Food & Travel

05 June 2012

Kota Bharu 2012



Asaa sampa ghaso nak kecek klate.. Huh. XPAYAH deh! Kang salah bawak bahasa orang x pasal2.

Kesini agak rushing. Ada hal sikit. Hal tak hal sangat lah. Tapi ade la agendanya laki vini nih.

Day 1...

Dengan menaiki MAS kami terase seperti orang kaya.. Hakhakhakhakhak.. Padahal 2 org return RM250. Untong laaaaaaaaaa sape2 yg mengaku kaye tapi fare murah ;p Kaya x penting, Yang penting makan pakai cukop, dah terlebih2 bersyukur. Moga diberi kekuatan, dan dilimpahi Iman. InsyaAllah..

Dengan perjalanan kurang dari sejam, kami pon sampai KB. Dan menuju ke hotel..


Renaissance Hotel Kota Bharu

Hotel ni satu2nya hotel yang vasss dan segak bergaya di KB. Tiada yang lain. Tapi bukan la 5 bintang. Di KL mungkin. Tapi di KB tak silap 4 bintang je kot or maybe less.

Entrance
Hotel Lobby
Alhamdulillah.. Check in yang mudah, cepat dan tuntas. Lobi pon tengok cantik and bersih. Classic.

Coffee House, Lobby and Bar
Perkhidmatan teksi yang bersepah diluar hotel
Alhamdulillah. Hotel ni betol2 tengah2 town and ada semua. Mak nenek lupa aku nak snap sekali building hotel ni bercantum dgn Billion Supermarket. Sebelah je. Memang tak de masalah sesat or mati kebulur disini. Opposite hotel ni dengan hanya beberapa langkah ada macam2 deretan kedai makan, kedai runcit, watson, al-ikhsan, bank dan lain2. And tak sampai 1km pon ke KB Mall. So keseluruhan hotel ni baekkkk punya spot.

Butik Hazel di lobby hotel. Kafton cantik2 dalam RM280, Rm350. Mahal ke murah tu? Xtau! 
Internet FREE if u are JW Marriot members. Yes we r! Channel TV pon byk FREE.
Jom tengok bilik plak. Lobby bersih and classic. Bilik plak besar and comfort. Walaupon some of the furniture nampak old tapi alhamdulillah selesa and masih cantik dimata ku. Hotel lama2 and classic ni memang berbeza dari segi kelebihannya walaupon banyak kekurangan. Otai babe. More luas. More kualiti. Kasi tengok katil dia. 6pillow weh! Zassss..

Coffee Maker, kudap2an.
Swimming pool kami tak sempat jejak. Nanti akan kami jejak untuk visit yang akan datang, insyaAllah


Seperti biasa dengan harapan yang tinggi untuk menjadi ISTERI TERBAIK di mata suami ku(insyaAllah). Kami tak lunch diluar. Aku mula lah bukak tapau. Hakhakhakhak. Simple je weh..

Sambal hayam je pon.
Settle semua. Kami pon sempat melenakan mata. Penat Bangkok and Pattaya pon tak habis lagi kami dah bekejar ke sini. Tapi alhamdulillah. Semua seperti dirancang. Alhamdulillah.. Syukur.

View dr tingkap bilik kami

Petang kami keluar. Kemana?


Nordin Batik & Craft

As aku mention tadi, teksi memang bersepah luar hotel tuh. Ko bayo je. Pak cik nya baik2 belako. Aku nok sgt ke Pasar Besar Siti Khadijah. Tapi pakcik teksi cakap petang dah tak ada apa. Nak tutup dah. Apa kata kita tengok batik and ke Wakaf Che Yeh. Esok baru ke pasar besar.. What ever lah pakcik.. Jomz


Sampai je batik ni memang aku menggile. Senget kan? FYI aku dulu masa remaja boleh dikira baju melayu yang aku ade. Tak de baju raya kurung pon x pa. Tak kesah! Sebab tak suka. Emas pon mcm tuh. Senang mak. Sebab tang tu tak payah bela sangat walaupon dia dah penat bebel. Tapi sejak dah kertu ni (baru 27) minat terhadap kesopanan ni dah keterlaluan. Jangan tak tahu baju kurung aku 5pasang untuk raya ni siap ditempah. LAKI BINI SIAP! Puasa sebulan pon dah berganti. Alhamdulillah.

