Food & Travel

28 December 2012

Downtown KLIA Seafood


Oh akhirnya jumpa jugak salah 1 social life kat persekitaran KLIA ni. Berabad keje duk ulang alik KLIA tapi baru sekarang jumpa 1 kedai makan. Sedih! Sebelum ni tau pegi and balik airport je, tak da rasa lansung nak explore. Until jumpa 1 blog makan kat sini. Terus google and DANG!!!

Kalau dari toll klia tuh, sila menghala ke LCCT, 1st roundabout pukui 3. Maju kehadapan akan nampak sign board Downtown pada roundabout seterusnya, so turn je la kalau dah nampak sign ni. Tak susah mana carik. Masuk je pintu gerbang downtown baru la rasa otak berkembang.. Oooo ada life klia ni rupanya. Sempit betol pemikiran ku kan? Ahaks. Bukan Seafood ni je ada, bersepah kedai mamak, kedai2 runcit, pomen etc. Now i know. Mane la tau tercirit tepi jalan, boleh la dapat kan bantuan disini. Gasak!

Jom mengumpat.


Bila park keta tengok kedai, not bad. Melangkah ke pintu pon masih teruja dengan kedai yang cantik. Bersih.


Kami pergi ni betul2 tengahari dalam pukul 2 macam tuh. Orang tak ramai sangat. Yang dah sedia ada dalam kedai ni pon semuanya dah dapat makanan masing2. So tak la lembab sepatutnya. 


Suka seni khat kat wall tuh. Punya tak kuasa aku nak datang dekat, aku snap je dari jauh. Bantai la labu..


Deco ala2 restoran ni. 

Kalau tak mau sejuk, ada for smoking area, lua la ape lagik? WiFi pon disediakan. Kira 1st impression memang tip top lah.

Tapi tang layanan tuh adoi. Kedai dah cantik. concept dah ada. Modal dah kedebabomm, awat la tak buat betui2. Cust pon tengah tak ramai. Nak kata tuan kedai tak buat spotcheck, aku tengok ada yang ber tie kehulur kehilir, aikkkk buat inspection selalu pon masih bad service?

Masuk2 duduk, server datang ingat nak kemas and tukar table cloth meja kami yang bersepah tu. Rupa2nya bagi menu and chow. Padahal ramai server lain lalu lalang depan mata kami. Ok whatever la. Tengok2 menu, datang sorang lagi untuk amik order. Masih tak nampak ke meja kami kotor nih??? Ask depa kemas table dulu. Punya cerdik, dia amik tisu yang sedia ada kat atas meja tuh, lap2 jangan tidakkkkkk, pandang kiri kanan LINE CLEAR, and buang bawah. Bole????????? Padahal aku tengok server lain yang buat table lain, siap tukar table cloth etc. Dah la kain tuh basah2. Ok whatever la dik.. 
(nak siap2 pilih meja bersih takot plak menyusahkan orang ramai, sebab meja lain besar, kami berdua je. Nanti group besar datang dah menyusahkan orang. Padahal aku berdua kan? Aku ni nak buat ape2 semua fikir orang sikit.Itu yg bile in return dibalas dengan tak de fikir orang lain tu bole jadi panassssss)

Jom tengok menu.


Tengok je la ade kesan comot2 kat alas meja. Cerewet ke? Tak la cerewet tapi kedai2 macam ni 1 kemestian kan tukar table cloth? Lagi2 depan mata sendiri depa tukar untuk meja lain. Kalau meja tak kotor, tak basah xpe. Ok mungkin silap server yang pemalas. Bukan orang lain, bukan kedai ni. Positif please.. (ye la sangat)


Menu dia cam biasa lah. Mahal2 mampu lagi la rasanya bila tengok menu.


So ape yang kami order?

Sayur
Ikan
Sup
Udang.

While tunggu food kami sampai, mamat2 server semua bergurau bergonjeng depan kami. Sesame dia berjumpa suka, tapi bila kemas table orang lain dengan lempar2 bekas tisu. Hempas2 kosi. Bapak rimas! Aku paling pantang orang keje hempas2 benda ni. Heeee hempas die je dia fikir. Semua orang bekerja dik. Semua orang penat. Orang keje opis ni penat2 pon tak da la nak beramok dengan cust. Sama2 carik duit dik, sama2 nak kaya nak senang.. Ko rilek je. Xyah nak hempas2. 

Bila cust panggil amik order, dia main pas2 plak. 'Kau la pg amik, eh kau la. Kau la!' Cuba tang gaji? Ko dulu Q kat atm kan? X lunch lagi mintak kua kejap pg check gaji dah msuk blom. Cis!



Baby Kailan

Alhamdulillah.. Makanan dia sedap2 belaka. Oh sejuk sikit hati aku! Whatever aku dari tadi rupa2nya berbaloi. Kalau tak berbaloi takkan nak terbalikkan meja plak? Dah berumo ni sedap plak belajar erti bersabar.


Seaweed Soup

Serve siap dengan mangkuk kecik 2. Letak mangkuk n chow! Padahal mangkuk kotor. Sudu sup pon kotor. Aku tepis lagi amarah ku dengan bangun and pegi amik sendiri.


Butter Prawn


Siakap Nyonya.

