Food & Travel

29 November 2012

Kuala Terengganu 2012



Since hari ni kes ostesen aku habis awal, aku dan la nak meng n3 kan blog utk hari ni. Alhamdulillah 4 malam di Kuala Terengganu telah pon berlalu. Selesai kewajipan dunia dan insyaAllah akhirat (tapi xsempurna). Lega sungguh kalau kerja dah habis. Seperti yang aku kata kan dalam n3 tempoh hari, aku kene ostesen 4malam bekerja dan 4malam bercuti, menyelam sambil minum air. Dimana? Di Terengganu jah. Sikit sebanyak kami dah tau KT ni sebabnya dah kali ke 2 kami kesini atas urusan kerja. Last year pon ada. Menginap jugak di hotel yang sama. Iaitu di Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Before sampai KT moh nak selit2 cita kt KLIA dulu.
Tambang promo KL-TGG Return RM 286


Punya la besar banyak luggage kami bwk! Pg negara org bawak backpack seketul. Melangkau setapak negeri sendiri berbag2 dibawak. Huhuhu. Nak pergi keje la katakan, 8mlm plak tuh. Kena la byk baju, ye dak? 


Flight kami pukul 245pm, ni gara2 dari pagi duk ikat perut je. Selalu kami mesti jamah sesuatu, tah mcm mana banyak sangat urusan pagi2. Tu la semalam ke Pavilion lagik. Adan uke! Kami bz menguruskan 2+3 anak2 bulus di rumah dan bawak dorang ke hotel tika ketiadaan kami. Macam anak2 kan? Hamba Allah jugak tuh walaupon ber meow. So makan la dlu kat boarding area, Jonker Walk asam pedas. Boleh tahan sedap!


Oh jakun MAS dah buat mcm ni. Kosi bapak luas!

Kurang dari sejam, alhamdulillah selamat sampai. Terus amik cab. Perjalanan dari Airport ke Hotel lebih kurang 30minit dengan charge RM25. 

Hotel Tanjong Vista







Hotel yang simple. Berhampiran dengan pelbagai kemudahan. Boleh jalan kaki je ke Pantai Batu Buruk, kedai2 makan, 7e, bank, tutti fruitti, secret receipe, sushi and ke Pasar Payang, tapi kalau ke pasar payang jauh sikit walaupon 1 jalan. So kena la amik cab. Untuk hotel ni if tak silap charge 1 malam RM100+ Dengan tv astro, WiFi dan breakfast, Alhamdulillah. Selesa.

Seperti biasa, aku akan cerita sekali harung. Takda day1-day4 bagai. Aku betol2 bagi info sajo tempat2 yang aku menyinggah walaupon sambil bekerja nih. Yek?


Ini pandangan dari Tanjung Vista Hotel. Pantai yang cantik tapi tak banyak tarikan. Mungkin lautnya tak sesuai untuk beriadah. So kena menapak jauh sikit ke Pantai Batu Buruk.

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk ni pon dah 2nd time kami mai. Last year kami pergi siap jalan kaki and sakit2 badan. Gedik kan? Tapi this year aku sikit pon tak berpeluh, apatah lagi nak rasa lenguh. Alhamdulillah. Tak la jauh mana. Tapi untuk nak pergi membela lemak mesti la rasa 500m tuh jauh. Cukop jauh bagi aku ni. LOL! Tapi kali ni alhamdulillah la. Mungkin this year pakai fitflop kot. Before pakai crocs. Info ni weh! Bkn poyo semata. Beli la fitflop!




Seperti tahun lepas, benda tak banyak berubah, kecuali atv ni dorang baru letak. Tak sure berapa depa charge.




Sepanjang pantai ramai manusia. And ramai la peniaga. Macam2 hasil yang depa jual. Seronok if bawak family macam ni. Aku suka. Mula la teringat mak abah kat rumah. Huhuhuhuhu. Eh siap ada A&W kat tepi pantai tau? Ko hadee?


Sepanjang jalan kami sebenarnya menuju kesini. Lapa. Foodcourt seafood celup tepung. Yeay!





Ape yang kami bedal? Sotong sekoq besaq gila, frozen food yang lain2. Segala balls lah kami amik. Total charge RM29. Murah!




Masjid Tengku Tengah Zaharah - Masjid Terapung

Alhamdulillah terlaksana jugak niat aku nak kesini. Last time tak dan nak kesini.





Cuma kami sempat ke Masjid Kristal pada tahun 2011.

Medan Ikan Bakar
Rekemen gile2. 

Terletak betul2 di bawah jambatan yang berhampiran Masjid Terapung nih. Memang sebelum ni ada baca makan2 spot yang best. Ni salah 1 kedai ikan bakar yang terbaik di KT.










Betol2 bwh jalan raya/jambatan




Hasil rembatan kami memang meluap2. Ketam 2ekor, ikan kerapu bakar, sotong tepung 2ekor, tomyam, kailan ikan masin, telor dadar, nasi putih 2 RM90. Murah gila dan sedap! If nak dibezakan dgn santapan aku di lain2 tempat di sekitar N9, KL and Selangor ini murah ye! Alhamdulillah. kami kenyang..


