Food & Travel

16 December 2013

WTS : Quinny Buzz 3





Beli seminggu lepas Sarah lahir 9 Sept 2013.

Pakai tak lebih dari 5x with Maxi Cosi car seat. With this original seat tak lebih dari 3x. 

Sebab tak berapa pakai, Sarah baru 3 bulan kot. Papa keje luar. Mami x brani nk keluar berdua n Sarah memang x bole keluar jln more then 30mins. Nanti merengek nak tido (tido nak kena ade katil n nenen!!). So stroller ni keluar masa Sarah betul2 baby dulu yg tido je jarang bangun. Huhuhu.. 

Sebab nak jual? Mau angkat baru la dey!

Set with rain cover n adapter utk masuk maxi cosi. Ye this type of stroller bole ngam dgn maxi cosi. 

Cth with our maxi cosi pebble 

CAR SEAT KAMI MASIH MAHU. TAK JUAL! BUT ONCE SARAH DAH BESAR SKET KAMI JUAL. SAPA MAHU?! This carseat up to 9mos je. Sarah dah 3bln. 

So berapa kami mahu juai?

Quinny Buzz 3 (chrome)


SOLD

Retails price : RM2xxx

My price : RM 1450 (nett) exc postage. 

Serious buyer je please. 

Meh email wonderfulretreats@gmail.com

*entry kelaut on9 from hp. 

Sekian, astalavistahhh bebeh

07 November 2013

Avillion Port Dickson 2013


Lagi sekali check in Avillion PD. Tah kenapa tah. Saje gemar. Dah tak de pilihan kot. Nak jalan jauh2 tak berapa nak lepas. So balik2 sini dan sana. Erti kata lain, berani pergi lagi sebab dah jatuh cinta dengan hotel2 tersebut. Maknanya selese, release la tuh segala mala tekanan kalau dah pergi sampai 2-3x tuh. Huhuhuhu. So lets..

Tahun lepas dan tahun sebelumnya kami ada jugak kesini. Sila tengok list disebelah kalau2 nak tgk tahun2 sebelumnya.

Ke sini betul2 nak berehat. Bukan la tak le nak rehat kat rumah. Lagi rehat kan if rumah sendiri? Tapi tu lah, nak juga beralih2 angin. Nak juga bangun2 tido ada deru2an ombak. Ahaks











Macam entry Avillion yang lepas, aku memang memuji food dia. Lagi2 bfast dia ade serve roti canai. Sedap weih. Dan masih sedap bila dorang tebar roti canai panas2 kat depan mata.



Stesen roti canai dia. Otai kakak tuh menebar roti canai pakai baju semart plak tuh. Haih.









Masa ni tengah pregnant 4-5bulan camtu. Perut tak berapa nampak sebab perut sedia ada dah sedia memerut. Huhuhuhu. Perut membulat dengan jayanya start bulan ke 6 hujung.

**Cite pasal perut, meh aku create 1 lagi blog duk cite pasal perut moms n baby Sarah. (dah beranak kecik ni x lepas nak merayau, so puasa blog ni kita merapu ke blog cerita keadaan semasa plak la yek? Anak dah besa sket start jalan balik, insyaALLAH) sarahainman.blogspot.com

06 October 2013

Kini kembali..

Tidak kembali sepenuhnya, mayb kembali perlahan2.. Kerana apa? Kerana xda masa, dan tiada 'bahan' sangat. Sebab dah lama x memetik kamera.

Mana menghilang?

Kesah ke? Dulik laaa.. Buat2 la statement mcm ada yang kesah. And dalam sepi menyepi ni pon ada la 5-6 org dr uols yang masih komen kat n3 tanya mana menghilang. Hola2.. Saya tak hilang. Ada ni. Cuma menceburi bidang lain sebentar selama 9 bulan hari tu.

Alhamdulillah. Ku panjat kesyukuran yang tak terhingga pada si Maha Pencipta di atas pemberian ini. Ingat tak n3 aku ke Hong Kong awal tahun hari tuh? Ada la seminggu b4 kami laki bini berangkat ke HK, aku dapat good news yang menandakan aku berbadan dua. Alhamdulillah. Setelah berbincang laki bini, kami mengambil keputusan untuk pergi jugak ke HK/Macau sebab dah dekat sangat date nya. Dan kami decide untuk cancel kan percutian kami yang lain. Iaitu ke Jakarta, Msia dan Sydney. Flight return semua cancel, and ada yg hotel purchased pon kami terpaksa cancel kan. Tak berani lah nak merayau sakan. Memang semua nya kuasa Allah, kalau nak jadi, jadik jugek. Kalau tak kemana pon kalau benda dah nak jadi (gugur) dia akan jadi jugak. Tapi pada aku yang ada pengalaman lebih dari sekali gugur ni biar lah aku decide dgn cara begini. Alhamdulillah keputusan yang kami ambik berbaloi2.


