Food & Travel

28 October 2012

Salam Aidiladha


Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat. Selepas hari yang ke 3 baru aku ada masa on9 and menjamu mata kat blog2 uols yang lain. Macam2 cerita. Syiok kan? So ini plak kesah aku. 

**menyesal tak lepas bangun awal2 hantar mak p beli barang2 yang nak di MANTAI kan. Kalau tak sure lagi best entry ku ini. Sabar je la. Tersasar!

As usual and memang tak pernah tinggal, family kami yang kuat makan memang tak pernah lepas kan peluang untuk menyambut MANTAI untuk hara raya haji ni. Termasuklah setiap kali parent pegi Haji pon kami adik beradik gigih buat persiapan. For sure korang yang bukan dari n9 tak pernah dengar apa tuh MANTAI. MANTAI ni nama hari sehari sebelum perayaan Raya Haji atau Raya Puasa. Apa dia HARI MANTAI tuh? Hari mantai ni mcm hari persiapan nak menyambut hari raya la. Makan makan makan makan! Masak! Masak! Masak! Masak! Memang meriah kalau masa ni semua ahli keluarga ada. Macam kenduri.

Yang lebih specialnya tahun ni mantai jatuh pada Hari Jadi Bonda kami. Masak memang melampau banyak n macam2. Lepas tuh tambah lagi mcm2 sebab birthday mak. Hurmmm taktau nak ckp apa. Berenang dalam lemak la kami 3-4hari ni. 

Mak masak semua yang dibantu oleh para2 bibik lah. Dalam tak sihat2 tuh kan?(patah tulang pinggul 3bln lepas) Dia gigih. Walaupon kami dah halang. Tu la anak2 rajin balik. Tak penah dibiarkan lapar. Rahsia mak kenapa menantu rajin blk Seremban ;p 

Apa yang mak masak on Mantai tuh? Nasi minyak, daging masak kurma, acar sayur, ayam rendang, daging+paru+hati rendang, nasi impit, kuah kacang, sup gearbox, dan lontong. Sehari sebelum semua siap. Sebenarnya apa yang dimasak mengikut favourite kami adik beradik. Macam nasik minyak n kurma tuh kan cucu suka? Mcm aku tak suka sgt kuah kacang, tapi abg2 ipar ku suka. Ipar2 aku plak tak makan paru, tapi kami laki bini gila paru. So nak jaga hati semua pihak, masak kesukaan semua. LOVE U MAK!

 Selamat hari lahir mak. We love u gile gile gile gile gile punya! Yang ke 65. Semoga sentiasa tenang dan ceria walau apa pun dugaan yang datang. Semoga diberi kekuatan, semoga dimurahkan rezeki diatas kegigihan mu. Semoga tersenyum selalu dan terus setia mendekati diri pada NYA. Eh apa saja lah untuk mu!


 Setelah dilapah, tapi tak semua pandai makan sum2 dlm tulang tuh. AKU PANDAI!




Itu la dia cerita ceriti sedikit sebanyak pada tahun ni. Sebab dah melapah since MANTAI(a day b4 raya). Kami dua laki bini dah tersandar loya. Lauk pauk ni sedap dimakan berkali2 dalam sehari dua jer. Lebih dari tuh dia jadi benak dah dalam otak aku ni. LOL. Mau tak benak. Makan tak hengat donia. Tapi lately ni tak la sangat, chewah. Yela family memang jenis kuat makan. Tak raya pon kami sental benda yang sama. Order je ngan mak, pasti dia masakkan. ONTIME! Bila dah loya.. Jom keluar makan2 lain.


Makan di gerai 'busstop' tepi jalan Seremban 2. Layan char kuew tiau.


Cantik plak #nofilter camera nih ;p

 Kopi O Ice

Char Kuey Tiau dgn telo mate.

