Food & Travel

27 June 2012

Sahur di Concorde Kuala Lumpur


Salam Sya'ban kepada sahabat2 dan saudara2ku. Since Ramadhan makin tiba. Meh aku nak mengimbau kembali nostalgia sahurku bersama suami di tahun2 lepas.

Ramai yang tak tahu Melting Pots, Concorde Hotel Kuala Lumpur ada menghidangkan steamboat pada bulan Ramadhan bagi umat Islam bersahur atau pon supper. Ni la rutin kami masa di PJ. Selalu je kesana ke mari untuk redah tempat2 yang best. InsyaAllah tahun ni kalau masih ada rezeki dan nafas, kami akan kesana lagi (tak sabar nak puasa!)

Tak silap aku steamboat buffet ni serve dr midnight hingga 4am. Sambutan amat menggalakkan, sebab pagi2 buta tuh ramai je yang datang and layan suasana sahur disini. Chill gilers! Syiok je borak2 and santai. Selain hotel yang memang menarik(fave hotel in town), persekitaran yang tengah2 bandar ni pon tak la sunyi mana walaupon dah lewat pagi. So kiranya time 3-5 pagi di tengah2 bandor KL masih happening walau bulan Ramadhan sekali pong. Bukan clubbing ya? Tapi maybe semua bekejar nak sahur kot kat celah2 bandar, lagi2 ujung minggu.

So untuk tahun ni mintak2 ada lah depa buat concept sahur ni lagi. Mau je kami terjah!

Apa yang depa serve? Meh layan gambor!




Nasi and ikan fresh pon ada utk sajian. Lauk pauk melayu pong ada



Prawn with cheese


So nantikan terjahan kami di bulan puasa ini ya? Sure kawan2 blogger yang lain pon ramai yang share favorite spot masing2 masa berbuka and sahur yek? Sure meriah! InsyaAllah..

Kalau tak silap sahur ni 1pax dalam RM38++ tapi tuh tahun lepas. If ada tahun ni tak sure plak berapa depa charge. Tapi apa2 pon cheaper la dari dinner and lunch buffet, sbb depa expect sahur kita makan tak banyak kot, klu kami.. depa silap. Hohohoho.

Rasulullah saw bersabda:
“Sya’ban adalah bulanku dan Rejab adalah bulan Allah. Manakala Ramadhan adalah bulan umatku. Barangsiapa yang berpuasa satu hari, maka wajib baginya surga. Barangsiapa yang dua hari, maka ia akan menjadi sahabat para nabi dan shiddiqin pada hari kiamat. Barangsiapa yang berpuasa penuh satu bulan dan bersambung dengan bulan Ramadhan, maka dosa-dosa diampuni, dosa kecil maupun dosa besarnya walaupun ia berasal dari darah haram.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ali bin Abi Thalib (sa). (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah: 55)

21 June 2012

Equatorial Bangi - FREE



Stay 3H2M FREE!
Alhamdulillah


Ulang tayang cemana menang, sila ke link ni ya?  Dan banyak lagi gambar2 dan info pengalaman ku tentang Equatorial hotel disini .  Sbbnya kali ni nak cite simple jerh.

Kami diberi 6bln untuk menggunakan voucher yang diberi. Iaitu 3H2M siap dengan breakfast. So hubby dah choose date since last month lagik. Iaitu Fri 8th June. Kita merancang, Allah yang menentukan. Aku admitted plak sebelum tuh 3H2M. Walaupon sakit tak sepenuhnya pulih, aku mula lah buat cita kat doktor. Ada 'hal' kata ku. Huhuhuhu. Padahal esoknya ada date dengan suami. Nak jugak kan walaupon sakit2. Sebenarnya boleh je tukar date. But aku rasa aku dah pening2 lalat duduk kpj tuh. Bawak2 la discharge. Alhamdulillah doc izinkan walaupon ada yang tergendala. Tapi aku janji next week aku akan follow up dengan Datuk Dr Marina semula ya? Love u hubby.

Equatorial Bangi




Complimentary Breakfast
Complimentary Breakfast

Overall Equ Bangi is ohsem pada aku. Walaupon hotel nya sungguh simple. Tapi pada aku dan hubby sangat rileks, santai and mampu diduduki lebih dr 1mlm. Tak la terasa menggigil nyawa nak duduk lame sikit kan? Baru rileks namanya. And most yang best sebenarnya location yang dekat dgn rumah, makanan yang sangat variety di sekitar Bangi and hotel itself. And last! Swimming pool yang besar and dalam memang kesukaan ku!

Oleh kerana percutian 3H2M(with breakfast) ini ditaja oleh hotel, hati suka melonjak rasa tak payah cakap la. Alhamdulillah. Rejki!

Dah duduk FREE tak reti2 nak menghabiskan sedikit wang pada Restaurant2 mewah dalam hotel?


KAMPACHI
Equatorial Bangi - Japanese Restaurant

Every Saturday, Kampachi ni ada serve Japanese Buffet. RM75++ per pax. Dari 630PM-9PM.
Semua ada. Sedap. And sangat puas ati. Kalau berminat, outsider sila call dulu untuk buat reservation. Sebabnya memang ramai and fenuh!



