Food & Travel

25 May 2012

Pattaya 2012


Sekali lagi malas mengundang. Tapi ku dayakan jugak sebelum terlupa sgale info. Bukan utk org lain, utk diri sendiri jugak berblog ni. Nanti busan2 jamah mate bace balik and tersenyum sorang. Nais.

Date 14 May 2012 - 18 May 2012
Destinasi Pattaya 3H2M, Bangkok 3H2M.

Day 1...

Perjalanan dr Msia ke Bkk (Bangkok) mengambil masa 1jam 30min dengan menaiki Air Asia.
Kami tiba di Suvarnabhumi Airport (BKK) lebih kurang jam 230pm dan terus dapatkan taxi menuju ke Pattaya. Other option, boleh je naik bus ala2 bus express yg tak berapa nak express dan mengambil masa lebih kurang 2-3jam perjalanan ke Pattaya dengan modal RM10-RM15/pax 2 hala. Untuk dapatkan tix, counter2 banyak dibuka di airport so boleh terus ke counter or on9 Bell Service. Jgn confuse kerana counter bus dan taxi budget di level bawah sekali. Yang atas2 tuh limo dan mereka tak akan info lansung pasal budget taxi di level bawah airport. Nasib baikkk jumpe. Oh Pattaya dan Bkk memang city mencekik darah selagi ada ruang. HATI2!


Ni la dia Taxi kami, Avanza.
Dalam perancangan, kami memilih bus. Tapi bila fikirkan masa yang singkat, last minute suamiku pilih taxi untuk ke Pattaya. Taxi dari Suvarnabhumi Airport ke hotel Pattaya cost dalam RM150 TAK BOLEH BARGAIN! Kalau dapat pon mungkin dlm RM10. Taxi kami mengambil masa 1jam sampai ke hotel. Berbaloi la jugak kan? Kami pon sampai airport dh lewat, dlm 3pm nak naik bus yg mengambil masa 2jam lebih perjalanan, dah pukul berapa plak nak sampai Pattaya. So layanzzz!



Alhamdulillah perjalanan 1jam yang lancar, sangat puas hati and alhamdulillah seperti yang dirancang. Tapi driver kami tuh kaki paw! Sampai2 je dia paw lebih. 

Tiba di Pattaya kami menuju ke Hard Rock Hotel Pattaya untuk menginap. Moh nengok ok ke idok biliknya sebelom uols buat perancangan.


Hard Rock Hotel - Premier Deluxe Sea View.





Part yang aku suka, balconi dan tingkap lain part. Kiri blk balconi, tgkp pula belah knan


Kenapa ada bunga2? Standard la modal kami ke sana ke mari. 'Honeymoon' so dorang set kan bilik kami dengan roses. Menyemarakkan lagi holiday kami gituw! Alhamdulillah..
Sempat tapau nasi goreng dr rumah!! Alhamdulillah xbasi xberpeluh. :)
Sampai je kami banyak menghabiskan masa melepak dan berborak2 berdua. Memang mulut kami ni suke berborak. Makan plak bertapau, so tak la perlu keluar rushing waktu kelaparan. Makan dan minum dalam bilik je untuk permulaan. Tempat orang kan, kita tak familiar. Yang didahulukan perut tekak suami dan aku. Bila perut dah kenyang, hati pon senang. 

Di Pattaya(Thai) waktu nya lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Tapi lewat2 pon pukul 6pm dorang dah masuk senja dan gelap. Sama je sebenarnya. So berkesempatan la kami melengah2kan masa di bilik dengan mengadap kesempurnaan ciptaanNya, sunset dari bilik je.



Alhamdulillah. Cantik. Teruja. Dan berterima kasih diberi rezeki dan nafas lagi dan lagi..


Nightlife

Dah selesai menunaikan apa yang patut, kami pon mule lah melangkah keluar pada waktu malam. Serius kami agak terkejut dengan nightlife disana. Terus terang ku katakan sebelum kami datang, kami agak pusing kepala meng google ke sana kemari tentang Pattaya. Sangat la sikit info kami dapat. Aku dah start takot Pattaya tak ada apa. So berserah je la. Selain some blog ada mengatakan yang Pattaya ni boring tapi senang dapat makanan halal. So aku pon fikir le 'X ada apa2 pon tak pa, boleh je duduk dalam bilik, santai and berborak dengan suami sampai check out'. Ye dak? BFF!