Oh lupe nak bergambar raya. Aku hanya pakai jubah tesco RM50 and suami jubah kesayangan dia.
So cemana plak raya korang?????????? Harap2 berbaloi. Dan bersederhana la sangat

17 October 2012

Perahu, Bagan Lalang


Meh nak sambung cerita khas makan2 kami 3H2M di Golden Palm Tree tempoh hari. Kalau ada yang tertinggal or ada yang terlintas nak ngintai semula entry 2nd visit kami di GPT tuh mai lawat kat sini dan untuk 1st visited mai clik sini

Malam pertama kami duk pulun makan di Seaview Seafood, yang letaknya betol2 di tengah2 Bagan Lalang tuh. So tiada masalah sukar mencari makanan di BL. Memang banyak kedai dan gerai2 makan yang boleh disantap dengan harga yang 'pelbagai'. Rasa pon boleh la tahannnnn. Diantaranya HM Seafood, RM Serai dan yang paling latest adalah Seaview Seafood. So kalau korang nak tengok celoteh, complain dan pujian aku di kedai2 makan ni sila la klik nama2 kedai yang aku stated kan tuh.

Perahu

Dari 1st visit lagi hubby nak sangat dating kat Perahu nih. Tapi masa kami stay awal tahun dulu Perahu ni tutup sebab apa tah. Aku lupa. Memang tak dan nak pegi. Kami sempat makan di dalam GPT jer, ada la 2-3 restaurant masa tuh. Perahu ni memang sebahagian dari GPT, cuma lokasi dia jer di luar. Fyi, GPT ni ada 5 atau 6 restaurant yang hadoo. Banyak kan? Korang sebut jer lah apa saja, semua ada. Termasuk lah steamboat kesukaan ku. Cuma set dia macam tak berbaloi. Dah tuh hubby plak dari hari tuh nak Perahu, so lets try Perahu. Memang aku tak google pon Perahu ni cemana. Yang aku tahu hubby cakap tempat dia memang betul2 untuk surprise kan aku. Ok aku s u k a !

How to go there.
Dari bilik amik buggy service ke lobby. Dari lobi pulak amik another buggy or van ke Perahu. Kawasan luar dia tak la jauh mana. Tapi walking distance berair gak la ketiak. Ahaks.


Sampai2 je die greet la, membebel sket2 duk cite ape tah aku malas nak dengo. Aku lagi suka cuci mate. Tapi masa ni kami dari awal dah buat reservation dari bilik kami tau. And pilih seat nak yang mana. Tuh semua kerja hubby ku. So for those yang plan nak dating tapi bukan in house guest, sila call GPT dulu and buat reservation yek? Memang dorang welcome orang luar, sebab tuh dia letak Perahu ni luar sikit dari GPT. So orang luar boleh excess tanpa menganggu ketenteraman in house guest.


Selepas kami masuk melalui pintu yang tak berapa nak gerbang tadi. Rupanya2 nya ada 2 lagi restaurant di dalam kawasan nih.


Duk meniti laluan tuh kami pon menjamah mata skali tengok2 restaurant lain. Katanya Stimbot ni full book utk malam ni. Ada comp apa tah buat dinner. Sebaik aku tak mengharap kan stimbot. Kalau tak.. ferust!


Masa lalu awal2 tadi leka lagi lah tengok2 restaurant yang lain, tak la berapa nak excited. Sekali sampai ke sini baru nampak clear laut dengan sunsetnya and aku mula macam kanak2 retarded! C A N T I K nya ya ALLAH. Laki aku lagi sengih sepanjang. Suka dia buat aku terkinja2. Alhamdulillah. Surprise tak hengatttttt.. (Unexpected! Ku ingat kan Perahu ni restaurant ber air cond mcm biasa2 jer)


Tang lalu sini dah slow dah retardednye. Sebab dah nak sampai and staff ramai menunggu nak greet kami. So control la sket. Badan dah la beso bapak. Terkinje2 x comel lansung!


Korang boleh expect la nape gambo senget2. Excited, bersyukur, gumbira, hiba, terharu, kasih syg, sinetron semua ada. Tapi sempat gak la bergambo untuk tatapan blog aku nih. Sok2 boleh senyum berdua tengok balik, insyaAllah.


Oooo baru aku tau kenapa nak kene set seat. Ade yang luar dan dalam. So nak romantika d amore surely la kat luar kan?