Korang tengok sampin yang dalam gambar hujung tuh? Mau dirembatttt... Terpesona pada pandangan pertama.. Hubby dah garu2 dagu dah dek terpesona.


Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh ni ala2 bazar or uptown. Dibuka setiap hari. And malam sahaja.


Sampin ni plak RM2500 ke atas. Phewww!~ Cantik 
Walaupon ala2 uptown and bazar tapi tak semestinya Wakaf Che Yeh ni jual barang2 pasar malam. Kat sini ada jual baju2, kain ela, sutera, sampin, songket, telekong, batik etc yang setiap 1 boleh menelan belanja beribu-ribu ringgit ye. So ini bukan sebarangan bazar. Bak kata pakcik teksi, kalau ke KB tak ke WCY ni tak complete la lawatan anda. Eceh pakcik. Tapi memang WCY ni baru lagi kot kan? Dulu selalu ke Pasar Besar Siti Khadijah and Rantau Panjang jer kalau ke KB. WCY ni takdok. Selain baju2 and barang-barangan, kat sini ada gak bukak gerai2 makan n pasar2 jual makanan. So boleh dikatakan semua ada lah kat sini.

Settle shop sikit2 pakcik teksi pon mai. Dr WCY ke hotel tambang dalam RM20(sebab malam.Siang RM10 je) 


Malam kami order je dari bilik. Sedap la jugak. Tapi sedap lagi kalau aku yang marinate ;p Hubby cakap, bukan aku ckp.. Ahakd. Boleh je turun makan. Tapi malas.


Day 2...

Breakfast


Breakfast variety of food sgt menarik. Rasa sedap. Beverages, fruits, dessert semua byk gila pilihan. Ini lah kelebihan hotel otai. Dimana2 pon hotel otai memang serve food sedap. Alhamdulillah.

Settle urusan kami (keje) dari pagi bawak ke tengahari, alhamdulillah. Urusan beres. Dan apalagi.. Sambung la berjalan..


Pasar Besar Siti Khadijah.
Bukak dari awal pagi hingga lah 7pm sahaja. Malam tutup ok.









Ada perkhidmatan beca diluar pasar.
Selesai mencuit sane, mencuit sini. Kami pon beredar dan merayau sekitar bandar.

KB Trade Center
Pelbagai kedai yang berdekatan dgn PBSK ni. So bab makan jangan risau. Siap ade mall lagi opposite tuh. Beberapa langkah je. Mekdi and kfc pon ada. Tah cemana aku gatal nak cuba MFC ni. Sokong melayu weh. Islam.



Sekali masuk tgk lengang. Staff leka bergurau2 kat counter. So aku dengan berat hati terus kan je lah. Kedai pon agak kotor. Tapi apa salahnya kalau tak cuba tak tahu. Aku order snake plate 1 set share berdua. Air nye pepsi regular. Nak tukar ke Large tak diberi. Nak order asing2 pon susah nak minta sebab loghat KL dia tak paham. Teruk bahasa. Berkali aku minta dia tak faham dan WHATEVER lah teruskan je la dengan order tuh dengan tanpa menunjuk sebarang riaksi marah pon kat muka aku nih, benda simple. Nak wat kalut watpa, ye dak. Ayam plak aku mintak kedua2nya part thigh. Jawapannya ok. Sekali datang bahagian wings and dada. Aku ulang permintaan ku nak part thigh, cashier tu tanya lagi sekali 'semua thigh ke?' aku jawab 'ha ah kalau boleh' sambil senyum.

