Food & Travel

26 August 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

15 August 2012

Concorde Kuala Lumpur


S A H U R
di
Melting Port 
Concorde Hotel

Punya la laju sakan aku ber entry smenjak dua ni (spatutnya smggu 1 entry)disebabkan nak share info tempat2 makan di bulan Ramadhan dengan uols semua. Ini pon ada dah terlambat sbb ramai yang dah kelik kampung, ye dok? Tapi aku dah habis coba dah ni.

Hari ni dah plan dengan hubby berbuka ala kadar je. Lepas terawikh siap boleh tidor. Kami bangun semula pukol 130am dan bersiap ke KL. Ye dari seremban. Apa ada hal? Malam sebelum tu kami sahur di Melaka plak. Haha. Memang fun drive jauh2. Alhamdulillah. Seronok. Idea suami la nih.

Kurang dari sejam dah sampai Concorde Hotel. Sempat kami ke Hard Rock Cafe cuci mata and membeli belah sikit2. Sampai je Melting Pot tengok manusia punya la ramai. Tekejot beruk weh. Tahun2 sebelum ni punya la sunyi sepi and indah, sekali tengok malam ni ramai. Sangat ramai. FULL. So waiting list jawabnya nama aku. Early malam kami ada call untuk reservation. Di katakan 'just walk in, tak perlu reserve sebab tempat sure ada' Sekali pergi tak ada tempat. Dari seremban plak tuh. Nasib baik tunggu dalam 10-15min jer sebab kami berdua, maybe ada tempat for 2 kan? Kalau tak ada tempat or lama gila mau aku mengamok sebab bukan kita tak call kan? Marah nih! Tapi alhamdulillah, ada rejki kami sahur disini.






Dengan harga yang ditawarkan, RM48++ memang berbaloi untuk kami melantak. Perlu diingatkan, untuk penggemar steamboat sahur, hanya on weekends sahaja. Weekdays tak ada tau. Weekday hanya buffet biasa shj. So charge dia cheaper la if no steamboat. 



Tak banyak gambar food yang ku amik. Segan plak aku nak bangun and amik gambar dalam ramai2 orang tuh. Huhuhuhu. Cuma apa yang di serve lebih kurang sama dengan dinner buffet hotel2 yang lain, cuma lainnya kali ni ialah steamboat. 




Ikan stim ni gile fresh and sangat sedap. Aku je sental benda ni. Memang berbaloi.




Sehingga pukul 4am orang pon beransur2 pulang.

So saki baki yang masih di KL tu boleh la coba sahur di sini. Bermula jam 11pm and berakhir jam 4am.

14 August 2012

Marche The Curve


Tahun ni masuk minggu ke 3 Ramadhan baru berpeluang iftar diluar. Disebabkan mak warded dan alhamdulillah semua ok dan Ramadhan masih dapat dirasakan. Marche The Curve ni diantara tempat iftar yang kami takkan lepas kan peluang untuk bersantap. Almost every year lah! Dah tentu lah sebab SEDAP dan kena dengan tekak kami.

Awal pagi dari seremban ke Pavillion, KLCC dan chow ke The Curve bermula jam 3ptg. (Memang shopping sakan!) Kalau tunggu sampai 4pm, alamat makan dalam kereta nanti. Tak kuasa nak hadap jem! 

Tengah peak2 bulan ramadhan ni perlu diingatkan, buat la reservation terlebih dahulu ye? Normal dorang buat buffet konsep for ramadhan start selepas seminggu kita berpuasa. So check it out!


Marche ni berkonsepkan market ala2 pasar la. Setiap stall ada menyediakan makanan Itali. Bayar RM65+ (excluding beverage) untuk 1 pax dan makan sampai lebam, Buffet style yg dimasak depan mata. 


Dessert yang menyelerakan. Tapi kami bukan pencinta dessert. SEDIH


Ini part paling busy skali. Grill! Since kami datang seawal 645pm, boleh la nampak lengang and tanpa beratur. Start 710pm long Q!


Grill | whole leg ayam, dada ayam, lamb, mussel, udang, salmon, sausage yang sangat yummeh dan kenyal etc



Ni stall untuk saute. Mushroom saute die sangat2 la to die for. Nangis! Potatoes pon sodap. Eh artichoke pon ade. Betol ke spell tu? 


Segala jenis pasta


Salad corner


Seafood corner




Pizza corner


Fresh Fruit juice.




Setiap baverages harga lain2. Tak sama dengan buffet. So depends on drink korang nak apa. Kalau soft drinks RM3.80. Kalau juice plak uols nak mix dengan apa. Berlainan harga avg RM8-Rm12.90 rasanya. Berbaloi la.


Yup including HaagenDazs. Makan sampai lebam.





Tak seperti tahun2 yang lain, berkali2 kami Q untuk 'refill' makanan. Huhuhuhu pengakuan terlebih ikhlas. Tapi tahun ni kami sekali Q jer. Ada la sorang dalam 2keping lamb je kami belasah. Dengan hotdog grill, mushroom sautee etc. Tak la banyak mcm tahun2 lepas. Tak tau apsal. Memang tahun ni Ramadhan kami selera agak potong. Maybe dah berumor kot. Makan pon dah kureng. Alhamdulillah la camtu. Harap2 berpanjangan la mood makan yg menurun ni ;p Eh apa2 pon yang penting sihat. InsyaAllah.


