Food & Travel

25 July 2012

Hatten Melaka


Sebelum posa hari tuh ada pi jenjalan sempena birthday hubby. Ngam2 plak hubby baru balik ostesen. Kiranya nak pi melaka ni ala2 surprise la untuk dia. Kenapa melaka? Sebab itu je yang dekat ye dak? So jepot dia di klia and terus ke Melaka.

Memule planning dengan Hatten Hotel nak buat suprise comel2an untuk hubby. Tapi disebabkan flight hubby late petang, aku cancel kan je la cake2 and tiup2 lilin bagai ni. Back to biasa :( Tak de rezeki disitu. Sorry sayang. Tapi dalam handbag aku dah siap2 present surprise untuk hubby. Ahaks.

Sebenarnya program aku will fetch dia tengahari, and ngam2 3pm sampai melaka. So minah2 Hatten ni will deco bilik sket2 and will surprise kan kami dengan cake berlilin segale. Cake dorang provide. 500g. Tapi dah last min hubby kene amik flight lewat petang. Habih tu camno? Kita merancang, ALLAH yg menentukan. So xde ape2 surprise utk itu melainkan hadiah yg aku sorok ni :)) Alhamdulillah.

Jom tengok hotel.



Sampai Hatten dalam pukol 1030PM. Late check in. And nak keluar dah tak larat. So buka la bekal seperti biasa.


Pulot and sambal tumis kesukaan hubby. Dia kalau dapat ni memang tak pandang kiri kanan. Memang dia diam lah. Aku plak bkn penggemar pulot. Tapi copot2 sikit tuh dah 1 kemestian. So untuk aku, tapau la sausage nuh. Kenyang ugak. Nak keluar tak larat. Lagipon ujan maha lebat plak masa tuh. Sedang elok. Lets zzzz..

Hatten Hotel Melaka
Betol2 opposite Dataran Pahlawan. Same building with Hatten Square.











Konsep Hatten Hotel ni sebijik macam Empire Hotel Subang. Meh click sini kalau nak tengok review Empire Hotel ku. Bilik yang besar dan ada 2 bahagian. Untuk santai ber sofa cleopatra sambil nonton tv sila ke sebelah. Manakala sebelah lagi khas untuk tidur. Tapi ada tv jugak kalau2 nak nonton. Yes ade 2 flat screen. Kelas kan? Tapi pada aku sebenarnya mcm wasting ada jugak. LOL. No point. Melainkan dressing table, wardrobe, kitchenette dia letak kat sebelah is OK. So kat tempat tidur tak mahu diganggu. Just like Empire. Letak tv jer dekat katil. But Hatten ni dia letak all merata2. Penyudahnya kami laki bini tak duduk pon kat sofa cleopatra tuh. Kalau more then 2 adults maybe. 


Hatten hotel ni memang betol2 baru bukak 3bln lepas. Sangat2 baru. Untuk pengenalan, diaorang ada buat promo yang gile murah la. Which is RM182 untuk weekdays and RM232 untuk weekend. Habis je promo ni katanya rate will be increase ke RM388++. 

Terus terang ku katakan untuk promo yes berbaloi. Tapi kalau harganya 388+ tuh memang aku takkan datang lagi la kot. Walaupon hotel baru tapi barang2nya tampak lama. Cat nya tak bersih. Furniture dia calar2 sket. And no slippers, no bathrobe. Baik pi The Majestic Melaka.. Meh tengok review sini

Tak salah kan aku banyak bunyik? Aku pengguna. 

Bila kami keluar, and allow untuk bersihkan bilik the next day. Segala cawan tak dibersihkan. Tea sachet tak berganti. Towel dorang replace ade yg tak cukop. So kena call kan?
Sepatutnya masa promo ni la dorang bagi service kau2 so nanti org akan bercerita sana sini pasal Hatten kan? Tooo bad! 


Malam tuh aku jenguk tingkap ngam2 swimming pool. Cayalah! Cantik! Memang awal2 aku dah google pool die syiok! So esoknya kami terjun yok.