Belom sempat dia amik pinggan aku tiba dtg partner dia juga bertudung tapi bulu kening nipissss gila.. 'Sorry kat sini tak boleh pilih2 hayam' dengan muka &#@&^$&@&$*@ Wahhhhhhhhhhhh dasyat. Kalah KFC. Now i know kenapa tak de orang mkn kat sini. Aku dah panassssssssss.. Kalau ikot darah muda mau je aku bla tanpa byr. Klu bkn makanan, mau je aku baling kt muka dia. Tapi again, aku diuji jerh dengan puppet2 ni semua. MasyaAllah.. Aku kena lawan amarah ku.. Aku byr dan berlalu pergi ke tempat duduk. Sambil2 dorang dengan muka *@&$^&@^ dan buat muka bangga! Phew!~ This is 1st and gonna be the last la utk aku cuba2 benda2 merepek nih. Bila kat forum pandai ckp KFC itu ini. Sokong la barangan Islam. Hurmm.. byk kali sgt sgt cuba. Bkn skali dua. Tapi aku tetap dibalas tahi! Tak salah pon pilih ayam yg berderet dalam kitchen tu. Bukan ramai. Dalam kedai aku berdua je. Kenapa kena dengki? 


KB Mall
Tak sangka rupa2nya KB Mall ni ada banyak menang anugerah eh? Huhuhu. Eh i just love KB so much.

Pics:Google


Petang sampai ke malam kami lepak di KB Mall. Not bad KB Mall ni. Dia ala2 JJ tapi bila di tingkat atas dia ala2 sg.wang. So mcm sedap la kami mencuci mata. Sedar tak sedar dekat nak tutup la kami baru pulang. Itu pon sebab nak tutup. Kalau tak?


Dan yang sangat lama bila hubby terjumpa ni. Jengjengjeng. Ada 1 benda yang hubby dok google lately. Bila ditanya jawab nya 'takda..saje je tetengok.jam ni pon tak sampai setahun'(hadiah hari jadi last year)
Tapi memang hubby ni cerewet nak memilih. Tapi alhamdulillah aku memang tak pernah kesah dengan keinginan dia, minat dia. Sama2 kita tau batasan kita :) So akhirnya..


Tertangkap jua akhirnya di KB Mall. Limited edition, dia yang keberapa tah yang ada. Biarkan dia dan minat dia. Aku idok le pahamnye. Yang penting dia bahagia. Alhamdulillah aku juga bahagia. InsyaAllah..

Siap pakai, jam lama aku simpan. Asik la aku duk tanya 'kul bape eh skarang?' ahaks.. ;p

Siap makan di Secret Recipe kami pon pulang ke hotel..


Day 3..


Lepas breakfast kami pon pulang.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Keje settle, jalan pon settle. InsyaAllah lagi 1.5 bulan kami akan kesini lagik.. So time tuh baru betol2 tulis apa yang kami mahu rembat. Plan betol2. Sebab dah tahu ni senang la..

Sebut pasal rembat, moh tengok beberapa cebis barang yang sempat aku rembat utk keperluan.


**overall memang aku suka KB. Memang nak mai lagi dalam masa terdekat. InsyaAllah sbulan dua lagik. Cuma aku senthap tgk culture kat sana. But awal2 nak mintak ampun kalau apa aku ckp ni silap. Pada aku Kelantan 1 negeri yang semua orang tahu dengan culture nya yang dulu pada pandangan ku kolot tapi bila makin dewasa ni aku rasa kagum dan cemburu dengan culture2 tuh. Apa culture dorang?

Disebabkan Kelantan ni salah 1 negeri yang selalu je mak and abah aku bawak masa kecik2 sampai aku sekolah menengah, so aku memang agak familiar dengan nama Kelantan ni. Ia memang femes dgn culture ISLAMIC nya. Bertudung litup utk perempuan, menutup aurat untuk lelakinya. Kalau azan peniaga akan berhenti berniaga dan akan ke surau berdekatan. Selain orang2nya yang ramah tamah, eh memang beza sangat2 lah kalau nak dibandingkan negeri aku sendiri or KL nih. Memang langit dan bumi.

