Food & Travel

31 March 2013

FREE SEATS LAGIKKKKKKKKKKKKKKKKK!


Dah amik MC? Dah plan nak reka sakit ape utk MC? Kekekekkeke.. Ala sanggup je la untuk dapat kan FREE SEATS ni.. Berbaloi! Bukan penat mana pon, sejam dua je bertarung. Lepas tuh pasti tersengih...

TAPI!

Kalau tak nak and tak sanggup tulun diam2 ok?! Jangan buntot pemalas nak stay late night lepas tuh duk tanya aku soklan2 lazim

  'murahnyeeeeeeeeee flight tix u.. cemane dapat?'

  'eeeeiiii untong la selalu fly, bestnye hidup ko.. asik jalan je. x mampu aku' 
   (padahal flight aku lagi murah dr bill telepon ko.)

  'tipu la dapat tiket murah2 cenggitu, i try purchase tak dapat pon, MAHAL!' 
  (ko tido sedap2 tak hengat dunia, bangun tengahari ko p on9 dapat harga TAK promo nak bising 
   maki  AA. Nothing is FREE la macha! Kene la bersengkang mate sikit.)


So sape nak merasa ke Bali, Phuket, Krabi, Jakarta, Bandung dengan harga NETT RM80-RM150(return) seorang sila la bersengkang mate sikit ye? Bukan senang nak senang.. Tapi pada aku AA buat camni walaupon sistem slow ke apa ke orang complain, aku tetap tak nampak salah nye AA. Standard la benda lelong. Nak lebih2 keluar la duit lebih. Nak selesa byr la lebih. Apa yang AA bagi memang amat2 berbaloi pada aku..

Cuma

Net line korang kena la yang super laju. Kalau broadband terkial2, jap2 mati pon payah gak. Salah kan diri dan line tuh, bukan salah AA.

AKU? Aku cuti berjalan kot untuk beberapa bulan. So tak perlu la berebut FREE SEATS kali ni. Kena berehat. Kalau ada kesempatan nanti jalan la lagi ye dak? Rezeki ada dimana2. InsyaALLAH. Bulan 6 nak ke OZ ni pon tak sure lepas ke tak. Or kene babai je. Uwaaaaa... Nangis. Tapi nangis gumbira kot. InsyaALLAH apa pon kn? Allah maha mengetahui.

Adios!

28 March 2013

PNB Darby Park Executive Suites


Berduyun gmbr kat dlm n3 PNB ni. Gmbr dah upload, nak menulis nya belum start2 nye sehingga la hari ni baru setart! Sungguh la aku tidak percaya. Berat betul aku nak on lappy.. Lepas satu, satu aku buat! Punya la lembab. Punya la berat. Huhuhuhuhu.. Go beb go!

Pi PNB ni lepas seminggu aku pulang dari merayau kat Admiral Cove. (February kot!) P sini pon atas dasar koje. Ade hal sikit yang perlu dilaksanakan. Kami lepak sana dari Ahad sampai la Rabu. Kerjanya 2 hari je. Yang selebihnya tuh saje menggatal dating2. Terima kasih la company, buat susah2 je. Tapi dah rezeki, alhamdulillah je lah.

1st dengar dapat stay PNB aku terus fikir 'oooo ok, whatever lah' sebab pada pemikiran aku PNB ni hotel yang gile otai. Since aku skolah dulu. Time sekolah dulu boleh la di kategori kan diantara hotel yang gah2. Tapi tuh dah berbelas tahun lepas. Hotel otai2 ni sure tak ada apa sangat, walaupon dikategori kan dalam hotel yang selesa. Siap tak google pon apa ada. Siap tinggal kan swimming suit. Gile berlagak! Huhuhuhu

Sekali sampai??????

Terkujat.



Tengok front desk dia ok2 la.. Masih biasa2 je lagik.. Belum terkujat sangat!



Sekali naik lift, aku dah nampak cam cantikkkk je hotel nih. Nak ke bilik pon agak WOW!



