Food & Travel

27 June 2014

Dorsett Grand Subang June 2014


Assalamualaikum uols. Syiok eh pagi Jumaat dah ni, lusa je kot puasa. Esok mantai. Yippieee. Makan2! 

Ok mai nak cite direct le yang kami ke Subang sejurus check out dar Concorde KL hari tuh. Nice plan la. Check out kol 12.30 and soksek2 sampai Subang dalam pukol 2. Ngam2 kami check in. So far takat ni untuk 2014 ni ini kali ke 2 kami check in di Hotel ni. Ade dulu cakap yang aku under estimated hotel ni. Ingat kan hotel ni hotel lama and tak best n blablablabla. Yang pasti nya aku return balik kali ke 2 untuk hotel ni. Memule terpaksa ke hotel ni sebab Empire Hotel fully booked. But this time kami dengan rela hati memilih hotel ni dgn suka hati. Compare to Empire dua2 ada kelebihan sendiri lah. 1st yang tak boleh compare Empire is die adalah hotel berkonsep kan shopping mall. Memang turun reception selangkah dua dah sampai Empire Shopping Galllery. Itu je la bagi aku yang bestnya Empire. Bilik pon cantik. Tapi bilik Dorsett ni lagi cantik. And Empire tak da swimming pool sendiri. Kena share dgn Fitness 1st la pulak. Grand Dorsett ni ada yek.

Ok stop compare lah. 


Bulat anak mak ni. Berat 9.5kg 9 bulan. Makan tak kuat. Bersilat nak bagi makan. TAPI kuat susu. Alhamdulillah. 

Last time kami ada cuba bilik superior dia kan? Not bad. Agak cantik la berbanding dengan superior2 hotel lain. Die baru refurbish pon koo.. And concept dia white furniture. So nice la kan? Tapi bila last time kami upgred bilik di penghujung hari so kami dah jatuh cinta dgn ini Club Room. Bilik dia totally berbeza dgn superior. Tak mahal pon. And bole ber tea bagai di Club Floor atas nuh. And breakfast skali diatas tuh. Kita privacy lebih la kat atas tuh. 

Vallet parking RM30 per day.










Tang toilet dia memang tak menahan. Bole tak nak curik konsep buat open toilet macam tuh? Dah curik konsep mana plak nak curik duitnya? Ahaks.


Hah cantik kan? Jgn tengok tempat main Sarah tuh. Ahaks. Tapi konsep macam ni boleh je turun kan blind yang ada tuh if xnk orang luo mandang. Tekan je suis nya, kebawoh le dia. Haih. Nais. #moodrumahbaru

4H3M kami kat sini tak de pon layan tea or bfast kat club floor ni. Sebab terkial2 cinonet lah serving dia. Petang mayb boleh la cuci2 mata kan? Tapi petang kami dah kelaut layan Empire, Subang Parade segala. 


And kami sempat ke Ikea and Curve sebab dah lama sangat2 tak pi. Dari aku mengidam nak pi masa pregnant, tak ter p p gak sebab dah sarat. Sampai la pegi kali ni bawak anak plak dah. Tak de beli apa pon. Cuci2 mata saja. Teringin la nanti check in kat Royale Bintang kat depan tuh stay and shop sakan. Sebab nak beli barang2 rumah. Ye rumah #pondoksarahainman88 dah siap. Cuma belom diduduki je. Memang syiok kan if dapat beli barang2 comel ikea tuh. We'll see cemana. 

And sekali harung kami lunch di Nandos je dalam gambar ni untuk Fathers Day papa Sarah. 

Sarah, sayangi lah dia lebih dari kamu menyayangi mami. Kerana lelaki ini terlalu istimewa.. Nanti dah besar, ada rezeki mami cerita semua pengorbanan dia pd kita. InsyaAllah. Terima kasih segalanya. HAPPY FATHERS DAY kamu. Hanya ALLAH shj yg dapat membalas segalanya. We love u


Like father like daughter!



Selepas kami merayau sakan. Kami pon pulang dengan jaya nya. 


Tido kat carseat kesian. Meh tido kat mami sayang.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.

Nampaknya tahun ni kami tak bersahur ke Asam Pedas Melaka or Melting Pot KL. Kita bersahur bersama suami dan anak dirumah yek kali ni? InsyaALLAH.



Balik2 received shawl dari FashionValet. Nais weh!

11 comments:

  1. selamat berpuasa Beb... bleh tahan grand dorsett ni. nanti nak gi serang hendap..

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa beb and family...mcm best je dorsett ni..

    ReplyDelete
  3. salam beb ..
    makin besar sarah tu ..
    empire building tu 2 ke 3 kali pegi sana ..
    tp ... utk CatShow ..
    he..he..
    oh ye .. anak sulung aby 2 minggu lps pergi ke pulau Boracay, phillipines ..
    katanya , a very nice place to visit dan harga barang disana pun murah ..

    ReplyDelete
  4. Olololo comelnya sarah!!
    Selamat berpuasa beb!

    ReplyDelete
  5. Salam.... Selamat menunaikan ibadah puasa...

    ReplyDelete
  6. uhhh..toilet tu serupa dgn double tree...cantik!

    ReplyDelete
  7. Salam Beb

    selamat berpuasa
    kalau best pasti kita tak serik datang lagi, kalau tak best dan so-so je, tu yang sekali je kan hahaha

    ReplyDelete
  8. Selamat Berpuasa beb. beso dah si sarah haa. geram pulak aku.

    ReplyDelete
  9. beb acaner aku nak komen kat blog ko yang lagi satu tu.. tade comen box punggg

    ReplyDelete
  10. beb letak ler komen box kat blog ko lagi satu tuuu. aku nak ngomen niii

    ReplyDelete
  11. besar dah sarah... bila nak mai sini uols...

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D