Food & Travel

16 January 2013

Asam Pedas Hajjah Mona


Mulanya duk leka berjalan di Jusco Melaka berjam2 kami mula rasa lapar. Mana taknya kami hanya makan breakfast di Naza Talyya pagi tuh. N minum2 di Coconut Shake Klebang sejurus kami check out hotel. Ni plak dah petang, lama kan? Memang patut la lapar. Dah masing2 mula2 tak lapo. Dah berjam2 merayau baru trase lapo nye. Ingat nak makan dalam Jusco je, tapi hubby kata jom la kite ke Asam Pedas, aku On saje.

Kali pertama! Kami dapat jugak singgah di Asam Pedas Hjh Mona ni. Setelah sekian lama, akhirnya.. Kalau nak diikot kan favourite kami sebelum2 ni mesti la Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana. Tapi disebabkan kunjungan kami hari tu jatuh pada hari new year, asam pedas claypot tutup. Kami pon beralih la ke Asam Pedas Hjh Mona ni. Baru la dan nak terai. Sebelum ni lalu je. Sebabnya kalau nak ke asam pedas claypot kena lalu kedai Hjh Mona ni dulu. Tak jauh mana. Beberapa ratus meter je jarak dua kedai ni.

Macam biasa, kami ni jenis setia pada yang 1. Bila dah dapat yang sedap, tak berani dah nak tanggung risiko duk cuba yang lain. Buat nya tak sedap, aduh malas nya nak menghabiskan sepinggan nasik nuh. So nak dijadikan cita, kali ni kami terrrpaksa kesini untuk mencuba.


Awal2 cerah. Petang sikit start hujan lebat.



Baru nak buka kedai jam 5pm


Tepat pukul 5 petang kami sampai, kedai Asam Pedas baru je buka. Dengan hujan lebat, proses pembukaan kedai agak slow. Tapi tak kesah la. Kami masuk je ke dalam sementara tunggu depa bentang meja. Sambil2 tuh depa amik order kami.

Aku tangkap ikan parang, suami ku nak daging tetel, tapi katanya daging tetel malam sikit baru ada. So nak mudah, hubby mintak ikan pari je. Cian dia tetel illek.


Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan Parang


Telur Dadar


Set Nasi Putih

Apa yang anda lihat ni bukan la apa yang kami santap! Hihihihihi lepas habis set ni kami tambah lagi 2 nasi putih set, and 1 lagi pinggan Asam Pedas Tenggiri (Ekor). So share dengan hubby. HAMEKHAUU! Lapar gile kan? Sebab hujan kot. (Ada hati nak salah kan hujan, bukan memang korang centu ke beb?!)
Dah start makan, memang tak dan nak ambik gambar yang lain2. Ampun!

Memule sampai je Asam Pedas tuh kami hirup rasa blur la, sebab kuah dia pon dari jauh dah nampak clear n tak pekat. Tapi bile makan dengan nasi layan la plak. Siap kami mintak extra kuah sepinggan masa makan 1st pinggan tuh. Bila kuah tambah sampai baru kami rasa bertambah indah, sebab kuah dia pekat plak yang tambahan tuh. Mungkin kami cust yang pertama, pinggan yang 1st tadi agak cair. MUNGKIN! Bila semakin rancak. order plak tenggiri part ekor, kuah makin pekat. Alhamdulillah, sedap la plak!

Kalau clear pon kuah dia kami tak kesah sangat kot, janji rasa dia sedap. Sebab kami laki bini especially aku suke menghirup kuah. Suka sup2. Itu yang duk tambah2 kuah. Akak tuh plak layan n smile je, kami mintak la more and byr la more! 


Murahkan harga2 dia?

Untuk 4 set nasi putih, ikan parang, ikan pari, ikan tenggiri (ekor), telur dadar 2, kopi o ice 2, teh tarik 1, ice kosong 1. TOTAL : RM26. Aku rasa murah gile kot. Kami makan macam2.

!!!!!!!SILA TENGOK SENARAI HARGA AIR TU. MANA NAK DAPAT AIR RM1 LAGI SEKARANG NI?!!!!!!!!!

Kalau kat asam pedas claypot tuh makan macam2 mesti kena RM40. Aku pon tak penah check apa yang aku order kat sana. Tapi overall dua2 best untuk aku dan suami. Lain2 rasa, tapi both r super sedap PADA PANDANGAN AKU la ye. Mungkin kat claypot tuh happening and tak boring, cuci2 mata, asam pedas nya pon pedas, pekat dan panas,sebab claypot kan? Lain plak dgn Hjh Mona ni dia letak dalam pinggan plastik je. Eh korang rasa la dua2 and compare. Pada aku masing2 ade kehebatan tersendiri yang tak menghampakan kami. Kalau tak ada kehebatan, cemana boleh ramai orang kat kedai2 ni?

**selalu je pagi2 buta kol 2am ke, 1am ke dr Seremban ke Melaka untuk asam pedas semate2. Muke sebal je ke Melaka. Saje jalan2 sebenarnye!

