Food & Travel

28 April 2012

Pray Love Eat - Bali 2012

i4 apps
Sebelum aku muntah ijo. Baik aku spend sedikit masa malam ni untuk cerita pasal Bali. Dah agak lama aku pulang tapi tak up2 lagik cerita bali. Sebabnya gambar beribu2 lemon dari devices aku n suami. Bile digabong kan dalam 1 folder bole muntah berjemaah. TIDAK!

Tapi alhamdulillah, malam ni dah boleh sort sikit. **lagi nak muntah bila fikir bangkok n pattaya nak p dlm beberapa hari je lagi ni. And FYI 1 hape tak booking lagi dah tentu2 la tak tau ape pasal bkk/pttya! Belom gugle lagik! Syabas beteh! Buat lagi plan sbulan skali. Kan dah! Dah 3-4bln duk survey dari Singapore, Indon, Bangkok and Pattaya! Padan muke aku. Geografi ku sesat barat! Kan dah. Rase kannnn..!

Cukop bebelan tatkala loya membuak2 nih.

Lets BALI

Aku pegi dari 16th Apr(Ahd) - 21th Apr(Jmt). Tak yah la aku nak cita Day 1, Day 2 sampai Day ke 6 ye? Aku cite direct and infos sajo. Oraite?

Orang dah berkali2 ke Bali. Aku terhegeh2 baru nak pegi. Sebabnya aku taktau kenapa tak tertarik ke Bali. Dengan havoc yang hade, dgn flight yang mahal aku rase phuket lagi best. And gmbr org2 yang p belum tersingkap hati ku utk pegi until aku jumpe kawan lame aku p. Dreamland dan Uluwatu tempat yang menggamit utk ku kesini. 

Tapi nak bagitahu awal2 - Trip kami kali ni agak kurang keluar. Semua nya banyak lepak di dalam hotel saje. Sebabnya last minit aku cancel kan beberapa tour. Cuma 1 tour 1 full day je aku mampu pergi. Itu pon syukur alhamdulillah. Kenapa? Sebabnya aku keguguran kali yang ke 2 a week before terbang. And semua benda berlaku diatas kehendakNYA. Dah habis jaga elok dah. Siap nak cancel trip sbb baru tahu preg 5weeks. Tapi apakan daya. Kita merancang. Allah yang menentukan. So BALI kali ni adalah trip ku yang light and easy tapi sangat meaningful dr meaning2ful trip yang lain. Alhamdulillah. Rezeki tetap diberi walaupon lain2 cara. Ye dak? Terima kasih Allah kerana Mu ku masih bernafas, kerana Mu ku dilimpahi kasih sayang yang tidak ternilai. Sobs..

Sampai di Bali kami menaiki supir yang dah ngedate dgn kami sejak kami di Msia lagi. Siapa lagi kalau bukan dari Yanto. Tapi yang jepot kami di Ngurah Rai Airport bukan la pak yanto sendiri, tapi abang dia Pak Ali. Ok la untuk aku yang tak berapa nak larat nih. Dari awal aku dah inform dia yang aku kene cancel beberapa tour dengan dia dan beritahu keadaan aku cemana. Alhamdulillah. Dia ok sajo! Cam kat Bandung last minuted reschedule, die agak marah ye? Di bali idak. Tq Yanto. (yanto byk yanto ye? 2org aku deal, sume name ade yanto.heran plak aku) Kalau mahu perkhidmatan Yanto ini sila hubunginya di Facebook nya sendiri.. https://www.facebook.com/avrilianto Yang penting dia Islam. 

Kami memilih Hard Rock Hotel Bali untuk Rocking our life seminggu disana. Banyak jugak search di google and forum. Pelbagai jenis minat orang2 kita ni ke bali. Ada yang tak suka Kuta krn havoc nya. Macet nya. Bz nya. Nightlife nya. Dan pilih kawasan2 yang sunyi and sweet untuk penginapan seperti di Seminyak, Ubud, Nusa 2 dan lain2. Tapi pada aku yang bekas dari ahli gila2 nih baik la kami memilih havoc di malam hari. Kami ada pilihan. Berhoneymoon di dalam hotel, dan havoc di luar hotel. Hanya jalan kaki saja. 

