Food & Travel

28 October 2012

Salam Aidiladha


Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat. Selepas hari yang ke 3 baru aku ada masa on9 and menjamu mata kat blog2 uols yang lain. Macam2 cerita. Syiok kan? So ini plak kesah aku. 

**menyesal tak lepas bangun awal2 hantar mak p beli barang2 yang nak di MANTAI kan. Kalau tak sure lagi best entry ku ini. Sabar je la. Tersasar!

As usual and memang tak pernah tinggal, family kami yang kuat makan memang tak pernah lepas kan peluang untuk menyambut MANTAI untuk hara raya haji ni. Termasuklah setiap kali parent pegi Haji pon kami adik beradik gigih buat persiapan. For sure korang yang bukan dari n9 tak pernah dengar apa tuh MANTAI. MANTAI ni nama hari sehari sebelum perayaan Raya Haji atau Raya Puasa. Apa dia HARI MANTAI tuh? Hari mantai ni mcm hari persiapan nak menyambut hari raya la. Makan makan makan makan! Masak! Masak! Masak! Masak! Memang meriah kalau masa ni semua ahli keluarga ada. Macam kenduri.

Yang lebih specialnya tahun ni mantai jatuh pada Hari Jadi Bonda kami. Masak memang melampau banyak n macam2. Lepas tuh tambah lagi mcm2 sebab birthday mak. Hurmmm taktau nak ckp apa. Berenang dalam lemak la kami 3-4hari ni. 

Mak masak semua yang dibantu oleh para2 bibik lah. Dalam tak sihat2 tuh kan?(patah tulang pinggul 3bln lepas) Dia gigih. Walaupon kami dah halang. Tu la anak2 rajin balik. Tak penah dibiarkan lapar. Rahsia mak kenapa menantu rajin blk Seremban ;p 

Apa yang mak masak on Mantai tuh? Nasi minyak, daging masak kurma, acar sayur, ayam rendang, daging+paru+hati rendang, nasi impit, kuah kacang, sup gearbox, dan lontong. Sehari sebelum semua siap. Sebenarnya apa yang dimasak mengikut favourite kami adik beradik. Macam nasik minyak n kurma tuh kan cucu suka? Mcm aku tak suka sgt kuah kacang, tapi abg2 ipar ku suka. Ipar2 aku plak tak makan paru, tapi kami laki bini gila paru. So nak jaga hati semua pihak, masak kesukaan semua. LOVE U MAK!

 Selamat hari lahir mak. We love u gile gile gile gile gile punya! Yang ke 65. Semoga sentiasa tenang dan ceria walau apa pun dugaan yang datang. Semoga diberi kekuatan, semoga dimurahkan rezeki diatas kegigihan mu. Semoga tersenyum selalu dan terus setia mendekati diri pada NYA. Eh apa saja lah untuk mu!


 Setelah dilapah, tapi tak semua pandai makan sum2 dlm tulang tuh. AKU PANDAI!




Itu la dia cerita ceriti sedikit sebanyak pada tahun ni. Sebab dah melapah since MANTAI(a day b4 raya). Kami dua laki bini dah tersandar loya. Lauk pauk ni sedap dimakan berkali2 dalam sehari dua jer. Lebih dari tuh dia jadi benak dah dalam otak aku ni. LOL. Mau tak benak. Makan tak hengat donia. Tapi lately ni tak la sangat, chewah. Yela family memang jenis kuat makan. Tak raya pon kami sental benda yang sama. Order je ngan mak, pasti dia masakkan. ONTIME! Bila dah loya.. Jom keluar makan2 lain.


Makan di gerai 'busstop' tepi jalan Seremban 2. Layan char kuew tiau.


Cantik plak #nofilter camera nih ;p

 Kopi O Ice

Char Kuey Tiau dgn telo mate.

Oh lupe nak bergambar raya. Aku hanya pakai jubah tesco RM50 and suami jubah kesayangan dia.
So cemana plak raya korang?????????? Harap2 berbaloi. Dan bersederhana la sangat

24 comments:

  1. selamat hari raya beb. family aku time raya pun macam ni juga, time masak meriah. makan lagi lah meriah.

    ReplyDelete
  2. Bestnya masak banyak2 dan makan ramai2... ni sambutan sebelum hari raya.. raya punya sambutan lain pulak ye..

    Kalau sehari sebelum raya kita orang biasa sebut 'hari buat ketupat'

    ReplyDelete
  3. Banyak2 gambar di atas, lemang yang paling buat saya menangis :)

    Selamat Hari Raya buat Beb sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. salam beb ..
    selamat malalui hari raya qurban.
    yg tk blh tahan, tengok sup gearbox tu .. my faberet dishes ..
    hari ni attend hari raya gathering kt di Rembau ..
    memang meriah betul depa tu buat..

    ReplyDelete
  5. bestnya.raya meriah dengan makanan :)

    ReplyDelete
  6. Wahhh sedapnyaaa. U mmg tak suka kuah kacang ke? Seronok kan mantai. I xdpt balik pn sebab husband busy. Balik pg raya. Nasib dekat je shah alam rembau haha. Eh btw u ada instagram tak? Followla i hihi sashaxoza

    ReplyDelete
  7. Selamat hari ry..meriah btl..happy birthday aunty;)

    kami pun suke paru jugak!dan kami pun lupe bergambar ry bersame..huhuhu

    ReplyDelete
  8. daging berketul2 tu sangat menggugat imaaaan

    ReplyDelete
  9. epi besday jugak untuk mak ko beb!heaven giler lauk, walaupun dah kenyang,mesti nak makan lagi, hehe

    ReplyDelete
  10. Ni betul2 overdosed makan nie. :D

    ReplyDelete
  11. Salam Aidiladha...
    meriahnye menu..best...sedap² semuanye tu..^^

    ReplyDelete
  12. It's always nice yummy food here.

    ReplyDelete
  13. Mak ai FM... Meriah tol makanan2 yg disediakan... Terliur nengok eh tngh2 meeting nih...tetiba jadik lapar...

    ReplyDelete
  14. sori lbt wish..slmt hari raya yer

    ReplyDelete
  15. fuhh... mantap semua food ni..!!!!

    happy birthday mummy beb..!!

    ReplyDelete
  16. gerai yang berhampiran petronas tu kan??

    ReplyDelete
  17. Uols : tq and sama2..

    PM : iyyo! sodap gak layan potang2

    ReplyDelete
  18. wah meriahnya...apa pun belum terlambat rasanya nak ucapkan..happy birthday utk mak akak...

    ReplyDelete
  19. I just couldn't depart your web site before suggesting that I really enjoyed the standard information a person provide for your visitors? Is gonna be back often to check up on new posts

    ReplyDelete
  20. happy belated birthday utk ummi tu........ dan salam aidiladha utk fm ngan hubby...... ada mood raya lagi ke nie.....he3 raya haji tak boleh sebulan ker?

    ReplyDelete
  21. `hepi belated bezday but mak ain`..semuga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki olh Allah..amin..sedeyyy tau..mama kena kurangkan sup tulang & daging..hu2x..

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D