Food & Travel

06 October 2013

Kini kembali..

Tidak kembali sepenuhnya, mayb kembali perlahan2.. Kerana apa? Kerana xda masa, dan tiada 'bahan' sangat. Sebab dah lama x memetik kamera.

Mana menghilang?

Kesah ke? Dulik laaa.. Buat2 la statement mcm ada yang kesah. And dalam sepi menyepi ni pon ada la 5-6 org dr uols yang masih komen kat n3 tanya mana menghilang. Hola2.. Saya tak hilang. Ada ni. Cuma menceburi bidang lain sebentar selama 9 bulan hari tu.

Alhamdulillah. Ku panjat kesyukuran yang tak terhingga pada si Maha Pencipta di atas pemberian ini. Ingat tak n3 aku ke Hong Kong awal tahun hari tuh? Ada la seminggu b4 kami laki bini berangkat ke HK, aku dapat good news yang menandakan aku berbadan dua. Alhamdulillah. Setelah berbincang laki bini, kami mengambil keputusan untuk pergi jugak ke HK/Macau sebab dah dekat sangat date nya. Dan kami decide untuk cancel kan percutian kami yang lain. Iaitu ke Jakarta, Msia dan Sydney. Flight return semua cancel, and ada yg hotel purchased pon kami terpaksa cancel kan. Tak berani lah nak merayau sakan. Memang semua nya kuasa Allah, kalau nak jadi, jadik jugek. Kalau tak kemana pon kalau benda dah nak jadi (gugur) dia akan jadi jugak. Tapi pada aku yang ada pengalaman lebih dari sekali gugur ni biar lah aku decide dgn cara begini. Alhamdulillah keputusan yang kami ambik berbaloi2.


Abaikan idung yang membawang



Diam2 aku bawak perut yang comel nih. Tak ramai yang tahu. Betul2 aku umumkan di IG pon pada waktu aku 32-34weeks. 

September 02.
Akhirnya penantian kami suami isteri berakhir. Perit manis waktu mengandung pon berakhir. Dan pemberian digantikan dengan hamba Allah yg bersih dari Syurga ini. Kami nama kan anak ini Sarah, sempena nama isteri Nabi Ibrahim.


Fresh dari oven


1 bulan. Pergi check up.

**Ok tata.. Sarah dah ukk ekk ukk ekk nk susu mummy dia.. 
Doa dan mintak yang baik2 yek..?

Sarah dah  besar sikit kami sambung merayau.. Or mungkin bulan depan ke? Penat wooo berpantang. 
KBYE!