Food & Travel

08 January 2013

Naza Talyya - Melaka


First of all sebenarnya kami tak plan untuk check in. Kami ke Melaka utk ke Umbai. Lama sangat dah kot tak makan umbai. Hari tu selalu jugak kami duk ulang2 ke umbai. So kebetulan pulak malam tu new year(tak mahu sambut pon) orang pon ramai dimana2 tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Bertolak petang dari rmh ke umbai... bole bace n3 umbai disini.

Lepas diculik oleh hubby yang mulanya kato eh nak jalan2 bandor JE. Tengok2 lampu lepas kenyang dari Umbai. Tah cemana dia ngajak stay. Aku ON je. Lagipon memang selalu kami standby baju dalam keta and kit2 toiletries skali. Tidak la mendatangkan masalah if aku say Yes.

Sebelum tuh kami sempat ke Jonker Street, lagi.. Saje cuci2 mata. Aku suka pegi bazar2, flea2 market nih.









Lepas duk pusing2 tengok lampu, bandaraya melaka semakin pack sebab sambutan new year jap lagi. Itu yang laju je laki aku mencarik hotel. Nak larik dr kusot orang ramai!! Sempat je kami google and contact mana2 hotel yang terdekat. Memang kami dah jangka semua hotel FULL HOUSE. Keluar je dari kesesakan kami pon menghala kat satu kawasan ni. Ternampak hotel ni. Google and call. Yes ade bilik kosong. Available. Harga RM180. So lets ke Naza Talyya.


Entrance yang simple, bersih and nice.


Bila hubby drop kat entrance, tugas aku plak settle kan urusan check in. Hubby pi carik. Urusan check in tak berapa smooth sebab nya masa aku call dia kata available RM180 bilik standard. Tak sampai berapa ketika, aku nak check in dia kata bilik standard dah lama habis. Yang hadoooo RM250, suite! Apakah? Adohhh.. Dah la nak check in ni almost 12midnight. Malam bute. Rugi benau aku rasa nak bayau RM250. Tapi tak pe lah. Hubby ok je. So ON je la.. Suite kate kauuu. Senang la sikit hati ni bile dengor. Ye dak? So lets tengok. Suite ke tak suite eh hah.


Alaaaaahai.. Boleh je lah kan? Walaupon! Walaupon senget benget bed mcam tak terurus. Masa ni kami tak sentuh apa2 pon atas bed ni. Memang masuk2 je terus amik gambo. Belasah la labu. Aku pon tak la cerewet mana. Layanzz..


Punya besar lah kawasan dia, dah macam art gallery aku tengok. #berangan.


Kettle dia pon dari aku masuk sampai check out tak berusik. 
Selalu mau gak hubby order teh tarik unne! TIPU. Teh o panas je.


Toilet yang simple dari pandangan mata kasar.
Kami pon santai2. Nengok tibi. Badan pon dah penat. Santai2 nye santai sekali lapo, dekat je bawah nun kite p ngeteh..




Subaidah ni time aku koje Mlk mmg pemes. Yang paling besaq nuh kat ayer keroh. Aku paling suka kari telor sotong dia. Tapi branch ni dah tak ada plak telur sotong. Isk. Frust. Huhuhu.
Masa kami sampai orang tak ramai. Bila nak pulang ke hotel je kereta/motor mula banjiri jalan. Orang baru lepas countdown mungkin. So let balik to hotel.

Dah kenyang lets ZzzzZzz..
Tapi tu la dia. Masa pulang and nak tidur ni aku dah mula frust dgn hotel ni. Sebab masa ni baru nampak keburukannya. Adoi POTONG! 
Dah tentu la masa nak tidur kan baru nak masuk toilet? Nak cuci2 diri. Nak gosok gigi segala. Dah tu baru la terhegeh2 nak kemas2 n tepuk2 bantal kan? Hermmmmmmmm! Memang masa ni lah nampak segala2nya secara mata kasar dan halus. Spoil! Aku mula rasa berkira dgn bayaran RM250 aku dengan bilik yang macam ni. Nak tau wassup????????


!!!!MAAF. GAMBAR INI MUNGKIN MEMBUNUH SELERA ANDA!!!!!




Tuhdia! Aku sbnrnya nak post n3 ni pon pkir byk kali. Nak meroyan ni pon kene fikir periuk nasi orang. Tapi bila fikir balik tanggungjawab yang paling penting pon dorang tak leh nak jalankan, cemana pulak dengan duit kami? Duit cust? Dah jadi 1 perkara yang amat menyusahkan kami kalau dah mcm ni ropenye!

