Food & Travel

01 November 2012

Pantai Teluk Kemang, PD


Ni dah termasuk dalam kategori tak tau nak pergi mana tapi nak berjalan. Nak pergi jauh2 kashi illek. So pergi je la mana dan. Ukur baju badan sendiri ye dak? tp bdn aku beso. Kalau nan hadoo, buat cara nan hadoo. Ini la dia jalan2 cuci mata kami sebelum raya aidiladha hari tuh. Ke Teluk Kemang, PD. Walaupon biasa2 jer, kami cukop bahagia berborak dr tengahari sampai menjelang senja. Makan, borak, gelak, makan, gelak dan borak. Dengan modal beberapa ringggit je. Alhamdulillah.

Punya la ramai manusia. Punya lah dah lama tak pergi. Punya la lain rupa. Punya la terkejut aku nengoknya.


Banyak gerai2 niaga di sepanjang pantai. 


Tempat parking pon banyak dan semakin terurus.


Oh yang ini aku sangat teruja. Dulunya tepi pantai ni kosong tak ada apa2. Nowdays dah ada benda baru  ala2 negara jiran. Iaitu canopy and kerusi2 santai UNTUK DISEWA. 


Nothing is free in this world. Jangan selamber badak duduk plak. Wah ingat ada orang sedia untuk kita? Baik sangat la orang2 tuh kan ;p Kalau di negara jiran kerusi malas je semata dibentangkan. RM10-RM20 sewa seharian kalau tak silap. Duduk la ko sampai kematu. Di PD ni RM40 kauuuu. Tapi 1 canopy siap dengan 4 buah kerusi lah dia bagi. Siap 1 meja koboi. Tapi masih mahal la pada aku. Sian makcik2 yang nak menyewa. Bkn mat saleh yang nak duduk n membaca kat situ sampai 18jam. Paling2 pon org mesia ni berendam 1-2jam pon dah sangat lama untuk 1 family. Dengan RM40 baik depa p makan anak beranak. Ye dak? 


Banyak kemudahan untuk orang ramai. Segala2nya dah di pertingkatkan. Ada balai polis depan tuh, ada bilik mandi yang besar dan mcm2 lagi lah untuk mempermudahkan para pengguna.




Sepanjang pantai memang meriah dengan jualan2.



Price tuh mahal ke murah? 




Apekebenda ni?Rumah api barangkali ;p Eh ctk burung terbang tuh. Indah!




Paling lyn part nih


Dah penat bersiar2 moh makan.



Sepanjang jalan tuh melambak gerai2 yang boleh menjadi pilihan uols. Memang aku suke bena gerai2 tepi jalan ni. Tak sure kenapa, memang darah kampung mengalir dalam diri ini kot. Ahaks. Bile gerai ia akan menjadi lebih santai dan sempoi. Baru lah chill. Sedap borak.


Memang sodap! Asam laksa.


Mee goreng mamak


Kerang rebus.


Cendol.


Tak ke rasa indah lepak disamping orang tercinta. Buang2 masa yang berbaloi? Tapi jgn la buang masa sampai kelaut dan lupa kewajipan. Huhuhuhu. Gerai makan plak aku tak tahu nak rekemen yang mana. Aku rasa semua sedap. Semua hampir sama. And alhamdulillah gerai yang kami pilih ni gerai yang sedap. Nak tahu sedap ke tak sedap nya kami makan minum sampai ke petang. Sampai meja kami penuh dek makanan dan gelas air. 

Total untuk semua yang kami makan adalah RM20 sahaja. Alhamdulillah. Murah gila. Kopi o ais, kelapa, teh tarik, laksa asam, mee goreng telor mata, cendol, kerang rebus!

Kenyang perut, senang hati. Jom sambung jalan.



Tangkap gambar dari tempat duduk gerai. PEMALAS kan?

Lepas dah kenyang kami pon jalan untuk tengok sunset. Alhamdulillah. Lagi sekali kami dapat menyaksikan apa yang menghiburkan hati kami. Kejadian Ilahi. 







So.. Wassalam uols. Nanti bersua kimbalik ya? Kalau ada rejki, insyaAllah. Kalau untung sabut timbul, kita jalan jauh sket, untung batu? Kita jalan dekat jer nahhh? 


Review lain2 di Port Dickson, mungkin dapat membantu.

