Food & Travel

19 May 2012

Adam Steamboat



Jangan salahkan ibu mengandung! Dah memang darah cina yang mengalir dalam darah aku ni nak buat cemana? Memang 2-3hari tak ada sup aku jadi resah gelisah termimpi2.. MasyaAllah.. Dasyatnya tamparan  sup. Lagi simple sup tuh lagi mengancam aku rasa. Stop cita bab aku dan keturunan..

Entry ni nak cita pasal Steamboat yang baru tak baru, lama tak lama di Senawang Seremban. Steamboat ni tak silap aku dah lama, dulu nya Hang Li Po tak silap nama diberi. La ni dah bertukaq ke Adam Steamboat. Masa Hang Li Po dulu ada masuk and cekidaut dgn hubby menu2nya tapi tak berkenan, sebab tak banyak pilihan kot. Now tukaq Adam Steamboat baru aku rasa merembes nak terai. Alhamdulillah berkenan..

Dalam gambaq ni kali ke 3 dah aku mai kedai ni.. InsyaAllah dijamin HALAL, termasuk la kebersihannya terjamin. InsyaAllah.



Adam Steamboat ni betol2 di dalam kawasan shop lot Taipan Senawang. 1 baris dengan Tutti Frutti, Ayamas, Bank Rakyat dan Secret Recipes. Kalau dari jalan besar, Adam Steamboat ni tepi jalan ja. Landmark paling cun adalah Mc.Donalds senawang. Kalau taktau jugak, tak yah p lah senang cita. :p



Masa aku p ni betol2 time Maghrib sebabnya memang berhajat untuk berbuka puasa(ganti) disini. Makanya uols akan nampak la gambar terang siang, dan gelap malam dicampur aduk kan shekali.



Menu di sini boleh dikatakan semua menarik untuk beginner steamboat di Seremban ni. Kalau tak, tak la aku boleh makan kat sini kan? Meh tengok apa ada..

Choices yg ada terdiri drp Frozen Food

Vegetables


Marinate chicken, fish, beef and fresh seafood. Also noodles

The choices of sauce 

Baverages including. Cold & hot coffee.
Amacam? Untuk penduduk Seremban yang nan hadoo ni rasa2 Adam Steamboat ni boleh termasuk tak dalam kriteria steamboat2 pilihan uols? Hopefully YES!

Selain steamboat(sup) Adam Steamboat ni pon boleh BBQ skali.. Ala2 grill la gitu. Sebab tuh ada marinate2 meat segala dalam gambar tuh. Tapi nak diingatkan steamboat shj dan steambout with BBQ is totally different rege dia ye?

Untuk kami, dah tentu la pilih with bbq. Huhuhuhuhu. So table utk 'berasap' adalah diluar. Dalam hanya untuk sup2. Sebab tak berminyak.




Gambar2 ni diatas yang originalnya adalah yg merah2 ni. Sebab apa merah menyala? Sbb diluar atapnya merahhhhh!!!!!!! Pening kepala aku nak tunggu malam. Haih. So 2 gmbr diatas tuh dah edit2 bagi jelas.

Aku rekemen marinate2 tuh semua sedap.. Diantaranya ada kari, black pepper, satay. Yang paling sedap is Ikan black pepper, beef kari and semua la sedap ;p

Kalau dah kenyang, tak boleh handle.. Jangan risauuu.. Adam Steamboat ada menyediakan pencuci molot.

ABC, buah2an, slice of cake yang biasa2 jerh.

Eskem, cumi2.
Duk dari tadi cita sal apa ada kat sini, meh skarang nak cita berapa plak bayaran untuk sekepala.

Untuk steamboat shj, dewasa RM22
Untuk steamboat & bbq, dewasa RM24
Kedai akan dibuka setiap hari pada jam 5petang dan akan tutup pada pukul 12mlm.


Selamat mencoba Serembanese..

14 comments:

  1. FM...boleh tahan jugak pilihan nya... pelbagai....
    deco kedai pun ohsem.....
    kalau kat seremban remy selalumkn steamboat kat belakang jusco tu......
    kedai atas bukit

    ReplyDelete
  2. assalam ain..takpe ..insyaallah kita jumpa suatu hari nanti..banyaknya pilihan kat restoren ni..hb & ank mama makan steamboat..tapi mama tak suka he2x..

    ReplyDelete
  3. uwaahh dah lama tak makan steamboat

    ReplyDelete
  4. steamboat memang feveret.....terliur pulak tengok photo2 diatas ni...

    ReplyDelete
  5. aku eh xnah lagi try stimbot ni
    teringin bebeno dah aku ni..tp xnah nye berpeluang...nti lah one day kalo dpt lah cr kedai yg ohsem nak jek aku wat review..asik meleleh je tgk org mkn kan kan hahahaha

    ReplyDelete
  6. lama tak pekena steamboat ni...

    sodaappp tu..

    ReplyDelete
  7. memang bersih betul kedai ni.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yong,

    Cantik deko dan buleh tahan pilihan dia. Harga pun tak bape mahal.

    ReplyDelete
  9. happy je akak kita sorang ni kan, bagus2, suka tgk husband and wife happy mcm ni. pic kat header tu mmg xleh blah, hahahaha lucu!!!! creative la korang.

    ReplyDelete
  10. Nampak best lah FM..banyak pilihan tu.. bersih. nampak kemas je. tak tahan tong gas tu..hee..

    tapi jauh lah pulakkk..

    ReplyDelete
  11. nampak menarik...satu hari den nak kesano la...lamo sgt tak jejak Senawang...

    ReplyDelete
  12. tonh gas cam x sesuai la letak kt situ kan

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D