This is our room. Executive floor. 
( Walaupon wow, ade 1 lagi level kat atas2 tuh lagi wow. Executive amenda tah! Dasyat! Wow ke tak? Wow la kot sebab free. Kikikiki )


Tak expect lansung ada kitchen!


Lengkap segala mala!




Garam, pembuka tin, pisau, semua lah ada. Kami tak guna pon. Cuma guna microwave je!

Jom masuk ke dalam apa ada lagik..



Haaa aku suka lah konsep serba putih dia nih. 

Yang penting tak kedekot aircond, merata ada aircond. Dah la tuh room key yang dia sedia bagi 2 keping. Pastu untuk dalam room ni dia memang dah siap insert card yang lain. So bila masuk2 je dah sejukk and lampu semua dah ber ON. Mudah kan? Sebab banyak hotel now days kedekot karen. Berkira. Dah la tuh bagi 1 je card. So kalau keluar bilik, make sure electricity semua dalam keadaan off. Dah la balik dari merayau kita panas kan? Tapi PNB tidakkkk! Aku 1 card, hubby 1 card, bilik ni 1 card. Keluar masuk lansung tak usik card yang dalam bilik. Bior je die On gitu. Ni salah 1 kelebihan yang sangat2 aku suka. 


Siap meja makan dan faksimili.



Ni la view malam2 dari hall kami. Betul2 sebelah building tbg haji.



Kamar tidor



Suka sangat la hai konsep putih2 ni ha.


Gumuks. Hey laki aku suruk perot. Ok la kasi chan!


De toilet


Overall memang sangat sangat suka dengan bilik ni. Mase masuk mcm sakai melompat2 suke. Mungkin sebab tak expect kot PNB lagu ni.

Lagipon sebab urusan kerja, tak boleh pilih2 hotel. Tapi so far comp sangat memahami, mungkin sebab depa tau depa curik masa kami laki bini, so dorang kena la bagi yg terbaik buat kami. Cuma kadang2 tengok tempat. Kalau dapat kat town koboi maka kami pon dapat la hotel yg biasa2. Alhamdulillah. Tak pula kami merungut, insyaALLAH. Asal kan kami boleh berdua. Mana2 pon jadik. Ahaks. So urusan kerja nya sebelah PNB ni je, sbb tuh comp pilih PNB huhuhu. Memang mudah. Bangun lambat pon no hal.


View dari tingkap bilik kami, pool and tennis court. Padan muke, berlagak tak tentu hala. Kan dah merenyam rasa nak berendam? Erm swimming suit nye tak bawak lansung. So intai2 je la dr atas ye dak?

Rupa2nya PNB ni baru je diperbaharui. Laaaaaaaaaaa padan la cantik semacam. Memang masa kat sini aku google ramai yang marah kat PNB ni sebab kotor etc. Tapi tuh last year. And last year jugak dalam bulan July kot dorang dah refurbish and tahdaaaaaaaaa.. Rezeki kami dapat yang cantik n serupa baru. 

Bila dah check in kami pon dah tentu la gatal nak merayau. Kemana? Laki aku ngajak KLCC. Lately ni laki aku ni suka beno bejalan. Aku plak diatas factor2 ehem ni rasa lebih suka memblancketkan diri. Tapi ok jugak la bile selangkah dua je nak ke KLCC tuh. Eleh berat mana sgt la perempuan tuh? Malas mana beno le, dah KLCC namanya. Idok le mahu lepas kan peluang, ye dak? Shopping weih! *tipu,p mkn je



Ben's KLCC






Sentap aku sedap! Cabonara tuh memang peberet sejak dahulu kala. Tapi banyak2 aku rasa kat Italiannies la yang aku paaaaling berkenan. Pada aku kene ada baked bacon n mushroom baru lazatnyeeeeee! Kat lain payah kit nak tengok die letak bacon, selalu ham tuh. Ham tak aci lah rasa die. TAPI kat Ben's ni die letak bacon n mushroom. Memang acara bar 8 bai! Lepas sesudu, sesudu aku sental. Sekelip je settle. Kalau dua kelip dia dah loya. Ahaks. Tapi loya2 cabonara nih aku memang lapang dada boleh menghabiskan nya. Tapi sekali makan la. Jangan la dinner pon ko hidang ni. Kotongah jik mato den nak habih kan. 