Abaikan idung yang membawang



Diam2 aku bawak perut yang comel nih. Tak ramai yang tahu. Betul2 aku umumkan di IG pon pada waktu aku 32-34weeks. 

September 02.
Akhirnya penantian kami suami isteri berakhir. Perit manis waktu mengandung pon berakhir. Dan pemberian digantikan dengan hamba Allah yg bersih dari Syurga ini. Kami nama kan anak ini Sarah, sempena nama isteri Nabi Ibrahim.


Fresh dari oven


1 bulan. Pergi check up.

**Ok tata.. Sarah dah ukk ekk ukk ekk nk susu mummy dia.. 
Doa dan mintak yang baik2 yek..?

Sarah dah  besar sikit kami sambung merayau.. Or mungkin bulan depan ke? Penat wooo berpantang. 
KBYE!



20 June 2013

Concorde Kuala Lumpur 2013

sumber : google

Cemana nak mula nih? Camni la ye dak? Lama gila kot tak berblog. On9 tuh masih ada. Tipu gila klu x on9 lansung. Cumanya tak mampu nak mengadap laptop. On9 pon kat hp je. Sekarang ni alhamdulillah rajin tuh datang sikit2. Itu pon gile pemalas edit gmbr sikit je. Sebabnya nak mengandar camera kulu kilir dah tak rajin. Itu la kelebihan aku. Cepat jemu. Lantak p kat situ. Mana dan aku cerita la yek?

Mula2 mesti nak start dengan poyo2.. Nak cerita yg kami kensel kan trip ke Sydney awal June hari tuh. Ahaks. Gile x cita? Mesti la cita.. Biar org tau yang aku nak ke Sydney tapi tak jadi! Cuma keadaan tak mengizinkan. Erti kata lain sakai sebab baru 1st time nak jejak, dah la 1st time tak lepas plak, ye dak? Nasib ko la babe... 


Tix ni murah je pon RM600! Nasib la murah kan? Klu riban2? (masih sanggop x pegi sbb alasan tak pergi sgt berbaloi drp wang ringgit!-drama) Cemana murah? Bila beli? Gile murah etc.. Simpan je la soklan2 tu. Takde yang pelik.. Memang aku pengguna tegar AA. Ape nak diheran kn?

So bagi menggantikan peralihan mood, kami pon decide la jom je la jalan2 ke KL. Jalan2 kl dengan shopping barang baru. Aku rasa keseronokan jalan2 kl kali ni lebih sronok jika nak dibandingkan dgn mana2 destinasi donia nih. Alhamdulillah. 

Sebelum p, duk pusing sana sini dok carik hotel yang murah kat net. Hahahahha lagi dan lagi. Tah lately ni asik kedekot je aku nih. Ala bukan nak bercuti sangat, nak bermalam sambil jln2 n koje. Lain la kalau2 memang nak bercuti di pantai2 tuh aku boleh tak berkira. Hidup ni musti la kena byk berfikir. Erti kata lain, org tak berapa nak hadooo mmg la byk fikir. Tak bole suka2 kua/buang duit! Hohohoho. Kalau sakan kaya, memang tak kesah la kan nak sambar smua the best accommodation. Walaupon hanya untuk tido semata. Ini aku yang hadoo.. So kena la byk buat calculation. Sayang duit. Sayang duit suami! Sayang suami!

Dah buat kira2 kami pon decide utk pilih concorde, sebenarnya bukan 'kami'. Tapi aku yg lebih2. Laki aku nak Maya hotel. Aku malas. Mahal. Aku nak gak concorde. Dlm RM3xx with tax kot. Lupa. Dah tu aku selalu makan kat sana, and selalu dulu2 tido kat sana. Dah tau and dah penah rasa selesa kat sana. Nak senang cite, concorde je pon!

Deluxe Room


Deluxe Room (king size bed)

Binatang yang terdampar atas katil tuh adalah 'popop panjang'. Laki aku memang suka spoil kan aku yg dari kecik mmg spoil. Hahahaha. Makan tahun da tuh. 






