Food & Travel

06 December 2012

Tanjong Jara, Dungun


Bismillah.. Banyak nye koje nak melayan n3 kali ni. Tapi disebabkan nak mengabadikan kenangan dan pengalaman ku sendiri, aku relakan malas ku pergi. Dengan ini, n3 kali ni bermulaa..

GAMBAR BAPAK BANYAK. JANGAN TERCEKIK, JANGAN MUNTAH.
(from iphone and camera)

Sudah ku bilang di n3 ku yang lepas, aku sambung cuti aku daripada bekerja di KT dan terus ke Dungun untuk cuti leisure kami laki bini disini. Kalau nak usha activity kami di Kuala Terengganu, mai visit kami kat sini nahhh? Kuala Terenganu nan indah.

Kami check out dari Tanjong Vista ngam pukul 12 tengahari and taxi terus bawa kami ke Dungun. Sudah ku bilang, dari KT ke Dungun mengambil masa dalam 1jam perjalanan dan charge taxi RM90.

Perjalanan memang indah. Kawasan perkampungan yang sangat2 sweet. Rumah2 kampung sepanjang pantai terimbau ku kenangan lalu bersama keluarga. Oh rindu zaman kanak2. Boleh dikatakan setiap hujung minggu kami pasti bercuti.
Pada yang merancang untuk drive kesini sila hati2 dengan selok belok jalan. Sepanjang perjalanan kami, ada 2 bijik camera dengan orang2 nya sekali menjalanan kan 'tugas' speed trap. Masak la kalau kena. Alhamdulillah, kami terlepas dari kesemuanya trap2 tuh sebab driver taxi dah hafal.

Lebih kurang 1jam kami tiba di Pantai Tanjong Jara, Dungun. Betul2 selekoh jalan dibinanya Resort ni. Apa punya pandai depa design. Heh! Nak rare katenye..

pict; google


Baru ku tahu apa function gong ni. Gong dipukul(ke dipalu?blasah la beb) menandakan ada guest baru yang nak check in. So FO boleh prepare la apa yang patut kat dalam tuh. Alkesahnya. Signature nih!






Cam biasa lah YTL. Memang betul2 hotel terbaik yang penah ku visit. Hospitality and service segala. Hosp & service x sama ke? Huhuhuhu. Recognize us dengan nama. Welcome us dengan betul2 with smile and protokol(kdg2 penat nak kena senyum sepanjang. Lenguh pipi!) Dengan segala urusan check in yang cepat dan mudah. Siap ada welcome drinks. Walaupon ayaq tawaq lebeq, kami tetap hargai usaha mu YTL.

Siap urusan check in, kami dibawa ke Villa Anjung. Alhamdulillah kami dapat bilik yang paling dekat dengan semua facilities. FYI, kawasan resort sangat besar dan agak la jauh antara resort2 dan facilities yang lain. Nasib baik kami dekat disini. Tak perlu berjalan jauh. Dan sangat sunyi. SUKA.



Villa Anjung room no. 302 memang the best villa. Sebab? Dekat dengan laut, dekat dengan lobby, senang keluar tak payah bepeluh ketiak jalan, dekat dengan adults pool, dekat dengan Atas Sungei Restaurant and paling best dekat dengan free WiFi. YTL hotel memang tak ada free internet. Kalau nak kena purchase YES 4G. RM50 sehari. Tapi! Tapi! Tapi! Bilik kami dekat dengan lobi and restaurant yang mempunyai service free WiFi. So dapat la curik2 kurik.. Yeay!

Jom tengok Villa.









The toilet yang sangat besar. Sorang kanan, sorang kiri. And separate jamban n shower! Tak yah rebut2. Pintu belakang tuh apa? Jengjengjeng!

Iklan jap

Aww thanks for the gift. Sweet kan YTL nih? 




*sila abaikan lemak2 yang bertempiaran. Perlu diingatkan lebih banyak gambar berlemak lepas ni.  