Kalau lepas ni korang tanya aku nak makan mana if teringin asam pedas melaka? Ah sudah! Payah aku nak buat decision! Nak murah ke hjh mona la kot, nak happening ke asam pedas claypot.

Both r bukak same time. 5pm-4am, daily. 

Selesai makan hujan pon brenti. Singgah sebentar di Hard Rock Melaka di Jonker St. Ni kali ke berapa tah sampai, tapi untuk shopping ni adalah kali ke 2. 


Dpt invitation utk opening January ni. Kalau kami free, lets!

Selesai semua, kami pon alhamdulillah mula kan perjalanan pulang ke Seremban.

HAJJAH MONA ASAM PEDAS
Taman Kota Laksamana,
No 6, Kota Laksamana,
75200 Seremban.
0126013672/3676

OPEN DAILY from 5pm to 4am.


View Hajjah Mona Asam Pedas in a larger map

22 comments:

  1. plss..kak.plsss..
    terliurrr hoccayyy..
    entry akak berguna kot untuk yg kaki makan..
    hahaha
    insyaallah

    next week ke melaka.nak merasa asam pedas jugak.tp until now..xbook hotel.nk g satu malam je..
    haishhh

    ReplyDelete
  2. beb buat aby geram jer la ..
    2 kali nak makan asam pedas Melaka ni tk kesampaian, pertama masa balik dari Water world tu sbb tk dapat cari port nya , kedua, ahad lps .. tk sampai melaka sbb ditahan pak polisi dalam perjalanan ..adusss

    ReplyDelete
  3. pergh.. ni yg membakar semangat nk ke melaka plak.. hehe

    ReplyDelete
  4. I hari tu pg melaka pn google asam pedas tp ramai suggest kt sini. Tp i mcm keciwa sikitla sebab kuah dia cair bak kata u. Tp bolehla cuma xdela sesedal mane. Sodap lg masak sendiri dgn mak punya haha. I je pn mkn husband i bkn suka asam pedas ni haha

    ReplyDelete
  5. Terasa mcm nak mkn asam pedas sekarang la.
    Rasa mengidam hahaha tiba-tiba je.

    ReplyDelete
  6. Haa beb! Aku kalo blk hometown asben aku, mmg tak toleh kiri kanan dah, mau asam pedas kalu, hajah mona la kami tuju. Aku suka hjh mona better, nmpak simple kan set nasik tu tapi combination sume macam serasi je. *Lap ailio*

    ReplyDelete
  7. MALAM TADI ADA 7 komen yg terdelete. Sbb on9 pkai hp. Phm2 la jari gedabak! Touch screen kecik. Adoilaaapon! Tobat xnak on9 n approve komen pki hp dah! *matila

    ReplyDelete
  8. haii bila lah nak pi melaka ni
    info ko ni sgt2 lah berguna..wei bg lah no fon..
    kot2 aku sesat mn2 nak cari port makan..contact ko je hahaha

    tetiba ko blur kan muka ko lak tuk n3 ni..wekkkkkkk

    ReplyDelete
  9. serius. murah. aku penah makan asam pedas kat melaka ni sampai rm60... gile tak?

    ReplyDelete
  10. tk suka asam pedas tp bole la mkn ..aritu time outstation melaka, pemborong beras blanje lunch & dinner asam pedas aje....tp aritu outstation kt batu pahat..sedap plak asam pedas kepala ikan...layannnn

    ReplyDelete
  11. Asam pedas kalau rumah kakak memang mesti ada at least seminggu mesti sekali. Tengok Beb punya asam pedas ikan parang lagilah kakak terliur. Untung juga Beb kira customer awal mereka tu yg dia invite utk open ceremony ye.

    ReplyDelete
  12. Beb.... saya kalau ke Melaka mesti blurrr.... tak tau mana cari tempat makan yang sedap, tak tau nak cari asam pedas yang best... kedai hajjah mona ni jauh ke dari bandar hilir?

    ReplyDelete
  13. Patutla komen dari i ilang hehe dh x ingst komen apa hari tu yg pasti good info no wonder kwn2 ckp asam pedas melaka jgk yg sedap. Klau terlanjur kat sana restoran ni yg akan d cari

    ReplyDelete
  14. assalam..singgah dan follow sini :)
    meh mkn kt kedah..laaaagi murah

    ReplyDelete
  15. Melaka memang terkenal dengan masakan asam pedasnya kan...insya-Allah jika ke melaka lagi akan den terjah restoran Hajjah Mona tuh...:)

    ReplyDelete
  16. Tak menahan tengok asam pedas tu...sedapnye lah...

    ReplyDelete
  17. ah tidak... komen remy hilang!!!!! hu3

    ReplyDelete
  18. nak park kereta susah.....

    ReplyDelete
  19. yayan was here too! hehe..siap tapau asam pedas tetel uols..sedap sedap sedap!

    ReplyDelete
  20. ternampak pulak entry lama ko nih. cissss.. lunch time tau nih

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D