101% jangkaan kami meleset dan dah tentu2 lah tak tepat lansung2. Rupa2nya Pattaya jauh lebih syiok dari Phuket. Berkali2 ganda happening dari Phuket. Kalau di Phuket ada 1 lorong yang happening,  Bangla Rd tapi di Pattaya berlorong2 yang happening! Hambek ko cukop2. Tapi memang sesuai la pada penggemar social life. Kami tak gemar pon. Tapi atleast ade la some noise daripada bunyi unggas 3hari, mau terapung je kami kat pool hotel kebosanan.. Huhuhu


Kalau di Phuket terkenal dengan Bangla Road nya, di Pattaya pula terkenal dengan Walking Street nya. Walking St ni lorong2 jalan raya biasa pada waktu siang dan ditutup pada waktu malam untuk 'berniaga'
Malam pertama(isnin) agak happening. Dan sekitar bandar tuh banyak la jual2 baju dan lain2. Kami tak tertumpu pon dengan yang x senonoh ni. Yang kami cari adalah stall2 jualan baju dan lain2.


Sepanjang pantai, sepanjang jalan2 raya dan sepanjang bandar memang berdentam dentum dengan nightlife mereka. Jika di Phuket, Patong yang comel semata2 menghiasi malam kami. Tapi di Pattaya ni seluas2 kawasan semua happening. Sesuai dengan happening sana sini, memang aku pon dah naik pening. Hubby pegang tangan ku erat tak lepas. Disebabkan kawasannya jauh lebih besar, sekitar jalan2 raya dan pantai, social life dia pon dah tentu la merembes2 and membias2 sampai ada yang 'berniaga' di tengah2 jalan dan tepi pantai. Siapa yang dah ke Phuket boleh tahu yang lorong2 busuk hanya di beberapa tempat je. If tak nak masuk pon tak apa. Tapi di Pattaya TIDAK! Semua tempat ada yang berurusan. Agak gusar ye disitu!! Menakotkan. Nak sangat nightlife kan? Huh hambek! Sampai ayam2 tulen dan x tulen berurusan di tengah2 jalan and tepi pantai tunggu pelanggan! Uwawawawa tatot!


So bagi mengelakkan adegan2 yang tah hape2 kami pon beredar dan carik port2 yang syiok. Ada je deretan bazar dan kedai2 tanpa hayam2 tuh. Sedap jugak mata ku memandang.. Aman rase. Heh! So malam pertama kami keluar menaiki tuk tuk. Tuk tuk bawa kami x sampai 1km and charge RM10 untuk 2orang, pegi shj. Balik dr makan kena lagi RM10. Belom nak ke tempat2 lain lagik. Mahal la sikit. Tapi apakan daya. Kami pon baru keluar bilik duk terperam dari tadi. Huhuhuhu. Keluar je kami memang rajin bertanya. Sana sini tanya tentang HALAL food. Sebabnya dah malam. Lapo! Di sekitar pantai dan hotel hard rock memang tak ada halal food. Kalau ada pon indian food. Halal atau tidak tak pasti. Kalau carik ada la di sbelah2 hotel tuh tapi tak terasa nak makan indian food.


Marine StreetHalal Food

Dah berjalan jauh and hampir 2,3orang tepi jalan tu kami tanya mana Halal food, dorang semua sebut Marine St. So tuk tuk pon bawa kami ke Marine St yang tak berapa jauh dari hotel. Anggaran dalam 1km dari hotel. Moh layan nasi arab. Sedap!


Masuk je Marine Street kedai makcik ni kedai yg no 2 belah kanan. Betul2 bersebelahan indian restaurant, pon halal. Nasi arab tapi versi Siam. Harga pon berpatutan. Hidangan yang kami makan mcm dalam gmbr ni ditambah plak dengan sup udang arab, mineral 2 btl, tea panas 2- RM32.
Yang penting bila sampai Thai tak kira la Thai belah mana aku akan addicted tahap kuasa 4 lejang dengan air tea die. Pekat dan sangat lemak berrrrkrim! Dari tak penah2 order air tea panas kat kedai lansung order tiap2 kali makan! 