Air plak kami order teh tarik and laici. Tengah2 makan tambah ais kosong 1. Mintak kat mamat ber tie sorang tuh(manager gamaknye). Ber pas2 order jugak. Kesudahannya? Lupa lagik? Dah la table masa tuh tinggal kami 1 je. Lupa la kot. Ok whatever lagi jawabnya kami. Laki aku panasssssssssssssssssssss.. Tapi sejuk bila menatap muka nurrrrr isterinya ni. Ahaks.

Kami tak layan sangat sebab banyak borak n gelak dua laki bini. Kalau tengah moody and perati je perangai sekor2 mungkin hati bertambah panas. Alhamdulillah masa tuh kami tengah ada topik panas nak diborakkan. Kira perkara yang aku sebut ni sedar dalam tak sedar masa tuh. Saat ni baru bole senaraikan satu per satu. Kalau tak alihkan topik memang tak jadi koje. Ye dak? 

Overall memang makanan dia sedap. 
Dah kenyang.. Bill please..


Ermmm ko mampu bill macam ni? Service tah ape2 siap charge aku untuk service? 10% plak tuh. Ade la +/- RM14 service chargenya bila di kira balik. Ko tengok resit dia pon ko tak lalu. Tulis pakai tangan, cop kat tepi tuh, maplair lagi style aku rasa cash register nya. Ini ko panggil service? Erm rezeki ko la camni punya rupa. Harga makanan tuh aku tak bising la. Sebab sedap. And aku makan jadi darah daging. Aku memekak pada benda yang aku byr tapi tak dapat. SERVICE! 

So sampai disini sajo lah buat masa ni. RUGI kan dorang. Kalau bill macam ni tapi service seperti yang dibayar dah tentu aku datang lagi dan lagi. Kami suka benda sedap. Lagi pon selalu sangat ke KLIA tuh. Tapi kalau dah macam ni. Erm sanggop aku balik masak with tiptop service sendiri. RUGI sangat, kedai dah ada. Modal dah banyak keluo. Style kedai pon dah ada. Tapi.. 

Rekemen? YES! Cuba la rasa. Mungkin nasib uols lain. Mungkin time kami pergi ni serba tak kena. Kadang2 benda2 macam ni tengok nasib. Ye dak? Nasib kami kurang baik gamaknye. So sila cuba dan jangan banned kedai ni disebabkan this entry. 

For more info : www.facebook.com/wonderfulretreat

21 December 2012

Big Bad Wolf Book.2012


Punya la nak berlagak tak hengat, semua beli buku travel. TIPU! Ade la sikit2 buku Jamie Oliver and buku laki ku yang tak tersenarai dalam ni. Bukan la nak sangat title 'orang ada aku pon nak ada'. Ahaks. Aku tak la mcm tu sangat, TIPU kalau nak kata tak da rasa tu lansung. Sila mengaku! Aku kesini sebab mungkin tahun 2013 ni nak pergi lagi jauh untuk travel, insyaAllah. Lagipon boleh dikatakan kesemua buku yang aku pilih ni betul2 worth. Ye beli2 siap baca malam tadi. Jadi ulat buku laki bini, bole? Berangannnnn.. Eh hidup mesti ada cita2. Kalau tak ada, jadi gelap la dunia. Ye dak? Jika diizinkan ALLAH. Who knows.. InsyaAllah.

Semalam gerak dalam pukul 4 lebih. Dari Seremban ke The Mines tak la jauh mana. Dah tentu jalan pon kami tak tahu. Last aku jejak kan kaki kat The Mines ada la masa zaman sekolah dulu. 12-15tahun lepas. Waduh! Lama kan? So agak terkial2 la nak pergi. Tapi cam biasa, google map kan hado! Tanpa sesat kami pon sampey Mines Convention Center.

Alhamdulillah. Orang tak ramai sangat. Mungkin waktu tu orang baru habis korje.


Sampai2 entrance je kena plak fill up form luckry draw. Nak menang Lamborghini kato kauuu.. Ahaks


Gaye kena ada.
Orang ramai la gak tapi tak menganggu pon. Sebab kawasan dia maha luas.


Memula masuk dah rasa nak pitam! Sebab aku ni si bekas penggemar buku. Tak la nerd! Tapi suka membaca. Kena gaya penulisannya jadik je aku. Lately ni pon masih la ada collection tapi buku agama. LOL! (Pecaya je, tak yah pertikaikan.LOL)


Bila tengok buku budak2 rasa histeria plak. Cantik2. Hard cover plak tuh. Geram je. Yang paling geram bila tengok harga. Buku branded2 bernilai RM6-RM15. Hai pengsan laki bini! Laki aku suruh amik je, nanti2 ada anak ok la. Ermmm aku plak jawab, nanti2 tu nanti2 la syg. InsyaAllah ada rezeki nanti, beli la nanti.. ye dak? Kalau tak de tujuan buat sepah rumah plak. Tak kuasa! Memang murah. Tapi dah berlebih jadi pembaziran. No! No! No!



