Food & Travel

14 October 2012

Ulu Bendul Kuala Pilah


Memang dah lama sebenarnya kami nak berkelah di Ulu Bendul ni. Ada lah beberapa kali plan tapi asik cancel. So this time alhamdulillah kami sampai TAPI hujan pulak lah. Sempat la berendam secelop dua sebelum hujan. Memang terasa sakai habis! Mau tak sakai, dah berapa belas tahun kot tak kesini. Korang kat lua sana nak tau sakai tak sakai tahap korang cuba pergi. Ahaks. Dah la lama gile tak berendam dalam ayaq gini. Umur makin meningkat, sekali dapat celup badan dalam air terjun FRESH. Lupa masalah jap. Dua orang pon jadik. Sejukkk.. Gegegegegegegeggee..

Dari seremban ke Ulu Bendul ni dekat jer, lagi2 dah ada highway baru yang menggantikan kelecehan Bukit Putus. Lebih mudah la kan. Mau la dalam 10-15min jer kot dari Paroi Seremban nuh. Seperti biasa, kami pergi hari orang bekerja. Saja nak mengelak ciak miak manusia. Sampai2 jer ada la orang dua tiga kerat. And aku pasti and terlebih pasti lagi ramai manusia kat atas2 sana. Cuma tak nampak sebab kami mandi kat bawah2 jer. Scary lah berdua nak naik atas tuh. Ramai2 boleh la. Lagipon x larat la nak challenge2 sangat. Dolu2 boleh.

Ulu Bendul or mana2 air terjun/jeram semua orang tahu kot, lagi atas and lagi tinggi korang naik/daki hutan tuh lagi syiok, lagi cantik, lagi dalam air nya. Ulu Bendul pon mcm tuh jugak. Masa zaman dolu2 ada dtg dengan keluarga besar naik ke atas nuh. Memang cantik! Tapi untuk kami kali ni ala2 dah la. Air paras peha pon aku dah teruja mcm org gile ;p 


Seperti biasa, pagi lagi dah bangun and prepare mee hun goreng dengan ayam goreng. Memang kami gemar kan ala2 picnic nih. Feeling2 gitew. Ahaks. Feeling tuh 1 hal. Lagi 1 hal, masing2 dah la suka makan. Tempat plak tempat yang ko taktau keadaannya cemana, kalau laki aku lapar camna? Kite ni kalau lapa, bleh jadi Hulk. Nanti x syiok le. Baik masak. Enjoy!


Memang banyak dah perubahan. Dah la depa tengah renovate lagi apa yang patut itu ini. Caya lah Pilahdelphia. Semakin maju kampung uwan den! Ok now aku terkejut baca papan tanda nih. Mana plak toboh eh taman ular tuh? Boleh tak perasan masa kat sana.


Sepanjang luaran tuh ada deretan kedai jual cenderamata, gerai2 makanan ringan and stall2 burger and goreng pisang. Even orang tak berapa nak hadoo tapi kedai2 ni tetap buka. So senang la nak carik makanan kat sini walaupon bukan weekend.


Pintu tak berapa nak gerbang nih semakin terang. Dulu2 gelap jerh dek pokok2 rendang. Banyak peningkatan kat situ! Tak la menakotkan sangat kan?


Wowweee..! Dah ada ala2 theme park plak kat bawah ni. Siap ade slide2 dalam air. Dengan toilet yang selesa dan cantik. Dalam gambar ni, slide2 nye betol2 berada di belakang toilet. Kami tak kesana, so tak da pict. Tapi apa2 pon memang banyak perubahan dan kemudahan.


Macamana banyak perubahan pon kami tetap nak kan yang asli. Ngada kan? Huhuhuhuhu. So naik ke atas sikit untuk dapat kan spot yang baekkkkkk punya.


Cantik, sejuk dan masih terpelihara.


Apsal rasa terang sangat ha? Rasa togel pon ada. Susah plak nak carik port.