Selesai makan kami pon pulang ke hotel. Siap tapau kebab kambing segulung buat teman dalam mimpi. Halal kebab tepi jalan RM7. Restaurant kecik!


Oops sebelum pulang aku tapau air limau ni. MasyaAllah enak banget! Megheduuu rasenye! Ala2 es jeruk kalau di Indonesia! Aku memang gilo air2 masam nih. Tambah plak yang ni pure and sangat pekat dan likat. Masa jalan2 n penat dapat air ni memang syahdu gile,kalah syahdu menggaru! Di perah(guna pemerah), dimasukkan ke dalam botol dan direndam dgn ais plak. Paham2 la cemane rase eh! Se botol RM2. Aku balun tapau 10 bwk balik hotel. Sebab botol die kurus2 jerh.. Xde makna 10btl utk 3hari! Oh takleh simpan lame2 nanti basi.


Day 2...

King Club Hard Rock hotel

Pagi bangun dan breakfast di King Club HRH. King club kami amik sekali dengan packages. Breakfast di tingkat atas dan berasingan dengan guest2 yang lain. Kira kami bayar sekali dengan bilik dan unlimited internet packages in room. Lebih selesa dan romantika. More privacy sebab tak ramai orang. Gitew! Oh Pattaya HRH lebih murah dr Hard Rock Hotel yang lain ye? So sila cekidaut!



Interior design yang menarik and stylish. 
Ruang santai n lepak. Just order. Utk non muslim 630pm-730pm HAPPY HOUR! 
Sekali byr SEMUA FREE. Just swipe excess kad yg diberi and all u can eat. 
Food utk buffet tak byk pilihan. Tapi bole order from the menu. PLUS smoke salmon sudah memadai! FEVERET
Food yang di order n panas dari dapur! Salmon jerh. Lain takot!
Other things yang hadoo n free! Tang juice tuh SUKE!
The View from table kami. Breakfast kat sini sampai jam 11am. Ptg pon ade mkn2! Ye FREE

Rock Shop Hotel and Cafe

Selesai santai dan makan, kami turun ke Hotel Rock Shop dan Cafe Rock Shop. FYI kami memang terbang dengan berbekalkan 2 pasang baju dan seluar SHJ! Memang saje kami plan mcm tuh. Dah tau tshirt2 kat tepi2 pantai murah and memang target beli baju HRH and HRC selai dua utk kami berdua. So tak la haruk nak packing pulang nanti. Semuanya smooth seperti yang dirancang. SIMPLE!

Hard Rock Hotel Shop - Dalam hotel
Hard Rock Cafe/Hotel Shop - Luar hotel, tepi pantai just like Bali.
Dalam gambar ni tak ada gambar hard rock cafe shop sebab SA dia sangat kurang haja! Malas aku. Dah la shop die cenonit tak byk choice lansung. So tak penting disitu! Even hotel shop yang diluar(bersebelahan HRC) ni pon sama pemalas SA nya. Berbeza dgn di HRC lain yg aku pnh pg. Staff nya friendly, enjoy, cheerful, knowledgeable, fluent bercakap and sounds intelligent. Tapi kat sini nan hadoo.. Muke sememeh, pakai sweater cam org sakit, muka mcm baru lepas sedut, lalok and bengis. Product knowledge ZERO. Bahasa lagi lah. Dia tak paham dia marah orang. Lepas tuh dia mengata2 dengan geng dia. Heee klu tempat aku mau je aku seligi dahi die kt tumit nih. Erghhh! Nasib baik shop dalam hotel baik2 orangnya. Walaupon slow and blur2, aku tetap bersabar.. Drp bodoh tapi sombong memang x pek aku nk tolong. Ko laloq la situ sampai kesudah! Oh lamenye tak marah. Astaghafirullah.. 




Sewa Motor di Pattaya

Lepas membeli dan membelah :) kami keluar berjalan utk dapat kan motor sewa. Alhamdulillah. Mudah je. Betol2 depan entrance HRH ada booth2 sewa motor. Sehari RM20 dan perlu deposit RM100. Kami decide untuk amik sehari je since esok kami dah nak berangkat ke Bangkok. Hanya isik form dan tinggal kan nama hotel dan no bilik, selesai.. Tanpa meninggalkan ataupon copy passport. Seperti biasa, minyak ZERO. Seliter RM4 ye kalau tak silap. Kami isik RM9 pon cukop untuk merayau!
Sebelum gerak please tanya kat mamat mutur tu di mana patut dan tak patut parking. Di Phuket motor kami pernah di lock dan perlu ke balai untuk bayar denda. Mana nak hafal line kuning dan putih bole/x bole parking ikot hari. FENIN!