Ni la aku carik. Ala2 percutian impian gitew! Tapi banyak dah habis. Start from RM5! Ye RM5. Murah kan? Tapi berbaloi la dengan nilai yang ditawarkan, RM5 tapi kurang la info dalam buku tu. Dia tarbiah salah siah je. Kalau beli mahal sikit RM12, complete sikit aku rasa. So nak pilih pon biar lah yang berbaloi. I go for RM12. Macam2 point kat dalam tu. Tak dapat apa yang kita nak, tak guna jugak. Biar lah rak rumah tuh cantik dipenuhi buku yang berisi. Membantu.

Most buku ni buku lama, no wonder la murah. Tapi tak la lama mana.



Ni la hasil tangkapan kami. Si bini tak ingat punya impian. Hahahahaaha. Eh mana tahu? Tul tak? Ngehngehngehngeh.. Tapi Japan tak ada! Dah habis. Jemmmmmmmmm je aku.. Blogger2 lain dah kebas la tuw! Ahaks


Ni hard cover Beijing ni memang buta2 suruh buat koleksi rak je ni. Point dia salah silah sikit, gambar je lebih. RM8 yang ni kalau tak silap. Aku tak amik lah. Tak kuasa aku benda2 sejarah yang boleh di google. Baik google. Ye dak? Tapi untuk koleksi rak anda, perfect!
**sumpah One hot chick tu bukan aku punya!



Ini plak barisan2 cashier nya. Banyak dan mudah. Kalau korang nak tahu chinese ramai bawak troli pasar and hand luggage. Memula aku tengok sakan betul depa ni. Last2 aku plak lenguh2 tangan bwk hasil rembatan aku tuh. Kalau tau bawak cam depa. Huhuhuhu TIP!


Ni la dia ropa hall time kami nak beredar. Orang semakin penuh. Katanya pon minggu ni minggu terakhir, sure ramai yang tak nak lepas kan peluang. So semua last minute cam aku.


After cashier ada la deretan2 kedai yang jual2 baju. Kedai amal barangkali. Ahaks.


Masa kami nak beredar, ujan punya la lebat. Ramai plak layan coffee ni. Kami tak peduliks. Nak pulang, buku yang kami bawak banyak dan berattttttttt. Helpp


Ni plak di luar2 hall. Ada jual luggage. Murah weh! Kalau la tak ada target apa2 dalam masa terdekat ni forsure aku dah rembat dah. Beg merah depan hujung tuh lepas less RM240. Agak murah la. 4 roda plak tuh and plastic. Aku nak rembat camtu 1. InsyaAllah nanti. Bajet larikkkkkkkkkkkk poik!



Ramai la yang duk bergambar kat sini. Biarkan..


Geek habis!!!!
Total damage : RM150

For more info meh ke FB ku, Wonderfulretreat

Happy weekends!!

20 December 2012

Everyone Can Fly


Ok finally! Sampai juga apaobang(kapal terbang) ni ke tangan ku. Punya la berpusing2 aku dibuatnya. Bukan disebabkan oleh mana2 pihak tapi disebabkan kelembapan aku sendiri. If tak silap miniature ni dah sampai ke alamat ku 2 hari lepas. Monday. Tapi disebabkan aku tak da dirumah, neighbour aku tolong amikkan. So itu yang diangkut miniature ni ke hulur kehilir. lol. Sebab aku tak ada dirumah so they keep dulu for me. Baik kan jiran ku? Selalu macam tuh. Kadang2 aku pulak yang serba salah. Bukan tu je. Eh banyak lagi lah baiknya mereka pada kami. Thanks babe.

 
Mana aku amik benda alah ni? Dari salah sorang blogger jugak aku dapat miniature ni. Sesuai dengan aku yang suka berjalan. (tapi tak suka naik flights but still rasa patut memiliki) Bila tengok je blog member ni terus terkinja2 nak. Lagi2 bila depa kata material nya is besi. Eh besi ke nama dia? Whatever!


Daripada kotak diatas bila dibuka ni la barang2 yang ada dalam tuh. Comel kan? And sangat2 berkualiti dan agak berat. Eh berpadanan sangat lah dengan harga yang murah tapi kualiti. Aku suka!


Ni gambaran bila dipasangkan stand nya. X plak nampak stand cemana dalam gambar ni. Tapi camtu la dia rope bila dah dicantum2 kan barang2 yang ada. Cantik dan cute. Sesuai diletak di rak2 holiday anda.


Sebenarnya bukan ni je yang aku berkenan. Ada lagi 1 miniature MAS airline siap ada bunga raya. Apakan daya yang itu dah habis. Memang memula teruja habis tengok yang itu. But dah habis plak. Tak de rezeki disitu. So insyaAllah aku akan diberitahu nanti jika stok baru MAS tu sampai. YES! Aku tunggu..


Ni gambar dekat body. Naga. Tak comel lansung kan selera pompuan ni? Tapi apa nak buat. Dah aku suka gambar2. Yang ada gambar2 terhad stock nya. Daripada tak da. Aku sambar je ni.

Miniature ni besarnya dalam sejengkal panjang, berat dan cantik. Buatan nya pon tegap serta nampak kualitynya. Bukan la macam sesetengah yang ada jual kat luar tuh comot2 lukisan nya. NO. Ini cantik. Sebab tu aku promo. Huhuhuhuhu.