Gila 'perghhhh' ke tak perghhh resort nih? Anjung Room no.302. Memang betul2 berhadapan dengan pantai. This is the best resort yang kami pernah pergi sepanjang hidup ni. Thanks YTL.

Tak perghhh lagi?????????????????? Meh tunjuk 1 lagi.


The Bath Tub

Sila tengok pict toilet diatas, pintu belakang tuh dibuka dan ini la dia. Bukak2 je ada bath tub. DANG! Memang excited gila la kami. Thanks YTL. Jom berendam? 




TJR Facilities

Teratai Swimming Pool 3m
for adults only.


3M deep untuk adults sahaja pool ni. 

 

Teratai Pool


Macam biasa, boleh order from the bar. 


Memang aku gila kan pool. Lagi cantik lagi aku suka. Lagi dalam lagi lah aku suka. 

For those yang ada baby, dont worry. TJR ada 2 swimming pool sebenarnya. Yang Teratai ni dekat dengan Villa kami, lobby and Atas Sungei Restaurant. And the other one nunnnnn jauh di Nelayan Restaurant, gym and spa. Sekoq hujung ni, sekoq lagi hujung sana. Paham? 


Waktu malam kami minum di Teratai Pool. Cappucino RM15. SuciMurni smoothies RM20.


Pool for kids and adults.




Nelayan Restaurant.
western cuisine


Teringin juga makan disini. Sampai2 ja kami kesini dan mintak menu. OHMY! Agak la mahal. Tidak la kami mampu. Terbukti nafsu makan ku MASIH boleh dikawal. Tidak la semua benda aku sental. Spaghetti/pasta segala dalam RM50++ sepinggan. Seafood, steak nya dalam RM70-RM150. Lobsternya RM200++. Kalau berbaloi pon aku tak kuasa. Kalau di Hotel or Resort lain yang murah sikit dari ini aku makan jugak kan? Yang hini tidhakkkk. Takk mampooo aku. 

The Spa

Tak masuk pon. Tak berkemampuan kesitu.


Serambi and Bumbung


Ni Villa2 lain yang ada di TJR, which is 2 tingkat. Serambi di bawah dan Bumbung dah tentu la di atas.
Classic and cantik kan? 


Merayau sampai ke hujung untuk cuci mata.


Villa 'sementara' kami di belakang. Cantiks!









Walau panas berdenting, kami gigih merayau. Sebab cantik and banyak excitement. Semua benda nak tengok. Semua tempat nak kami jelajah. Segala resort tuh bapak besar.

Gift Shop


Barangan yang agak mahal. Tapi kalau berfaedah aku rembat je. But tak da pong. Mcm patung ni RM89. Fridge Magnet RM15. Itu 1 je aku beli.



Library



Cycling 


Taxi 


Kami berdua pon disumbatnya dalam transport bapak besar ni. Suzuki kot tak silap. Memang la seronok. Tapi kalau nak beronok2 dah tak jaddi! Ngape? Sebab 1 way depa charge RM35. Dah la nak ke town dalam 2.1km jer pon. Tapi apakan daya, taxi susah nak carik. Town pon kecik. Masa nak keluar town 1st time tuh gigih je kami naik RM35 1 jalan dgn perkhidmatan resort ni. Bila dah sampai town kami dapat kan taxi tempatan.

Sebut pasal taxi ni orang Dungun ni memang baik2 kan? Kejadian ajaib 2x berlaku masa kami disini. Huhuhuhuhu. Masa 1st time keluar makan di medan selera dungun, kami di hantar pulang ke Resort oleh tokei kedai makan tu. 
Pada asal nya time nak bayar, hubby tanya 

'macamana nak dapat kan taxi kat sini'

Tah cemana mamat tuh kata susah and kena menapak jauh sikit. Tapi takpa biar dia hantar kata nya. Aku pon cam pelik and risau jugak. Memang tak la aku ni nak bersifat positif sepenuhnya kan? Bukan apa. Malas nak menyusahkan orang. Kita masih ada daya. InsyaAllah. Kesudahannya kami turutkan je sebab dia beriya nak hantar. MasyaAllah. Panjang kan umur sipolan ya Allah. Murah kan rezekinya ya Allah. Terima kasih! 