Selesai sewa motor, isi minyak dan kami merayau sakan. Macam budak spm dapat lesen plak rase. Ahaks! Sepanjang perjalanan ada la banyak kedai makan halal yang kami jumpa and ternampak. Memang tak puas bejalan dalam tempoh 3hari sebenarnya. Sebab Pattaya besar dan yang penting tak macet(jem). Merayau punya merayau kami singgah di tempat massage..


Massage

Merayau sakan and ternampak signboard kedai ni offer foot massage $99 bersamaan dengan RM10 sejam. Kami apa lagi? Memang x la kami nak buat tak tahu.. Mesti la brenti n layanzz.. Dah sudah massage kami juge di paw oleh tukang urut tuh. Paw yg ikot jalan sekali k? So aku bagi le RM2.



Pattaya Beach

Beach di Pattaya ni banyak activities. Selain ber jetski uols boleh try paragliding,RM80 seorang. Tapi yang peliknya aku masih tertanya2 kenapa dorang naik dr tengah2 laut(jeti). Huhuhuhu. Kenapa tak start dari gigi2 pantai mcm yang aku tgk sebelom2 ni. Huhuhu.





Tom Yam HALAL

Selesai berjam kami massage dan ke pantai, perut pon sudah lapaq.. Panas weh walaupon naik motor. Kat sini suhu panas dalam 37'c tau? Mau tak meregang kulit ni dek tengah2 panas tuh naik motor. Tengahari vute babe. Bilik yang super sejuk menunggu tuh dah menggamit2 dah rasanya. Haih. Jom makan dulu before pulang bilik.


Kedai ni di Jalan Central. Betol2 di jalan besar nak ke beach. Dan di tepi simpang traffic light ke Hard Rock Hotel. Nama kedai tak pasti sebab dia kedai kampung. Bahasa sangat la susah. Tanya open close pukol berapa pon susah. Even kami order makanan melalui gambar yang terpapar kat board menu dia. Some yang tak ada gambar nasib le. Nasib baik tom yam ada gambar. Rejki ku. Huhuhuhu. Tomyam putih ni sangat la sedap. Bopoloh ese. Nasik goreng dia pon okey. Tapi yang sedihnya kedai ni buka sampai 4pm je dari 10am. Kakak ni siap panggil pekerja opis sebelah kedai utk jadi translator kami. Pon kelaut jugak! Aisey payoh! Huhuhu. So total untuk lunch kami RM21. Murah!

Selesai makan, kami pulang ke hotel.. Sebelum naik bilik jom bergambar sakan..

Selesai tidur sejam dua. Petang kami bangun dan terus beraktiviti di sekitar HRH.


HRH activities


Spt HRH yg lain HRHP juga ada Starz Resto, Tabu kids, Gym, Pizzeria, Bar, Spa, Rock Climbing, Cabana etc.

HRH Swimming Pool

MasyaAllah view die sangat cantik. Terbentang luas. Xtvt pon byk termasuklah berbasket ball di dlm air!
Tang ni pelik sket, xtau apsal jakuzzi tgh2 orang ramai die letak. Berhadapan dgn HRC lua. Aku dgn bathrobe mengintai
Selesai bermandi manda kami balik bilik dan buat la apa yang patut sebelum keluar dinner. Disebabkan malas nak mencarik, kami terus aja dinner di kedai akak nasi arab yang malam sebelum ni kami p. So malam ni sempat la kami shop tshirt2 comel untuk hubby and brg2 merepek yang lain ;p


Lalu di celah2 lorong sempat jgk aku menjerit pada hubby yg tgh bwk motor tu. Sbb nye aku ternampak binatang ni di jual seperti pisang goreng tepi jalan. Emergency brake la laki aku, sebaik tak terrr 'wekang' kalau mampu. Ahaks. 2malam merayau tak de plak nampak binatang ni di tepi2 jalan. Ni la satu2 kedai yang aku nampak. So apelagi, berhenti tepi and datang dekat utk bergambar. Aku tengok muka mamat tuh keras je, aku mintak la izin. Since dia nganggok pale dgn keadaan jem laju je la aku snap sebelom die bengis. Sebabnya ada sign suruh byr RM5 untuk amik gambar. Tapi cun la sebab aku tak dikenakan bayaran. Tapi kalau kene pon aku tak kesah. Benda pelik depan mata. Y not.