Air plak order tea for hubby, hot chocolate for me. And xtra ice chocolate for us. Gedik kan? Aku kan tak minum ais. Hubby pon. Tapi saja gatal nak sejuk. Sebab hot chocolate ni panas sgt. (alasan sugguh!)
Ingat bila sampai ice chocolate nya nak buang ice tu ke tepi and bia la air tuh x panas, x sejuk. So ok la kan boleh minum! Sekali sampai ice chocolate dia letak vanilla ice cream dalam tuh!!!!!! Nak buang cemana lagi? Ice nye tak de. Sedih, sayu, murka aku rasa bila nak kena buang ice cream tuh. Nak tak nak kami letak semuanya sekali ke tepi. Aku paksa laki aku minum, membazir. Dia plak demi nak support aku dia tak nak amik ice lansung. So lansung la terbuang. Uhuhuhuhuhu. Sedih. Aku kalau buang makanan ni rasa murka sgt 
:( Huhhuhu

Back to PNB

Lain2 hari kami ada gak makan kat PNB. Breakfast dia so so.. 





The 39 Restaurant

Erm same building dgn hotel cuma restaurant ni tingkat 39. Gile tinggi. Breakfast pulak kat lobby. So lain2 tukang masak nya. Food kat sini sedap!!!!!!!!!!!







Ikan siakap fillet 3 rasa, ikan jenahak asam pedas, and brocolli stir. Kenapa dua2 ikan? Sebenarnya ini set, tapi kami ask dia hidang. So boleh kongsi. So asam pedas set laki ku. 3 rasa tuh mine. And extra sup ekoq.


Ni dessert laki aku. Pulut durian kot. Agak mengecewakan. Pulot je ori. Durian dia syrup tu je. Letak plak strawberry. Memang potong. 





Tony Roma's Pavillion









Disaat ehem2 ni aku nengok gmbr ni pom aku dah kembang tekak dah. Berlagak order macam2. Selalu sayur2 je kami settle kan, tapi kali ni aku tak habis, so laki aku kena habis kan portion aku tuh, and burger die lansung tak berusik. Tapau dalam bilik pon sama. Tak berusik, buang kesudahannya. Nangis lagi, aku terasa murka :(

Last destinasi sambil bekerja hari tuh. Kami ke..


Dr Martens The Gardens.

Back to the old schoool. 


  
Sebenar2nya aku duk mencarik floral yang kaler bright. Tapi tak de. So floral furfle macam gambar atas ni ada lah. Tapi tengok2 balik cam menggelabah plak. Sebab aku carik yg kaler bright. Yang penting made in England ye dak? Tapi bila pusing2 punya carik, classic hitam ni plak rasa semartttt.. Dah tu rembat la.



Promo : awek tomboy ni cun. Lupe nak taruk gambor.



Sekali la laki bini nak back to the oldskool. Kalau aku rembat floral tuh laki aku tatau nak rembat mana. Dia kalau boleh nak sama. So why not kasi dia pilih, aku plak rembat ikot dia? So sama2 berkenan itam. Tutup cite. Eh tengok lama2 sexxay weh itam tuh. Ahaks. Suke. 

Punk not dead. *tibe!

Begitu lah ceritanya February ku. March aku kensel ke Indonesia. Katenye... 



More info : www.facebook.com/wonderfulretreat


PNB Darby Park Executive Suites Jalan Binjai Kuala Lumpur Selangor
Jalan Binjai, Bangsar, 
59000 Kuala Lumpur, 
Selangor

03-7490 3443 




View Untitled in a larger map