Tu kes 1. Kes 2 pulak bila kami dah dapat taxi(next day) yang sanggup hantar kami kesana kesini. Hampir 2 jam dia mengekor kami kemana2. Siap ke pasar malam, makan etc. Sampai resort tiba2 tak nak duit. Huhuhuhu. Alhamdulillah murah rezeki kami. Murah lagi rezeki pakcik ni sebab suami letak kan duit atas seat sebelum berjabat tangan dengan pakcik tu diluar taxi. Macam2 ragam. Macam2 orang kan? Syukur..


Pantai Tanjong Jara
Private Beach

SUNRISE.



SUNRISE. Syukur. Alhamdulillah. Kami memang plan lepas je solat subuh kami terus keluar untuk ini. Sunrise. Sangat cantik. Sangat indah ciptaan Ilahi. Kabus depan mata. Sejuk. Kalau dulu selalu hadap sunset. Kali ni kami gigih merayau lepas solat. Huhuhuhu. Memandang kan kami check in weekdays so tak ramai sangat orang. Memang peaceful. Jalan jauh2 baru selisih sorang dua. Kadang2 tak ada orang lansung. Cuma staff je yang merayau2. Masuk weekend, orang semakin ramai. Ramai pula yang sombong tuh. Heh.

Beach waktu tengahari dan petang.







Masa ni panas berdenting. Gigih kami kan? Gigih la. Nak pergi lagi tatau bila. Buat apa saja yang menghappy kan kita. Kata nak datang untuk berehat and bersuka ria laki bini. So ini la dia .. Alhamdulillah








Di Atas Sungei
Breakfast


2 hari pertama kami yang awal terpancul. Yakin boleh anak muda! Dah la terawal lepas tuh boleh dikatakan terakhir yang belah. Makan kami tak berulang. Sekali amik. Tapi borak yang lama nya. 








Nasi Dagang sedap hubby cakap. Aku tak pandai nak rasa. Tak reti. Tapi  makan!



Walau pon makan tak berulang, tapi tengok la sekali kami amik macamana? Bismillah je ler. 

Breakfast serving biasa2 jer. Nasi lemak, nasi goreng(sedap!), nasi dagang, omelette, scramble egg, fresh fruit, salad, bread, cake2 and dessert yang simple2. Tu je. Tapi alhamdulillah, kenyang!

**ade yang dah muntah darah ke belum? Ke dah tertido? Aku belum lagik. Sebab aku masih rasa aku disini. meh sambung cite..

Atas Sungei Restaurant ni restaurant yang serve Malay Cuisine. Boleh prepare dinner untuk kita. Sama ada ala carte ataupon hidang. Ala mcm kedai2 tomyam kat lua tuh. Ia tak ada specific menu. Order je. Semua boleh bikin! Tomyam, ikan 3 rasa etc. And plus steamboat set. RM122++ per pax. Untuk harga makan hidang tuh ada la dalam RM20 for ayam masak paprik and RM80 for ikan fresh. Lebih kurang gitu la. So mampu milik lagi la kalau nak dibezakan dgn Nelayan Restaurant tuh. So mungkin kami akan dinner disini. MUNGKIN!



Ni pon sebahagian dari Atas Sungei Restaurant, tapi smoking area. Cantik dan fresh air. Memang betul2 atas sungai. Memula kami decide nak duduk makan di sini. Tapi masa tuh tengah hujan. So beralih ke dalam yang ala2 dalam garden itu. Dari hari pertama sampai la kesudah kami duduk n makan disitu. Huhuhhu.




Dungun

Dungun sebuah daerah yang sangat simple. Kalau nak kesini sukar sikit nak berbudget untuk yang tak berkenderaan sendiri. Paham x ayat pusing aku tuh? Tak de kereta mai sini payah sikit kalau nak berkira!!! Tak paham gak lagi? Means, pada yang nak kesini tapi tak punyai kenderaan sendiri haruslah berbelanja lebih sikit. Nak keluar je dah kena RM10-RM12 satu jalan dengan menaiki taxi. Nak pergi balik dah berapa? Itu taxi Dungun. Taxi TJR plak mengenakan charge RM35/way. Ni lagi kes tinggal spenda nanti nih. Big NO NO NO! Bagi mengelakkan pembaziran, buat la kira2 sebelum keluar. Plan kau2! Sekali keluar korang beli la macam2 stock. So tak perlu keluar hari2. Tapi sampai mana sangat la kan? Lagi2 tang dinner and lunch. Kena gak keluar. Tapi biar lah betul2 berurusan. Semata2 nak beli berus gigi baik toksah. Bazir duit cab je. Ko tenyeh la pakai towel tu dulu. Hai mcm biase je buat? Biase tidak la. Tapi mesti la pernah, emergency! Daripada pakai orang punya(selain suami), baik tenyeh kat towel. Ahaks

Walaupon Dungun kecil tapi ada lah hospital comel, bank2 yang comel, kedai makan, pasaraya yang mahu x mahu je(kompem size aku x ada!) Semua ada. Cuma nak berlebih2 tuh x lepas la.




Kecik kecik Dungun ni sampai jugak la kami ke pasar malam nya. Berbelanja sakan la. Dah la ingat kan malam tuh nak tak nak kami terpaksa dinner di Atas Sungei disebabkan tak tahu nak makan apa. Otw nak pulang ke hotel, pakcik taxi bawa kami kesini. Kami tapau mcm2. Kuih2 tradisi sana, makanan2 yang aku suka tapi jarang jumpa. NASI AIR especially. Penyudahnya cancel dinner kami malam ni di Atas Sungei. Alhamdulillah. Jimat! Lega aku.. lol. 


Rantau Abang.

Attraction sekitar Dungun ada la dekat2 jugak dengan Rantau Abang. Ye tempat penyu bertelo tuh. Tapi katanya bulan ni tak ada. Selalunya bulan Aug. Tapi kami gigih pergi jugek. Ada la jugak tapi yang dalam kolam tuh. Boring. 



Pantai Kelulut 

Seafood celup tepung.
Jauh jugak dari Dungun. Tapi nak makan punya pasal. Gigih la lagi!


Satar
Punya la susah aku mencarik budak ni. Akhirnya ada jugak rezeki makan dia. Dr KT aku carik tak da. 


Udang Celop Tepung


Sotong Celup Tepung


Ikan Selar je yang ada. Celup tepung gak.

Kalau nak carik celup2 tepung di Dungun tak da. So kene la keluar sikit. Ni la hasil ke'luar'an kami. Nice!


Overall Tanjong Jara Resort.

Tanjong Jara Resort aka YTL Hotel service memang NO1. Mana2 pergi pon dorang akan buat housekeeping twice a day. Sama dengan Majestic Melaka dulu. Tapi lain nya kali ni dorang buat 1 waktu pagi and 1 lagi waktu malam. Agak la semak dimata aku nak datang malam2. Aku lebih suka datang bila  guest tak ada dalam bilik(time aku merayau2). Sebabnya kalau aku ada dalam bilik, aku rasa kesian and kesudahan aku suruh dia belahhh je. Lagi2 drama kali ni perempuan sarat mengandung. Aku halau dia balik. Bak tukar towel je. Lain2 bia aku buat sendiri. Adeh..


