Food & Travel

14 December 2012

Laksa Restaurant, Seremban


Hari ni nak cita pasai kerang, kerang Seremban. Ahaks

Since ada forumer N9 tanya, 'ada penah makan tak kedai mee curry name LAKSA Restaurant kat area KPJ Seremban?' So aku mesti la jawab ada. Memang kegilaan aku and mak mee kari ni. Lagi2 chinese style. Lama2 dalam draft pon bukan boleh buat aku kenyang, meh publish.

Tapi! Tapi! Tapi! 
Tapi sebelum tuh yang menjadi persoalannya.. Kenapa chinese panggil Mee Kari as LAKSA ha? Memang nama kedai ni pon Laksa Restaurant tapi sebutir bijik laksa pon depa tak juai.


PROMO baek punya. Padahal kedai ni dimiliki dan diusahakan oleh chinese. Tapi iklan depa semua melayu. Tapi tak pa la. Selagi depa tak menipu kira ok la. Tu marketing strategy nama nya. Walaupon cina tapi HALAL, insyaAllah. Tapi tak semua dari kita nak makan makanan depa ni kan? Walaupon ada sijil HALAL. Alhamdulillah.. Seelok2nya macam tu la kalau dah ada rasa was2 baik toksah ye dak?

Menu depa terhad, tak la semua kind of halal chinese food depa serve. Terhad pada mee2 kari, kueh tiau, nasi goreng, nasi lemak and lain2 menu yang simple. ITU SAHAJA. Nak carik hot plate mee ke, nak carik hokkien mee ke semua tak da kat sini. Kalau tuh pi kedai sebelah, Seaview Restaurant. Tuh pon mantap gak. Chinese halal gak. Tu nanti cite.


Laksa Mix (Mee Curry) RM12

Mee Laksa(curry mee) yang ni dipanggil Mix. Dalam menu tuh ada banyak gila pilihan untuk mee kari. Ada yang letak ayam(drumstick)je, ada yang nak ayam with clam, ada yang sotong sahaja, ada tuh plak letak dua benda je etc. So yang ini Mix means balun semua. HAHAHAHHAHA. Ape nak heran kalau badan melebar order paling super. Kalau aku order telo mate makan begitu saje itu iyye boleh heran. Huhuhu. Apa yang ada dalam tu? Segala mak nenek. Ayam, sotong, udang, mussel, kerang, lala, telo etc. (sekali sekala makan makanan darat dgn laut xpe. InsyaAllah) So harga berdasar kan apa yang di order lah. Kalau mee kari yang basic punya RM6.80 sahaja.


Kerang Sambal RM 8-12

Menu ni pon boleh dikatakan menu mesti ada kalau kami kesini. Kerang sambal die klu makan bleh tangkap kepala. Sebab PEDAS. Tak la pedas sangat. Tapi kalau tersedak memang keluar bawang putih ikut hidung. Paham2 la chinese food, terasa oyster sauce dia, bawang putih semestinya and kepedasan dia untuk menu ni.  PEKAT.


Yong Tau Fu 

Ini set. Boleh order tang menu. 1 benda dalam RM1.20. Accept for fried fucuk tuh RM1.20 ada beberapa keping. Lain semua single2 RM1.20. So kira la sendiri berapa yang uols amik. Rasa macam biasa la, selagi aku suka hirup sup, selagi tuh aku kata sedap. Kalau lidah melayu belacan, sure kata sup dia tawar. Aku suka je! 


Fish Ball Curry

Masa laki aku order ni aku cam tengok muke dia tak berkelip. Aik, syg dah kenapa makan kuah dengan ni je. Pastu dia ngekek2 gelak. Saje nak cuba, katenya. Belasah la CintaHati, janji dia dah ngekek gelak tuh makna nya dia suka. 



Kedai simple je. Ramai jugak indian and melayu datang makan. So kalau2 ada warga seremban nak makan2 and minum2 petang sila lah cuba2. Kalau datang nak makan hidang ikan kerapu salai semua memang tak ada. Menu2 semua kat sini simple2 jer. Paling sesuai untuk makan petang or lunch. Kedai bersih, service cepat. Overall ok. Mee Kari pon sedap! Tapi tak leh kalah kan mee kari ss2 pj. RINDU. Tapi masih boleh hilang kan keinginan la kalau malas ke pj. 