So lets start with Hotel!




Kedudukan hotel betol2 hotel yang pertama di Pantai Kuta. Kira masuk2 je jalan tepi beach tuh hotel yang pertama adalah HRHB. Senang carik. Senang kerja aku.

Lets check in
Alhamdulillah. Perjalanan kami dipermudahkan. Check in settle. Dan sebagai member Hard Rock, kami diberi beberapa kelebihan dan voucher. Tq to HRHB marketing manager(Mr.Budiono) yang dari 1st sampai last day guide kami and sangat welcome di atas kedatangan kami. Memang i feel 'Bali' in your place la Budi. Tq so much. Hospitality negara jiran yang terbaik setakat ni. Kalau nak dikira keseluruhan YTL Majestic Melaka masih tetap no 1 dihati kami. 

Hampir seminggu kami disana kami lansung tak ada masa nak bosan. Happening setiap saat. Melainkan aku kene byk tido sebab ubat. Kene rest. Mak punya bebel masih segar di ingatan ku tika itu ;p lap u mak!

Jom tengok bilik beradu honeymoon ku. Deluxe Premier - Pool Excess.

The Honeymoon set. Love the bedsheet, guitars!

Voucher - TV - Tea 

Toilet tub yang ala2 jacuzzi. Besar dan Muat! Hiks
Hotel ni selalu menang beberapa anugerah Best Hotel yang di vote oleh pengunjung sendiri. Now baru ku tahu. Selain hospitality yang tiptop, hotel ni boleh dikatakan ADA SEMUA! U name it!

The pool

Membadak kan diri! Aku yg gile pool mmg hari2 berendam and sampai malam. Air die panasss! Best
Selain ada laut buatan kat pool ni yg siap pasir laut, pool die jugek ade Cabana n HRcafe utk order food!


Breakfast @ HRHB
Kami diberitahu lebih awal. Breakfast ni no pork. So consider tak halal la. Tapi kami turun untuk makan2 benda yang tidak kene mengena dengan x halal. InsyaAllah. Gua makan roti dgn omelette je bai!


Rock Spa @ HRHB
Selain konsep santai habis2an. Kami diperkenalkan beberapa Spa and Massage oleh Mr.Budi. Ye sudah ku katakan dari A sampai Z semua dia yang sarankan. Siap nak booking kan HRHP untuk kami on our next trip nih. InsyaAllah.


Tuh sikit sebannyak cita sal HRHB. Satg sambung balik pasai HRHB k? Kang jelak plak sape2 yang google  sal Bali tapi aku duk cita hotel je.. Huhu

Sepanjang kami kat sana. Kami hanya betol2 keluar untuk 1 hari je. Ada la keluar2 makan tepi2 sepanjang kuta. Tapi kejap2 balik bilik. Tapi yang 1 hari ni betol2 kami keluar dari pagi sampai ke malam. Yup 12jam! Itu pon aku mintak pegi mana yang penting and chillex punya tour. Xnk tekejar2. Mana yang dan sajork! Ikot kan kemampuan malas sebenarnya. Tapi alang dah pegi. Layanz!

Dengan berbekalkan kepercayaan sepenuhnya pada suami dan kami pon gerakkk bersama. Upah utk tour ini hanya 350k

Dalam jadual kami akan visit batik dulu.. Perjalanan ni semua mengambil masa 2-3jam naik atas bukit nuh. And turun balik. Lepaih tu naik plak ke gunung lain utk ke destinasi lain. Banyak koje kan? Imeh!

Batik
Bak kata Pak Ali, harganya agak lumayan. Tapi tiada paksaan!

Boleh lukis utk kita on the spot. If xde baju p beli tshirt kat dalam and die will draw for u.

Salah 1 tangkapan utk bonda. Colour soft pink actually. USD39

Padi Field Tegalalang -Entrance dlm 6k utk 2pax
Pak Ali cakap disini sumber air datang or turun sendiri ikot anak air yang asli. So selepas menuai bia kan p buat keje lain untuk menambah pendapatan. Tak perlu check2 air. ALLAH maha besar.



