Food & Travel

20 June 2013

Concorde Kuala Lumpur 2013

sumber : google

Cemana nak mula nih? Camni la ye dak? Lama gila kot tak berblog. On9 tuh masih ada. Tipu gila klu x on9 lansung. Cumanya tak mampu nak mengadap laptop. On9 pon kat hp je. Sekarang ni alhamdulillah rajin tuh datang sikit2. Itu pon gile pemalas edit gmbr sikit je. Sebabnya nak mengandar camera kulu kilir dah tak rajin. Itu la kelebihan aku. Cepat jemu. Lantak p kat situ. Mana dan aku cerita la yek?

Mula2 mesti nak start dengan poyo2.. Nak cerita yg kami kensel kan trip ke Sydney awal June hari tuh. Ahaks. Gile x cita? Mesti la cita.. Biar org tau yang aku nak ke Sydney tapi tak jadi! Cuma keadaan tak mengizinkan. Erti kata lain sakai sebab baru 1st time nak jejak, dah la 1st time tak lepas plak, ye dak? Nasib ko la babe... 


Tix ni murah je pon RM600! Nasib la murah kan? Klu riban2? (masih sanggop x pegi sbb alasan tak pergi sgt berbaloi drp wang ringgit!-drama) Cemana murah? Bila beli? Gile murah etc.. Simpan je la soklan2 tu. Takde yang pelik.. Memang aku pengguna tegar AA. Ape nak diheran kn?

So bagi menggantikan peralihan mood, kami pon decide la jom je la jalan2 ke KL. Jalan2 kl dengan shopping barang baru. Aku rasa keseronokan jalan2 kl kali ni lebih sronok jika nak dibandingkan dgn mana2 destinasi donia nih. Alhamdulillah. 

Sebelum p, duk pusing sana sini dok carik hotel yang murah kat net. Hahahahha lagi dan lagi. Tah lately ni asik kedekot je aku nih. Ala bukan nak bercuti sangat, nak bermalam sambil jln2 n koje. Lain la kalau2 memang nak bercuti di pantai2 tuh aku boleh tak berkira. Hidup ni musti la kena byk berfikir. Erti kata lain, org tak berapa nak hadooo mmg la byk fikir. Tak bole suka2 kua/buang duit! Hohohoho. Kalau sakan kaya, memang tak kesah la kan nak sambar smua the best accommodation. Walaupon hanya untuk tido semata. Ini aku yang hadoo.. So kena la byk buat calculation. Sayang duit. Sayang duit suami! Sayang suami!

Dah buat kira2 kami pon decide utk pilih concorde, sebenarnya bukan 'kami'. Tapi aku yg lebih2. Laki aku nak Maya hotel. Aku malas. Mahal. Aku nak gak concorde. Dlm RM3xx with tax kot. Lupa. Dah tu aku selalu makan kat sana, and selalu dulu2 tido kat sana. Dah tau and dah penah rasa selesa kat sana. Nak senang cite, concorde je pon!

Deluxe Room


Deluxe Room (king size bed)

Binatang yang terdampar atas katil tuh adalah 'popop panjang'. Laki aku memang suka spoil kan aku yg dari kecik mmg spoil. Hahahaha. Makan tahun da tuh. 






Simple je biliknya. Tapi pada aku happening. Ada macam2. Makan sedap. And tengah2 bandor. Itu yang kami suke. Bilik deluxe ni antara bilik yang so so la.. Tengah2. Nak lagi murah ada. Superior. Aku kalau bole superior je. LOL! Tapi bila tengok dah menjejas kan keselesaan kami, aku takmo la dah. Ade ke patut badan cenggini depa offer katil queen? Tak dapekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!~ Untuk menjamin keselesaan kami memilih king. Ada lagi eh hotel sekarang ni guna queen? Heran aku. Huhuhuhu. Kalau nak berbelanja lebih sila la pilih premier. Lebih selesa dan lebih belanjanya. 



Tang Melting Pot ni memang aku sukak. Walaupon hanya bfast aje pon, dorang memang nampak jelas tak berkira. Kalau omelette dia tuh bukan main mcm2 isiknya. Cheese melimpah ruah. Chicken ham segala. Kalau dim sum plak ada la 5,6 jenis dia letak. Lain2 toksah cakap la. Kalau nak di bandingkan dengan hotel2 lain, yang hadooo pon ala kadar. Slow je pagi mood aku. Kalau macam Melting Pot ni meriah. Baru ada semangat! Ahaks. 


Pandang je la dari jauh ye dak? Nak terjun baju tak muat. 

