni. (err baru now aku tau apa nama tempat ni. Before ni aku duk panggil dia aquaria je walaupon aku tau aquaria klcc punya. feduliks!)

Entrance dia RM20+ jugak. Ada la kat group on murah tapi dah habis plak. Macam biasa, masa nak pakai tuh la habis, kalau tak tuh menarik2 ko depan mate aku nih kan? Adoih la. Tapi nasib ade option lain. Laki aku nampak voucher kat entrance hotel. 20% less. Tapi masa nak beli tix voucher tuh tah hilang kemana plak voucher tu. Boleh plak minah tuh nak jugak voucher samdol tuh. Ko tau tak voucher 3 segi kat hujung2 paper lama tuh? Ha voucher tuh je dia nak berkira. Dia nak jugak aku rempoh manusia untuk ke lobby hotel and amik keratan tuh. Hai nak bergado ke apa ni? Ok! Demi 20% less tuh aku gigih amik. Sebab dah boleh agak tak berapa berbaloi untul RM20++ kan? 


Ok masuk2 je ade la kolam yang boleh usik2 hidupan laut nih. Aku ko tau la semua nak cuba. So aku pon tak lepaskan peluang ini. Aww hello patrick!


Ini rupa bahagian bawah die. 




Piranha. 
Tapi kenapa piranha kat sini macam senonoh je rupa? Berbeza dgn klcc punya. Memang nak makan org la rupa dia.



Yang menariknya disini berbanding Aquaria KLCC is masa beli tix tadi dapat la kertas quiz seperti gambar di atas. Kena jawab quiz2 ni smua dengan cop yang dorang sedia kan di dalam. Cop di plk kat dalam tuh berada di setiap corner2 yang tertentu. Depends on soalan la. Kalau dia tanya pasal seahorse, carik la port seahorse kan? Lepas tuh tru or false nya kita cop la di ruang jawapan. Cop dia macam dalam gmbr kat atas. Ok ini fun! Aku leka. Laki aku pon tolong2. Kalau dapat jawab semua soklan betul, dapat hadiah. Gituh!

Orang2 lain pon leka mengisi. Ade la 1 bangsa tu, emak2 dah. Bole x jawab dr 1st check point, alih2 last check point intai2 org n main cop je. Aku memang annoying perangai burok centu. Tepek dahi dia dgn coral tuh tau lah. Dah mak2 kan? Senonoh la sket perangai. Kot malas toksah laaaaa join. Bukan tak boleh agak pon hadiah dia sure tah hape2. Tapi fun tuh yang kita nak. Heh. 

Balik rumah aku tanya laki aku. 
Seahorse jantan ke betina lahir kan anak???
Ikan apakah yang paling berbisa didunia?
Sebelum kejadian caterpillar jadik apa?
Kumbang ada berapa kaki??
Whale darah sejuk ke panas??

HAHAHAHAHHA fun kan fun kan? Ok berbaloi aku masuk this Oceanarium


Macam biasa. Lastttt sekali keluar kat kedai souvenir gini. Eh macam kat oversea plak. Redha je la beb bahawasanya anda berangan je. Melaka ni hah!


Tapi aku hanya beli fridge magner RM8.

Sarah? Kecut perut takot tengok fish besor2! Adoi la anak. OK lah mami pon bayar tix utk mami n papa. Sarah FOC. biarlah mami n papa yang feel the keadaan ye dak? Cit

Salam Ramadhan!