Ade cafe dan kedai2 if nak turun and minum2. Disini la Eat Love Pray buat movie kate Pak Ali

Tanaman Kopi - Kopi Luwak
Tanaman kopi di kawasan persendirian. Suasana kat tempat ni makin sejuk. Walaupon matahari panas terik. Kalau p bulan July-Aug if tak silap, boleh tengok tanaman limau. Musim! Tapi weols p Apr. Yaang hado..

Suke tgk kawasan2 ni.Semua ada.Semua ditanam sendiri. This is normal coffee.
Kopi Luwak
Ok mai nak cita kopi luwak ni. Kopi yang terrrrmahal diantara kopi2 ni. Memang terkenal di Bali ni. Kalau tak caya Google. Huhuhu. Kenapa dia mahal? Selain rasa yang fresh and sedap buatan dia jugak agak menyusahkan dan pelik2 belaka. Apsai pelik? Meh nak habaq mai.

Gambar 1st tu sangkar musang yang dibela atau liar. Tahi2 musang jatuh ditanah dan dikutip mcm gambar 2nd dan dibersihkan jadi mcm dalam gambar 3rd. Ye kopi luwak terjadi dari tahi2 musang yang memakan bijik kopi! Ye tolong pecaya. Sorry over geli sebab baru ni laaa tahu! Huhuhuhu.. Lagi liar musang tuh lagi sedap dan mahal kopi nya. Aku tak berilmu nak letak as a halal or haram for us. Tapi biar la aku mengharamkan utk diri aku. Kotor sgt kot. Baja taik lembu tak pa. Ini direct. Tapi terserah. Banyak benda haram aku tak lepas nak akur(aurat) jgn ditambah2 lagi la ye. Tapi kita semua ada pendapat sendiri. Tserah


Selepas dikikis sebijik2 dia pon goreng and tumbuk mcm dalam gambar ni.. Ni dorang siap tunjuk contoh pada kami berdua. Marketing beb! Lepas penat die tour 1 kebun tuh siap tumbuk and bagi rase kopi2 semua kecuali kopi luwak. No testing sebab mahal. Aku pon tak hingin!


Sedap kopi2 yang di bagi test. Dah la sejak menjak ni aku suke air panas! So lepasss test kami berkenan coffee chocolate and halia. Kenapa halia? Mcm msia xde jual. Sebab badan sekarang memerlukan pengeluaran angin! Ye kami beli utk minum di Bali

Sebelah kiri ni 100k and sbelah lagi 45k. Mintak kurang sekurang2nye! Yang hadoo. Sket je die bagi. Tp sdap!

Kintamani -Entrance kene byr dlm 10k untuk 2orang. 
Pak Ali kate lagi, kintamani ni gunung berapi yang penah meletus yr 1963 dengan 1997 tak silap aku. Aku dgr risau je. Ye la mana la tau sekali lagi yr 2012. Nauzubillah. ;p Tapi aku rileks  je sebab dah penah p gunung bekas berapi di Bandung. 







Aku edit gambar ni pakai phone dgn 1 sentuhan je weh! Memang tempat ni SubhanAllah cantik. Bukan edit semata2. Lagi cantik dari edit weh. Kene percaya. Sejuk.. Nyamannn je. Help! Tapi nyaman2 jangan sangka.. Sekali die mengamok. Nauzubillah. 
Tapi Pak Ali ckp lagi kalau die berapi pon dia tak usik rumah2 kat bawah2 tuh. Rumah tu memang dari tok moyang dulu memang dah ada. So lava die akan mengalir situ2 je. Mak ai! Tak la aku berani nak bayangkan. Ang lagi 1 di gigi2 tasik tuh ada perkampungan orang2 otai kat sana. Nak ke sana kene dayung sampan or boat. Xde jalan darat. 
Yang paling mengerikan dorang masih mengamalkan tradisi if mati dorang akan letak mayat kat pokok yg tepi or blakang rumah. Lama2 nanti mayat tuh akan pupus sendiri tanpa bau2an! Sebab pokok tuh pokok yang meresap bau. Hebat ye ciptaan Ilahi. Oh dorang non muslim. Hindu. 90% Bali ialah Hindu!