Marche The Curve
+60377278461

Setelah kenyang yang amat, kami pon pulang dengan senyuman. Alhamdulillah rezeki ALLAH. Sebelum tuh meh nak share happened depan mata BASKIN ROBBINS fever malam tuh. BR plak depan marche je. Masa tuh ingat nak tapau sebaldi chocolate ice cream seperti biasa, lupa plak ada FREE br malam tuh. Memang kensel aku nak tapau bawak balik. Heh

Ramai yang kutok kononnya 'tak sanggup aku nak Q demi RM7+', 'beratur 2jam buang masa semata2 eskem FREE? RM7+ je nilai masa korang?'. Pada aku spoting la.. Ko taknak Q xlah! Org lain nak Q biarlah. Tak payah nak komen negative sgt lah. FUN kn? Aku tgk pon SERONOK. Kalau muda2 dulu mau je aku join the crowd. Apa sangat la nilai RM7+ tuh? Tapi fun n spirit tuh syiok, btw lepak mall pon dah buang masa kan? Dating bercinta pon lagi la buang masa. And most yang Q tuh family yang ada anak more thn 4org. Seronok budak2 hapy. Kalau 4anak nak beli eskem RM7+ satu scoop dah berapa? X semua orang mampu. Sangat bernilai untuk orang yang kurang mampu. Terima kasih BR. (walaupon aku tak join the crowd) 


Salah 1 rembatan di Pavi tadi. Aku pakai gelang? LOL! Baru nak berjinak2. Klakau. Oh murah je kalau nak di compare kan barang yg sama di T&Co. 

Eh berapa hari je lagi Ramadhan akan berakhir.. :(

11 August 2012

Ikan Bakar Port Dickson


Lamenye tak on9. Cemana Ramadhan uols? Ramadhan ku alhamdulillah meriah cuma awal2 hari diduga sedikit tapi alhamdulillah semua nya kembali seperti sedia kala. 

Harap mak lebih kuat dan bersemangat untuk meraikan raya tahun ni. Di awal Ramadhan hari tu mak ku terjatuh di dapur dan mengakibatkan patah tulang pinggul. Age mak 65. Warded beberapa hari dan kami adik beradik bergilir2 jaga. Atas nasihat doktor mak kena bed rest dgn memakai lambar corset yang dibeli. So kena bed rest 3bulan kat rumah. Now mak semakin pulih walaupon baru je beberapa minggu, alhamdulillah. Tapi demi kesihatan, bed rest le sampai date yang ditetapkan. 

Sebelum Ramadhan kami sempat menjamu mata dan selera kat PD. Sejujur2nya aku yang memang pure anak N9 ni pon tak tahu lansung mana seafood best kat PD ni. Ada gak google2 medan ikan bakar yang diperkatakan tuh. Katanya mahal.. dan tak sedap. Ikhlas nih. Huhuhu. Itu yang tak pernah nak terai dolu2.

Awalmya tujuan kami ke PD untuk beli makanan anak2 bulus ku. Lepas selesai and otw balik, terbaca plak signboard 'medan ikan bakar'. Ler baru tahu kat situ rupanya. So lets. 




Aku mati2 la ingat kan medan2 ikan bakar ni sederet banyak2 macam bagan lalang and melaka. Sekali pergi tengok mcm restoren. Agak cantik dan kemas. Kate baru kan? And yang lagi kelakau rupa2nya medan ni ada 3 kedai jer. Tak la medan sangat rupanya. Ku fikirkan bersusun macam medan2 lain yang aku penah pegi.



2 gambar diatas adalah gambar salah 1 restaurant yang ada. Ni special sikit D'Terapung namanya. Punya la besar dia punya space. Atas bawah and semua tu lah D'Terapung punya. Aku penah baca review pasal kedai ni. Melampau mahal dan melampau tak best food nya. Sila google dan tengok foursquare. Tapi tak la berani aku nak cuba or nak komen. So kami hanya cuba kedai2 kecil yang tak terapung ni ;p


Persatuan Nelayan Kaw. PD. Napa aku pilih kedai ni. Napa tak pilih kedai yang lagi 1? Sebabnya udang dia sekilo RM70. Manakala udang kedai sebelah RM90. Tapi udang sebelah sedikit besar la dari kedai ni. Tapi tak berbaloi plak aku rasa. Kedai ni pon sedap2 size.


Dengan tahap kelaparan yang tinggi, kami sental pilih udang, sotong, ketam, ikan dan sayur. Nasib kerang kecik, kalau tak? Zass! Tapi perlu diingatkan la kedai ni tak boleh masak menu apa je yang korang nak. Tension jer aku dah pilih2 tapi tak boleh pulak masak apa yang aku nak. Butter prawn tak da :( so udang bakar,bole? Blasah la labu. Sotong goreng tepung. Ikan 3 rasa, and ketam sambal. Sayur plak kailan belacan.








Overall! Rasa tu ada. Tapi tak la wow. Pada aku boleh la di ulangi lagi nanti if malas nak ke Melaka. Yang sangat2 membantu adalah sos2 dia. Sos2 dia is thai sos and kicap. So boleh la membantu apa2 yang kurang. Tapi FRESH nye makanan2 ni tidak boleh disangkal. Sodap

 

SEE! Apa kesudahannya? Licin! Cuma sotong je kami tapau bawak balik. Tak larat nak habih kan. 

Ketam yang sederhana size 3ekor, Sotong 2 ekor besar 1 ekor sz biasa, Ikan sederhana besar, Udang sederhana besar yang agak byk. Bila siap masak, meja kami penuh. Orang semua pandang. Seperti biasa kami tak pernah endahkan. LOL! Total semua ni RM130. Sangat murah. Ada ketam tuuuuuu.. So adakah kami akan kesini lagi? Ye, rasanya. 

Nantikan n3 ku esok or lusa : Berbuka di Marche The Curve, Berbuka di oriental city park, Sahur di Asam Pedas Melaka, Sahur di Melting Pot Concorde.

Selamat berpuasa semua. Maaf lama sangat tak ber bw.

Lain2 review Port Dickson yg mungkin membantu: