Food & Travel

30 May 2012

Bangkok 2012

Atok Chomelness
Alamak malu la pulak nak tayang trip Bangkok yang tak seberapa nih.. Cet.

Bagi nak lengkapkan the whole trip aku teruskan entry ni aite? For those yang terlepas meh aku ringkaskan. N3 ni adalah sambungan perjalanan ku dr Pattaya ke Bangkok selama 3H2M Pattaya dan 3h2M Bangkok. Untuk lebih lanjut mengenai Pattaya, sila ke entry ni Pattaya 2012

Perjalanan kali ni mengambil masa lebih 2jam dari Pattaya ke Bangkok dengan menaiki taxi. Kami telah diberitahu oleh pemandu taxi awal2 lagi yang ke Bkk ni agak leceh sebab kami dihantar ke Sukhumvit(town) di Bkk. So jem sgale dgn peak hour lagi, mengambil masa agak lama untuk sampai.

Setelah google segala.. Kami memilih Sukhumvit utk stay. Kenapa Sukhumvit? Sebab di tengah2 bandor selain Silom. Antara tempat2 yang kami usha sebelom mengambil keputusan is Silom, Sukhumvit dan Riverside. Berangan jugak la nak Riverside tuh. Walaupon mahal. Tapi perlu diingatkan macam2 kelas hotel yang ada di Agoda or Booking so insyaAllah mampu je semua orang kalau plan betol2. Ye dak? Kenapa riverside? Sebab cantik and most of the riverside hotel rooftop pool yang meletop dan ade bar di atas. Berangan nak dinner! But sedikit mahal and start with RM350++ and dia agak jauh dari town! So padam keinginan terus memilih RAMADA ENCORE Hotel untuk melempias kefenatan kami.


Day 1...

RAMADA ENCORE
Nearest Public Transport : Bts Asoke / Mrt Sukhumvit






Room Facilities
Ramada Encore Hotel Sukhumvit ni memang selesa gils. And boleh dikatakan diantara hotel murah tapi bertaraf 5bintang yang penah aku duduk. Aku menilai takat dalam bilik je la. Luar2 aku bagi 3-4bintang. Dari segi keluasan bilik, toilet, shower, bedding, tv, carpet, toiletries, coffee maker, safety and semua lah  memang tak kan caya hotel ni hanya menelan belanjaku RM150 satu malam. Hikhikhikhik.. Murah gils kan? So sape2 yang nak ke Bkk, memang aku rekemen hotel ni. Dah la dekat dengan town, mall, bts(train), HALAL food. Alhamdulillah pilihan ku tepat.

Hotel Facilities
The Lobby and Bar
The front desk, lobby and restaurant. Siap ada pc with internet for FREE @ lobby.
The Welcome 'Drink' - Ice cream SANGAT sedap.
Hotel ni di Sukhumvit Soi 10. Soi tuh mcm lorong la.. So every lorong kat Sukhumvit tuh ada number so senang la nak carik.. Walaupon hotel ni ceruk sikit ke dalam tapi tak menyusahkan pon. Just nice!
Sampai pon dah lewat petang, kami terus golek2 dalam bilik and decide utk makan malam nanti terus. Untuk alas perut kami belasah maggi cup yang kami bekal dari Malaysia..


USMAN Restaurant
Sukhumvit Soi22
10am-10pm 


Restaurant Usman ni memang pemes kat google. Sebab tuh rasanya memang elok benau aku pilih Sukhumvit. Lagi2 Bangkok ni kalau tak kena gaya nya memang payah nak carik makanan Halal. Lagi2 nasik tomyam2 nih. Kalau indian food banyak la. Sampai mana bena tekak kita ni nak indian food, ye tak? Itu pon kena carik betul2 baru ada yang halal indian food nya. Yup kat sana ramai india and bangladesh. Sangat ramai. Sampai sana sini ada food diaorang, nampak benau permintaan tinggi. So untuk Restaurant ni sila ke Sukhumvit Soi 22. Owner dia Usman boleh bercakap melayu. Dan dalam kedai tuh ramai org Malaysia!


Masa ni dah late night. So orang dah tak ramai. Makanya rajin je Usman ni duk borak2 dengan kami.


Di rak2 tuh siap jual product2 sendiri Usman Restaurant. Diantaranya pati TomYam Kung dia. Sampai berjual okey? Best gile gamaknye nih. Tapi memang aku google ramai cakap sedap. Meh aku nak rasa.


Muka lapar, cian sayang ku.. Kalau la ada dapur dia takkan kelaparan :( So jom order! Ape yang kami makan? Jom jengah. Lapo!

Specialty dia TOMYAMKUNG! Tomyam udang galah BESAR bersantan. 
Besar2 and banyak ye!
Telur Dadar 1 sorang
Ikan Steam Garlic + Asam. 
Air plak Mineral water untuk ku, dan tea halia untuk hubby. Memang di Thai ni jadi kebiasaan bagi mereka serve air mineral masa kita sampai2 kedai. Duduk je dia letak mineral. Dimana2 pon. So nak ke tak nak ke dia tak kira, dia letak je. Siap ice. Suka cara mcm tuh. Untong dia, kita pon untung. Tak payah tunggu mcm org gile marah2 if lambat datang order or deliver food kan? Atleast hati dah sejuk.