So puji tinggi melangit ni rasa2 miniature ni mahal x? RM20je. Murahkan? So saper2 berminat. Sila2 jenguk blog sahabat kita ni miniature2u.blogspot.com ataupon blog personalnya
remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com

Dan berurusan lah dengan beliau kalau ada2 yang mencuit minat uols. Gue memang rekemen, and gue akan menjadi return customer die lah nampak nya lepas nih. InsyaAllah.

Sekian-Everyone Can Fly!

For more info : www.facebook.com/wonderfulretreat

14 December 2012

Laksa Restaurant, Seremban


Hari ni nak cita pasai kerang, kerang Seremban. Ahaks

Since ada forumer N9 tanya, 'ada penah makan tak kedai mee curry name LAKSA Restaurant kat area KPJ Seremban?' So aku mesti la jawab ada. Memang kegilaan aku and mak mee kari ni. Lagi2 chinese style. Lama2 dalam draft pon bukan boleh buat aku kenyang, meh publish.

Tapi! Tapi! Tapi! 
Tapi sebelum tuh yang menjadi persoalannya.. Kenapa chinese panggil Mee Kari as LAKSA ha? Memang nama kedai ni pon Laksa Restaurant tapi sebutir bijik laksa pon depa tak juai.


PROMO baek punya. Padahal kedai ni dimiliki dan diusahakan oleh chinese. Tapi iklan depa semua melayu. Tapi tak pa la. Selagi depa tak menipu kira ok la. Tu marketing strategy nama nya. Walaupon cina tapi HALAL, insyaAllah. Tapi tak semua dari kita nak makan makanan depa ni kan? Walaupon ada sijil HALAL. Alhamdulillah.. Seelok2nya macam tu la kalau dah ada rasa was2 baik toksah ye dak?

Menu depa terhad, tak la semua kind of halal chinese food depa serve. Terhad pada mee2 kari, kueh tiau, nasi goreng, nasi lemak and lain2 menu yang simple. ITU SAHAJA. Nak carik hot plate mee ke, nak carik hokkien mee ke semua tak da kat sini. Kalau tuh pi kedai sebelah, Seaview Restaurant. Tuh pon mantap gak. Chinese halal gak. Tu nanti cite.


Laksa Mix (Mee Curry) RM12

Mee Laksa(curry mee) yang ni dipanggil Mix. Dalam menu tuh ada banyak gila pilihan untuk mee kari. Ada yang letak ayam(drumstick)je, ada yang nak ayam with clam, ada yang sotong sahaja, ada tuh plak letak dua benda je etc. So yang ini Mix means balun semua. HAHAHAHHAHA. Ape nak heran kalau badan melebar order paling super. Kalau aku order telo mate makan begitu saje itu iyye boleh heran. Huhuhu. Apa yang ada dalam tu? Segala mak nenek. Ayam, sotong, udang, mussel, kerang, lala, telo etc. (sekali sekala makan makanan darat dgn laut xpe. InsyaAllah) So harga berdasar kan apa yang di order lah. Kalau mee kari yang basic punya RM6.80 sahaja.


Kerang Sambal RM 8-12

Menu ni pon boleh dikatakan menu mesti ada kalau kami kesini. Kerang sambal die klu makan bleh tangkap kepala. Sebab PEDAS. Tak la pedas sangat. Tapi kalau tersedak memang keluar bawang putih ikut hidung. Paham2 la chinese food, terasa oyster sauce dia, bawang putih semestinya and kepedasan dia untuk menu ni.  PEKAT.


Yong Tau Fu 

Ini set. Boleh order tang menu. 1 benda dalam RM1.20. Accept for fried fucuk tuh RM1.20 ada beberapa keping. Lain semua single2 RM1.20. So kira la sendiri berapa yang uols amik. Rasa macam biasa la, selagi aku suka hirup sup, selagi tuh aku kata sedap. Kalau lidah melayu belacan, sure kata sup dia tawar. Aku suka je! 


Fish Ball Curry

Masa laki aku order ni aku cam tengok muke dia tak berkelip. Aik, syg dah kenapa makan kuah dengan ni je. Pastu dia ngekek2 gelak. Saje nak cuba, katenya. Belasah la CintaHati, janji dia dah ngekek gelak tuh makna nya dia suka. 



Kedai simple je. Ramai jugak indian and melayu datang makan. So kalau2 ada warga seremban nak makan2 and minum2 petang sila lah cuba2. Kalau datang nak makan hidang ikan kerapu salai semua memang tak ada. Menu2 semua kat sini simple2 jer. Paling sesuai untuk makan petang or lunch. Kedai bersih, service cepat. Overall ok. Mee Kari pon sedap! Tapi tak leh kalah kan mee kari ss2 pj. RINDU. Tapi masih boleh hilang kan keinginan la kalau malas ke pj. 

Lain2 menu pon penah kucoba. Sedap2 belaka..

Laksa Restaurant Seremban
87, Jalan Toman 5, 
Kemayan Square,
70200 Seremban.
Negeri Sembilan

Contact No. 06 7629781

Landmark kedai ni shop lot bersebelahan dengan KPJ Seremban. Dekat dengan tol Seremban Plus la jugak. Tengok Map dalam gambar2 kat atas.