Ok since hotel ni sangat2 baru, banyak la construction sana sini. Bising tuh ada. Tapi tak la annoyed sangat. Tak tau la guest lain. 

Cuba tengok pict2 view dari pool ni, tingkat2 atas semua masih under construction. Itu semua bilik2 special aka suite etc. Tapi boleh plak hotel ramai gila guest, facilities and all semua dibuka untuk guest tapi masih tungtang2 kat floor atas. Tak ke bahaya weh? Kat pool siap berhabuk2 lagi sebab dorang buat kerja kat atas tuh. Aku tak pakar la bab2 construction ni. Tapi bila difikir2kan memang menakotkan. Cemana boleh 'opening' tapi pembikinan masih dijalan kan. Bukan sikit2 bikin ye? Kalau dr lobby nak naik lift pon masih ade tangga diaorang punggah sana sini. Tak la kacau kita. Tapi nampak la dorang bekerja sana sini. 

Erk. Betul2 salah dorang ke aku yang paranoid lebih? ;p Eh tapi bahaya la..

Since promo ramai gila orang2 kita bawak anak2 kecik.. Mula2 pool kosong. Masuk petang naik penuh pool tuh. Guard tegur anak2 dan parents ber seluar pjg kat dalam tuh. Tapi memang tak lepas nak control ramai2. Diaorang terpaksa boo layan jerh. Ramai kot. So orang dah ramai, kami pon chowsin.






Food die sangat SEDAP. Kami order fave ku Cabonara 1 jerh. And share berdua. Sebabnya jap lagi nak ke Asam Pedas Claypot. ;p


Jom jengah breakfast! 








Ok bab breakfast dia aku puas hati. Sangat2 puas ati. Concept yang elegance, modern n exclusive. Semart la. And makanan dia sangat banyak. Berapa line dome dia susun untuk food. Dimsum bermacam2 jenis. Malay cuisine. Food, salad. Mees. Cake etc. Memang syiok. Dah ade dimsum tuh memang sungguh syiok la pada aku. Tu pon dah cukop. 

Breakfast Day 1
Breakfast Day 2
Yang tak sedap and tak habis : Nasi lemak, kuew tiau gorang and sausage. Lain settle. Alhamdulillah.


So ituh saje untuk kali ini. Oops sebelum terlupe..


Asam pedas claypot laksamana. Sekali lagi YUMMEH. Ada jumpa asam pedas hjh monah and asam pedas pokok besar. Betol2 depan dia jerh. Tapi takot nak rasa. Sebab google ramai kate tak berapa sedap and tengok pon orang memang takda kat kedai2 tuh (petang) kecuali asam pedas claypot ni. RAMAI. Kalau nak tau kat mana. Meh click sini

And sepanjang 3hari kami berhujung minggu disana, kami merayau di Dataran Pahlawan and Hatten Square(same floor with hotel) Mula2 ingat nak cuci mata. Sekali tengok Aussino mlk nak tutup kata nya so buat sale gile2. Duvet king sz dr Rm400-Rm500 turun jadi RM120 je. Mau tak menggile. Towel RM30. Bedsheet king RM55. Waduh. Tersasar jugek akhirnya kami. Heh.

So sekian dari tuan tanah


Selamat ulang tahun cinta. Eh byk hadiah dpt thn ni :)
Alhamdulillah

20 July 2012

Eastin KL


Assalam.. Agak slow lately ni nak ber entry(tp merayau x brenti). Cerita Eastin ni pon agak lama dah, bulan lepas. Ke sana pon selepas kesedihan kerana perlu melepaskan beberapa 'percutian' ke luar negara akibat keadaan yang tak mengizin kan. Sobs.. Tapi tak pa lah. InsyaAllah next time.