Bila kami keluar, dorang masuk and setting kan ini semua buat kami. SURPRISE gils okke? Arghhhhhhh suka! Thanks Tanjong Jara. Walaupon lebar meroyan, aku tetap feel princess dimata suami ku. Tolong la maafkan tahap konfiden aku yang tak de kesudahannya ini. *peace


Waktu malam, bulan terang kami akan deting disini. MasyaAllah indahnya ciptaanMu ya ALLAH. Nampak pantulan bulan di air laut tuh bergerak2 tanpa haluan. Terpana aku. Memang nangis. Sebabnya selalu tengok gambar lukisan or novel ada la gambaran macam ni. Bila depan mata, bulan terang mahu tak nangis? Ampun kan kegayatan ku. Aku hanya manusia biasa. Ghairah menyaksikan laut tak bertepian. Terima kasih ALLAH. Semoga KAU..(biarlah rahsia kami) Sobs..



Ini pon nangis. Gulung tirai tuh and duduk di bench dengan orang tersayang. Borak2. Cipta impian. Kuatkan kasih sayang. Bermaaf2an. Aku bersyukur. Perlu lah diingatkan, ini bukan KEPERLUAN. Tapi hanya kehendak duniawi. Di rumah pon boleh bersatu kasih kan? Cuma ni rezeki kami dapat promo murah pulak. Rajin2 la carik promo yek? InsyaAllah kalau ada yang tanya kami akan cuba bantu tang mana nak dapat promo.

Tertido sorang2 waktu petang selepas baca activities TJR. Bila terbangun bukak2 mata terus nampak dunia indah yang luas terbentang ni depan mata. Memang meremang bulu roma. Sang suami sebok dengan kerja nya bersama laptop atas katil.

Terkadang ku berfikir, sejauh mana rezeki kami dipanjangkan? Terkadang ku berfikir, apa akan jadi kalau..
Hanya ALLAH swt yang maha mengetahui. Kami berserah. Semoga ikatan kasih kami ini terus kuat untuk mengharungi apa jua dugaan yang KAU bakal berikan. InsyaAllah..

Check Out 

Check out normal time is 11am. Tapi kalau bernasib baik and guest tak ramai, boleh mintak check out lambat. Macam kami depa offer kami check out sehingga 3pm sebab flight kami lewat. 9pm. Tapi kami dah plan nak merayau di KT. So lupakan saja niat mu itu. Kami terus beredar dengan 1001 kenangan. Alhamdulillah. Memang rasa berat hati betul nak tinggal kan TJR ni. Takda makna aku nak puji kalau benda tak betul. Kali ni memang overall terbaik. Alhamdulillah. Cuma yang tak boleh belah bila teringat kan anak2 yang tinggal. Rindu plak.



Sampai di KT sempat kami merayau di RiYaz Heritage nih. Dekat je dengan Tj Vista Hotel. Pernah plan nak kesini. Tapi memang tak lepas bila di compare kan dengan YTL. Huhuhuhu. So masuk sini saje jalan2 memandang kan ada games di KT. Saje cuci mata.


Masuk juga ke Pasar payang. Daripada awal nya malas2 nak masuk. Kene gak masuk akhirnya. Beli buah tangan untuk yang tinggal.


Ni la dia hasil rembatan kami 8malam di Terengganu. Duk letak tepi sebab nak wrap.


Airport KT


Wrapping service


Hasil setelah wrapping.

Semoga dapat membantu pada yang mencari info yek? For more info, pm la aku kat FB ku
www.facebook.com/wonderfulretreat

**oh untuk harga promo Tg. Jara ni start from RM300+ per night. Murah gila untuk kaki berangan macam kami. Sebab dah lama aim hotel ni. Standard room pon RM800 kalau tak promo. Now promo!! Alhamdulillah.. Syiok! Apa salahnye kadang2 pergi. Berbulan2 kerja tanpa cuti :) Lama tak berjalan!