IKLAN : Meh ke facebook page ku untuk more share info. Wonderfulretreat

06 December 2012

Tanjong Jara, Dungun


Bismillah.. Banyak nye koje nak melayan n3 kali ni. Tapi disebabkan nak mengabadikan kenangan dan pengalaman ku sendiri, aku relakan malas ku pergi. Dengan ini, n3 kali ni bermulaa..

GAMBAR BAPAK BANYAK. JANGAN TERCEKIK, JANGAN MUNTAH.
(from iphone and camera)

Sudah ku bilang di n3 ku yang lepas, aku sambung cuti aku daripada bekerja di KT dan terus ke Dungun untuk cuti leisure kami laki bini disini. Kalau nak usha activity kami di Kuala Terengganu, mai visit kami kat sini nahhh? Kuala Terenganu nan indah.

Kami check out dari Tanjong Vista ngam pukul 12 tengahari and taxi terus bawa kami ke Dungun. Sudah ku bilang, dari KT ke Dungun mengambil masa dalam 1jam perjalanan dan charge taxi RM90.

Perjalanan memang indah. Kawasan perkampungan yang sangat2 sweet. Rumah2 kampung sepanjang pantai terimbau ku kenangan lalu bersama keluarga. Oh rindu zaman kanak2. Boleh dikatakan setiap hujung minggu kami pasti bercuti.
Pada yang merancang untuk drive kesini sila hati2 dengan selok belok jalan. Sepanjang perjalanan kami, ada 2 bijik camera dengan orang2 nya sekali menjalanan kan 'tugas' speed trap. Masak la kalau kena. Alhamdulillah, kami terlepas dari kesemuanya trap2 tuh sebab driver taxi dah hafal.

Lebih kurang 1jam kami tiba di Pantai Tanjong Jara, Dungun. Betul2 selekoh jalan dibinanya Resort ni. Apa punya pandai depa design. Heh! Nak rare katenye..

pict; google


Baru ku tahu apa function gong ni. Gong dipukul(ke dipalu?blasah la beb) menandakan ada guest baru yang nak check in. So FO boleh prepare la apa yang patut kat dalam tuh. Alkesahnya. Signature nih!






Cam biasa lah YTL. Memang betul2 hotel terbaik yang penah ku visit. Hospitality and service segala. Hosp & service x sama ke? Huhuhuhu. Recognize us dengan nama. Welcome us dengan betul2 with smile and protokol(kdg2 penat nak kena senyum sepanjang. Lenguh pipi!) Dengan segala urusan check in yang cepat dan mudah. Siap ada welcome drinks. Walaupon ayaq tawaq lebeq, kami tetap hargai usaha mu YTL.

Siap urusan check in, kami dibawa ke Villa Anjung. Alhamdulillah kami dapat bilik yang paling dekat dengan semua facilities. FYI, kawasan resort sangat besar dan agak la jauh antara resort2 dan facilities yang lain. Nasib baik kami dekat disini. Tak perlu berjalan jauh. Dan sangat sunyi. SUKA.



Villa Anjung room no. 302 memang the best villa. Sebab? Dekat dengan laut, dekat dengan lobby, senang keluar tak payah bepeluh ketiak jalan, dekat dengan adults pool, dekat dengan Atas Sungei Restaurant and paling best dekat dengan free WiFi. YTL hotel memang tak ada free internet. Kalau nak kena purchase YES 4G. RM50 sehari. Tapi! Tapi! Tapi! Bilik kami dekat dengan lobi and restaurant yang mempunyai service free WiFi. So dapat la curik2 kurik.. Yeay!

Jom tengok Villa.









The toilet yang sangat besar. Sorang kanan, sorang kiri. And separate jamban n shower! Tak yah rebut2. Pintu belakang tuh apa? Jengjengjeng!

Iklan jap

Aww thanks for the gift. Sweet kan YTL nih? 




*sila abaikan lemak2 yang bertempiaran. Perlu diingatkan lebih banyak gambar berlemak lepas ni.  


Gila 'perghhhh' ke tak perghhh resort nih? Anjung Room no.302. Memang betul2 berhadapan dengan pantai. This is the best resort yang kami pernah pergi sepanjang hidup ni. Thanks YTL.

Tak perghhh lagi?????????????????? Meh tunjuk 1 lagi.


The Bath Tub

Sila tengok pict toilet diatas, pintu belakang tuh dibuka dan ini la dia. Bukak2 je ada bath tub. DANG! Memang excited gila la kami. Thanks YTL. Jom berendam? 




TJR Facilities

Teratai Swimming Pool 3m
for adults only.


3M deep untuk adults sahaja pool ni. 

 

Teratai Pool


Macam biasa, boleh order from the bar. 


Memang aku gila kan pool. Lagi cantik lagi aku suka. Lagi dalam lagi lah aku suka. 

For those yang ada baby, dont worry. TJR ada 2 swimming pool sebenarnya. Yang Teratai ni dekat dengan Villa kami, lobby and Atas Sungei Restaurant. And the other one nunnnnn jauh di Nelayan Restaurant, gym and spa. Sekoq hujung ni, sekoq lagi hujung sana. Paham? 