Macamni la ropanya Restaurant Perahu sikit sebanyak yang dapat aku snap kan utk uols. Santai habis!



Kami pilih betul2 meja di tengah2. 


Tu dia pandangan resort dari Perahu.


Kebiasaan gmbr kami sorang2, susah berdua sbb mls nk mtk tlg org snap.


Tapi alhamdulillah, ada jer yang rajin snap kan. Tapi biarlah untuk tatapan kami berdua gambar berdua itu :)



MasyaAllah.. Cantik. Nyaman. Alhamdulillah.


Dah puas kami bergambar sakan, baru lah terhegeh2 nak tengok food. Memang lah, mana boleh lepaskan peluang nak tengok sunset tuh. Suka sangat tengok sunset. Tak sure kenapa.. Paling cantikkk! Jom mkn..


Hurmm laki aku memang taknak kalah, di sauk nya lobster paling besar kat dalam tuh. Gasak. Aku plak mencandat sutun untuk dibakar. Tapi aku amik sekor je. Sebabnya sutun dia besaq and nak perabih sekoq ikan lagi.. Syahdu....


Tuhdia si jelita ni dah mai. Sweet sangat. 


Cheesy habis! Fresh sangat2!


Lobster bakar with cheese


Siakap Sambal. Pon juicy n fresh.


Sotong Bakar 

Pelbagai sos.

Memula ingatkan nak ratah2 jer, tetapi! memandangkan staff2 kat sana rekemen macam2 kami pon apa lagi, selagi idea dia bernas kami pon ye kan je lah. Kami siap amik nasi putih dan sayur campur. Kelakar! Meja kiri kanan semua ala kadar jer food. Ala2 dating. Bercinta la katakan. Kami ni bercinta jugak, tapi havoc dah kahwin ni lain macam. So selamber lah order dah bukan macam candle light dinner. Macam kat kedai tomyam keluarga kami buat. And fyi staff sana sangat friendly and sweet. So kami tak perlu protokol lansung. Enjoy and fun! Alhamdulillah.


Terbenam je matahari, hujan pon mula turun. Kami dipindahkan ke dalam. Ada couple kebal kat luar tuh tak nak beralih. Dia beromantika kat luar tuh dalam hujan renyai. Aku and hubby bantai gelak. Tak seksi lansung. Seksa aku tengok. Tapi berbaloi la. Dia masih mengekalkan kedudukannya sampai kesudah! Mcm2 hal. Dtg dari jauh agaknya. lol.


Magic kan? Settle!


Last kami order dessert. Aku pon lupe apekenama nya nih. Coconut base lah. Oh ya, kami order drinks se jug tea o ais RM10. Berbaloi. And alhamdulillah kat sini tak la mahal mana. Alhamdulillah. Lega gak la aku tengok bill. Tak la juling. Kira kenyang lagi perut aku dari perut cash register tuh la yang pasti. 

Lepas kenyang, kami terus beredar ke dalam, maghrib pon dah nak habis. Dating punya pasal plak nanti kan? Sebelum tuh sempat plak hubby jumpa kawan nya di Stimbot tadi. Rupanya comp member dia yang ada dinner kat situ. Sempat berbual2 kejap. Dan chiou. Alhamdulillah

Berapa total yang kami makan ni?

Kali ni tak mau la tunjuk bill. Aku tak sure tunjuk bill tuh perlu ke tak perlu. Cam berlagak tahap cipan pon ada. Tapi cam membantu pon ada. Sbab aku kalau google tak dapat info detail(harga) pon panas jugak hati ni. Tapi apa2 pon aku cuba la mana yang dan yek? OVERALL rasa dia memang 5star. SEDAP. Itu part rasa. Part Serving dia plak dari segala food and air also FRESH gile. 5star jugak. Nasi dia pon beras wangi. And total charge below dari apa aku expect. Aku ingat mahal menggile. Alhamdulillah. sangat sangat sangat murah dari apa yang aku dah balun.