-Nowdays kemampuan tuh boleh dikatakan subjektif kot. Depends kat minat. Separuh org ckp RM300 1 malam tuh mahal, ada orang lain plak fikir RM350 tuh tiada nilai jika nak dibanding kan dengan memori yang kita bina bersama. TAPI! Yang cakap  mahal ni bukan susah2 orang tau? Dia plak suka gadget2 ni. Sanggup beli lense beribu2. Aku and suami plak kalau lense kata 'tak mampu'. Korang tengok la dah bertahun2 orang semua berteknologikan dslr. Kami masih ditakuk yang lama. Sebab MINAT kot. Minat tuh bila tak kesitu, dia akan rasa aduh mahal. Ade orang tu plak fikir hotel mahal sikit tak mampu. Tapi bila tengok dia layan Spa terbeliak bijik mata aku. Sekali jalan RM300-RM400. Aku nak pergi Spa??? Rentikan la. Walaupon spa yang 1 jam RM160 tuh. Berkire betul aku. Ngehngehngeh. Ermm ada tu plak cakap mana2 kami pergi, kasar belanja. Padahal dia tak sedar dia tukar sport rim sebijik RM500? Aku lagi yang terbeliak bijik mate. So bole kan aku panggil KEMAMPUAN sekarang ni dah bole masuk dalam kategori subjektif. 

Review lain yang mungkin membantu;-
Kuala Terengganu 2011
Kuala Terengganu 2012

41 comments:

  1. assalam dear..jeles..jeles mama tau..setiap hari gi honeymoon !!!.. ;)
    semuga kebahagian ain & en.berkekalan hingga akhir hayat..amin..

    ReplyDelete
  2. SUBHANALLAHH.. gila mata akak tgk gambo2 you ni dear..

    I stil remember about Tanjung Jara ni.. tpt my uncle memula bekerja as waiter. now dia di Camberra. Hotel gak.. dah somebody dah.. teringin nak gi sini.. You just berdua ok lah. akak ni berlorry... nak duk situ.. gulp!!!..heee..

    anyway, must try one fine day..

    ReplyDelete
  3. best giler...cantik aje hotel yg u stay...suka gk kalo tgk pool cantik...beso ek toilet die tkyh berebut..hehe..wah bathtub open air gtu ye

    ReplyDelete
  4. tudiaa...berjalan sakan hangpa no!separuh harga kalau promo, boleh tahan jugak.tapi padanlah dengan suasana tempat pun,berbaloi gitu kan...kolam aku berani takat 1.7m jer, lebih dari itu kena pakai life jacket kalau nak berenang, hehe...

    ReplyDelete
  5. kak....best nye nmpk YTL tuuuu...


    aaaa...meroyan lah mcm ni.. pinjam gmbr..! buat inspirasi setiap malam..kekeke..

    ReplyDelete
  6. ya Allah i pulak nak menangis baca entry u ni. Subhanallah cantik sgt u. Tak rugila bayar mahal mahal kan memang terbaik u dpt villa camni. I tak pernah sampai Dungun lagi. Bestnya. Paling heaven bila tengok pantai sambil spend time dgn hubby kan :')

    ReplyDelete
  7. serious lawaaaaa gilaaaa tempat nih & lagi lawa sbb amek guna camera baru kannnn? hehe. but anyway, TJR is a very nice place laa. rasa teringin pulak nak pegi. thanks for the info! :)

    ReplyDelete
  8. Ya Allah babe..best nyer la haiiii...!!!

    Dengan aku sekali terpegun menengok nyer inikan pulak ko sendiri yg merasa kat sane...fuuhh..hebat la kawan!

    Apepun aku doakan kau terus berbahagia bersama suamimu yg tercinta tu ye,amin~

    ReplyDelete
  9. Done reading ur post..amik masa stgh jam kot nk habiskan semua..ahaks
    n'way..memang cantik especially part pantulan bulan tu..ak pun nangis kot kalau dpt tgk real
    TJR ni mahal benar harganya..tak mampu mak

    ReplyDelete
  10. Cantiknye tempat ni..memang sesuai untuk relax²..

