Food & Travel

14 August 2012

Marche The Curve


Tahun ni masuk minggu ke 3 Ramadhan baru berpeluang iftar diluar. Disebabkan mak warded dan alhamdulillah semua ok dan Ramadhan masih dapat dirasakan. Marche The Curve ni diantara tempat iftar yang kami takkan lepas kan peluang untuk bersantap. Almost every year lah! Dah tentu lah sebab SEDAP dan kena dengan tekak kami.

Awal pagi dari seremban ke Pavillion, KLCC dan chow ke The Curve bermula jam 3ptg. (Memang shopping sakan!) Kalau tunggu sampai 4pm, alamat makan dalam kereta nanti. Tak kuasa nak hadap jem! 

Tengah peak2 bulan ramadhan ni perlu diingatkan, buat la reservation terlebih dahulu ye? Normal dorang buat buffet konsep for ramadhan start selepas seminggu kita berpuasa. So check it out!


Marche ni berkonsepkan market ala2 pasar la. Setiap stall ada menyediakan makanan Itali. Bayar RM65+ (excluding beverage) untuk 1 pax dan makan sampai lebam, Buffet style yg dimasak depan mata. 


Dessert yang menyelerakan. Tapi kami bukan pencinta dessert. SEDIH


Ini part paling busy skali. Grill! Since kami datang seawal 645pm, boleh la nampak lengang and tanpa beratur. Start 710pm long Q!


Grill | whole leg ayam, dada ayam, lamb, mussel, udang, salmon, sausage yang sangat yummeh dan kenyal etc



Ni stall untuk saute. Mushroom saute die sangat2 la to die for. Nangis! Potatoes pon sodap. Eh artichoke pon ade. Betol ke spell tu? 


Segala jenis pasta


Salad corner


Seafood corner




Pizza corner


Fresh Fruit juice.




Setiap baverages harga lain2. Tak sama dengan buffet. So depends on drink korang nak apa. Kalau soft drinks RM3.80. Kalau juice plak uols nak mix dengan apa. Berlainan harga avg RM8-Rm12.90 rasanya. Berbaloi la.


Yup including HaagenDazs. Makan sampai lebam.





Tak seperti tahun2 yang lain, berkali2 kami Q untuk 'refill' makanan. Huhuhuhu pengakuan terlebih ikhlas. Tapi tahun ni kami sekali Q jer. Ada la sorang dalam 2keping lamb je kami belasah. Dengan hotdog grill, mushroom sautee etc. Tak la banyak mcm tahun2 lepas. Tak tau apsal. Memang tahun ni Ramadhan kami selera agak potong. Maybe dah berumor kot. Makan pon dah kureng. Alhamdulillah la camtu. Harap2 berpanjangan la mood makan yg menurun ni ;p Eh apa2 pon yang penting sihat. InsyaAllah.


Marche The Curve
+60377278461

Setelah kenyang yang amat, kami pon pulang dengan senyuman. Alhamdulillah rezeki ALLAH. Sebelum tuh meh nak share happened depan mata BASKIN ROBBINS fever malam tuh. BR plak depan marche je. Masa tuh ingat nak tapau sebaldi chocolate ice cream seperti biasa, lupa plak ada FREE br malam tuh. Memang kensel aku nak tapau bawak balik. Heh

Ramai yang kutok kononnya 'tak sanggup aku nak Q demi RM7+', 'beratur 2jam buang masa semata2 eskem FREE? RM7+ je nilai masa korang?'. Pada aku spoting la.. Ko taknak Q xlah! Org lain nak Q biarlah. Tak payah nak komen negative sgt lah. FUN kn? Aku tgk pon SERONOK. Kalau muda2 dulu mau je aku join the crowd. Apa sangat la nilai RM7+ tuh? Tapi fun n spirit tuh syiok, btw lepak mall pon dah buang masa kan? Dating bercinta pon lagi la buang masa. And most yang Q tuh family yang ada anak more thn 4org. Seronok budak2 hapy. Kalau 4anak nak beli eskem RM7+ satu scoop dah berapa? X semua orang mampu. Sangat bernilai untuk orang yang kurang mampu. Terima kasih BR. (walaupon aku tak join the crowd) 


Salah 1 rembatan di Pavi tadi. Aku pakai gelang? LOL! Baru nak berjinak2. Klakau. Oh murah je kalau nak di compare kan barang yg sama di T&Co. 

Eh berapa hari je lagi Ramadhan akan berakhir.. :(

7 comments:

  1. Bestttt. I suka makan rosti kat marche ni. Nomnom sedapnya. Lama dh tk makan. Tp i tak pnh mon buffet lg la.

    Pasal BR tu i setuju. Nk memekak tp ko tak Q kan. Biarla dorg nak free ke apa. Benda free sape taknak haha

    ReplyDelete
  2. ni yang i suka blog u ni babe!u share tempat mkn best yg ai boleh terjah dgn husband!we LOVE foooooddd!

    ReplyDelete
  3. ya Allah..ya Allah..

    tgk mknn siang2 ni, sgt mencabar tau kak..

    dah la x sahur..

    aaaaa...

    ReplyDelete
  4. Humang aiii sumenya nampak sodap! Adehhh hahahaa... Selamat Hari Raya to both of u! Maaf kalau ade komen yang menyinggung perasaan selama ni ye! :)
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 25th Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  5. tak pernah pi...tapi tgk menu menarik...... siap ada salmon fillet lagi..... enjoy the meal FM.....yummy2 !!!!

    ReplyDelete
  6. last year penah buka pose kat sini memang best..adik sedara keje kat sini dapat staff disc..tapi skrg dia da benti..kalau x harus repeat lagi kan...

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D