KOMEN dari ku untuk food disini so so je la. Mungkin nasib aku tak berapa baik kot. Tah cam biasa2 je. Tapi utk yang dah 3hari tak makan ikan and telur dadar ni sedap la jadi nya. Bedal je. Tapi ada blog cakap SEDAP SANGAT2 tuh tidak la.. Untuk harga alhamdulillah murah. Untuk serve yang banyak2 ni kami kena RM60 kot tak silap. Lufe! Tapi yang pasti tomyam dia RM10 je! MURAH. Udang ade 5. Udang galah ye! So insyaAllah kami akan datang lagi :)


Day 2...

Hari seterusnya kami tak pergi mana2.HUJAN! Kami hanya melepak di mall2 berdekatan.. Memang 2nd day kami sedih untuk pembaca! Tapi light and easy je untuk kami berdua. Rileks2. Tu sebabnya aku bercuti. Rileks 1st. Driver taxi rekemen kami ke Floating Market, tapi aku tak berkenan. Memang most of orang cakap rugi tak pergi Floating Market kalau ke bangkok. Tapi depends jugak dengan tujuan masing2. Pada aku tak berbaloi. Sebabnya dari Bkk town nak kesana makan masa 2jam perjalanan menaiki taxi. Dengan keadaan yang hujan lebat ni aku tak rasa masa terbaik nak pegi. Lagipon ramai bloggers yang cakap tak ada apa. Market tuh mahal melainkan buah2 dia je yang fresh. And sangat memanaskan! Melekitkan! Itu yg sebenonya aku tak suke. Tu belom kire upah taxi pegi balik nya lagi. So tak payah! Huhuhuhu. Pagi ni pon kami bangun lambat!  Siap hantar baju dobi! Yeay!

Kat sana Robinson dah mcm The Store
Sepanjang kaki 5

Sepanjang kaki 5 hotel dan bdr2 besar ada jual2 mcm ni. Sonot cuci mate
Terminal 21



Dan kami lunch and dinner di betol2 luar hotel kami. Alhamdulillah. Ade kedai baru yang kami jumpa sepanjang merayau hari ni. Lagi lazat dari Usman(ikot tekak ku la). Kedainya betol2 opposite lorong Ramada Encore. So kene melintas sajo. But melintas kat sana pakai jejantas ye??? Tak boleh hantam jerh!


Alisha Restaurant
Sukhumvit Soi13.
24hours 

Jumpe plak kedai baru yang betol2 opposite hotel kami. Memang best gila la. Alhamdulillah. Tak perlu lagi ke Usman. Lagipon usman kene naik cab sebab agak jauh dr Sukhumvit Soi10. Kalau di Alisha jalan kaki jer. MEMANG SANGAT SANGAT SEDAP! Memang pagi petang siang malam kami kesitu saje. Termasuk la sebelom pulang ke tanah air.

Pic : Alisha Website




TomYamGung die sedap gile.Walaupon udang kecik.Tapi memadai la utk ku ;p SEDAP GILS ok!

Ikan Steam
Ala2 kerabu sotong die pon sedap and portion besar and byk. Pdhal S size
Licin
Perlu diingatkan kat Alisha nih food dia ade 2 cuisine. Indian and Thai. Ramai yang datang makan Indian food. Nasi beriani, roti arab etc. Tapi kami tak cuba. Memang kedua2 hari kami bantai lauk yang lebih kurang sama dengan dalam gambar2 ni. Hubby pon tak da rasa nak cuba Indian food, so belasah la Thai je. Kate kat Thai kn? Tapi aku pecaya mesti sedap juga Indian food dia! Alhamdulillah lebih mudah dicari, lebih sedap. Harga pon lebih kurang Usman. Tapi agak mahal singgit due dalam menu. Tapi tak kesah la. Yang penting kita suka. Alhamdulillah.


Day 3...

Check out dan ke Alisha untuk lunch. Dan kami terus ke Hard Rock Cafe Bangkok. Berdekatan Siam Paragon. Naik cab jerh dari hotel.

HARD ROCK CAFE BANGKOK
424/3-6 Siam Square SOI 11
Pathumwan, Bangkok 10330, Thailand
Bts Siam Station

SEDIH! KAMI LUPE AMIK GAMBAR di HRC bangkok. Sebab ape? Sebab dah moody nak carik baju dah tak ada. Kenapa tak ada? 1st sebab semua season ni aku dah ada(fakta ni,bkn poyo semata2!) Lepas tuh yang tinggal nan hadoo di mata aku je. Pastu KECIK! Ok perlu diingatkan. HRC Bangkok memang tak keluar XXL. Ada la katanya, tapi dalam 2-3 ladies design and each design ade la selai 2. Tu pon dah habis! NONSENSE! Bangkok ramai mat saleh kn! Big size laa!!!!!! Hih marah aku tau. Sampai betol2 lupe nk bergambar. Tapi tak kesah la. Lagipon tak welcome la sana. Dah la masuk2 bau muntah.. Ive no idea mana datang bau semua tuh.