Aku bukan la pompuan yang cerewet. Sangat sempoi. Semua balun. Tapi aku nak cemana aku bagi, camtu aku dpt in return! Singgit aku bagi, singgit aku dapat. Aku x mintak lebih. Ini aku bagi RM250, ko bagi aku apa je in return? Taik?

Ini daki dah tahap taik bai! Korang fikir eh, cemana aku tak geli geleman? Daki ni kadang2 kat rumah sendiri pon ada. Hebat la kalau sikit pon tak da kan?? Tapi rumah sendiri daki sendiri. Sekurang2nya belum bertaik mcm ni. Dah tu kat tempat macam ni ko tau ke taik sape? Bangsa ape? Makan ape? Ya ampun, Ko tak geli ke?! 

Selipar toilet dah tentu2 tak de. Ko kaki ayam doe! Memang tak terjengket2 ko kat dalam tuh? Memang aku blasah la slipa room tu bwk kena air. Walaupon nampak bodo sebab dia jadi tah ape2 bila kena air tapi aku tetap dengan teori bodo aku tuh as a teori selamat drp tak berlapik lansung kaki ni. 

Eh takkan plak aku nak cuci tok ko? Terbayang2 aku muke tuan hotel. 
Nak beramok? Dah kul brapa plak.. 
Nak tukar? Dgn tak larat ni nak berkemas and pindah..
Kalau dapat elok, kalau dpt lagi teruk? Nak berdrama swasta lagi? Hadap je la.

Tuh 1 hal.. Ni 2 hal lagik buat aku bengang..


Bantal bertulis2 tuh dah macam kem askar aku tengok. Tak pro lansung. Motip? Ke aku dapat sarung bantal Naza sendiri? ;p


Ermm sarung koyak! Macam tido hotel ayam. Tuh tak cakap lagi pasal tompok2 kat duvet tuh. Aku ngeri la gile!!!!!!! Ha kan! Tompok2 ape plak kat bedsheet segala. Geli geleman aku. Korang ni tak keje lansung2 ke? Aku selalu la tido hotel RM80. Tak se teruk ni. Hina nya kami rasa.. Dek semua ni lambat kami tidur. Bab2 tempat tido ni kami call la hs utk clear kan. Erm kan aku dah kate, lebih kurang je kalau panggil pon. Sebab bed sheet die cotton bodoh yang jarang, and boleh nampak mattress tuh bertompok. Nak sedap kan hati, kami laki bini tido melintang. Supaya tak kene tompok pada mattress tuh sendiri. MasyaAllah. Melampau! 

Malam tuh jugak aku berkeputusan untuk tak nak join breakfast dia pagi esok. 1st dah ngantok sangat sebab semua setle pukul brapa dah. Dah nak dekat kol 4am kot. 2nd aku tak nak join bfast sebab aku dah boleh jangka cemana food dia. Mesti macam bilik ni gak.

(bukan tak bersyukur! tapi dalam soal beli dan jual ni nak tak nak kite kena demand weh. tapi jgn berlebihan plak. yang jadi marah ni sebab pada aku cukop sekadar biasa2 je, aku tak mintak lebih tapi aku tak plak nk kekurangan or takde ape lansung!!)

Cam biasa, hubby berlayar dulu. Penat drive. Kesian dia. Love.
While hubby berlayar aku duk tengok foursquare. Aku nak tgk food kat hotel ni. So far ramai yang cakap ok. See! Ok tuh dah cukop baik pada aku. So aku decide tok cuba esok bfast nya. Itu pon kalau terbangun.

0900hrs
KRINGGGGGGGG! Aku dah terbangun sendiri. Gerak2 buat helah sikit, hubby pon terjaga. Hehehhehe jom nyum nyum?! Dia tnya, kata takmau pg. Aku kate 'rugi plak dah la dah byr RM250 untuk semua ni, lagipon dah chck 4sq ramai cakap bfast dia ok' Ye tak ye ek? Jom!

Alhamdulillah. Atleast.







Alhamdulillah lagi sekali. 4sq memang banyak menolong aku. Bagi aku bangun pagi dihari cuti ni memang sangat liat. Lagi liat bila dah siap2, turun bawah food tah hape2. Memang potong. Sebabnya nak naik nanti aku ni bukan mudah untuk tidur balik. Heh.

Tawar plak aku tgk makanan ni bila baru upload gambar daki kat atas nuh. Shitto!