Ni diantara gambar2 mall hilton and royal garden plaza yang berada di tepi pantai. Memang taraf A la brand2 yang di jual. Bukan ala2 bkt bintang or sg.wang ye. Kami tak masuk pon. Benda yang ada di tempat kita, tokseh la doh.. So memang Pattaya tak kan bosan! Sape2 nak ke Phuket utk kali ke 2 sila cuba Pattaya plak. Adakah aku akan ke Pattaya lagi? Aku boleh katakan YES!  Memang advance jauh la dari Phuket. Sedihkan aku baru tahu? Mall2 dia pon besar2 and cantik ala2 Pavi gituh. Eh serius nih. Tepi pantai lagik tau! Hilton mall and hotel lagik! Yang biasa2 ada jugak.

Sebelom pulang bilik kami carik booth cab untuk ke Bkk esok pukol 3pm.
Alhamdulillah kami jumpa yang RM100. Mcm mimpi plak. Siot je Airport bkk ke pattaya balun aku RM150. Tapi nak wat camne. Memang harga airport. So pada uols nak bargain di Airport sila lah, sebabnya harga RM100 tuh masih wujud. Aku google and blogger cerita dikenakan charge 100 tapi tuh entri mereka setahun dua lepas. So logik la dah naik. Even tempat2 lain aku pegi pon dari 80 jadi 120 selepas 2tahun. So logik jugak la aku tak bargain. Tapi pada uols yang pandai bargain sila tenyeh hingga lumat sebab pada tahun 2012 masih ada chrage Pattaya-Bkk RM100.

"Masa kami merayau angin bertiup sangat sangat sangat kencang. Ramai dah kuncupkan payung jualan depa. Mata aku dah berhabuk dek pasir. Langit yang gelap dah naik terang. Baik kami pulang. Sampai je dalam bilik guruh kau2 kuat dan petir sambung menyambung. Hujan lebat gila. Bila aku nak tengok luar melalui tingkap bilik, suami tak bagi. Erk! Scary tak? Aku akur je la. Masa tuh dah bukak FB, mana tau ade news tak baik. FB kan lagi laju dr CNN. Alhamdulillah tak ada apa2. Sampai hotel kami blackout! Mase suami ku p amik torch light aku pon selak curtain nak tengok apa rupa pantai. Uwawawawa pokok2 semua hampir menyembah bumi, laut kencang kauuu punya. MasyaAllah, subhanAllah. Aku berpelukan la dengan suami dalam kegelapan sambil beristighfar. Paham2 la tempat orang. Alhamdulillah rasa takot perlahan2 pudar bila berada di dakapan suami. :) Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Agak lama blackout dan hujan lebat tapi perlahan2 berhenti. Phew~ bernafas lagi kami. Alhamdulillah"

Day 3

Since kami amik King Club package, kami diberi kelebihan yang sangat syiok untuk late check out. Until 3pm. Dan la utk kami bangun breakfast. Hotel2 lain selalu juga kami skip bfast if check out 12. Kepenatan la katakan. Lagi2 kalau hotel serve non halal. HRHP ni pon tak halal. Tapi ade serve salmon. Boleh je makan salmon kn? InsyaAllah. So boleh la jadi pilihan hati.

Lepas je breakfast kami pulangkan motor dan terus dapat refund RM100.

Sempat last shop di Hotel Rock shop untuk tambah belian. Huhuhuhu.. Ade orang tak leh tido malam plak duk memikiorkan short pants itu ;p Lagi 1 yang aku belajar di outlets HR shop ni. Please tanya any promotion tak? Kami selalu terlepas. Sebagai cth, promo blanje RM350 in 1 receipt will get 1 tshirt or goodie bag or 40% itu ini. Agak berbaloi la. Selalunya kami terlepas pada hari pertama tapi berkesudahan dengan kejayaan jugak pada hari last kami di situ ;p Bukan la sanggop beli ape je demi 'present' tuh tapi memang baju nk dipakai and beli sekali di setiap tempat. Apa salahnya.