Krisna
Dalam perjalanan kami sempat berhenti di FO Polo Ralph Lauren. Bukan Ralph Lauren ye? So tak terkesima. Tengok2 and chow! Lepas tuh kami brenti di Krisna kedai souvenir yang paling murah katenye. Banyak lain yg ok kot tapi mata aku nampak ni je yang senonoh. So lets


Banyak beli kacang2 yang packet2 tuh. Gile murah. Packet besar dalam 3-5 hengget jerh! Yang gmbr kat atas tuh is kulit ayam goreng and lagi 1 nangka goreng. Sangat sedap. Tapi kulit ayam tuh aku buang. Sebab geli! LOLz. Aku beli2 tak fikir beg masing2 hand luggage je. Selain tuh ada la beli2 selipar jepun comel nih. And beg mengkuang untuk bonda. Cantik sangat. Colour mustard. Nak sebenarnya tapi takkan aku nak peluk due duk dlm flight. Ober!

Uluwatu Temple-Entrance 30k 2pax
Dah naik gunung ganang ke tempat2 di atas, kami mula turun dan naik ke gunung lain pula ye? Sangat! Tapi alhamdulillah. Penat2 aku, ade 3,4x tertido dalam kereta. Hubby agak lega bila tgk aku sempat tido sebab aku bukan jenis suka tido lagi2 lah tido dalam kereta. 








Memang tergamam dan terkesima dengan permandangan yang indah ciptaan Ilahi. SubhanAllah... Alhamdulillah kerana diberi nafas dan rezeki ke sini. Pengalaman baru utk aku nak tengok ombak2 besar menggile and cantik mcm ni. Permandangan yang indah. Sangat indah! Tapi suami dan aku sendiri sama sekali tak menggalakkan mengambil gambar temple2 dorang ni. Tah tak suke. Ni pon terpulang pada individual. Aku ke Bali untuk menikmati keindahan alam. Bkn keindahan lain. So tak kan ada la gambar kami dengan patong2 pemes kat bali. Kecak dance pon aku tak mahu tahu! And juga nak diingatkan. Ke uluwatu ni cantik utk tengok sunset.

Selepas ni sepatutnya kami turun ke Jimbaran untuk makan. Walaupon sadis tak sempat ke Dreamland. Tapi takat ni dengan daya yang ada aku rase puas ati dah. Pak Ali nak bawak ke Jimbaran tapi aku menolak. Dah2 la tuh. X selesa. Dah malam. So if ada nafas, ada rezeki nanti kita kesini lagi ye? InsyaAllah.

Kuta Beach
Kuta Beach betol2 di depan hotel kami. Beberapa langkah jer. Panas terik tak menghalang tuk depa ni surfing cenggitu jerh. Tak la surf bena aku tengok. Asik laa jatuhnye. Bawak surfing board bukan main kehulur kehilir mat saleh ni. Jem jalan raya pon dok kanda surfing board nek kapcai. Over excited aku nak tgk dorang surf.. Skali tgk. Le. Ok cukop2 kutok.


Selain pengalaman di Uluwatu yang 1st time aku tengok ombak tinggi melangit depan mate, kuta beach pon salah 1 benda yang baru buat aku. Kenapa? Sebabnya mana penah tgk org surf depan mata. So cam impress la! Itu  la pengalaman Bali pada aku. Surfing and ombak2 tinggi depan mate. 

Makan
Ok bab makan pulak. Masa mula2 sampai and ikot tour pak ali banyak bawak kami makanan halal and padang di sekitar Bali. Yang susah nya dia kata di Kuta. Aku dah risau memule. Tapi alhamdulillah. Beberapa langkah dr hotel kami di kota havoc tuh ada foodcourt. Memule tgk mcm trajis. Tapi kami gigih kan hati dan tekak yang hampir loya untuk masuk ke dalam2 foodcourt tuh. Sebabnya kat luar2 tuh banyak yang non halal. So bila masuk kami dapati banyak yang halal. Cemane nak tahu halal ke tak nya? Kalau ikot tulis kat board menu tuh suma nye halal. Aku yang was2 ni selamber suruh orang yang mengaku muslim tuh Syahadah. Laki aku sengih je. Aduhaiiii la labu.. Dah la berpakaian separa bogel. Ada hati nak suruh orang tuh bersyahadah. Bak kate aku. Yang buruk tu insyaAllah diperbaiki. Yang elok toksah la nak dicalari. Eh betol ke hayat tuh? Gasak la.. Janji paham. So die pon mengucap depan aku. Alhamdulillah was2 tuh terus drop. Semoga Allah lindungi aku. Xnak aku mkn babi panggang! Nauzubillah!