Jumpa jer port yang baek, kami pon terus tukar baju mana yang patut kat situ jugak. Excited kalah budak2 dua laki bini nih. Siap tukaq baju terus terjun dalam ayaq. Gambar kami tak dapat siarkan dalam blog ni, diatas sebab2 yang tertentu ;p sakai tahap apa pon tak tahu. Memalukan aku jerh kalau letak sini. Tapi yang pasti tidak la sampai berbikini. lol


Tengah asyik bercanda dalam air, boleh pulak hujan. Tak da renyai2 deh. Terus ghauuuuuu.... Lebat. Kami pon naik la dan tunggu di port kami tadi yang beratap zink. Nasib baik beratap. Kalau x..


Hujan semakin lebat. Kalau stop pon aku tak rasa nak sambung mandi. Menakotkan. Dah la port kami mandi tuh air sedalam paras pinggang aku. Kan air terjun ni nampak je cetek or tenang, tapi tak boleh diduga. Buatnya dia mai dari atas, nauzubillah. Yang mai nya bukan kecik2 air. Tapi berombak tinggi yang membolehkan kita lemas weh dek arus tuh. Teringat plak kisah 3 beradik(kecil2) meninggal baru2 ni kat sini. Meremang bulu roma aku masa tuh, tapi ingat dalam hati ja. Diam2 sudah. Al-fatihah.


Tunggu hujan reda, sambil2 tuh salin baju and prepare untuk balik. Bukan balik ke rumah, tapi ke pekan Kuala Pilah untuk layan rojak dengan cendol pulut. Perghhhh.. Meehun yang dibawa dah selamat kami rembat. X cukop dengan itu nak rojak plak kan? Gasak.


Landmark kedai rojak and cendol terbaekkkk dari Kuala Pilah ni, sebelah pasar. Bile mai sini hiba pon ada, terkenang wan bawak aku masa kecik2 kesini. Masih tak berubah kedai dan pasar ni. Pemes tak pemes kedai ni sampai masuk tibi lah. Kalau ke Pilah memang tak sah la kalau tak singgah sini(ayat cliche).

Kedai Mee Rojak IBRAHIM





Aku order rojak biasa and suami order mee rebus. Hurmmm overall MENGECEWAKAN. Tak tahu apsal. Siap contact abg and mak aku tanya kenapa kedai ni mcm ni. Betul ke tak kedai ni? Hahahaha. Memang betul pon lokasi nya. Tapi tak sure kenapa x sedap. Kalau tengok kuah rojak dia pon mcm air. Hadoi. Spoil lah. Dah la Pilah town ni jauh nak mai dari Ulu Bendul. Kecewa gile weh! Bukan sikit2. Tapi tak pa lah. Experience tu yang menyeronokkan. Lagi2 bersama suami. Alhamdulillah.

Cendol Pilah




Kedai cendol dengan rojak ni sbelah2 je. So memang dua kedai ni pemes. Tapi tatau la maybe tak nasib kami kali ni. Tak berapa best cendol dia pon. Rasa la cendol nya, tapi tak sepower dolu2. But cendul hijau tuh masih ada bau yang ummphhh! Aku suka. Selain cendol and rojak, ada banyak deretan kedai lain lagi. So nak nasi ayam ke, apa2 goreng ke boleh la survey2 kedai lain and order. 

Selesai menternak lemak, kami pon pulang.

Belakang ni la pasar nya. 

Selesai semua kami pon pulang. Sempat jugak kami cuci mata dalam kereta tgk org berniaga tepi jalan sepanjang perjalanan. Petai, buah naga, daging salai, ikan keli salai, itik salai and macam2 lagi lah. Memang lepas satu per satu kedai kami lalu. Agak2 kalau lalu jer tanpa berhenti menyesal tak? Hohoho!

Finally kami berhenti jugak bila ternampak kedai ni..



Limau Barli. Kami panggil limau bong jer, dulu2 selalu brenti di Ipoh beli. Favorite mak. Berhenti pon sebab hubby nak belikan untuk mak. Kami makan, tapi tak la penggemar tegar. Kalau mak aku tuh dia boleh hadap and hadap sampai sakit perut. Padahal dia tak suka buah2 masam. Macam2! Btw harga dia sebijik ada yang Rm15 dan ada yang sbijik RM20. Boleh tahan kan??



Paling best kiri kanan jalan Pilah ni ada padi. Cantik! Siap kabus poik.. I love PILAHdelphia.

