Food & Travel

12 January 2013

Coconut Shake Klebang, Melaka

                     

Famous coconut shake klebang! Ramai gile orang mai sini. Lagi sekali aku bangga tengok Melayu berjaya.
Ni trip pendek aku kat Melaka hari tuh. 1 malam cukop untuk kami meronda2 sakan. Memang dah agak lama nak rasa coconut shake nih. Tapi asik la terlepas pandang. So kali ni aku betui2 tak mo terlepas rasa ayaq special ni.

Seperti biasa, google map membantu kami. Dari Naza Talyya kami terus ke sini. Ia dibuka pada pukul 1230 tengahari sampai petang. Tutup pula, jika perlu. Means tak tutup la kalau tak ada emergency, agaknye!

Sampai2 je memang slam gile. Ramai orang. Dah la tuh aku tatau cemana cara dorang serve. 1st time la katakan. Memule kami parking di luar, which is di tepi jalan klebang tuh. Betul2 bersebelahan Caltex. Sekali turun kereta tengok ada petunjuk yang tulis luar tuh untuk tapau sahaja. Nak makan situ harus masuk ke dalam. Le.. Baru kami tahu. Siap ada parking lot kat dalam tuh. Tak perlu la parking di gigi jalan raya yang busy.

So jom masuk kreta semula and drive ke dalam. Parking mudah!


Ini la tanda yang kami baru nampak selepas kami parking dan turun di kawasan tapau. Sabor je la kan? Padan la laki aku cakap, nape semua Q? Mana kerusi meja nak makan? Gulp!



Suke gambar 2 beranak ni. Happy moment plak aku tengok. IKLAN jap.



Ni aku snap masa balik.. Masa kami sampai tak dan nak snap. Orang terlalu ramai. So aku nak kejar seat. lol. Kang tak dapat seat kang haru jadik nye. Dah la panas berdenting masa tuh. Bayangkan la ada group motor besar konvoi kat situ. Menjela2 la parking dorang. Dah la tuh ingat 1 group. Rupa2nya mai lagi group lain masa tuh. Lagi la aku rasa nervous untuk dapat kan seat. Tamak haloba mood on. Ahaks! Ye la takkan nak mencangkong kat bawah tuh if seat penuh. Nak tapau tak chill weh!


Cara nya mudah. Masuk2 kedai je terus duduk, dalam 30-40saat (maybe less) depa datang terus dengan coconut shake nya.. Memule aku dapatkan seat utk hubby and aku pegi kat depa and tanya, nak kena order kat uols ke, ataupon uols dtg amik order? Katanya haqaq duduk je dlu. Nanti kami hantar. Aku memang suka bertanya sambil buat muke nerd gile! Kalau duduk panas2 tunggu benda yang tak tatau apa jadi, tidak la aku namenye tu. So kalau ada orang duduk je, bertepek2 la coconut shake die bawak dalam dulang untuk kita, sebut je nak brapa gelas. SIAP!

Bagus kan depa? Laju gils! Walaupon cust ramai!


Itu la shaker and blender nye. Blakang mamat tuh ada bentangan meja yang besar and panjang. So kat situ dorang terus buat coconut shake dalam gelas2 kosong tuh. Laju!


Genap 5tahun mamat ni kerja aku rasa dah bole jadi body builder dah. Dah la kat depan mata aku je, punya cekap die buat kerja. Supsap supsap tangan dia pantas duk nenyeh natang2 tuh semua. Memang laju and non stop. No wonder la!


Selain coconut shake, dorang pon ada letak food kat tengah2 kedai ni. Kuih muih, pulut kuning, nasi lemak t*tek, and ada cucur2. Ramai yang cakap nasi lemak t*tek die sedap. Tapi masa tuh kami dah full plak breakfast di Naza Talyya. So kami tak amik la makanan2 berat tuh. Kami hnya amik kuih muih je.


Putih, bersih, suci, murni je aku tengok budak coconut shake ni. Memang menyelerakan. Siap plak die letak isi kelapa kat dalam tuh. Di blend skali tapi tak hancur. Masih bole rasa and gigit2. Hubby kata ok2 jer, memang macam tuh coconut shake yang die penah rasa before, cuma isi kelapa tuh kat sini terlalu kasar kata nya. Menganggu konsentrasi nak telan bila haus!

Yang aku plak tak kena pada tekak. Aku rasa biasa2 je. Aku dah boleh agak rasa dia camtu walaupon aku tak pernah minum before ni dimana2 pon. So tak la wow sangat. AKU KATE, orang lain.. lain la rasa, kan? Tekak masing2. Tapi memang ok la. Sedap la. Cute and wangi vanilla ice cream tuh terasa!


Ini plak kuih muih yang aku amik masa tuh. Apam polkadot ni aku cubit je. Lepas tuh aku tak usik dah. Huhuhuhu. Saje amik ingat laki aku suke. Sbb apam biasa tuh die suke. Ni die takmo plak. Huhuhuhu. Aku lagi la xlayan sangat kuih2 ni. X gemar. Aku gemok sebab lauk and nasik! ngehngehngehngeh! lain2 kureng.