    ReplyDelete
  11. Sob sob sedih plk bace certain part. Tapi..tapi aku ternampak beg mbmj idamanku ituuu. Hihihi. Bestla tjr ni, cantik gilos, view awesome! InsyaAllah smg smakin murah rezeki n berpanjangan jodoh kalian berdua ye. Amin.

    ReplyDelete
  12. Amboiiiiiiii Beb...

    Romantika di-amor la dok sini... best giler la weh, gambar pun cantik menarik tertarik da bomb.... fuh tak mampu nak nyewa sinih

    ReplyDelete
  13. Chanteknyaaaa la haii.. cepat bg tau caner nak dapatkan promo itu hahaha! (Paksaan!) Ku tak kesah bab lemak tu tapi bab gigih berposing tengah panas tu memang ku tabek spring agaga...
    My latest Entry :)
    Resepi: Egg Moist Eggless Chocolate Cake

    ReplyDelete
  14. OMG OMG!!!! bestnyer u!!!!
    i hv to go there 1 day if ada rezeki amin...

    ReplyDelete
  15. Tktaw kt dungun ada tmpt secantek nie okeh.. i luv Negaraku!

    Btul tu beb.. semua ikut kemampuan n minat kita.. klu jenis yg mmg dah MINAT berjln @ bercuti.. org lain yg tk share minat yg sama dgn kita.. confirm mereka tkkn fhm.. serba serbi dianggap mahal n membazir.. so, let it be ;)

    ReplyDelete
  16. Huuuhhh...itu dia... betul-betul makan angin dan nak happy-happy. Cantik-cantik lokasi yg ditayang buat akak tak kelip mata..

    ReplyDelete
  17. he3,..... panjangnya FM.... 3 hari 3 mlm baru remy dapat tgk kesemuanya..... percutian terbaik dlm malaysia... cantik sangat tanjong jara resort tu.... back to nature......

    ReplyDelete
  18. MAMA : Mne nye stiap hari ma. Stiap hari pening ngn koje. Kalau mama perasan lama jgak kami tak bercuti. Ni la sekali pg, pg betol2. Tq Ma, tqsm :)

    K.yan : Jgn gila!! Huhuhuhu. Ramai2 lagi best k.yan! Sure budak2 suka. Luas.

    mamtisya : itu la open smpi tkot2 jgk bunyi cengkerik n ombak mlm2.

    orga : HAHAHHHAHAHAH ape la rupe eh pakai life jaket dlm pool weh?

    adik senget : hahaha inspirasi jgn silap amik gmbr. lg2 klu gmbr lemak tuh ;p ahaks

    Cha : give me 5! sbb phm cmne feel tuh. hehehehe. alhamdulillah. i pon bru smpi dungun ni. klu x tuh, xsmpi2 jugek..

    gil : camera baru pon x reti pakai heh.

    mrs eady : tqtq so much. u too beb!

    wawa : mampu tapi kene plan betol2. berbulan2 jgn pg mne2 then skali pg rehat la sungguh2 cam kami buat!

    lily : sesuai tapi x lepas nk sll kn? :(

    alwanez : hahahaha xmo sedih2. aku bkn penglipur lara weh. amin ya rabbil alamin. utk ko jugek!

    MP : ala mne plak x mampu nye. bkn sll. ini la sekali

    deeb : GIGIH weh! mau x gigih, bukan selalu bole cenggini.

    siti : cuba try test plssssssssss..

    mrs rr : give me 5!! :)

    kakZ : alhamdulillah :)

    remy : hahahha fm mmg suke wat n3 skali harung habis. sng cite. n snang nk crik blk nnti dlm blog label kikikikiki..

    ReplyDelete
  19. memang cantik TJR ni ain..sis pun suka town KT..entah kenapa,tapi selalu di hati gitu..hehe

    ReplyDelete
  20. cantek ok resort nih..abis la teringin jugak nak pegiii...hahaha

    ReplyDelete
  21. salam

    org tua pak yahya yg pukul gong tu ada tak hari tu hehehe

    ok, bapak nak titun dulu, esok nak melayan USS LA sehari suntuk

    ReplyDelete
  22. giler jeles..akak sgt2 jeles ni.....