Dah setle makan, kami pon naik golek2. Kemas2 nak berangkat pulang. Hai teruk tol pengalaman kami disini. Lagi sekali aku ingin nyatakan, ini MUNGKIN pengalaman aku je. Benda2 ni semua tengok nasib, since dia hotel budget. Kalau hotel 5star buat macam ni memang aku sengseng lengan baju. Nak maki pon hotel budget. Tak ke nampak kebodohan sendiri nanti kalau beramok2 kat hotel murah. Walaupon memang tak worth se sen pon tang bilik. Tapi tang makan alhamdulillah. Jangan sebab n3 ni korang banned dorang plak. And jap lagi ada je yang tak bace dari awal and komen 'eh hari tuh kak kiah pegi elok je' kan aku dah kate, lain org lain pengalamannya. (Propa sgt ko kiah). Tengok nasib la kak kiah weh. Takkan aku main petikk je cite ni. X kose! 

Check out semua ok. Perut pon kenyang lagik. Kami sambung jalan ke.. 

View Naza Talyya Hotel Melaka in a larger map

25 comments:

  1. alo...cianya nasib ko beb...aku pun pernah terjadi, kat melaka jugak, masa tu stay dekat golf resort, ekon tak function. tukar bilik kedua pun sama, tukar bilik ketiga baru ok.

    jomla band hotel ni ramai-ramai sampai diorang buang semua daki tu dulu, dah bersih baru masuk balik :)

    ReplyDelete
  2. Salam beb..Nekcik pun ada ronda ronda Melaka Disember lepas...beberapa kali jugak lalu nak cari tempat tido...tapi Nekcik rasa mcm high class pulak..mesti mahal..berbintang bintang..sib baik tak mampu!!!
    Ada hotel apartment baru bukak di sebelah Masjid Selat ..Pulau Melaka Hotel..takde website lagi brand new..tepi pantai..tapi 3 bilik...offer RM198...nnti Nekcik masukkan kat TERATAK 66...

    ReplyDelete
  3. ya rabbi kotornye bilik ayaq hotel ni..nama skit pya talyya yea..ish2..ko ptt komplen depan2 manager otel ni bior dia tau pekerja dia xwat keje..then otel dia kotorrrrrrrrr..:)

    ReplyDelete
  4. kalo dah RM250 dpt bilik mcm tu aku pun hangin babeee.....giler ko bkn 2.50 tapi 250 okeyyy..

    ReplyDelete
  5. hahahaha..Saya suka survey kat Tripadvisor before pilih hotel, walaupun kadangkala review for hotel in Malaysia by locals mmg kadang2 tak boleh pakai...:)

    u baca review ni "Bad experience"...especailly regarding toilet yg kotor berdaki tu..hahaha..

    http://www.tripadvisor.com/ShowUserReviews-g306997-d562201-r130576517-Naza_Talyya_Melaka-Melaka_Central_Melaka_District_Melaka_State.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sure x tau cite ni. Huhuhu. Kami chk in pkol 12 mlm itu pon sbb hubby wat kputusan 2min. X plan. Klau nk bcuti sakan lain la. Msti dh google.

      Delete
  6. Tulisan dah merah, maksudnya betul2 marah.. tp mmg xpatut, utk rm250 kira mahal la jugak.. mmg ptt utk rasa bengang.. huhu..

    MyKhalish.com: Cara cari tiket AirAsia murah dan terendah

    ReplyDelete
  7. huhu yela tu lain org lain nasibnya kan. tp tulah rm25o mcm tak worth it je u. dgn cadar gitu euwww. baik stay hotel murah.

    ReplyDelete
  8. adoiii..part toilet ni kalau failed mmg teruk la..ish3..

    ReplyDelete
  9. So sad la hotel ni..makin teruk pulak sy tgk..hehe. kalo xsalah, 2-3 thn dulu2 sy selesa sgt dengan hotel ni..memang rasa berbaloi la habiskan weekend kt melaka. Then last year g..adohh..sodeh den. Lantai dinding toilet macam tak dicuci..sedih la :(

    ReplyDelete
  10. Pernah menginap disini jugak lama dah, tapi nampaknya makin teruk. Tq share hal2 sebegini untuk panduan dan ingatan pada semua. Pihak hotel patut peka tentang hal1 begini.
    - HM -

    ReplyDelete
  11. salam beb ..
    tu sikit jer beb ..
    kami pernah tido ke chalet ni ..
    ada lipan .. siap wf kena gigit lipan lg ..
    semut tiba2 keluar beribu ..
    bila kami komplen petugas ada bercerita, katanya, bilek tu belum siap dikemas masa bagi kt kami ..
    kami bertengkar dgn pengurusan chalet tu .. last2 beralah dgn kami, utk malam tu dia bagi free, tp klu nak sambung satu mlm lg utk mlm esok tu dia charge .. tp klu aby kluar esok tk payah bayar apa ..