Pasar Payang -kaki 5

Memang kawasan2 luar je kami pergi. Sebabnya last year aku dah jelajah segala pelusuk dalam pasar tuh. Teringat zaman kanak2 mak abah bawak. (Kalau la mereka mampu untuk bergerak mcm dulu, memang tak kan aku tinggalkan dorang mcm sekarang ni :( semoga mak dan abah diberi kekuatan olehNYA).

Lagipon kami bukan hantu2 batik segala nih. Tak pandai aku!

So apa ada kat kaki2 5 pasar payang? Memang niat besar aku kesini adalah ini!




Musang King kat sban/kl kan mahal? Aku ni plak gila durian bermusim. So tak la aku nak hadap sangat kalau kat ss2 tuh. Penah la dulu zaman2 muda hadap kat situ. Tapi la ni dah kureng. Mungkin sebab mahal kot. Tapi kat sini gila babun murah. RM10-RM12 sekilo. Itu belum tawar menawar lagik. Aku kesian plak if nak tawar. Melampau. Kang balik pakai spender acik tuh. Dah la kopik segala untuk kami. Bagi air basuh tangan bagai. So kami makan 3 bijik. LOL. Ye 3 bijik besar2. Total RM35 tak tawar! Rasa nak berjabat tangan dgn acik tuh, tanda PUAS!


Pusing2 amik gambar sekali budak ni panggil aku.

'kak tangkap sini kak, tangkap sini'

erm amik la dik. laku la gmbr ko kat blog aku ni. tapi tah ade tah tidak org nak nengok.



Dah alang2 semua ada kat luar ni. Aku pon borong la kopok itu ini sikit untuk keluarga kat rumah.



Pandangan luar dan kaki lima Pasar Payang 


Opposite pasar payang. Singgah la kejap beli barang untuk mak.



Bila aku cekak pinggang tu namanya aku dah 'pusing'. Ini kena tawar sakan ni. Kalau tak tawar aku plak balik dengan spenda kang. 


Nasi Arab Al Edrus
Landmark : Roundabout Batu Bersurat (arah ke Pantai Bt Buruk)

Ni pon diantara nasi arab yang best. Kami ask Ayah Loh(taxi kami dr tahun lepas) bawak kami kesini. Tak jauh dari Hotel rupanya. Tapi bersengkang ketiak la kalau nak bejalan kaki. Tak la dekat beno!










Overall ok la nasi arab ni. Mungkin ni 1st time aku cuba nasi arab lain dari Nasi Arab Damsyik yang femes kat Seremban tuh. LOL. Jakun kan. Aku cam pelik la napa ada pelbagai kuah cenggini. Sambal tu ok lagik. Siap ada dal n sup. But semua kuah2 tuh sedap. Lemak dan cukop rasa. Tapi bila campur semua kuah kat nasi aku dah terasa mcm Nasi kosong dgn sup ayam la plak. Huhuhuhu. Dah semua berempah. Bila campur jadi 0. Tapi kambing dia sedap! 1st time aku rasa mcm ni. Aku tau kat luar sana banyak yang cam gini. Sedap la. Cuma aku yang tak biasa. So overall aku rekemen. Memula kami datang tak ramai. Naik ke malam buta makin ramai yang datang makan dan tapau.

Masa 1st pergi tak la explore semua. Tp this time merayau dibawa Ayah Loh (taxi) di serata KT ni, baru la tahu KT x ada cinema, x ada mall2 besar. Apa korang buat weh memalam? Klu kelantan ade gak KB mall. Jadi je aku kalau KB mall tuh. Tapi yang penting memang sunyi and aman la KT. 7PM org semua masuk rumah. Sunyi jalan raya. Kol 8-830pm org ramai semula dalam town. Alhamdulillah. And chinese2 dia yg stylo2 pon cakap Ganu. Coolio! Kelantan dah biasa dengar, tpi Ganu cam 1st time dgr chinese dorang ckp Ganu. Makanan pon murah2. How i wish i can borong all the best food. Lekor especially! Disebabkan nak ke Dungun plak, nnti lekor ku busuk di tgh jalan. Eh Dungun ada apa?

Alhamdulillah 4malam berjalan dengan lancar nya. Kami akan checkout dan akan ke Dungun pula untuk bercuti, insyaAllah. Berehat sebentar dari kirja. Nanti kan n3 Dungun ku.

Taxi dari KT ke Dungun RM90 - RM100 yang memakan masak sejam, sejam lebih.

Untuk pertanyaan sila ke www.facebook.com/wonderfulretreat (promotttttt bahekkk)



Review lain yang mungkin membantu;-
Dungun - Tg Jara Resort - Rantau Abang - Pantai Kelulut - Pasar Payang
Kuala Terengganu - Pasar Payang - Pantai Bt Buruk - Hotel Tg Vista - Masjid Kristal