Food & Travel

28 January 2013

Macau 2013


1st skali nak habak awal2 entry ni banyak terlepas tempat kami nak visit! Kerana apa??? Kerana keadaan yang tak mengizinkan. Ada beberapa ujian yang diberi. Tapi kami teruskan berserah sepenuhnya kepada ALLAH swt. Alhamdulillah. Kami berjaya pergi dan pulang dengan selamat. 


Day 1 

Ahad 20th Jan tengahari kami sampai di kota Hong Kong. Dengan bermodalkan RM240 seorang dengan AirAsia, perjalanan mengambil masa 3jam 10minit alhamdulillah kami selamat sampai dengan jayanya. Memang kami plan sampai2 je dalam pukul 12 tengahari terus ke Macau dan check in Hotel di disana.


Sampai2 je di sambut oleh hamba Allah ni. Punya la besaq. Tapi comel. Duk sniff drugs mungkin. Sesapa yang jalan laju and tak stop kat dia, dia kejar and nak jugak bau bagasi2 tu. Gile cute n amanah! No skip2 keje.


Dalam plan kami akan amik taxi dari Airport ke Terminal Ferry untuk dapatkan ferry. Tah cemana rupa2nya ada terminal ferry kat airport ni. Memang semart la kan? Tak yah susah2 keluar. Cayalah! Memang memudahkan. So ikot je la signboard yang menghala ke Ferries to Mainland/Macau. 

Dengan kemudahan yang ada, segala urusan berjalan dengan sangat sangat lancar. Dari menapak dalam Airport ke terminal ferry, menaiki transfer terminalnya, pembelian tiket, imegresen, semua mengambil masa dalam 20 minit. Tak da sikit pon susah dan complicated di HK ni lagi2 bab public transport and signboard. Jadi, jangan la kome risau ye?


Dari Airport HK ke Macau tiket berharga HKD233 untuk seorang. Agak mahal sikit berbanding amik di terminal luar(ada beberapa terminal di kota HK). Tapi kalau diluar nak ke terminal tu pon dah kena naik taxi kan? So sama je la. Baik amik kat Airport terus. Dah depan mata. 

Antara Turbojet dan Cotaijet, kali ni kami amik Cotaijet. Dalam plan aku google kata amik turbojet since nak ke City of Dream. Tapi ikot time sekarang  Cotaijet yang ada dalam waktu terdekat and memang menghala ke City of Dreams. Sama je sebenarnya. Cuma carik la mana terminal yang anda mahu dan bila time yang uols nak gerak. Sebab ada beberapa destinasi dan terminal yang berlainan.


Tempat menunggu. 
Punya lah jakun aku tengok. Tak ubah mcm tunggu flight. Yes di Airport. Tak perlu keluar untuk dapatkan ferry ke Mainland or Macau. Dasyat! Kagum.



Bila dah ready, ada la susur keluar macam naik flight tuh. And now im ready! 

Masa ni baju aku ala2  je kan? Hahhahaha. Sebab aku segan nak pakai yang over2. Aku plan, bia aku sampai n rase2 dolu cemana weather kat sana. Kang pakai over kang malu plak. If pakai biasa takot kesejukan. Memang baca dalam forum pon aku still confuse. So to be save aku pakai la cardigan sweater ni. Agak tebal dan sangat tak sesuai if dipakai di Malaysia. Pakai kat HK adalah terbaik. Sbb warm kan badan aku yang tak tahan sejuk ni. Kasut plak aku pakai crocs biasa dgn socks masa ni. Pon sama. Segan nak pakai yang sarat2. Nak tengok dulu cemana. Kehkehkeh.. But bila sampai sana memang ramai yang over! Aku suka! Lagipon memang sejuk pon kat sana. Januari lagi la sejuk. So berbaloi2 aku bwk baju2 over! Tapi tak la sampai -'c


Ini la rupa dalam ferry nya. Cotaijet. Aircond, selesa and siap boleh order air jika mahu. Tapi kami duduk diam je kat seat yang diberi. Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam.


Alhamdulillah.. Kami tiba di Taipa Maritime Macau.