Tempat cantik, selesa, makan sedap sgt2, lobster besar bapak, staff friendly and very helpful, skali bill sampai sebegitu rupa. Memang aku akan ulangi lagi kalau ada rezeki. InsyaAllah. 

Sebagai hint : Kami juga ada order Mix Vege pada harga RM8. Dan sotong bakar (spt gambar diatas) berharga RM9 siap masak! Rasanya anda semua dah boleh kira-kira kot berapa total amount yg dikenakan di Perahu ini. Rasanya kailan ikan masin di gerai tak siap sebelah perahu tuh pon dah charge kami RM6. X banyak beza tapi layanan dan tempat nya sangat lah berbeza! Heh

**Nak tahu the total price? Tanya kat https://www.facebook.com/wonderfulretreat :)

15 October 2012

Seaview Seafood, Bagan Lalang


Ni cerita makan2 dari entry Golden Palm Tree aku minggu2 yang lepas. 3H2M kat sana membuat kan aku rasa nak cuba semua seafood kat sana, bole? Huhuhuhu dasarrrrr haloba. Btw sebelum ni ada jugak seafood2 kat sana yang dah kami sental, diantaranya HM seafood dan RM Serai. Seaview Seafood kedai yang ke 3 kami cuba.

Di rekemen oleh sahabat suami ku, katenya sedap dari yang lain2 tuh. Memang sebelum ni pon ada hati nak berhenti makan kat sini tapi ramai nye lah manusia. Dah macam kenduri aku tengok khemah2 nya. So harus lah batal kan niat aku tuh. Alhamdulillah this time ada plak rezeki utk mencoba di Seaview Seafood nih.

Lepas maghrib kami cepat2 keluar dari bilik and ke sini.
Salah 1 tips utk pergi mana2 tanpa join the crowd heheheheh b4 maghrib siap2, masuk je magrib solat then terus cabut. Kalau lepas maghrib baru nak siap memang tak kan dan punya. Masa tuh semua orang keluar carik makan. So tips ni memang kami selalu guna pakai. Kalau tempat yang selalu penuh la. 


Kaan sudah ku katakan, siap ade khemah. Macam orang kenduri kahwin kalau semua seat penuh. Kereta siap menjalor2 kat depan2 tuh. Sedap beno gamaknya.


Tiada orang.


Tak cukop table luar, dalam pon ada table. Siap ada tv kat dalam nuh. Lebih selesa nampaknya. Tapi mcm kami suka lagi udara lua. Pergi makan mana pon kalau tak da aircond, baik duduk di luar. Lebih sejuk.


Seperti biasa pilih seat dulu, order air, nasi, sayur etc. Then baru serang seafood!


Menu dan harga
 (click for larger image)


Menu dan harga
 (click for larger image)


Fresh seafood yang terhidang. 


Ni dia rembatan kami. Ketam 2, sotong 2, udang beberapa ekor. 

Dengan pilihan2 masakan.


Ketam sambal yang sangat sedap.


Udang bakar bersambal 
(blakang udang tuh dia selit sambal)


Sotong tepung, sedap.


Kailan Ikan Masin


Sambal kicap yang zassssssss!


Kesemua hidangan kami.. Dari ini..


...menjadi ini. 
(suami suka ketam tapi tak reti kopek ketam!)

Selesai makan, selesai borak kami pon mahu pulang. Orang pon semakin ramai. Aku pon dah naik semak. Bila bill sampai aku pon juling tengok bill. Mahal plak aku rasa. Around RM130. Mahal x? Again kalau kat Umbai Melaka makan sampai tersandar 4orang baru RM200. Tapi tak pa lah, pengajaran. Sekurang2nya hati ni puas sebab orang rekemen, aku nak gak rasa kan? Sebab yang sebelum2 ni rasa tak sedap yang aku dapat kat Bagan Lalang nih. Harga dia pon lebih kurang ini jugak. Tapi tak ada ketam. Kali ni kami amik ketam, tapi tak ada ikan. Nasib baik SEDAP. So alhamdulillah lah.. 
Sebelum pulang bilik, sempat amik angin laut di tepi pantai..