Waktu malam kami minum di Teratai Pool. Cappucino RM15. SuciMurni smoothies RM20.


Pool for kids and adults.




Nelayan Restaurant.
western cuisine


Teringin juga makan disini. Sampai2 ja kami kesini dan mintak menu. OHMY! Agak la mahal. Tidak la kami mampu. Terbukti nafsu makan ku MASIH boleh dikawal. Tidak la semua benda aku sental. Spaghetti/pasta segala dalam RM50++ sepinggan. Seafood, steak nya dalam RM70-RM150. Lobsternya RM200++. Kalau berbaloi pon aku tak kuasa. Kalau di Hotel or Resort lain yang murah sikit dari ini aku makan jugak kan? Yang hini tidhakkkk. Takk mampooo aku. 

The Spa

Tak masuk pon. Tak berkemampuan kesitu.


Serambi and Bumbung


Ni Villa2 lain yang ada di TJR, which is 2 tingkat. Serambi di bawah dan Bumbung dah tentu la di atas.
Classic and cantik kan? 


Merayau sampai ke hujung untuk cuci mata.


Villa 'sementara' kami di belakang. Cantiks!









Walau panas berdenting, kami gigih merayau. Sebab cantik and banyak excitement. Semua benda nak tengok. Semua tempat nak kami jelajah. Segala resort tuh bapak besar.

Gift Shop


Barangan yang agak mahal. Tapi kalau berfaedah aku rembat je. But tak da pong. Mcm patung ni RM89. Fridge Magnet RM15. Itu 1 je aku beli.



Library



Cycling 


Taxi 


Kami berdua pon disumbatnya dalam transport bapak besar ni. Suzuki kot tak silap. Memang la seronok. Tapi kalau nak beronok2 dah tak jaddi! Ngape? Sebab 1 way depa charge RM35. Dah la nak ke town dalam 2.1km jer pon. Tapi apakan daya, taxi susah nak carik. Town pon kecik. Masa nak keluar town 1st time tuh gigih je kami naik RM35 1 jalan dgn perkhidmatan resort ni. Bila dah sampai town kami dapat kan taxi tempatan.

Sebut pasal taxi ni orang Dungun ni memang baik2 kan? Kejadian ajaib 2x berlaku masa kami disini. Huhuhuhuhu. Masa 1st time keluar makan di medan selera dungun, kami di hantar pulang ke Resort oleh tokei kedai makan tu. 
Pada asal nya time nak bayar, hubby tanya 

'macamana nak dapat kan taxi kat sini'

Tah cemana mamat tuh kata susah and kena menapak jauh sikit. Tapi takpa biar dia hantar kata nya. Aku pon cam pelik and risau jugak. Memang tak la aku ni nak bersifat positif sepenuhnya kan? Bukan apa. Malas nak menyusahkan orang. Kita masih ada daya. InsyaAllah. Kesudahannya kami turutkan je sebab dia beriya nak hantar. MasyaAllah. Panjang kan umur sipolan ya Allah. Murah kan rezekinya ya Allah. Terima kasih! 

Tu kes 1. Kes 2 pulak bila kami dah dapat taxi(next day) yang sanggup hantar kami kesana kesini. Hampir 2 jam dia mengekor kami kemana2. Siap ke pasar malam, makan etc. Sampai resort tiba2 tak nak duit. Huhuhuhu. Alhamdulillah murah rezeki kami. Murah lagi rezeki pakcik ni sebab suami letak kan duit atas seat sebelum berjabat tangan dengan pakcik tu diluar taxi. Macam2 ragam. Macam2 orang kan? Syukur..


Pantai Tanjong Jara
Private Beach

SUNRISE.



SUNRISE. Syukur. Alhamdulillah. Kami memang plan lepas je solat subuh kami terus keluar untuk ini. Sunrise. Sangat cantik. Sangat indah ciptaan Ilahi. Kabus depan mata. Sejuk. Kalau dulu selalu hadap sunset. Kali ni kami gigih merayau lepas solat. Huhuhuhu. Memandang kan kami check in weekdays so tak ramai sangat orang. Memang peaceful. Jalan jauh2 baru selisih sorang dua. Kadang2 tak ada orang lansung. Cuma staff je yang merayau2. Masuk weekend, orang semakin ramai. Ramai pula yang sombong tuh. Heh.

Beach waktu tengahari dan petang.







Masa ni panas berdenting. Gigih kami kan? Gigih la. Nak pergi lagi tatau bila. Buat apa saja yang menghappy kan kita. Kata nak datang untuk berehat and bersuka ria laki bini. So ini la dia .. Alhamdulillah








Di Atas Sungei
Breakfast


2 hari pertama kami yang awal terpancul. Yakin boleh anak muda! Dah la terawal lepas tuh boleh dikatakan terakhir yang belah. Makan kami tak berulang. Sekali amik. Tapi borak yang lama nya. 








Nasi Dagang sedap hubby cakap. Aku tak pandai nak rasa. Tak reti. Tapi  makan!



Walau pon makan tak berulang, tapi tengok la sekali kami amik macamana? Bismillah je ler. 

Breakfast serving biasa2 jer. Nasi lemak, nasi goreng(sedap!), nasi dagang, omelette, scramble egg, fresh fruit, salad, bread, cake2 and dessert yang simple2. Tu je. Tapi alhamdulillah, kenyang!