Segala pengurusan imegresen selesai disini. Walaupon orang2 di Macau ni sombong nak mampos. Siap baling2 passport aku. E'eh!! Aku ke ko yang patut hormat ni? Panas lak aku. Macam sampah dibuatnya. Ingat kami budak2 ke? Datang melawat negara kau ni doh! Pedulik disitu!

Selesai cop situ cop sini.. Keluar je terminal memang berderet booth bus menunggu. Ye FREE shuttle bus.


Tengok la bandor mana yang kome carik. Macam kami under City Of Dreams. So memang kesini je la booth kami meluru. Mudahkan? Hai sronok jalan kalau macam ni. Tak perlu sakit otak memikior and sakit kaki if sesat barat.



FREE shuttle bus dari terminal ferry ke City Of Dreams. Dorang siap bawak kan beg2 kami and masukkan ke perut bus. Dah la awek tuh kecik. Kesian plak aku tengok dia bawak beg2 tuh. Nasib la!


Gambar sepanjang kami dalam bus yang mengambil masa 15minit kot. Ini la sebahagian kota Macau. Sejuk, bersih and kosong je. Tak sure la sebab waktu dia bukan peak hour ke, tapi yang penting mendamaikan. Takda jem!

15minit kami tiba dia City Of Dreams. Bus drop kami betul2 di entrance COD. 


Masuk2 je entrance ini yang terhidang. Erm memang tak de koje lain la Macau ni. Memang terkenal dengan pusat judinya. Mana2 mall pon ada Casino nya. So jom carik hotel kami. Dalam mall ni ada macam2 signboard. Follow jerh.

Hard Rock Hotel Macau
HRH ni under COD so tak la semeriah mana. Nak collect points penginapan untuk member pon tak dapat kecuali shopping di Cafe Shop. 













Bilik yang simple tapi sangat selesa dan bersih! Dengan keadaan kami yang tak berapa cargas ni. Masuk2 je bilik, makan ubat dan kami tidur. Ada la 3jam aku collapse. HA HA HA HA! Seleseee weh katilnya. Biliknya. Paham2 la. Esok dah start nak tido bilik kecil ;p

Plan sepatutnya petang ni kami nak ke tempat2 menarik di Macau. Salah 1 nya ke St Paul. Cantik dan menarik aku tgk di gugel. Tapi apa kan daya. Kami tak berkemampuan. Semua ada hikmah kan? Kami akur. Lagipon tu church. Tak pe la. X rugi apa pon. Cuma kami minat pada awal nak tgk struktur bangunan yang menarik. Sepakat membawa berkat. Kami kensel dan tidur! (padahal tak penat dan bukan jenis tidur ptg)

Petang dah selesai berehat, kami bangun makan MAGGI di bilik dan bersiap nak merayau sekitar COD dan Venetian.



**haa nmpak tak bila masuk petang baju aku dah over sikit? Siap dgn boots kan? 
Nampak x? Nampak x? Ahaks

4






City Of Dreams.


Venetian Macau
Disini pon pusat judi, mall dan hotel. Lebih kurang mcm COD. Cuma dari mata aku Venetian ni lebih classic. Manakala COD tuh nampak cam modern sket concept nya.


Bangunan selepas signboard COD itu la Venetian Macau.


Tak la segan sebab orang tempatan pon over dgn baju2 winter yang hadoo..

MasyaAllah. Sangat bersih. Sangat cantik. Seolah2 berjalan dalam studio. Tak ada debu2 asap kereta, tak ada bunyi2an hon, motor binget etc. Padahal banyak je kereta. Tak ada sampah. Semua berdisplin. Nak cross semua kat traffic light SAHAJA.


Ini la Venetian. Mall, hotel dan pusat judi jugak. Struktur bangunan yang sungguh cantik and classic!





Jom masuk tengok apa ada! 






Dah kata pusat judi, pusat duit, semua base pon nak nampak $$$$$$$$! 

Kami cuba carik HALAL restaurant. Hubby mula bertanya di counter2 yang boleh membantu. Alhamdulillah. HALAL food ada di foodcourt Venetian ni. TAPI syaratnya kena lalu dalam Casino Venetian ni untuk ke Foodcourt. Ah sudah! Camno? So jom je la...