Simple je biliknya. Tapi pada aku happening. Ada macam2. Makan sedap. And tengah2 bandor. Itu yang kami suke. Bilik deluxe ni antara bilik yang so so la.. Tengah2. Nak lagi murah ada. Superior. Aku kalau bole superior je. LOL! Tapi bila tengok dah menjejas kan keselesaan kami, aku takmo la dah. Ade ke patut badan cenggini depa offer katil queen? Tak dapekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!~ Untuk menjamin keselesaan kami memilih king. Ada lagi eh hotel sekarang ni guna queen? Heran aku. Huhuhuhu. Kalau nak berbelanja lebih sila la pilih premier. Lebih selesa dan lebih belanjanya. 



Tang Melting Pot ni memang aku sukak. Walaupon hanya bfast aje pon, dorang memang nampak jelas tak berkira. Kalau omelette dia tuh bukan main mcm2 isiknya. Cheese melimpah ruah. Chicken ham segala. Kalau dim sum plak ada la 5,6 jenis dia letak. Lain2 toksah cakap la. Kalau nak di bandingkan dengan hotel2 lain, yang hadooo pon ala kadar. Slow je pagi mood aku. Kalau macam Melting Pot ni meriah. Baru ada semangat! Ahaks. 


Pandang je la dari jauh ye dak? Nak terjun baju tak muat. 

3H2M kami di tengah2 bandar ni memang merayau je. Kecuali di 1 pagi kami ke office suami untuk settle beberapa perkara. So cuti sambil koje jugak la ni kan? Lain2 tuh kami merayau sakan. Ke KLCC hari2. Shopping sakan. Last sekali chk out kami ke The Garden utk sambung shopping barang2 yg dah di list lebih awal. InsyaALLAH settle semua plan, alhamdulillah yang dicari dapat dibeli. 

gambo:google


Hahhahahahahaha tang ni sedih gile! Hahahhahaha gelak lagi dan lagi hahahahahahaha.. Selalu je ke HRC kl tuh, lagi2 dia 1 tempat gak kat concorde tu kan? Tapi tak de plak nak intai2 FM kat KL. Oleh kerana nak ke Sydney tak menjadi, aku pon apelagi.. Fefeeling la beli fm nih. KL pon jadi la yeob. Nak beli baju kang over bena plak kan? Dulu beli baju banyak kt KL sebab masa tuh 1st time ladies T ada jual XL and XXL. So rakus. Tapi kali ni dah slow dah. X best la HRC KL ye dak? Tunggu kalau rezeki ada, kita jelajah la lagi. Tak lari deh.. (ayat nak senang kan ati)

Sebelum pulang sempat kami mengintai intai project XXXX kami. Huhuhuhu.. Alhamdulillah dapat tambah lagi 1 harta donia. 


Itu je la takat ni yang aku boleh membebel. Sebelum ke KL ni ada aku rembat 2malam ke Avillion PD lagi skali. Saje menghayati tido2 deruan ombak. Nanti rajin aku cita kat sini nahhhhh? 

Sape2 yang masih komen2 comel kat blog ni tqsm, yang duk tanya kesihatanku di kat ig, twitter etc, aku mana menghilang and tanya khabar aku tuh, uols sooooooooo sweet. Ada je. Alhamdulillah. Makin sihat dan comel. Hiks. Cuma cam aku cakap tadi, kemalasan melampaui batas. And normal la.. Mula2 tuh je rajin. Lepas tuh lisot. Hah hah hah! Nak keluar bawak camera pon dah tak kose beno. Aku tabik spring la pada sapa2 yang bertahun updet tampa rasa busan. Sehari yg 3-4 n3 tuh memang tabikkkkkk la. Lu orang hebak! Terus kan semarak semangat mu..

03 April 2013

PROMO lagikkk.. Jom makan2 and jalan2 Melaka.


Walaupon aku hanya selalu kongsikan promo2 mcm ni kat FB page aku je, tapi kali ni aku rajin sikit nak kongsi dengan kawan2 blogger jugekkk..

Mai datang dekat2 rapat2... 
Untuk PROMO dengan harga RM182 nett ni memang aku rekemen gile2 hotel ni habak hang. Bila murah, nampak la selesa, cantik, makan sedap, etc. Kalau harga asal (rm300+) aku tak rekemen sangat lah. Sebab banyak kekurangannya dari segi service and blablablabla.. Uols bole bace review gediks aku kat sini Hatten Hotel 2012

Tapi itu dulu, tahun 2012. Hope dorang dah buat banyak pembetulan dari kesilapan yang dulu lah. Tapi kalau tak buat pon lantak pi lah, bila harga dah RM182nett tuh, pada aku masih berbaloi dengan kesilapan yang ko berikan tuh. Aku tak kesah.