Kedai dia tgh2 tuh. Borneo 8. And girls semua berpakaian seragam hijau tuh.
Dah berhari makan sini je. Baru kami perasan memang dorang ni selalu sebut Alhamdulillah. Bismillah. MasyaAllah. SubhanAllah etc. Lega makin lah lega. And setelah berhari juga kami kaji banyak kedai yang tak ada halal. Contoh nya yang memang jepun and mat saleh pengunjung tetap dorang makan seafood tak hingat! Tapi apa2 pon kedai Halal dorang ni halal2 pon serve beer jugak. Hai la labu. Hairan nih! Cam singapore jugak la.. Foodcourt halal yang gantung ayam nasi ayam bersebelahan dgn kedai itik gantung non halal. Nak buat lagu mana. Dah memang dorang negara mcm tuh. Bole dikire darurat la kot kan. Tak kan sebab kan itu dorang tak niaga? X makan plak nanti. Kesian kan? Alhamdulillah aku Muslim Malaysian!

Food yang kami sll mkn di Foodcourt Kuta Beach. -Borneo 8. Tolong order tomyam die. Meletop!

Diantara nasi padang yang kami makan di sekitar Bali. 

Kuta Town
Aku jalan2 tak jauh. Tak perlukan motor pon. Tapi jauh gak la menapak kesane kesini. Bukan tak nak motor. Tapi cam kami lebih kepada chillex and tak plan ape2. So cam tak perlu plak motor. Nak p mana sangat? Dah sewa nanti sure ke nak pakai pusing2? Kang dok hotel je lebih. Sebab dalam hotel dah ada semua! Sewa motor paling murah di jalan Poppies 1 & 2. Dalam RM15 sehari. 

Ade jugak kami ke kuta square. Kuta mall and apelagi tah. Xde ape yang kami minat. Jalan2 cuci mata, massage. Itu sajo!


Smart Spa & Massage
Sepejalanan kami kat sana ade la try massage, manicure, pedicure. Meletop ok! Takat RM20 je. Bergasak laaa korang banyak kali massage. Dah massage kat rock spa nak lagi kat luar kan? Sedap weh! Kalau nak below RM20 pon ade. Korang jalan2 laaa. Sepejalanan kami menapak sekeliling tuh ade yang menawarkan cheaper. Tapi tak la se cool kedai ni. Cam Smart ni so so and ctk kan? Yang below 20 tuh dont expect much but still boleh! Cuma terbrenti kat sini sbab mase kat sini kaki dah sakit. Ahaks!


So selain menepelkan diri kat celah2 and tengah2 bandar havoc tuh kami banyak menghabiskan masa di HRHB sebenar2nnya! Kalau boleh tak nak keluar. Keluar pon sebab ni our 1st time ke Bali so nak gak tengok2 apa yang ada. Kang tak tau plak ape ada susah gak. 


HRHB 2nd Pool
Ni la 2nd pool yang more privacy klu compare dgn yang lagi 1. The main yang tadi. Bising and havoc. Yang 2nd pool ni betol2 bukak slinding door kami terus swimming pool. Sunyi. Walaupon sunyi ramai je orang. And ade bar2 kat situ if nak order ape2. Malam2 sangat cantik. Minum coffee with hubby sambil santai.





CenterStage HRHB
Waktu malam pulak kami banyak menghabiskan masa di bilik, tengok liveband melalui tv di bilik kami. Ade la sekali turun ke Centerstage untuk lepak tengok live band. Terkenang zaman mude mudi ;p