Pic ; Google 
Pic ; Google 
Ni la baju yg aku dpt utk HRCB. Last choice. But sbaik ade. Tp XL.
Siap tukar baju aku kan? Nanti cita kenapa. Asalnya pakai baju HRHotel Pattaya.
HRCB ni terletak kat Siam Square, x jauh dari Siam Discovery. Dekat tak dekat la. Berpeloh gak la berjalan. Naik turun jejantas sampai la kami ke Siam Discovery! Yang penting FM and pin harus kami beli. BTW HRCB staff siap offer kami 2 pin collection dia sendiri. Eagle collection. Memang kami collect eagle tu. Kesukaan laki aku la tuh. Drp harga RM50-60 dia tolak kami RM40 je and masih berkilat2. Tapi bukan bangkok punya. Tapi Jakarta. Bila kami kata kami mahu dia mcm nak nangis suka. Aku rasa dia perlu kan duit or nak quit koje. Sian plak aku nengok.. Huhuhu..


Madame Tussauds 
10am-9pm
RM80-adults
Bts Siam Station / Mrt Silom or Sukhumvit

Siam Paragon n Siam Discovery ni beberapa langkah je, sebelah2.. So sapa2 yang carik mana Madame Tussauds landmark adalah siam paragon/discovery.



Untuk tix RM80 adults. But if on9 boleh dapat diskaun 20%, dalam RM64. And paling syiok if plan dapat pi pukol 5pm onwards bole save 50%. But semua online ye? Walk in tak sure. Sila ke Madame Tussauds untuk maklumat lanjut.

Dengan luggage yang nasib baik comel cenonit, kami gigih ke sane ke mari.Sebab flight kami malam. Itu yang plan semua hari ni. Daripada melangok lepak Airport, baik aku set plan merayau hari last day.

Siam Discovery ni mall ye? Utk ke MT sila naik ke lantai 6.

Mase dalam lift dah excited gils! 






Memang excited masuk sini. Sebabnya ada mcm2 game dalam tuh. Effect hi tech dia buat aku leka. Walaupon bayaran agak mahal, tapi in Asia dah la ni 1 je yang paling dekat dgn kita. Ni je la sekali masuk. Esok2 tak payah dah. Ye x? Kok iyye laa.. And ada game ala2 wii di padang bola. Huhuhu. Also game wii kungfu2. Beza dia wii kene pegang controller, kat sini tak payah. Terus berkungfu jerh. Ini sebahagian pict yang ku letak di blog. Cukop la ye dak?

Nak tahu kenapa kami tukar baju? Nasib baik ada baju HRC Bangkok yang dibeli. Kalau idak??! 



Salahhhhhhhhhh tgn ni!
Kami duk gatei2 buat benda alah ni. Ala tangan yang berlilin2 segala tuh. Dah la buat beberapa kali,rosak. Sampai baju rosak dek tercemar dengan lilin2 ni. HAHAHHAHAHA  EPIC FAIL! Tah ape2 keje. Tapi kami suka. Ok what?! Daripada buat kat curve, kat genting, baik aku buat kat MT Bangkok ni. Berbaloi la ugak. RM25 hengget je pon. Lagi2 kami tak pernah buat. So layanz! Hubby pon suka benda2 ni. Tergelak2 kami. Love u hubby. Cemana laaa kalau ada baby nanti ni. Perangai masing2 pon cam budak2. Manjang tergolak!

Mula2 di guide oleh lelaki, itu yang salah.. Dah berkali2 buat barulah datang amoi sorang ni membantu. Rupanya lelaki tadi salah caranya. HUK! Aku pon tak terfikir. Dah jahanam baju aku baru dia nak offer idea! DANG!




Di penghujung jalan dah tentu2 lah ada souvenir shop. Kami beli award yang hubby ku pegang tuh, RM25 and FM bottle opener RM15 kot.. . Exit terus sambung ke Siam Discovery(mall). Pegi toilet dan tukar baju, and sambung jalan ke Siam Discovery and Siam Paragon.


Settle minum2 kami gerak ke Airport lebih awal. Jomz.


Suvarnabhumi Airport
No airport tax required!!!!(included dlm air tix)

Perjalanan dalam 40minit by teksi and charged RM40 dr town. Murah gile. Aku google dlm RM55. Huhu. Alhamdulillah.






Aku bersama C handbag RM22,000. Hohoho. Laki aku mengidam. 
Kat dalam Airport ni sangat syiok. Sampai kami tak sedar. Macam2 ada. And duty free. Mau tak menggila. Perfume murah rm100 untuk favourite Chanel Chance ku. Btw lola MBMJ pon best ;p
Memang syiok la Suvarnabhumi. We had a lot of fun. Sampai tak sedor.

Phew abih gak entry ni.

Yang aku ralat sangat tak dapat pegi Chatuchak Market yang semuanya ada. Sebab dia on weekend sajo. Utk Pratunam Market aku tak berkenan sebab dia banyak jual imitation2 stuff..
So aku akan ke sini lagi untuk Chatuchak and Patpong Market.. Haih. InsyaAllah.