So adik2 kakak2 ni sy dah bagi 1 lagi jalan nak beromantika dengan laki or bini or anak2.. So jangan bagi alasan ye? Oh btw aku sangat sukakan breakfast serve dia and swimming pool die yang zasss.. Aku suka. (Sila click review aku kat atah nuh.. )

Yang sebetulnya aku memang in love dengan melaka. Selalu sangat balik hari semata2 nak makan2 n jalan2 melaka. Saje dating2... EMAS 916 dia pon sangat murah. Kikikikiki. I love Melaka.

Diantara kegemaranku

Asam Pedas Claypot - click me

Asam Pedas Hajah Mona - click me

Coconut Shake Klebang - click me

Ikan Bakar Pernu - Umbai - click me

Dah ala2 tahun melawat melaka plak dah kan Promo nye? Huhuhuhu..

So sila2 lah like page gue.. https://www.facebook.com/wonderfulretreat untuk more promo yang nak di share kan.

**tengah gatal2 tangan usha hotel2 dekat ni tok berehat2 di hotel2 Malaysia yang tak perlu menaiki flight. Nak berehat laa!!!!

31 March 2013

FREE SEATS LAGIKKKKKKKKKKKKKKKKK!


Dah amik MC? Dah plan nak reka sakit ape utk MC? Kekekekkeke.. Ala sanggup je la untuk dapat kan FREE SEATS ni.. Berbaloi! Bukan penat mana pon, sejam dua je bertarung. Lepas tuh pasti tersengih...

TAPI!

Kalau tak nak and tak sanggup tulun diam2 ok?! Jangan buntot pemalas nak stay late night lepas tuh duk tanya aku soklan2 lazim

  'murahnyeeeeeeeeee flight tix u.. cemane dapat?'

  'eeeeiiii untong la selalu fly, bestnye hidup ko.. asik jalan je. x mampu aku' 
   (padahal flight aku lagi murah dr bill telepon ko.)

  'tipu la dapat tiket murah2 cenggitu, i try purchase tak dapat pon, MAHAL!' 
  (ko tido sedap2 tak hengat dunia, bangun tengahari ko p on9 dapat harga TAK promo nak bising 
   maki  AA. Nothing is FREE la macha! Kene la bersengkang mate sikit.)


So sape nak merasa ke Bali, Phuket, Krabi, Jakarta, Bandung dengan harga NETT RM80-RM150(return) seorang sila la bersengkang mate sikit ye? Bukan senang nak senang.. Tapi pada aku AA buat camni walaupon sistem slow ke apa ke orang complain, aku tetap tak nampak salah nye AA. Standard la benda lelong. Nak lebih2 keluar la duit lebih. Nak selesa byr la lebih. Apa yang AA bagi memang amat2 berbaloi pada aku..

Cuma

Net line korang kena la yang super laju. Kalau broadband terkial2, jap2 mati pon payah gak. Salah kan diri dan line tuh, bukan salah AA.

AKU? Aku cuti berjalan kot untuk beberapa bulan. So tak perlu la berebut FREE SEATS kali ni. Kena berehat. Kalau ada kesempatan nanti jalan la lagi ye dak? Rezeki ada dimana2. InsyaALLAH. Bulan 6 nak ke OZ ni pon tak sure lepas ke tak. Or kene babai je. Uwaaaaa... Nangis. Tapi nangis gumbira kot. InsyaALLAH apa pon kn? Allah maha mengetahui.

Adios!

28 March 2013

PNB Darby Park Executive Suites


Berduyun gmbr kat dlm n3 PNB ni. Gmbr dah upload, nak menulis nya belum start2 nye sehingga la hari ni baru setart! Sungguh la aku tidak percaya. Berat betul aku nak on lappy.. Lepas satu, satu aku buat! Punya la lembab. Punya la berat. Huhuhuhuhu.. Go beb go!

Pi PNB ni lepas seminggu aku pulang dari merayau kat Admiral Cove. (February kot!) P sini pon atas dasar koje. Ade hal sikit yang perlu dilaksanakan. Kami lepak sana dari Ahad sampai la Rabu. Kerjanya 2 hari je. Yang selebihnya tuh saje menggatal dating2. Terima kasih la company, buat susah2 je. Tapi dah rezeki, alhamdulillah je lah.