Setiap Kuih muih RM0.40
Coconut Shake RM1.50 without ice cream.
Coconut Shake RM2.00 with ice cream.

So sekian. Mari cuba mari cuba!

Famous Coconut Shake Klebang
(landmark-caltex petrol station)
1230pm-630pm daily.
Friday 2pm-630pm.
Tel 6013-3994061

Lepas je minum2 kami terus ke Jusco Mlk. Cuci mata.

View coconut shake klebang in a larger map

25 comments:

  1. Nak try kat sini pulak la. x pnh try lg :D

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhh... ini feveret spot aku and family aku.. kampung aku kat n9.. sempadan melaka ni.. iff tak de menda nak buat.. kami mmg ke sini... hehehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa la.. waghih ni... heheheh.. papehal pun, gambar dan and daughter tu mmg sweet... gembira dpat coconut shake... terbaikkk~~

      Delete
  3. pernah gak terbaca di blog lain pasal kehebatan coconut shake klebang nih...

    memang ramai gila customer yer...bila rasa sedap, servis bagus, pasti banyak repeat customer kan...

    ReplyDelete
  4. hari ni ke Melaka ...
    klu tk dapat cocnut shake ni ..
    asam pedas pun ok la ...

    ReplyDelete
  5. Ooo ni ke klebang coconut shake yang diwar-warkan glamer tu?
    Kwn-kwn asyik duk sebut klebang, special sangat rupanya.

    Nak gi hanimun kat melaka la nanti, cari coconut shake ekkeeke.

    ReplyDelete
  6. pernah makan tapi bukan disini...... kalau dah ramai yg lepak kat situ...mesti rasa dia terbaik........... ho3..... tiba2 rasa ngidam kejab......

    ReplyDelete
  7. mmg rmi yg ckp sedap..dh try gk coconut shake n nasi lemak...mmg sedap...yg tutup jika perlu tu maksudnye if dh abis awal die tutup...sbb pernah member pegi dlm 5lebih dh abis...

    ReplyDelete
  8. Wahh dh makin maju...semakin besar kedai dia...dulu kecik dan burukk jek.. parking pon tepi jalan jek.

    ReplyDelete
  9. huwargh rindunya . sejak dah habis study ni, tak merasalah nampaknya nak lepak situ lagi. sobs. kalau tak setiap kali keluar berjimba mesti singgah haha. rindu melaka, hurm :(

    ReplyDelete
  10. Beb, aku tak penah dengar lak nasi lemak teee...tuttt tu. Hahaha maksudnye nasi lemak camne? Yang dah siap bungkus ke? Dekat kg laki den je coconut shake nii

    ReplyDelete
  11. aku kepingin deh nk mnm CS kt klebang ni
    bila lah tu kan hehe

    ReplyDelete
  12. Xsedap manepun pun coconut shakeni,baik minum air kelapa mcmtuje,lg sedap

    ReplyDelete
  13. rindunyaaaaaa nk gi melaka lg! owh schedule knp laa ko padat sgt 2-3 bulan nie wey.. uhuks

    ReplyDelete
  14. bila blk kg myhubby lalu kat situ memang memanjang je ramainye...
    nak singgah pun xjadi...tunggu Q jadi XYZ baru singgah kot ;)

    ReplyDelete
  15. masa aku pi Melaka 2 tahun lepas.... on the way ke Pantai Kelebang, aku tengok orang ramai giler berkerumun situ.. ingatkan pasar malam. Bila kami patah bali dan berhenti rupanya org tengah beratur nak beli coconut shake ni.. dekat sejam juga baru dapat. Nak makan kat situ memang tempat penuh.

    ReplyDelete
  16. Kakak tak pernah sampai. Agak-agak kalau kakak buat sendiri boleh jadi tak Beb. Rumah kampung kakak ada pokok kelapa selalu kakak guna sudu keruk kelapa muda masuk dalam jug dah tu campur ais dah sedap tak ada blend-blend tau...

    ReplyDelete
  17. Serius!! Cik-Anne name je orang melaka, tapi belum pernah lagi singgah sini.Lalu dah beribu ribu kali, singgah je belum lagi.Ingat pasni nak pi try gak lah..terliur je tengukkk..hik3

    ReplyDelete
  18. ramai juga yg ckp..rsnya biasa2 je sebenarnya...
    tp tak taulah sbb akak pun tak pernah sampai situ lg..
    teringin nk minum coconut shake..pi je Alamanda..
    sedapp juga....isinyab lend halus skit..senang nk telan!

    ReplyDelete
  19. Nak singgah arini...mencuba setelah sekian lama merancang...insyaallah diketemukan tempatnya

    ReplyDelete
  20. Nak singgah arini...insyaallah diketemukan tempatnya...dah lama merancang untuk menikmati coconut shake pasal di KL nie belum dapat menandingi Klebang

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D