**ade yang dah muntah darah ke belum? Ke dah tertido? Aku belum lagik. Sebab aku masih rasa aku disini. meh sambung cite..

Atas Sungei Restaurant ni restaurant yang serve Malay Cuisine. Boleh prepare dinner untuk kita. Sama ada ala carte ataupon hidang. Ala mcm kedai2 tomyam kat lua tuh. Ia tak ada specific menu. Order je. Semua boleh bikin! Tomyam, ikan 3 rasa etc. And plus steamboat set. RM122++ per pax. Untuk harga makan hidang tuh ada la dalam RM20 for ayam masak paprik and RM80 for ikan fresh. Lebih kurang gitu la. So mampu milik lagi la kalau nak dibezakan dgn Nelayan Restaurant tuh. So mungkin kami akan dinner disini. MUNGKIN!



Ni pon sebahagian dari Atas Sungei Restaurant, tapi smoking area. Cantik dan fresh air. Memang betul2 atas sungai. Memula kami decide nak duduk makan di sini. Tapi masa tuh tengah hujan. So beralih ke dalam yang ala2 dalam garden itu. Dari hari pertama sampai la kesudah kami duduk n makan disitu. Huhuhhu.




Dungun

Dungun sebuah daerah yang sangat simple. Kalau nak kesini sukar sikit nak berbudget untuk yang tak berkenderaan sendiri. Paham x ayat pusing aku tuh? Tak de kereta mai sini payah sikit kalau nak berkira!!! Tak paham gak lagi? Means, pada yang nak kesini tapi tak punyai kenderaan sendiri haruslah berbelanja lebih sikit. Nak keluar je dah kena RM10-RM12 satu jalan dengan menaiki taxi. Nak pergi balik dah berapa? Itu taxi Dungun. Taxi TJR plak mengenakan charge RM35/way. Ni lagi kes tinggal spenda nanti nih. Big NO NO NO! Bagi mengelakkan pembaziran, buat la kira2 sebelum keluar. Plan kau2! Sekali keluar korang beli la macam2 stock. So tak perlu keluar hari2. Tapi sampai mana sangat la kan? Lagi2 tang dinner and lunch. Kena gak keluar. Tapi biar lah betul2 berurusan. Semata2 nak beli berus gigi baik toksah. Bazir duit cab je. Ko tenyeh la pakai towel tu dulu. Hai mcm biase je buat? Biase tidak la. Tapi mesti la pernah, emergency! Daripada pakai orang punya(selain suami), baik tenyeh kat towel. Ahaks

Walaupon Dungun kecil tapi ada lah hospital comel, bank2 yang comel, kedai makan, pasaraya yang mahu x mahu je(kompem size aku x ada!) Semua ada. Cuma nak berlebih2 tuh x lepas la.




Kecik kecik Dungun ni sampai jugak la kami ke pasar malam nya. Berbelanja sakan la. Dah la ingat kan malam tuh nak tak nak kami terpaksa dinner di Atas Sungei disebabkan tak tahu nak makan apa. Otw nak pulang ke hotel, pakcik taxi bawa kami kesini. Kami tapau mcm2. Kuih2 tradisi sana, makanan2 yang aku suka tapi jarang jumpa. NASI AIR especially. Penyudahnya cancel dinner kami malam ni di Atas Sungei. Alhamdulillah. Jimat! Lega aku.. lol. 


Rantau Abang.

Attraction sekitar Dungun ada la dekat2 jugak dengan Rantau Abang. Ye tempat penyu bertelo tuh. Tapi katanya bulan ni tak ada. Selalunya bulan Aug. Tapi kami gigih pergi jugek. Ada la jugak tapi yang dalam kolam tuh. Boring. 



Pantai Kelulut 

Seafood celup tepung.
Jauh jugak dari Dungun. Tapi nak makan punya pasal. Gigih la lagi!


Satar
Punya la susah aku mencarik budak ni. Akhirnya ada jugak rezeki makan dia. Dr KT aku carik tak da. 


Udang Celop Tepung


Sotong Celup Tepung


Ikan Selar je yang ada. Celup tepung gak.

Kalau nak carik celup2 tepung di Dungun tak da. So kene la keluar sikit. Ni la hasil ke'luar'an kami. Nice!


Overall Tanjong Jara Resort.

Tanjong Jara Resort aka YTL Hotel service memang NO1. Mana2 pergi pon dorang akan buat housekeeping twice a day. Sama dengan Majestic Melaka dulu. Tapi lain nya kali ni dorang buat 1 waktu pagi and 1 lagi waktu malam. Agak la semak dimata aku nak datang malam2. Aku lebih suka datang bila  guest tak ada dalam bilik(time aku merayau2). Sebabnya kalau aku ada dalam bilik, aku rasa kesian and kesudahan aku suruh dia belahhh je. Lagi2 drama kali ni perempuan sarat mengandung. Aku halau dia balik. Bak tukar towel je. Lain2 bia aku buat sendiri. Adeh..