1st dengar dapat stay PNB aku terus fikir 'oooo ok, whatever lah' sebab pada pemikiran aku PNB ni hotel yang gile otai. Since aku skolah dulu. Time sekolah dulu boleh la di kategori kan diantara hotel yang gah2. Tapi tuh dah berbelas tahun lepas. Hotel otai2 ni sure tak ada apa sangat, walaupon dikategori kan dalam hotel yang selesa. Siap tak google pon apa ada. Siap tinggal kan swimming suit. Gile berlagak! Huhuhuhu

Sekali sampai??????

Terkujat.



Tengok front desk dia ok2 la.. Masih biasa2 je lagik.. Belum terkujat sangat!



Sekali naik lift, aku dah nampak cam cantikkkk je hotel nih. Nak ke bilik pon agak WOW!



This is our room. Executive floor. 
( Walaupon wow, ade 1 lagi level kat atas2 tuh lagi wow. Executive amenda tah! Dasyat! Wow ke tak? Wow la kot sebab free. Kikikiki )


Tak expect lansung ada kitchen!


Lengkap segala mala!




Garam, pembuka tin, pisau, semua lah ada. Kami tak guna pon. Cuma guna microwave je!

Jom masuk ke dalam apa ada lagik..



Haaa aku suka lah konsep serba putih dia nih. 

Yang penting tak kedekot aircond, merata ada aircond. Dah la tuh room key yang dia sedia bagi 2 keping. Pastu untuk dalam room ni dia memang dah siap insert card yang lain. So bila masuk2 je dah sejukk and lampu semua dah ber ON. Mudah kan? Sebab banyak hotel now days kedekot karen. Berkira. Dah la tuh bagi 1 je card. So kalau keluar bilik, make sure electricity semua dalam keadaan off. Dah la balik dari merayau kita panas kan? Tapi PNB tidakkkk! Aku 1 card, hubby 1 card, bilik ni 1 card. Keluar masuk lansung tak usik card yang dalam bilik. Bior je die On gitu. Ni salah 1 kelebihan yang sangat2 aku suka. 


Siap meja makan dan faksimili.



Ni la view malam2 dari hall kami. Betul2 sebelah building tbg haji.



Kamar tidor



Suka sangat la hai konsep putih2 ni ha.


Gumuks. Hey laki aku suruk perot. Ok la kasi chan!


De toilet


Overall memang sangat sangat suka dengan bilik ni. Mase masuk mcm sakai melompat2 suke. Mungkin sebab tak expect kot PNB lagu ni.

Lagipon sebab urusan kerja, tak boleh pilih2 hotel. Tapi so far comp sangat memahami, mungkin sebab depa tau depa curik masa kami laki bini, so dorang kena la bagi yg terbaik buat kami. Cuma kadang2 tengok tempat. Kalau dapat kat town koboi maka kami pon dapat la hotel yg biasa2. Alhamdulillah. Tak pula kami merungut, insyaALLAH. Asal kan kami boleh berdua. Mana2 pon jadik. Ahaks. So urusan kerja nya sebelah PNB ni je, sbb tuh comp pilih PNB huhuhu. Memang mudah. Bangun lambat pon no hal.


View dari tingkap bilik kami, pool and tennis court. Padan muke, berlagak tak tentu hala. Kan dah merenyam rasa nak berendam? Erm swimming suit nye tak bawak lansung. So intai2 je la dr atas ye dak?

Rupa2nya PNB ni baru je diperbaharui. Laaaaaaaaaaa padan la cantik semacam. Memang masa kat sini aku google ramai yang marah kat PNB ni sebab kotor etc. Tapi tuh last year. And last year jugak dalam bulan July kot dorang dah refurbish and tahdaaaaaaaaa.. Rezeki kami dapat yang cantik n serupa baru. 