Lain2 menu pon penah kucoba. Sedap2 belaka..

Laksa Restaurant Seremban
87, Jalan Toman 5, 
Kemayan Square,
70200 Seremban.
Negeri Sembilan

Contact No. 06 7629781

Landmark kedai ni shop lot bersebelahan dengan KPJ Seremban. Dekat dengan tol Seremban Plus la jugak. Tengok Map dalam gambar2 kat atas.

IKLAN : Meh ke facebook page ku untuk more share info. Wonderfulretreat

20 comments:

  1. humangai sodap lak ai sambal kerang tu. dah lama tak buat sambal kerang camtu. hish nak buatla

    ReplyDelete
  2. Saya byk kali juga ke KPJ Seremban ni...tak perasan pulak kedai ni..yg perasan betul2 opposite KPJ tu, ada restoren mamak...

    Betul tu, saya perasan..cina panggil mee kari sebagai laksa..hihihi..

    Insya Allah boleh try sini...nampak pekat, sedap mee karinya...

    ReplyDelete
  3. Salam Beb

    Cara miker letak gambor sambal kerang tu...huh...sabor jer la mater dan tekak Yong ni nengoknyer....

    ReplyDelete
  4. Nak keranggg..nak keranggg...nak keranggg...apsal kerang ko nmpak sgt menggiurkan niiii? Aku tgk kerang kat pasar biase je pon. Mandrem lebih kt gambar aa ni. Kuikuikui

    ReplyDelete
  5. tak tahan aku tengok hang dok bercerita pasal makan ni beb, air liur menitik-nitik dah ni tengok kerang sambal tu...slurpp!

    ReplyDelete
  6. Sedapppppnya kerang tuuu... glup glup glup, terliur tengok kerang ngan yongtaufu..

    Eh Beb...... takder pon Indian dlm pic yg last tuh... ke Indian tu putih

    ReplyDelete
  7. cha : mmg sodap! die pekat2. sile buek. htr sban kit.

    el ; ko dh ade kerang pon nk teruje ke? aww!

    daddyZ: x rugi cuba. sedap gak!

    k.yong : lol. hai la kerang..

    alwanez : HAHAHAHHAA sengih aku bace komen ko. ape punya mandrem daaa.. tu teknik nme nye! ahaks

    orga : ape lagi mtk msk kerang sama bini ko ini mlm!

    mp : hahahaha gmbr tuh gmbr 1x pegi, tapi yg indian n melayu tuh keseluruhan nye yang beb pg. byk kali dah mai.. hehehe

    ReplyDelete
  8. <-- Tak nak baca lama2...nanti teringin, susah...haha

    Tengok makanan tu cambest je, harga pun ok...dan yg penting halal =)

    ReplyDelete
  9. kat area kemayan square tu ye.... nanti bila2 pi kpj melawat kenkawan boleh ler remy lepak kat sini...sayes...nampak menarik curry laksa tu......

    nak tanya fm....
    pos laju dah sampai ker?

    ReplyDelete
  10. Samalah laksa di Secret Recipe sebenarnya kalau kita mee curry..

    ReplyDelete
  11. aby suka juga mkn mee curry ..
    tp tahu yg diguna tu mesti jenis tahu berongga bukan tahu biasa yg padat ..
    klu tahu berongga tu .. masa kuah tu panas .. masa kunyah tahu tu pun rasa kari nya didalam tahu tu

    ReplyDelete
  12. apesal aku tak tahu tempat nih?? ok, balik kampung nak terjah.. sebab aku sgt suka kerang itew! kat PD yang ada pun kerang sambal... kecur liur beb...

    ReplyDelete
  13. Yo! Menceceh airliur tengok food nih :P~~~

    ReplyDelete
  14. kena singgah ni...
    tengok gambar pun terliur..
    nak cuba laksa mix tu...
    ehehehee

    ReplyDelete
  15. rupanya banyak tempat2 makan best kat Seremban yang den tak tau...huhu

    ReplyDelete
  16. tgk kerang sambal tu lpr la pulak.....hah pernh gk terkena tulis menu laksa tp dtg nye mee...mmg gtu kot kalo chinese style..hehehe

    ReplyDelete
  17. eh baru aku perasan. kokenapa blur blur kan muka ko tuh beb. nanti kot terjumpa kat setia city mall ke camne aku nak panggey :)

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D