Food & Travel

14 February 2012

KATEKAN TIDAKKKK!!!!!!!

PENJELASAN JAKIM TENTANG HARI VALENTINE..
BACA!!! SEBARKAN!!! ADA ALASAN LAGI TAK NAK SAMBUT HARI VALENTINE NIE??
TANYA IMAN TANYA AKAL... BAB NI KALAU TANYA HATI NAK JE.. ISKHHH


"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

"Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

"Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya.

Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.

“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.

Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.

Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.

“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.

Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.

Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya.

Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.

“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.

“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.

Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad. - sumber di petik Eh Berita

Boleh baca link JAKIM:

1) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

2)http://www.islam.gov.my/sites/default/files/elak_sambut_valentine.pdf

3)http://www.islam.gov.my/awas-jerat-valentines-day

18 comments:

  1. setuju....
    valentine bukan budaya kita......

    ReplyDelete
  2. tu la dier..haih...mcm2 ragam manusia skrang...sedih betol la...

    ReplyDelete
  3. Salam Fabulous Me,

    Betoi sangat tu....ni semua bukannya budaya kita.....Apa salahnya kalau hari2 kita mengingati orang2 yang kita sayang.....tak payah la dok tunggu ada hari pulak nak mengingatinya....

    ReplyDelete
  4. Lambatna keluar fatwa ni. Seb bek aku tak de buat cerita besh pasal Valentine hehe

    ReplyDelete
  5. isk tak senonoh betul la kalo sesapa yg sambut V-day ni..lagipun budaya tu tak sesuai dgn agama dan bangsa kita..

    ReplyDelete
  6. Katakan tidak pada valentine..bukan budaya kita..

    ReplyDelete
  7. ignore jer 14/2 ni ...merepek btol

    ReplyDelete
  8. Saya baik, jadi saya x sambut valentine. hehehe :p

    ReplyDelete
  9. say no!

    kdg2 mnyampah dgn stesen tv yg asyik duk promote VD, ntah apa2 kan

    ReplyDelete
  10. ya betul.......mengarut ja kan..tambah2 budak2 muda yg xcited sgt nak sambut benda2 mcm ni

    ReplyDelete
  11. sokong!! say no to valentines!!!

    ReplyDelete
  12. salam FM

    alhamdulillah

    moga kesedaran berkaitan perkara2 yg melibatkan akidah ni terus bertambah dalam diri kita

    bab lain boleh main2, bab akidah mmg tak boleh buat main2 kerana boleh membawa kepada syirik yg kita semua tentu tahu hukum dan akibatnya

    ReplyDelete
  13. kalo makan pizza baru keluaran valentine boleh kan??? hehehehe...
    bukan celebrate tau tapi niat nak makan pizza jer...

    http://www.lidiasuraya.blogspot.com/2012/02/pizza-valentine.html

    ReplyDelete
  14. ehem..mama tak menyambutnya juga.. :)

    ReplyDelete
  15. eh sambut la...hak asasi manusio nih - karpal singh

    kurang ajar punyo singh!!

    ReplyDelete
  16. valentine ni dah jadi mcm commercial thing kat malaysia. masing2 nak kaut untung

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D