Hard Rock Cafe Shop & Hard Rock Hotel Shop.
Bagi penggile HRC memang takkan lepaskan peluang tok collect merchandise2 atau baju kat sini.
Bagi yang tak menetap di Hotel. Uols bole dapatkan baju2 Hotel or Cafe di kuta. Tak jauh dari entrance hotel dah nampak da. Senang je cari. Its Megastore and Hard Rock Cafe. Megastore jual merchandise untuk Hotel2 pada public, manakala HRC Bali plak jual barang2 cafe utk smua . Walaupon Megastore tuh bapak besar, tapi nan hadoooo! Tension jerh! But nasib baik la aku ni jenis penyabar. Tengok design2 nan hadoo and size pon tah hape2. Aku wat dek and round2 dlu. Sbaik last2 usha dalam hotel punya kedai baaaaaaaaaaaaaaanyak design baru and got size. Dah la p mane2 HRC tahan n puasa utk membeli yang cantik2. Sbab nya takot pegi kat tempat lain design semua dah dibeli. (pnh terkena) Tibe pegi tempat baru nan hadoo.. Tp lucky me. Ade je yang aku mahu! Berbaloi puasa.

Hard Rock Hotel Shop - Megastore Kuta

Hard Rock Cafe Shop - Kuta

Hard Rock Hotel Shop - Inside de hotel

Other HRHB Facilities
Outdoor Games - Pingpong and XL chess
Babysiter
Tabu utk kids
HRHB Fm - Radio 89.9fm tak silap. Style
Professional Hard Photo Rock shop. 
Learn to Surf Class

Ada konti radio, ada kedai gambar, ada learn to surf. Told ya. Just name it. Semua ada. Jauh hebat dr Spore

Cuci mata
Room slippers and rucksack. Aku beli ok. Siap letak harga. Skali dah beli bukak baru nampak 'STOLEN' from. Siot!

Free 1x photos from HRHB
And last, voucher yang kami dapat memang kami guna dengan jayanya. Termasuk lah FREE sekeping gambar 6R yang di snap oleh professional photographer dorang. 

Marketing dorang seperti biasa la. Nak bagi free nye 1. Tapi die bantai snap 8keping yang berlainan pose. Dah tentu2 lah cantik and meletop. Mesti la kite nak more! So free 1. And aku tambah lagi 2 yang bersize 12R. Besar okay? Ada la 2 ni dalam RM90. Last day baru kami collect and seriously cantik gils yang besar. Sebabnya canvas. Kalau la aku tahu canvas dari awal mahu aku suruh die tangkap gmbr mcm2 lagi. Ahaks. Sebab ingatkan sekeping kertas biasa mcm yang free 6R tuh. Ceh! Dah la nak balik plak kan? So tak sempat la kalau2 nak tambah. So for those yang dapat voucher ni pls pls pls jgn berkira sangat utk buat gmbr yang besar. Sebab quality dia cantik. Balik rumah terus p kedai gambar tempah frame aku uols!



Barang2 shopping plak tuksah cakap la. Kami banyak berabis utk merchandise HRH/C sebab cute2! And memang nak tambah collection. And banyak berhabis utk massage and spas. Kalau shop kat luar2 and mall2 di Kuta tak da apa kot. Tepi jalan dia tuh pon mahai. And tak de ape yang nak di target sbenarnya. Kalau ada mau je aku bargain kau2! Ahaks. Sebab dah biasa mengadap jalan2 tepi jalan tuh. Kalau 1st time pegi memang rakus semacam! Btw kat Kuta pon ade Harley Davidson and Planet Hollywood tau. Di Sunset Rd. Nampak tapi dah tak berdaya nak brenti. Fenat! So dengan hand luggage yang kami pikul memang penuh and berattttttt! Tapi alhamdulillah.. It was fun! Totally fun. Alhamdulillah..

So itu sikit sebanyak cite Bali aku. Akhirnya aku ke Bali jua. Untuk kali ke 2? InsyaAllah. Mungkin untuk ke Dreamland and Nusa Dua. Kalau dah visit tempat impian2 Bali ku nanti aku rase x de apa dah kot Bali. Xtau! I just love Phuket more then Bali. Tapi lain orang lain kesukaan. Ramai kawan blogger yang pegi Bali berkali2. Ade yang masuk 5-6x. So alhamdulillah we had joy with our stay dengan rezeki dan nafas yang diberi. Aite?! Peace

Semoga dapat membantu pada uols yang Men google mahupon pada sahabat blogger sekalian.


