Food & Travel

20 September 2014

Kidzoona - Empire Shopping Gallery


Happy weekend yawls.
Sian Sarah and mami. Kat Seremban takde pape yang bole diraikan utk budak2. Kan best kalau ada play ctr mcm kidzoona ni di Seremban. Sapa2 ada modal nak bukak? Sila lah! Kami kelaparan disini. Kebusanan.

Ni last time di Empire Shopping Gallery hari tuh. And sangat2 baru lagik di ESG ni. If tak silap aku masa kami pegi last month tempat ni baru je bukak 3-4 hari sebelum tuh. Wah ini sudah bagus. Kami turun dari bilik beberapa langkah je and terus ke tingkat paling atas. Tujuan aku nak tgk baju anak. Aku sangat teruja tengok baju2 budak. Baju sendiri dah no 2 dan 3 dah. Baju anak jdi no 1. Ralit aku kalau dapat masuk butik2 baby. Tapi tengok je. Aku tak penah beli baju anak selai RM100 pon. Ahaks. Kedekot mami kan? Well! Sayang duit. Sayang duit laki. Ahaks.

Ok back to Kidzoona. Jalan2 tingkat atas tuh skali nampak ni kat depan toyrus. Wah ini sudah bagus. Aku pasti sangat lah masa tuh, ini mesti RM20-Rm30 ni kalau nak masuk. Sekali tengok RM10 je untuk weekdays. And RM15 untuk weekend. Per day bukan per entry ye? Sangat2 murah. Kot nak kua n masuk balik lepas beberapa jam pon boleh. Asal kan ada tag gelang yang dipakaikan kat baby/kids tuh. Cool la. Dah la masa aku p tak de orang. Haaaaaaaaaaaaaaa siok!




Sibulat aku ni memang sonok la duk main menan2 dia.. Ralit member!! Dari 1 ke 1 tempat dia main. Orang plak tak de kaco. Ade la sorang dua yang main dgn dia.. Tapi dia wat dunno je.


Muka suka. Kat rumah ada yang sedih punya. Ikea. lol. Tak berapa nak layan. Sebab kecik and pendek. Yang kat sini tinggi2. Bila dilepas kan beads tuh jarak jatuh dia lama, bukan main suka ini anak.








Tangan mami sikit2 je masuk kan? Akal mami nk join tuh. Geramm2 je mami tahan nak.. Ahaks


All wooden toys die are from Hape. Memang berkualiti lah. So tak perlu la risau or takot. InsyaALLAH selamat. Mak pak pon boleh join main. Bukan join masuk je tau. Join main sekali all toys. Badak cemana pon boleh je main. Ada parents yang lg beso dr aku selamber main slide dgn anak dia. Senyum je iols tengok. Aha.

How i wish Seremban ada 1 play ctr macam ni. Terisi kekosongan anak ku..

Well. Mayb ada alasan selalu ke KL. Ahaks.

Happy weekend yawls.

Assalammualaikum.

4 comments:

  1. haii.. you...! :)
    Sukalah sarah tu dapat main2 cmgitu.. *hiks.
    kat somban takdo yo? gamaknye kene bawak dtg sarah every weekenlah yer.. hehehehe :)

    ReplyDelete
  2. Amboi sarah...syiok wehh...dunia ini aku yang punya.... mmg weekdays best..x ramai umat...cuba tang weekend awal bulan..cramp tmpt tu...he..he..

    p/s: layout baru eh? slalu bukak di hp, x bape nak prasan...hr ni tngk di lappy.

    ReplyDelete
  3. mcm best je nih..seremban ni mainan yg masuk coin tu jela yg ado!

    ReplyDelete
  4. wehhh bestnyaaa! tak penah lagi bawak emyr gi playgym cani. syioknyaaa. murah pulak tuhhh. jum playdate!

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D