Selesai shop, kami pon naik bilik and sambung tido. Bole? Awal lagi woo.. Golek2 dolu!

Since dah janji awal dengan cab pukol 3, kami pon check out pukol 2 lebih. Cab sangat punctual. Alhamdulillah.


Perjalanan kami ke Bangkok cecah jugak la 2jam. Or maybe lebih sikit. Sebab jem di kota Bangkok. Memang kami dah diberitahu oleh mamat taxi malam tadi, perjalanan tak boleh sama seperti dr Airport ke Pattaya yang makan masa hanya 1 jam. So redha aje lah..

Alhamdulillah perjalanan baik dan cuaca pon baik.. Taxi drop kami di hotel tengah2 Sukhumvit, Bangkok. Oh excited nak cerita kat next n3, walaupon tak banyak tempat yang kami lepak.. As usual kami cukop rasa berbaloi lah. Alhamdulillah.

PATTAYA - Money changer mudah, makanan HALAL murah dan mudah jika ada kenderaan sendiri(motor), Massage murah, hotel2 dan mall sangat moden, insyaAllah kami akan kesini lagi.
Tapi if nak compare to phuket ade pros n cons. Phuket tak de mall 5star, phuket tak ada HRH and Hilton hotel ;p and attraction Phuket situ2 jer. Tak seperti Pttaya, agak besar sbb boleh dikatakan bandar. Phuket kg. Tapi 1 kelebihan Phuket is dia ada Phi Phi tour yang terkenal utk para pelancong. Pattaya mungkin ada tapi aku tatau. Tapi tidak la sefemes Phi Phi tour di Phuket klu ade pon. (Walaupon sebenarnya tour tu best if kite p dari Krabi,dekat) 

Tunggu our next entry pasal Bangkok pulak naah..? 

sorry pjg meleret,seperti biasa memang blog ni mengamalkan 1 n3 1 cerita FULL. xde sambung2.. senang cito

**thx Farikicasworld  kerana banyak membantu :)

Entry Bangkok kami disini Bangkok 2012

26 comments:

  1. Salam Yong,

    Hmm cam gini kira payah nak dpt makanan halal, sbb kena cari. Tak dapek nak enjoy gi tempat banyak ayam2 ni. Cuma nasi ayam tu jer nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. salam ain..wah2 tak abis lagi honeymoon tu ya..bestnya !!!..ank mama aritu berhoney kekrabi..mama & en.papa tolong anta kat LCCT jo...ha2x..sian kan..

    ReplyDelete
  3. best nyer......
    mantap, padat dan remy jelessss habis......he3
    selamat kembali.......

    ReplyDelete
  4. pttlah x npk hang 18menjak ghopney g honeymoon kt pattaya...ada ole2 tuk aku x..xde lah tu..hampehhhhh

    nasi arab tu sgt menikam jiwa lah...tgk ms lapo mmg meleleh ajo

    alhamdulilah xde ape2 berlaku kt sn...scary ok

    ReplyDelete
  5. Hi FM..Seronot nampak ke Pattaya..Best kan..? Bnyk shopping2 namapk.. x singgah kat Floating market ke..? Ke awwak p yg kat Bangkok?

    ReplyDelete
  6. penah juga la makan nasi pattaya.,..hehe

    ReplyDelete
  7. k.yong : itu la die.. nengok2 bole la, nk p sll sukar sket klu tak sabar, lg2 if bwk keluarga..xseswei.