**BVLGARI HOTELsepanjang naik turun bukit mase tour tuh.Ade pak ali tunjuk kan hotel2 yang mahalnya menjangkau USD3000 1malam. Itu paling minimum. MasyaAllah. Tengok le name hotel. Style weh. Jom #berangan. Balik2 terus google. Memang dilereng bukit2 yang berombak2. Memang style and menakutkan. Dah tentu sangat cantik. Katenye Michael Jackson and Lady D kalau ke Bali selalu ke hotel tuh. Zassssssssssssssssssssssssssssssssssssssss!~ Berangan.com.


OverallThanks HRHB made my day. Dalam sedih2 ada tawa. Bersyukur kerana semua ini. Berharap segala ujian dan dugaan akan datang dengan sedikit kemanisan. Amin ya rabbil al amin..

Mr. Budiono. Tqsm. Dah la most of HRHB staff yg kami selisih greet kami dgn recognise me dgn name. Bukan me saje.. Hubby pon. Aku pon tak tahu mana dia tahu nama hubby. Huhuhuhu. And kami diberi late check out until 6pm!!! Yippie! Ou flight dalam pukol 820pm. So mmg cantik la. Thx Mr.Budi.

JANGAN LUPA Airport tax RP150k seorang. Dia nak in Ruppiah saja tau? No cc. No RM. Nak balik nanti baru dia mintak kat airport.


26/05/12-ade hamba Allah google mengenai hotel bersih dan murah Kuta kt my blog, kakak adik abg go to Agoda.com utk tengok. Kat situ semua ada. Or booking.com :) Hope this help

44 comments:

  1. wah.. cantik nyer balik... buat rasa nak pergi jer tahun ini

    ReplyDelete
  2. wah.. cantik nyer balik... buat rasa nak pergi jer tahun ini

    ReplyDelete
  3. menarik jugak HRHB ni kan..simpan impian jugak lah akak nak ke sana..apa kata ain amik HRH Pattaya plak..leh kongsi citer kt sana plak

    ReplyDelete
  4. wah... berposing sakan FM kat HRHB tu ye......
    best entry...... detail......
    lepas nie nak pi mana pulak ????

    ReplyDelete
  5. Hmmm..nice! mcm2 ada kat HRHB ni ya.. Deepest condolence 4 yr lost! x apa, boleh cuba lgik ya..:)

    ReplyDelete
  6. fuhh!! cantik gile bali ni.. harap2 dapat la jejak kaki kat sana..

    ReplyDelete
  7. Wah..Cantik giler...teringinnye nak pegi sanalah..bilalah agaknye tu... :)

    Insyallah Moga ada reseki..sabar ye..Kita yg merancang DIA yg menentukan...semuanye di atas kehendakNya...

    ReplyDelete
  8. kita kat sana jgk tau...!!! tak jumpa ekk...

    ReplyDelete
  9. Akak Bali ni macam kg wak..hee..Dah ke sana 7 kali. Akak suka sunyi2. SO Ubud lah tempatnya..

    Tapi sejak dah ke Kashmir ni, hati rasa nak ke sana je.. Tapi tu lahh..mahal lah sikit belanjanya..

    ReplyDelete
  10. isshh isshh.. air tukor kaler tu sbb hal org fomfuan tiap bulan lah.. heheee...

    ReplyDelete
  11. seronoknya sis...nasib baik xda bom meletop...hehe

    ReplyDelete
  12. salam FM

    Alhamdulillah

    tentu seronok percutian di sanakan

    bagus begitu , tetiap hari honeymoon tak kira berapa usia perkahwinan kita

    bapak pernah transit di Denpasar , Bali sekali dulu dlm perjalanan ke Aussie dgn Garuda Arlines

    tapi yg pasti bapak suka minum air bali menyejukkan badan

    ReplyDelete
  13. Cantik sangat pic kat depan HR yang jadi banner tu...jelesnya uols asyik jejalan je sana-sini

    ReplyDelete
  14. best nye .. teringin nak pgi jugak... insyaALLAH suatu hari nnti.. hehe..

    dalm malaysia pun xhbis lagi..huhu

    ReplyDelete
  15. Tq All :)

    Bapak : Air die sedikit masin. Even air paip pon klu nak masak air buat kopi pon x dan! Masin kopi. So kene plak beli mineral water utk buat kopi!