    masa balik tu siap bertengkar dgn tuan chalet ..
    dia kata aby opurtunis, sbb duduk 2 mlm saja nak cari free satu mlm ..
    katanya klu dah tau tempat tu bahaya nape stay lg utk mlm kedua ..

    yg aby stay tu sbb aby tk nak duduk free so aby duduk satu lg mlm utk membayar mlm kedua, lg pun tempat tu kt pulau di pantai timur tu, klu kuar balik .. tergendala plan aby utk snokerling ..
    tu yg gamble wlu pun agak bahaya ..tp stay kt bilek tu juga sbb dah tk de pilihan lg ,,

    ReplyDelete
  12. stkt ni yang aku baca, semua outlet naza talyya ni mmg out...dah elok2 jual kete, nak bukak otel..org taman mmg macam tue...

    banyak2 yang ko tulis, mata aku captured kat kari telur sotong tuh!! last aku makan kat Mutiara Nasi Kandar, KOMTAR, Penang...bapak sedap!!haha..siang aku keje dh makan semangkuk..balik keje, ajak husband pg repeat lagi semangkuk...jom pg penang.... :)

    ReplyDelete
  13. tapi beb 250 series memang tak worth laaaaaa wif room cam gitu. Tapi alhamdulillah 2 tahun lepas i p bilik still cheap 1++ jer. Gaknya pas tu derang dah x sental dah daki daki kat otel tue... wawawawa

    ReplyDelete
  14. tapi beb 250 series memang tak worth laaaaaa wif room cam gitu. Tapi alhamdulillah 2 tahun lepas i p bilik cenggini jugak still cheap 1++ jer. Gaknya pastu derang dah x sental dah daki daki kat otel tue... wawawawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la gamaknye.. hahaha

      masa chk in tu ada gak tanya.. y so expensive, sbb rasa nye dlu penah tgk hotel ni dlm 10x.00 je harga dia.. yang deluxe la tapi. then die kate cuti skolah, ini pon cheaper harga dia utk suite sbb ada promo. kalau biasa deluxe saje RM180. whatever!!! mls aku nk lyn die nok

      Delete
  15. salam

    ada yang Ok dan ada yg KO
    semua sebenarnya bergantung pada pihak pengurusan dari atas sampai bawah
    memang kita bukan nak yang terbaik , tetapi berbaloi dengan apa yang kita bayar

    tahap kesedaran pengguna kat negara kita masih kurang berbanding negara barat
    jadi kebiasaannya para penyedia perkhidmatan kat sini selalu ambil endah tak endah akan komplen dari pengguna

    yang pasti tahap kesedaran FM sebagai consumer sgt baik dan benda yang bagus dan baik kita harus puji kita puji. Benda yang tak bagus yang kita harus ketengahkan dan suarakan, kita patut suarakan demi kebaikkan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat nak senseng lengan baju and said 'where's ur manager?' hehehehhehee..

      Delete
  16. byr mhl tp dpt bilik kotor gtu mmg geliiii...kata suite tp tkde rupa suiteeee..haha...pernah stay hotel naza talyya tp kt penang..bilik ok cuma toilet kecik ala2 tune otel...tune otel tu tkpela sbb mmg murah...hehhe

    ReplyDelete
  17. pasni kene hati2 la kalau nk g sane..

    ReplyDelete
  18. erk...menjijikkan...First World Hotel kat Genting RM48 jer semalam...bersih...yang ini rm250..erk...teruk lah management dorang...takpo lepas nih kasi blacklist itu hotel...

    ReplyDelete
  19. RM250 macma tu??? teruk tu.. apasal ek.. u buat tak complaint ke??? RM250 tuuu.. boleh duduk Concorde Shah Alam ni haahh..hee

    ReplyDelete
  20. tak elok ler camtu...byr mahal2...tapi service out...... tak selera nak tido dgn selesa.....
    sepatutnya hotel kena jaga quality.......

    ReplyDelete
  21. penah tido hotel nih... mmg OUT giler... mmg nk marah giler...!!!
    bukan tak de STAR.. raseyer 3-4 star gak ar!! tp...
    service OUT
    fasilities OUT
    kebersihan OUT..
    TAHUN NIH GAK SAYA STAY ARITUE.. ADA KE PATUT... BALANCE LAGI RM200 dia ley bantai bagi duit RM10x20keping.. hangin tak???? aku jeling dlaam2 aku blah!!! sumpah mmg 1st n last!!

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D