So sape Pilahdelphian sila jawab, kenapa cendol and rojak tuh sebegitu rupa dan rasa nya? Tolong jawab! Kalau ke cendol bustand, x plak ada rojak. Help! Nak yang macam dulu! 

20 comments:

  1. assalam ain..mama pernah kesini 2x..dah lama tak kesana, 2 adik ipar mama org pilah !!.. :)..nampak dah banyak perubahan ek?..

    ReplyDelete
  2. Wsalam perantin baru ;p
    Ha ah ma byk betol berubah. Dlu semua asli2 belaka. Pondok2 tuh pon tak da. Skarang byk dah di bikin. Itu pon hari tuh masih bikin lagi jln depan tuh.

    ReplyDelete
  3. thanks for dropping by my blog :)

    Love your pics - LAWA~!!!

    Btw, kat Ulu Bendul tuh, ada orang jual lekor sodap!!!! ehheheheh... gi Istana Menanti dak? Dekat kan?

    ReplyDelete
  4. Lily : ala ter miss plak. nmpk, tp tak beli. istana tuh beberapa meter je kampung ese ;p btw tq pon visit my picisan blog. tq otai :)

    ReplyDelete
  5. pertama... ulu bendol dah lama remy tak pi lepak2....bertahun rasanya..... dah nampak byk perubahan..... sebab selalu remy pi jeram toi...lagi best.....

    cendol ngan rojak tu sayes...feberet,,,, kalau dapat yg cendol drive thru tu lagi best......

    gerai buah tu...cam remy pernah jumpa...he3

    ReplyDelete
  6. Salam Beb

    Yo la, nampak dah lain sungguh tompek ni, tak macam dulu2 maso den poi sini, macam masuk hutan...

    ReplyDelete
  7. Haha amboi nama femes tau pilahdelpia haha. I baru brp kali je pg ulu bendul ni. Nk repeat la nanti tp nak pg time bukan musim hujanla. Time panas panas confirm sedap mandi kan

    ReplyDelete
  8. i nak masuk dlm list diary, 'place to go when im going home' - ulu bendul, kerlassss

    ReplyDelete
  9. nice ar tempat yang anda berdua rekemen ni..hehe kalau ada rezeki rasa nak pi ke sana..tp paling buat saya rasa tak sabar nak pi sana nak perkena pulut cendol..sedapnya...

    ReplyDelete
  10. Uols : sila2.. Nnti sape x pg lgi sila pg if dkt. Sape yg dh pnh pg sile pg lgi. Byk perubahan n kmudahan..

    Thomas : my bad! Tapi bro, itu jam belum start musim hujan tau.. Haiyak!

    ReplyDelete
  11. ingatkan ada keju philadelphia je... rupanya Pilahdelphia pun numpang sekaki ya... i like

    ReplyDelete
  12. dah lamo den tak g Ulu Bendul tuh...last zaman sekolah kot...

    ekau tak pergi tengok anaconda ke..hehe

    ReplyDelete
  13. pilahdelphia tu... nice! alohh terliur plak tgk cendol tu, beb tanteknyewww handbag u tu...

    ReplyDelete
  14. hahahaha tuh la dia, name2 keju pon mai msuk..

    pm : samo la dongan. sajo jenjalan mengimbau zaman knk2.. ekau patut poei blk tuh bwk mifz. anaconda x tgk, tkot laa weh!

    hanis : hahahaa i duk scroll2 blk hbag mne. nmpk je u. hbag cenonit je tuh u.

    sis mulan : mmg!

    ReplyDelete
  15. kenapa xajak kita...boleh mandi sama2...hehe

    bahaya time ujan mandi kat situ...

    ReplyDelete
  16. dulu masa study kat NS , teringin nak ke sini.tapi tak sampai2 pun.
    sekali sekala mandi air terjun mmg syiokk kan.

    ReplyDelete
  17. Pilahdelphia....mak oii...glemer eh plak..ghaso eh dah beghubah sobab bukan pak berahim yg buek,dah cucu cicit eh yg take over..so rasa ado berubah la...kannn... x sodap dah mcm dulu

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D