    Jasman : choi mulot anda! Tapi mmg menakotkan. Sbb ngam2 sbulan lepas tuh ade tembak menembak kat kuta kuar kat news kite. Ade terrorist. Dah la ade earthquake kat Acheh. Nauzubillah. Alhamdulillah tak ada apa2.

    ReplyDelete
  16. wah...bila awk cite bali,
    remind balik my 1st hanimun kt sana
    take care of ur self as awk bru lpas miscarriage

    ReplyDelete
  17. baeeeeek bulan 9 ni den sampai hehehe

    ReplyDelete
  18. hello there gary this is there link info , there there most competitive in the game ,just say mick give you there number

    ReplyDelete
  19. bestnya..cantik pemandangan kat bali..bila mama dapat sampai kesana ek?..oct ni insyaallah mama kemedan je..hu2x..

    ain dah tima kad tu?..

    ReplyDelete
  20. gila fabulous! hahahah kemain seksi lagi ye :P :) bali cantiknye :) bila la dapat melancong nie

    ReplyDelete
  21. pegi bali pulakk...jelezzz...hehee

    ReplyDelete
  22. All. :-)

    Mumy Adriana : Mne ade seksinye. Seksa ade lah. Huhuhuhu. Tp dh terbiasa. Adulahaiii..

    ReplyDelete
  23. tengok gambar2 nie pun tahu bestnye uools honeymoon.. walau hari2 honeymoon ye? hehe

    ReplyDelete
  24. Memang best gi Bali ni... Foto pun cantik2...

    ReplyDelete
  25. wewitt terbaik... syoknyaa rasa cm ikut sama... gambar cun posing cun...

    ReplyDelete
  26. hey, bestnyerrrrrr...tapi bali cam mahal lah T_T...

    ReplyDelete
  27. p/s: pasal meow jepun comel2 i rasa sebab musim kut, time winter mesti derang need extra haba... kalau salah minta ampunnn hehe... tapi ssh nk jumpa kucing liar mcm kat mesia tu... sini org buat pet, harga kucing biasa pun riban2 dah..pengsan!

    ReplyDelete
  28. Indah sungguh permandangan disini,
    hai!mcm dah tak nak balik kamu berdua.

    ReplyDelete
  29. wah seronok membaco entry Bali nih...teringin jugak nak pergi..tapi risau kene bom la...hehe

    ReplyDelete
  30. Salam FM, saya dah balas soalan awak pasal BKK dan Pattaya tu kat blog saya... Sori lewat, baru ternampak tadi...

    ReplyDelete
  31. wiwitt...kemain seksi banner baru...pasni jangan lompat tinggi2 dah tau...harap2 cepat lekat...lebihkan pakai sandal...hahaa...jarang2 org bagi tips pakai sandal utk pregnant kan? tp tu mmg betul tau..sbb kalau pakai heels, urat2 tension... :)sorry la lari tajuk sbb kalau cita psl Bali nnt iols winduuuuuu time hanimun dulu... ;p

    ReplyDelete
  32. HRH is always my choice when in Bali. And always rent car to go around..easier..cheaper..tak terikat dengan schedule.

    ReplyDelete
  33. hello there stevo here is there link details, they have a deal on at the mo , tell them gareth d told you to ring

    ReplyDelete
  34. Ada satu tempat lg macam miss... Pasar malamnya yang popular tu

    ReplyDelete
  35. Farikica : TQssssM. Sgt membantu!

    Ibusiti : time kaseh sgt bg petua2 tuh. appreciate it.

    KA/EU : InsyaAllah next visit tgk cemane :)

    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

    ReplyDelete
  36. waduh2..bestnya!blh la..nak g gak!hee
    tq 4 da info sis!

    ReplyDelete
  37. Ada view mcm kt Great ocean Road, Victoria

    Style melompat tu mmg mengancam la..hehee

    ReplyDelete
  38. wow !!! bestnya..msuk rock shop tu paling bestt !!

    ReplyDelete
  39. seronoknya boleh holiday kat Bali.Useful tips and info.Boleh saya guna kalau nak holiday kat sana nnt :)

    ReplyDelete
  40. peminat hard rock ek, dulu i keje hard rock cafe KL

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D