So bila dah lama sangat tak jenguk, kali ni nak jenguk dengan perasaan yang sangat berkobar. Packing baju yang dibawa kebanyakannya baju yang besar2 tshirt untuk jalan keluar. Sebab dulu sapa yang tak pakai tudung dorang akan pandang2. Sebab setahu aku dulu, sana sapa tak pakai tudung ibarat kat sini bogel kot. Correct me if im wrong. Memang memalukan la sape2 yang bogel kepala, apatah lagi pakai sendat2 and sleeveless ni. So aku tak la merepek nak bawak baju melalut..

Tapi bila aku kesana 3H2M terus terang aku kata kan, apa yang aku dapat tengok tak ada lagi dah culture yang dulu tuh :( Di Wakaf Che Yeh ade ramai peniaga yang tak bertudung. Pakai maxi lengan pendek berniaga pon ada. Dah tentu la tidak bertudung kalau maxi lengan nye pendek. Bila Maghrib azan berkumandang, pondok2 yang jual barangan handphone yang melaungkan lagu justin bieber sikit pon tak slow down kan muziknya. Apatah lagi tutup kedai bg menghormati azan. Uhuk. Mana kah culture yang dulu itu? Ataupon itu bukan warga kelantan.. Mungkin.

27 comments:

  1. Bestnye jalan2 ke KB..tak pernah lagi ke sana...
    Boleh plak erk tak boleh pilih ayam...padanlah takde org nak mkn kat situ...

    ReplyDelete
  2. best nyer.....
    remy jugak tak sampai kb lagi......he3

    ReplyDelete
  3. geram sggh aku bc kisah kedai MFC tu
    sib bek hang jenis sabaq...

    huby aku pun ada dok ckp2 nak pi kelantan tp xtau bila..nti jumpalah kita kahkahkahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. isshh.. naik aircraft... kalo drive singgah la rumah... tapi kan dr kl ke kb tu kalo drive mau kebas satu badan kan...

    lama nya tak ke kb... baru ni kena tinggal la pulak..

    ReplyDelete
  5. amboii kekwatnye pekerja mfc tu.. sumbat je ayam tu dlm mulut die hehe..

    dah lama tak g kelantan..

    ReplyDelete
  6. Wahh kemain jengjalan ye kome berdua. Dah lama dah tak sampai Kelantan tapi skang ni kalau pegi pun rasanya nak naik flight je kot. Takle mahals gtkan? Bontot pun x la leper 9 jam! Hahaha.... BTW, Renaissance tu ade citer seramnye tau. Adik ipar dulu dok situ kena kt tingkat 13 haha. Pastu hubby ckp kwn2 opis dia pun cite kt tingkat 13 tu mmg keras sket tp bilik yang maneee... hehehee...
    My latest Entry :)
    Cuti-cuti M'sia: D'Ark Resort Janda Baik, Pahang

    ReplyDelete
  7. wohohoho...byknya berjalan..mmg syok habis...psl MFC tu...sy sdiri xpnh mkn kt situ..kt kelate popular Eddlee fried chicken..next time pergi kna g sana...hahaha...nasi ulam cikgu...tmpt tu pn kena pergi..and byk lagi...lupa nama...hehehe...renaissace was 5 star hotel in KB...riverview 4star hotel..

    ReplyDelete
  8. Best tgk kamu berjln-jln....jeles mak!hahahahaa...
    Ape pun kamu mmg awesome!!

    ReplyDelete
  9. KB ni antara tempat favourite saya kalau shopping dan holiday..makanan pon murah :)

    ReplyDelete
  10. Murah murah batik n songket kat sana tue... Berbaloi Baloi
    Tapi Betul last time ke Kota baru pun x sama culture dulu. Bogel Kepala dah x rasa asing dah...

    ReplyDelete
  11. Buat apa la makan MFC tu..baik la mkn nasi kerabu, nasi ulam kalau pg kelantan =

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak ke KB... banyak perubahan nampaknya...