Bila dah check in kami pon dah tentu la gatal nak merayau. Kemana? Laki aku ngajak KLCC. Lately ni laki aku ni suka beno bejalan. Aku plak diatas factor2 ehem ni rasa lebih suka memblancketkan diri. Tapi ok jugak la bile selangkah dua je nak ke KLCC tuh. Eleh berat mana sgt la perempuan tuh? Malas mana beno le, dah KLCC namanya. Idok le mahu lepas kan peluang, ye dak? Shopping weih! *tipu,p mkn je



Ben's KLCC






Sentap aku sedap! Cabonara tuh memang peberet sejak dahulu kala. Tapi banyak2 aku rasa kat Italiannies la yang aku paaaaling berkenan. Pada aku kene ada baked bacon n mushroom baru lazatnyeeeeee! Kat lain payah kit nak tengok die letak bacon, selalu ham tuh. Ham tak aci lah rasa die. TAPI kat Ben's ni die letak bacon n mushroom. Memang acara bar 8 bai! Lepas sesudu, sesudu aku sental. Sekelip je settle. Kalau dua kelip dia dah loya. Ahaks. Tapi loya2 cabonara nih aku memang lapang dada boleh menghabiskan nya. Tapi sekali makan la. Jangan la dinner pon ko hidang ni. Kotongah jik mato den nak habih kan. 

Air plak order tea for hubby, hot chocolate for me. And xtra ice chocolate for us. Gedik kan? Aku kan tak minum ais. Hubby pon. Tapi saja gatal nak sejuk. Sebab hot chocolate ni panas sgt. (alasan sugguh!)
Ingat bila sampai ice chocolate nya nak buang ice tu ke tepi and bia la air tuh x panas, x sejuk. So ok la kan boleh minum! Sekali sampai ice chocolate dia letak vanilla ice cream dalam tuh!!!!!! Nak buang cemana lagi? Ice nye tak de. Sedih, sayu, murka aku rasa bila nak kena buang ice cream tuh. Nak tak nak kami letak semuanya sekali ke tepi. Aku paksa laki aku minum, membazir. Dia plak demi nak support aku dia tak nak amik ice lansung. So lansung la terbuang. Uhuhuhuhuhu. Sedih. Aku kalau buang makanan ni rasa murka sgt 
:( Huhhuhu

Back to PNB

Lain2 hari kami ada gak makan kat PNB. Breakfast dia so so.. 





The 39 Restaurant

Erm same building dgn hotel cuma restaurant ni tingkat 39. Gile tinggi. Breakfast pulak kat lobby. So lain2 tukang masak nya. Food kat sini sedap!!!!!!!!!!!







Ikan siakap fillet 3 rasa, ikan jenahak asam pedas, and brocolli stir. Kenapa dua2 ikan? Sebenarnya ini set, tapi kami ask dia hidang. So boleh kongsi. So asam pedas set laki ku. 3 rasa tuh mine. And extra sup ekoq.


Ni dessert laki aku. Pulut durian kot. Agak mengecewakan. Pulot je ori. Durian dia syrup tu je. Letak plak strawberry. Memang potong. 





Tony Roma's Pavillion









Disaat ehem2 ni aku nengok gmbr ni pom aku dah kembang tekak dah. Berlagak order macam2. Selalu sayur2 je kami settle kan, tapi kali ni aku tak habis, so laki aku kena habis kan portion aku tuh, and burger die lansung tak berusik. Tapau dalam bilik pon sama. Tak berusik, buang kesudahannya. Nangis lagi, aku terasa murka :(

Last destinasi sambil bekerja hari tuh. Kami ke..


Dr Martens The Gardens.

Back to the old schoool. 


  
Sebenar2nya aku duk mencarik floral yang kaler bright. Tapi tak de. So floral furfle macam gambar atas ni ada lah. Tapi tengok2 balik cam menggelabah plak. Sebab aku carik yg kaler bright. Yang penting made in England ye dak? Tapi bila pusing2 punya carik, classic hitam ni plak rasa semartttt.. Dah tu rembat la.



Promo : awek tomboy ni cun. Lupe nak taruk gambor.



Sekali la laki bini nak back to the oldskool. Kalau aku rembat floral tuh laki aku tatau nak rembat mana. Dia kalau boleh nak sama. So why not kasi dia pilih, aku plak rembat ikot dia? So sama2 berkenan itam. Tutup cite. Eh tengok lama2 sexxay weh itam tuh. Ahaks. Suke. 

Punk not dead. *tibe!

Begitu lah ceritanya February ku. March aku kensel ke Indonesia. Katenye... 



More info : www.facebook.com/wonderfulretreat


PNB Darby Park Executive Suites Jalan Binjai Kuala Lumpur Selangor
Jalan Binjai, Bangsar, 
59000 Kuala Lumpur, 
Selangor

03-7490 3443 




View Untitled in a larger map