Pertama kali aku terpaksa melangkah ke Casino. Dari dulu nak gak tetengok. Tapi tak la sampai nak mencarik. Dah tak pergi, camna nak lalu kan? Pastu lepas kahwin ada lalu lalang depan Casino negara jiran, tapi hubby plak tak kasi intai. Kekekekekkee.. So kali ni agak la terpaksa ;p lepas lah aku nak cuci mata. Saje nak tengok 'oooo camni rupa2nya' bila depan mata kan.

Sepanjang lalu casino tuh melilau mata aku tengok. Laaa... Semua yang main semua muka tension je. Bodoh betul bertaruh duit, masa depan dengan mesin2 ciptaan manusia ni. Tengok muka pon muka susah hati. Apa la masalah dorang ni. Berani kerat jari la, dalam 100 orang berapa org je yang pulang dengan senyuman? Erm sebab tu la dalam Islam HARAM berjudi, sebab banyak pihak yang merana. Isk isk isk.. Not good! Not healthy! 

HALAL food @ Venetian Foodcourt





Apa yang kami order? 
Tandoori chicken with rice
Nasi beriani ayam
Masak lemak prawn. 

Nasi beriani dia super pedas, ayam tandoori jugak! So aku makan masak lemak tuh. Sedap! Rasa lontong. Dalam keadaan sekarang doctor tak bagi aku makan sebijik cili pon! TOTAL: RM109

Selesai melahap, kami pon berjalan2 sepanjang mall. Cuci2 mata jer. Malam kat sini lama. So dah rasa lama camana pon merayau tetengok jam masih pukul 9pm rupanya. So balik bilik kami zzzzzzzzzzzz!

Padahal dah janji dengan hotel pukul 11pm dia akan hantar something for our anniversary. Tapi dah tak larat, kami tido and letak sign DO NOT DISTURB. Kurang asam tak? Ala paling2 cake kot. Hohoho..



Day 2

Pagi kami tak join pon breakfast, kami  makan megi jerh! Kemas2 dan siap ke HK plak. Ye kami juga tidak ke Lisboa :(









Selesai urusan check out, kami pon mula kan perjalanan menuju ke HK. Punya la mudah.....


Beberapa langkah dari entrance HRHotel, kami menuju ke tingkat bawah dimana mereka menyediakan terminal bus FREE ke tempat2 yang disediakan. Ke Lisboa pon boleh. Mudah kan? Kalau tengok tempat pon bersih dan sangat pro. Takde rebut2. Tak de semak2. FREE plak tuh!


Disini lah tempat yang kami perlu tunggu untuk ke Taipa Ferry Terminal. Tunggu dalam 10min, bus pon mai.



Di Taipa Terminal kami tak sempat nak tangkap apa2 gambar, sebab kami terkejar2. Ferry ke Kowloon HK semua dah berlepas. Yang ada pon pukul 5pm. Mak ai gile lambat lagik. Apsal aku gugel org kate senang je nak kemana2 and bila2. Cis! Now baru pukul 12.50 kot. So aku ke semua counter. Turbojet, Cotaijet segala. Yang ada pon pukul 1pm, itu pon ke Island HK. Alamak! Island la plak. Aku nak ke Kowloon. Cemana ni? So aku dah hapal maps laki bini. Jadi tak de masalah la ke Island skali pon. Daripada nak tunggu lagi 4-5jam untuk ke Kowloon! Baik aku boh je mana dan. Nanti dr Island aku sebat la MTR ke Kowloon. Bayangkan la terkejar2 cemana kami dalam 10minit tuh nak beli tix, ferry nak gerak.. Macam2 lah. But alhamdulillah. Semua selamat. Kalau tak pon ada je 2nd choice.. Balik ke HK Airport. Sanggup je aku daripada tunggu lama2 kat terminal tu watpe. Buang masa aku. Tapi dari HK Airport nak ke Kowloon tuh serik la sikit. Huhuhuhuhu. Nasib baik laaaaaaaaa ade ke Island tuh.

Pon mengambil masa 1 jam dari Macau ke Island. Perjalanan alhamdulillah lancar, cuma ombak je over beralun kali ni. Pening2 lalat gak aku. Lama betui tak naik ferry. Tapi alhamdulillah.. Masih boleh di ejas dan selamat menahan 1 jam fening2 lalat itu.

WELCOME To HONG KONG!~