Lepas selamat Maghrib kami pon terus ke Kampachi. Seminit dua je jauh nya dari bilik kami. Ingat kan sampai lepas maghrib dah paling awal la.. Konon tak nak ramai. Skali masuk tengok dah sedia ramai. Ciss..! Tak lepas nak jadi org yang pertama sampai.
Jom serrang..
Sushi
Tempura
Teppanyaki, Terriyaki segala hado!
Ini hasil rembatan kami. Lobster with cheese pong hadoo! 
Ingat kan berpinggan2 la makan. Sekali tengok sekali jalan je kami makan. Tension je aku! Tadi lapa bena memasing. Hubby ku pon memule je laju. Btw semua food dia sedap. Tapi tak semua aku tibai. Ade ketam fresh, ade oyster etc. Tidak la aku gigih meratah tu semua. Ini je yang sempat kami ngap.
So sape2 nak coba, rekemen sgt! 


Asam Pedas Bangi
Seksyen 7 Bdr Baru Bangi


2Malam dating2 dengan hubby sempat jugak kami dinner di Asam Pedas Bangi ni. Sebelum ni ada merayau sekitar shop lot ni tapi tak singgah pon. So kali ni baru nak coba2..






Tengok dari jauh pon dah nampak kedai ni bersih and kemas. Dari dulu pon aku merayau keliling shop lot ni memang nampak customer tak putus. Nak kata ramai tak la penuh. Tapi selalu ada je orang. Itu yang buat kami berhenti and cuba kali ni. Sure sedap. So lets!



Apa yang kami order?

Nasi putih - dalam daun pisang

Telur dadar

Kangkung
Ekor ikan merah satu sorang.
Mula2 hirup rasa so so la.. Tak mcm melaka punya bila hirup sikit je dah ternaekkkk ekor kan sbb sedap dan pedas. Tapi bangi punya lite2 sajo. Tapi bila makan dengan telur dadar, nasi etc sedap la. Laju gak la aku makan walapon masih bernapas! Ahaks. Pada sape2 yang rasa nak ke Melaka tapi tak berbaloi, rekemenn ke sini sajo. Harga juga berpatutan. Service pon baekkkk!

Sekian sudah cerita BANGI.

So sape2 nak merilekskan minda dan sekaligus menternak lemak memang disarankan Equatorial Bangi adalah tempatnya. Anda pasti puas ati, insyaAllah.

Nak gak bergambo

Tata titi tutu..

14 June 2012

Nasi Arab Damsyik



Cantikkan gambar?! Lapo!! 

Meh hari ni nak cuci mata sajje.. Tapi sebelum tuh meh nak cite sikit sebanyak sal Nasi Arab Damsyik ni. OVERALL? Sedap gila.. Selalu je makan kat sini. So sape2 yang jenjalan sila la stop by di Jalan Paroi, Senawang untuk menyentap sepinggan dua.. 

pic;google





pic;google
pic;google

Habatusaudah






pic;google
**pict yang berwatermark adalah pict aku sendiri, mnakala dapat dr Google mana2 yang aku tulis 'Google'

Most of the gambar sama ja ayam tuh. Memang ayam 1 jenis tapi lain2 serving jer.. Sebagaimana yang ada dalam gmbr terakhir ni kalau nak makan ramai boleh lah amik hidangan yang dalam dulang segabak nih.. Selain ayam, kambing pon ada. Penah cuba tapi tasteless. Memang gitu rasanya barangkali. But untuk ayam, aku rekemennnnnn! 

Kalau yang jauh tuh sila la call dulu buat appointment. Kalau hari biasa mungkin anda bernasib baik. Tapi kalau public holiday ataupon bulan puasa, memang masak nak menunggu turn. Beratur oke!

Nasi Ayam Damsyik
NO 1 JLN BOURGAINVILLA 1 
TMN BOURGAINVILLA 
SENAWANG 70400, 
SEREMBAN
0142657313(lama dah tak call,kalu tak dpt ampun ya ampun)
Landmark : Pusat Dakwah Islam atau pon Kastam Senawang. Kedai tepi jalan jerh!

Buka setiap hari kecuali Selasa.
Dari jam 11am-11pm
Jumaat 4pm-11pm

Dulu awal2 penah makan. Tapi tekak takle terima. Sebab kuah dia bukan kuah kite. Sbb dia tak ada kuah kari lansung. Tapi ayam die rase cheese yang sangat terbawa2 dlm mimpi. So 1st try tak ngam. Tah cemana sebab bau ayam die best, pegi la 2nd time. Then only boleh suai dengan tekak kami. Kuah muah dia sauce cili yg masam2 tuh campur skali dgn kuah putih tuh. Baru best. Tapi kalau ada kari lagi best. 

**kalau entry ni membantu sila klik g+1 kat bawah ni.. Thank you :)

View Nasi Arab Damsyik in a larger map