    Ma; hehehehe ade2 je mama ni heheheh btw bkn ke ade org tu nk ke medan ;p

    remy; tqsm..xpayah jeles2..boleh je remy pgi tp bz bebeno keje remy tu ;)

    L; ole2 ade..baht20 aku tak terpakai kt sne..hahaha tbawak pulang,mahu?mmg scary..dah la dosa bergelen2! adohailahai ;)

    Farikica; serius lupe bebeno, byk rileks n mengayau situ2 je.apadaaa kan? nnti kne set blk laaa..klau nk merayau sakan kne amik hotel mrh kit,bru rse tak bersalah nk tggl kn blk.bole ke centu?eh tp HRH ni 200+ je per night.promo! kekekeke

    jasman; OK aku tergelakk.. bru perasan aku juge penah mkn nasi itu. tpi bukan MAMAK buat ;p

    ReplyDelete
  8. Bestnye..cantik tempat ni...
    Binatang2 tu pun dijual erk...
    Bila agaknye dapat kesana ni...

    ReplyDelete
  9. tak pernah sampai pattaya & bangkok... nak pi jugaaaakkkk...

    ReplyDelete
  10. gambar sgt cantik, cantik view, hotel hr pon cantik, lpas ni plan honeymoon mane lak?

    ReplyDelete
  11. fuuuuhhhhh... jenuh membaca 1 persatu takut ada yg miss.. heeee... best giler, tapi kalu ai nak bawak anak2 kat sini, cm x sesuai jer.. almaklumlah nighlife dia bule tukar nightmare tu my kids.. ahhhaaa...

    Kalau nak booked HRH tu, (nak gak munge2 gak..) kite kene booking honeymoon package ker? rate dia cmner yer?

    ReplyDelete
  12. Dear
    xtau pun u pergi pattaya
    klo x leh kirim HRC shirt
    =)
    nampaknya kena g sendiri la ni
    nice sunset view from ur hotel
    cant wait for the next entry

    ReplyDelete
  13. Tq ALL :)

    Lovelymummy : HRH ade promo 10th sbb die baru refurbish gile2 frm A-Z, so murah. Nnti pegi HRHP nye website n pilih mne yg mahu. Bilik serendah 200+ without brkfast pon ade. Yg honeymoon tuh bile kte purchase, ade ruang komen yang u bantai la klentong kt stu ;p either nak ape2 tambah sile komen di ruang itu.. :) Ha ah utk babies kurang sesuai la. Mmg betol2 ckp. If phuket boleh jgk ckp 'boleh je pg' sbb sane ade ruang2 tertentu utk itu.tp pattaya ni berlegar2 skt. tp die tak kacau org. Mgkin die belegar sbb club bsepah. Errr ape kte u pegi honeymoon berdua ;p

    ReplyDelete
  14. Dear
    xtahu pun u pergi pattaya
    kalau x leh kirim HRC shirts
    macam ni kena pergi sendiri la ye =)
    n'way, nice sunset view, nice hotel
    & surely cant wait for next n3

    ReplyDelete
  15. Wah.. tinggal di Hard Rock... tentu mahal tu, kalau saya memang tak mampu hanya duk kat budget2 hotel ajer... Tapi nampak memang seronok makan angin di Pattaya tu... ada try serangga goreng tu ker?

    ReplyDelete
  16. Wow!Setiap lawatan memang menarik sekali.

    ReplyDelete
  17. tang fried bugs tu mmg taklehhh blah babe! >_<

    ReplyDelete
  18. thanks follow...

    wow bestnye holiday...good info..bila2 nak ke sana nnt boleh tgk blog nie je..macam2 vacation n foods...

    ReplyDelete
  19. uhuuuuuhuuu.. tingin gak nak berhoneymoon berdua.. Insyallah...

    So, pasni kemana? kasi roger ar.. ahhaaksss.. U, bile flight ada pomo u roger nyek.. heee.. ai ni x brape nak alert.. Muaaahaaahaaa..

    ReplyDelete
  20. ya ampunss bestnya hotel hr tu ye... ada flowers bagai... erk pengsan tgk fried bugs tu huhu...

    ReplyDelete
  21. Fuuuhhhh....sumpah awesome!!!best tahap kritikal percutian korg!

    ReplyDelete
  22. leka akk bc... mmng sgt detail n informative bguna esp buat org yg nk ke pattaya

    ReplyDelete
  23. seronok baco journey korang nih...mano la satu hari den nak kesano entry nih sgt la membantu...:)

    ReplyDelete
  24. menarik betul pattaya ni..tgk gambar pon dah boleh tau.x sabar nak tggu cerita kat bangkok pulak ! :)

    ReplyDelete
  25. Wah.Bestnya. Dapat jalan kat sana..

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D