    ReplyDelete
  23. marvellous ...
    itu yg dapat diucap ..
    sume ada .. meow pun ada juga,
    very romantik both of you ..
    tk sabar tunggu entri baru beb ..
    sentiasa best ...

    ReplyDelete
  24. N3 dinanti... Mmg lama dah dok verangan about this resort... 350 ?? Mn dapat tu beb?? Bley laaa i pun mngepoh nk p.. Yup i aggree kemampuan is subjektif... Fr me 350 so worth wif moment indah wif luv 1 kn kn?

    ReplyDelete
  25. beb, gila best sangat..teruja ni..
    tapi kalau lepak sorang2 macam tak best pulak kan..hu hu hu

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Yong Beb,
    Isyy, isyyy, isyyy...tak abih, abih honeymoonnya! Jeles akak!

    Tang celup-celup tu sedap, bukan kat airport ke? Ngape tak bawak keta, nak fly eh? Kalau ada keta kan lagi best!

    ReplyDelete
  27. beb tq tanya khabar alhamdulillah kami ok je...
    ya hampunnn lama yg amat tak berbw siyes bz huhu...
    tj jara ni one of my list tapi sgt2 mahal nak pengsan n sgt2 vervaloi (eh bahasa apa ni?) hokay dpt rate promo tu rezeki u n hubby! moga ada rezeki i plak nanti...

    ReplyDelete
  28. This is one very beautiful resort,
    nice shots on the beach.

    ReplyDelete
  29. Wow wee, terpegun den dgn hotel tuh, bathtub open yer, segan lak den mandi,hehe

    Pool dia pun terbaik lah..

    Btwn den like semua gambar kat atas tuh, ohsem ;-)

    ReplyDelete
  30. sangat100x agree dengan perenggan paling bawah.. lain orang lain minatnya..

    awat tak habaq ada dungun, boleh je speed sampai sana 20min... opsss lupa awak nak bercanda dgn kekasih hati.. tapi ada masa pi pasar malam...!!! dah dekat lah tu..

    ReplyDelete
  31. beb : terbaik r...slalo jugak usha hotel ni tp sekadar tgk2 gitu jek la, nl pergi ntah bile..neway, share la psl promo tu?mn tau ade yg kami lepas ke..hihihih

    ReplyDelete
  32. serius cantik tempat ni... bilalah nak dapat pegi ni..

    ReplyDelete
  33. meleleh air liur akak baca entry ko kali ni beb, lencun baju dibuatnya... best gila. Kalau nak pergi sendiri kena fikir 50 ke 60 kali ni. So akak akan cadangkan utk buat ofis trip ke sini, wish me good luck :)

    beb, ko ni kelakar jugak orang nya ye, terkekeh-kekeh akak baca sorang2.

    ReplyDelete
  34. Memang terbaik lah resort ni...
    For that promo price, sgt sgt sgt berbaloi!

    Boleh jadi my next place nak melepak utk menembak sunrise & sunset kot...hihihihih

    Saya setuju sgt dgn 'tafsiran kemampuan' tu..Nicely written.. :)

    ReplyDelete
  35. wah seronoknya...nak bulan madu kat situ la...hehe

    ReplyDelete
  36. alahaiii memang cantikkkk, tak dpt pegi tgk gambar pun jadilah. mana tau satu hari ni sampai jugak kat sana

    ReplyDelete
  37. Nice resort :) i rindu lak kat dungun.. 3 tahun bertapa di ITM Dungun di hatiku.. sepanjang pantai Sura Hujung...

    ReplyDelete
  38. ya allah..ohsemnyer blog u ni!! this weekend nak p TJR..bila tgk blog u ni..byk betol membantu.. melonjak2 hati nak cepat2 pegi.. btw tq for ur info. very helpfu.. I bagi 5 stars!!hehehe

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D