3H2M kami di tengah2 bandar ni memang merayau je. Kecuali di 1 pagi kami ke office suami untuk settle beberapa perkara. So cuti sambil koje jugak la ni kan? Lain2 tuh kami merayau sakan. Ke KLCC hari2. Shopping sakan. Last sekali chk out kami ke The Garden utk sambung shopping barang2 yg dah di list lebih awal. InsyaALLAH settle semua plan, alhamdulillah yang dicari dapat dibeli. 

gambo:google


Hahhahahahahaha tang ni sedih gile! Hahahhahaha gelak lagi dan lagi hahahahahahaha.. Selalu je ke HRC kl tuh, lagi2 dia 1 tempat gak kat concorde tu kan? Tapi tak de plak nak intai2 FM kat KL. Oleh kerana nak ke Sydney tak menjadi, aku pon apelagi.. Fefeeling la beli fm nih. KL pon jadi la yeob. Nak beli baju kang over bena plak kan? Dulu beli baju banyak kt KL sebab masa tuh 1st time ladies T ada jual XL and XXL. So rakus. Tapi kali ni dah slow dah. X best la HRC KL ye dak? Tunggu kalau rezeki ada, kita jelajah la lagi. Tak lari deh.. (ayat nak senang kan ati)

Sebelum pulang sempat kami mengintai intai project XXXX kami. Huhuhuhu.. Alhamdulillah dapat tambah lagi 1 harta donia. 


Itu je la takat ni yang aku boleh membebel. Sebelum ke KL ni ada aku rembat 2malam ke Avillion PD lagi skali. Saje menghayati tido2 deruan ombak. Nanti rajin aku cita kat sini nahhhhh? 

Sape2 yang masih komen2 comel kat blog ni tqsm, yang duk tanya kesihatanku di kat ig, twitter etc, aku mana menghilang and tanya khabar aku tuh, uols sooooooooo sweet. Ada je. Alhamdulillah. Makin sihat dan comel. Hiks. Cuma cam aku cakap tadi, kemalasan melampaui batas. And normal la.. Mula2 tuh je rajin. Lepas tuh lisot. Hah hah hah! Nak keluar bawak camera pon dah tak kose beno. Aku tabik spring la pada sapa2 yang bertahun updet tampa rasa busan. Sehari yg 3-4 n3 tuh memang tabikkkkkk la. Lu orang hebak! Terus kan semarak semangat mu..

12 comments:

  1. wahhhhh dah lama tak bersiaran ni beb!!rindu rinduuuu :)

    ReplyDelete
  2. lama gilo kot x dgr cite ang
    tup2 rini timbul...hehehe

    rumah baru..cantekkk housewarming jemput lah heehe

    doakan kau lam kesejahteraan sllu ok

    ReplyDelete
  3. bagi i yang hado hado nih.. mahal tu Beb.. heheheheh.. takpe next time nak cari kat groupon voucher hotel misteri sangat tu :) TC

    ReplyDelete
  4. hahah,,apesal penyakit kite dah sama??
    aku pon baru merajinkan diri balik nk update..
    keluar pon dah mls nk bawak kamera godang,,amik guna fon je yg kbykannya dah diupdate kat IG..kesian sungguh..

    ReplyDelete
  5. rugi hari tu i dapat invitation makan kat concorde tapi tak dapat pergi sebab ada hal huhu. take care beb

    ReplyDelete
  6. Kiranya tak jadi ke Sydney tapi merayap di KL. Lagi heppening tempat sendiri nak shopping, nak cari tempat tidur selesa, makan sedap dah tahu mestilah seronok.

    Cantiklah FM dibeli. Manis warnanya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yong,
    Issyyyy...tak menahan tngok menu tu masa tengah2 posa. Concord Shah Alam dah try? Sedap dan berbaloi gak bekfastnya Yong! Maaf lama tak blogwalk, tak sempat memanjang!

    ReplyDelete
  8. concorde memang tersohor dari dulu kan..

    mana lah awak pergi lama hilang ni cik beb oooiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh baru perasan... tarikh post ni bday kita tau...

      Delete
  9. lama nyer tak dengar khabar dari ko beb...adalah tu hikmah tak dapat pergi sydney, tengok...dah boleh beli fm hrc KL, hehe...kalau pergi mesti ko tak beli-beli fm ni kan...gambar yang sekali tu memang aku geram, nak cari jugaklah...

    ReplyDelete
  10. melting pot mmg terbaik lah...tahun ni ingat nak sahur kat melting pot lagi :)

    ReplyDelete
  11. Dulu zaman hingusan, bila lalu depan melting pot je...mesti berangan dah keja sok nk mkn kt situ, dok sembang dgn kwn2. Sudahnya, dah keja sepuluh thn pun tak smpig2 lagi :)

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D