Menginap selama 5hari 4malam cukop untuk kami mengubat rindu kat bandar yang pernah kami duduki dulu. Memang sebelum ni merancang dgn hubby untuk 'bercuti' di tengah2 PJ tuh and merayau, makan mcm dedolu di KJ. So alhamdulillah. Kami masih diberi peluang untuk itu semua. 5hari sudah cukop utk kami lunch, tea and dinner di gerai2 kegemaran kami. Syiok weh. Sekali sekala mengimbau kembali kenangan lama.. Thanks hubby.

Eastin Hotel Kuala Lumpur
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor, 46350 Malaysia





Masa masuk2 je ade 1 mug tertangkup tapi rupa2nya tak basuh! Trus label hotel ni x best ;p

Kepenatan

Tapau dari rumah.
Hotel 3 bintang yang selesa ni memang pilihan tepat bagi sesiapa yang ada hal in between kl dan pj. Memang senang sangat nak merayau sana sini sbb di kategori kan lokasinya di tengah2 bandor kl/pj. Berhampiran dengan mall2 yang syiok spt Tropicana City Mall(sebelah jer), 1utama, Ikea, The Curve dan lain2. Eh midvalley, segala dekat lah. Selesa dan tak mahal. Itu yang ku carik. Ahaks.

      
      
    
Toilet best. Sebab ade tempat khas shower and bathtub. Selalunya if nak shower mesti la comes sekali dalam bath tub kan? Eastin tidak! Dia asing2. Cool gak la. Tak la pergerakan nak shower tuh terhad.


Hotel Lobby


Shops L1

Pool - Tak memberansangkan.


Swez Brasserie
Dinner buffet  RM75/pax








Walaupon bilik dia biasa2 jer. And service bilik serta housekeeping dia yang hadoo..! Tapi part makan2 ni agak terurus service nya. Besides, memang ramai orang lua datang for hi tea and dinner, bukan in house guest. So no wonder kat bawah ni busy semacam and happening berbanding dengan keadaan facilities2 yang lain. 












Kalau ditanya adakah aku akan repeat duduk di hotel ini? Kalau ada promo(murah dr trip ni) mungkin jugak. Tapi kalau harga sama or naik lagi, mungkin TIDAK. Tapi kalau bab makan??? YES insyaAllah akan ku ulangi. Since kami in house guest, kami diberi 50% untuk buffet ini. So makanya RM75+ untuk berdua. Berbaloi kan? Selain serving nya agak menarik, pilihan pon banyak. Bayangkan la berbaloi ke tidak, dari masak lomak cili api sampai la ke sushi hotel ni serve. Dari wasabi sampai la ke ulam petai pon ada. Gile acara. Eh serius ni. Please percaya. Nasi putih, nasi beriani, nasi minyak pon ada. Siap tenggek periuk nasik ask kita ceduk sendiri. Memang best.

Tapi gambar tak banyak yang kami snap untuk masak lemak dan masakan melayu. So untuk dinner buffet di Eastin kami rekemen habis-habisan!

Oh lupe! Siap ade char kuew tiau yang digoreng depan2 kita lagik tau. Fresh! Sekali dengan laksam pon. Menarik. Sangat menarik. Tapi rasa kureng la menu 2 ni. Lain ok. Susah kot nk carik hotel best bab2 goreng2 and masak kampung2 ni. Ye dak?




Alhamdulillah. Dinner di hotel hanya 1 malam. Lain2 malam kami merayau di gerai2 berdekatan. Seperti di murni pj, ss2 food court, uptown dmsr dan breakfast2 di gerai2 favorite kami dedolu.


Ada salah 1 malam kami supper di hotel. Sodap gils mee kari and tomyam kung dia. Portion besar, harga berpatutan. And rekemen jugek! Sila coba ya? Syiok.

SELAMAT BERPUASA. 
Tunggu entri melaka dan pd ku.. 


Eastin Hotel Kuala Lumpur
13, Jalan 16/11, 
Pusat Dagang Seksyen 16, 
Petaling Jaya, Selangor, 46350 Malaysia

03-7665-1111


View Eastin Hotel Petaling Jaya in a larger map