    ReplyDelete
  13. Boleh tahan KB Mall tu ya...enjoy sungguh walaupun masa singkat janji awak berdua enjoy kan...

    ReplyDelete
  14. guys : tq and mmg kene pegi jln2 mesia nih :)

    kirapu: haahahaha my mistake. tp tu slh 1 benda rare gak kn yg tiada di belah2 kl ni.. nk gak ngetest.


    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Beb,
    he he memula nampak betis berbulu tuh!

    Waahhh tabik spring, siap tapau nasik! Sedap tu makan nasi dr rumah, tambah dibuat utk suami tersayang...masuk syurga nih!

    Kalau ada waitress kurang prihatin, sound jer Yong, tp dgn lemah-lembut tapi dgn sarkastik.

    Banyak tu yg dirembat , buleh buat niaga!

    ReplyDelete
  16. berjalan sokmo yer ekau..tak kerja ke...hehe (gurau)

    insyallah papa mifz bulan 9 nanti singgah KB...then menuju ke Kuala Besut utk ke Pulau Perhentian...

    Naik Air Asia jer..pergi balik rm58 jer..hehe

    ReplyDelete
  17. eh eh mak pun sentap kedai MFC tu beb, kedai apa eh tak pernah tahu pun... mmg gedekiah ya ampunn huhu...

    kelantan dah lain sikit kut skrg niramai je remaja2 yg berfesyen2 pelik2 huhu...

    ReplyDelete
  18. eh lupa plak.. untung hubby dpt hadiah jam mahal... baik betul wifey dia part asik tny pukul berapa tu lawak hokeh...

    ReplyDelete
  19. wah seronoknya...kita nak juga tgok sis masak...tunjuk la...hehe

    ReplyDelete
  20. ain..wah2..sakan ek !!..ehem mama tak sempat terjah KB mall..tapi gi pasar khadijah & buluh kumbu ke apa nama dia..wakaf che yeh..barang2nya lbh mahal dr pasar khadijah..hu2x..

    ReplyDelete
  21. Sya x penah pegi kelantannn!!!!!! hahaha untungla dapat tiket MAS murah.. hehehe >0<.. one day nak pegi!

    ReplyDelete
  22. wah..bestnya jd sis,,dh jln2 byk tmpt!hee

    ReplyDelete
  23. lar, xtau pun u g KB
    sy ada kt KB dr 2-8jun
    klo x leh pergi rumah
    xpun sy bwk je g jenjalan pusing KB
    nxt time bgtau

    ReplyDelete
  24. Menarik le, rasa cam nak gi sana lagi. Bab makan tu hehe, tempat lain pun banyak kan, takpe dah terkena sekali mana tahu pas ni diorang bertuka jd friendly :)

    ReplyDelete
  25. selamat datang ke kelate...

    terima kasih atas pujian dan kritikan kami terima seadanya...hehehe

    MFC tu bukan melayu islam punya tp pakistan or arab gitulah...

    memang diakui budaya di kelate dh macam "maju" ckit..haha..sbbnya kejutan budaya..ramai budak2 kelate yg menuntut atau bekerja diluar kelate terkena kejutan tu..dibawak balik ke "rumah" sekali..haha..

    proses urbanisasi juga membantu perkembangan negatif tu..itulah harga bg sebuah pembangunan..ada usaha utk seiringkan pembangunan fizikal dan rohani namun penguatkuasaan agak kurang kemas kerana jika salah langkah bergegar bumi ni dijadikan isu politik..

    sy bg contoh langkah MPKB memperkenalkan kod etika pakaian, diserang dr seluruh bumi malaysia..terkedu ore kelate..huhu

    "org luar" pun ramai duk meniaga kelate ni terutama drpd selatan thai..mmg loghat sama sebab satu spesis..haha

    maafkan kami andai landskap negeri kami agak kurang kemas dan elegen (hehe) sbbnya kami hanyalah sebuah negeri namun terpaksa menguruskan sebuah negara..(harap bule paham-hehe)...

    ReplyDelete
  26. Thx Khairi. :)

    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D