Bila kami keluar, dorang masuk and setting kan ini semua buat kami. SURPRISE gils okke? Arghhhhhhh suka! Thanks Tanjong Jara. Walaupon lebar meroyan, aku tetap feel princess dimata suami ku. Tolong la maafkan tahap konfiden aku yang tak de kesudahannya ini. *peace


Waktu malam, bulan terang kami akan deting disini. MasyaAllah indahnya ciptaanMu ya ALLAH. Nampak pantulan bulan di air laut tuh bergerak2 tanpa haluan. Terpana aku. Memang nangis. Sebabnya selalu tengok gambar lukisan or novel ada la gambaran macam ni. Bila depan mata, bulan terang mahu tak nangis? Ampun kan kegayatan ku. Aku hanya manusia biasa. Ghairah menyaksikan laut tak bertepian. Terima kasih ALLAH. Semoga KAU..(biarlah rahsia kami) Sobs..



Ini pon nangis. Gulung tirai tuh and duduk di bench dengan orang tersayang. Borak2. Cipta impian. Kuatkan kasih sayang. Bermaaf2an. Aku bersyukur. Perlu lah diingatkan, ini bukan KEPERLUAN. Tapi hanya kehendak duniawi. Di rumah pon boleh bersatu kasih kan? Cuma ni rezeki kami dapat promo murah pulak. Rajin2 la carik promo yek? InsyaAllah kalau ada yang tanya kami akan cuba bantu tang mana nak dapat promo.

Tertido sorang2 waktu petang selepas baca activities TJR. Bila terbangun bukak2 mata terus nampak dunia indah yang luas terbentang ni depan mata. Memang meremang bulu roma. Sang suami sebok dengan kerja nya bersama laptop atas katil.

Terkadang ku berfikir, sejauh mana rezeki kami dipanjangkan? Terkadang ku berfikir, apa akan jadi kalau..
Hanya ALLAH swt yang maha mengetahui. Kami berserah. Semoga ikatan kasih kami ini terus kuat untuk mengharungi apa jua dugaan yang KAU bakal berikan. InsyaAllah..

Check Out 

Check out normal time is 11am. Tapi kalau bernasib baik and guest tak ramai, boleh mintak check out lambat. Macam kami depa offer kami check out sehingga 3pm sebab flight kami lewat. 9pm. Tapi kami dah plan nak merayau di KT. So lupakan saja niat mu itu. Kami terus beredar dengan 1001 kenangan. Alhamdulillah. Memang rasa berat hati betul nak tinggal kan TJR ni. Takda makna aku nak puji kalau benda tak betul. Kali ni memang overall terbaik. Alhamdulillah. Cuma yang tak boleh belah bila teringat kan anak2 yang tinggal. Rindu plak.



Sampai di KT sempat kami merayau di RiYaz Heritage nih. Dekat je dengan Tj Vista Hotel. Pernah plan nak kesini. Tapi memang tak lepas bila di compare kan dengan YTL. Huhuhuhu. So masuk sini saje jalan2 memandang kan ada games di KT. Saje cuci mata.


Masuk juga ke Pasar payang. Daripada awal nya malas2 nak masuk. Kene gak masuk akhirnya. Beli buah tangan untuk yang tinggal.


Ni la dia hasil rembatan kami 8malam di Terengganu. Duk letak tepi sebab nak wrap.


Airport KT


Wrapping service


Hasil setelah wrapping.

Semoga dapat membantu pada yang mencari info yek? For more info, pm la aku kat FB ku
www.facebook.com/wonderfulretreat

**oh untuk harga promo Tg. Jara ni start from RM300+ per night. Murah gila untuk kaki berangan macam kami. Sebab dah lama aim hotel ni. Standard room pon RM800 kalau tak promo. Now promo!! Alhamdulillah.. Syiok! Apa salahnye kadang2 pergi. Berbulan2 kerja tanpa cuti :) Lama tak berjalan!

-Nowdays kemampuan tuh boleh dikatakan subjektif kot. Depends kat minat. Separuh org ckp RM300 1 malam tuh mahal, ada orang lain plak fikir RM350 tuh tiada nilai jika nak dibanding kan dengan memori yang kita bina bersama. TAPI! Yang cakap  mahal ni bukan susah2 orang tau? Dia plak suka gadget2 ni. Sanggup beli lense beribu2. Aku and suami plak kalau lense kata 'tak mampu'. Korang tengok la dah bertahun2 orang semua berteknologikan dslr. Kami masih ditakuk yang lama. Sebab MINAT kot. Minat tuh bila tak kesitu, dia akan rasa aduh mahal. Ade orang tu plak fikir hotel mahal sikit tak mampu. Tapi bila tengok dia layan Spa terbeliak bijik mata aku. Sekali jalan RM300-RM400. Aku nak pergi Spa??? Rentikan la. Walaupon spa yang 1 jam RM160 tuh. Berkire betul aku. Ngehngehngeh. Ermm ada tu plak cakap mana2 kami pergi, kasar belanja. Padahal dia tak sedar dia tukar sport rim sebijik RM500? Aku lagi yang terbeliak bijik mate. So bole kan aku panggil KEMAMPUAN sekarang ni dah bole masuk dalam kategori subjektif. 

Review lain yang mungkin membantu;-
Kuala Terengganu 2011
Kuala Terengganu 2012