27 comments:

  1. wah ...
    bercanda ditepian pantai ..
    mcm biasa ..
    cantik2 gmba2 yg dipaparkan ..

    ReplyDelete
  2. subhanallahhh..cantik2 nya pic...mmg dah macam puket pulak ye..tp sana murah bebeno lah kan

    ReplyDelete
  3. hari tu saya p pd... ingatkan boleh jer duduk terus sambil menghadap laut... sekali rupa2nya bayar... adehhh

    ReplyDelete
  4. yg gmbr tu mahal...yg pakai baju putih tu comel!yg duduk santai tu sweet!heheehhee.... :)

    ReplyDelete
  5. i baru je plan dgn hubby nak piknik kt PD. walaupun dekat hade aku kisah kan asal dpt spend time dgn husband huhu

    aaa i hantu laksa kot. apa nama gerai laksa tu u?

    ReplyDelete
  6. mahalnya jet ski tu..
    tapi memang menarik konsep sewa tempat duduk bawah canopy..senang tak payah nak heret segala tikar bagai kan..
    kita pun jalan2 dekat2 sini je skang..janji happy..hehe

    ReplyDelete
  7. cantik lah tempat dia. dah lama tak holiday :(

    ReplyDelete
  8. Lawa la sluar, nak pinjam! Hehe. Best la dh boleh sewa canopy tapi mahal mak oiiii.

    ReplyDelete
  9. Beb..serius cantik gamba
    jeles ok! mmg i kena cr camera gini jugak la. kematu nak cari duit ;p

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yong Beb,
    yg tak best PD ni, crowded kan?
    Alaa sedapnya laksa dan kerang rebussss!

    ReplyDelete
  11. Ish..dah bertahun2 tak ke PD...dah lain bebenor yer :)

    ReplyDelete
  12. Wahh meriah dah ek PD. Last datang mase kecit kot hahaha... Murah sangatttt RM20 untuk semua itu.. i like!!! Gambar sunset yang last tu masterpiece la! Cantik banget!
    My latest Entry :)
    JJCM: Chengal d'Garden Cafe-iii

    ReplyDelete
  13. woww...cantik giler gambar sunset!aku asyik fail jer even dah baper kali study dengan utube, uhuks..lama dah tak pergi teluk kemang, betul-betul beza sekarang.pencetus nih beb untuk aku pergi, hehe..

    ReplyDelete
  14. Uols : mhl kn canopy? Tp rmi je yg amik.. Dtg dr jauh ok laa.. Yg belom pg sile cuci2 mte pg k? Ramai tp x sampai merimaskan.. If mandi myb rimas tang blik air, itu ramai.. Hihi..

    Orga : aku x phm tang mne ctk nyeee.. Huduh je aku nengok weh.. Dh la ade yg amik pki i4 jer.. Cet!

    ReplyDelete
  15. Wah..... bestny bercanda di pasiran pantai...

    Dah lama sungguh tak terjah teluk kemanag...

    ReplyDelete
  16. betul FM..... tent kat situ rege mahal sangat...padahal semua yg dtg adalah org malaysia jugak...dah sah2 tourist lepak kat hotel....... tu selalunya kalau remy pi ...lepak jer bawah pokok... PD pun dah byk upgrade dari dulu.......
    cume makanan nya masih lagi boleh diterima.....

    ReplyDelete
  17. salam

    tapi takde pulak pokok kemang kat situ ye hehe

    PD sentiasa sibuk hujung minggu, kalau public holiday jangan cakap le

    ReplyDelete
  18. not sure tapi rasanya tak pernah sampai pantai PD ni.. will have to visit la jgk satu hari nanti..

    ReplyDelete
  19. tempat den ponteng sekolah dulu nih...hehe

    ReplyDelete
  20. Wah!Sempat lagi tangkap gbr burung terbang.

    ReplyDelete
  21. Area PD and melaka ni mmg peberet spot Nekcik nak bersantai mndengar deruan ombak!!! slalu ikut BEB jalan jalan makan makan ni!! cuma tak nampak je kan!!

    ReplyDelete
  22. Hei, thank BW kat my blog yang dah bersawang2 tu...

    Cantik your pic2 holiday. Nice.

    ReplyDelete
  23. ain kalau ke PD..mama lepak2 makan kat kedai makan tu..he2x..

    ReplyDelete
  24. lma x pegi PD.. nak ajk hubby pegi la.. :)

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D