Food & Travel

13 October 2014

Mencari Sata dan Otak2 di Kuantan


Last week kami sekeluarga ada la ke Kuantan Pahang. Amboih sekeluarga tuh macam la ramai kan? Kami ber3. Diatas urusan kekeluargaan. Gituh. So perjalanan mengambil masa 3-4jam. Alhamdulillah semua seperti dirancang. Cewah. Macam la tak pernah balik Kuantan. Ahaks.

So kami sempat la mengimbau kembali kenangan lama ke Teluk Cempedak. Wah lama tak singgah. Ini singgah pon kenkonon nak kenal kan laut dan pantai kat Sarah. Sekali pergi ribut and guruh plak. Sempat layan Chatime and chow. Kelas kan TC dah ada Chatime semua. Jakun sebentar. Dulu pergi hanya ada Mekdi shj. Itu pon penah gak pegi sebelum kewujudan mcd. Tapi lama sangat dah. Dulu Kuantan ni selalu ada gig dak? Idok le teman... Teman dengo2 jah.

So sekarang TC dah ada kepci, chatime, mcd and banyak lagi lah tempat2 santai yang siok.. Nanti nak merasa ke Hyatt lah. Belom penah rasa lagik. Later la torai. InsyaAllah. Disebab kan kami singgah kejap je so kami tak stay lama.


Ce teka anak aku duk perati tenung apa tuh???!

Lepas amik angin semata2 di TC kami terus ke Tanjung Lumpur.
Wat apa Tg Lumpur ni???? 
SATA!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Memang banyak deretan kedai Sata and Otak2 kat sini. Memang rambang mata tengok. Tapi tah cemana kami bole tertarik di kedai Keropok Mok Su ni. Sebab Mok tu kah? Ahaks.



Kami beli otak2 and sata yang dah siap masak. Pon kami beli yang frozen, termasuk kopok lekor and kopok keping tuh. Alhamdulillah nasib menyebelahi kami. Dari sos botol nya yang kami beli sampai la ke frozen and yang dah siap masak semua SEDAP2 belaka. MasyaALLAH syukur. Nampak tak cemana aku bersyukur kat situ. Sebab kami beli banyak gila. Penuh boot kereta. Kot tak sedap sia2 kan? Alhamdulillah sedap2. Puas ati. Rekemen sangat kedai Mok Su ni. Otak2 dia pon tebal n nomnomnom.. Erk teringat plak otak2 di Dungun Terengganu, dalam dia ada ikan sekor. hehehhehe..

So sapa2 akan ke Tg. Lumpur sila la ke kedai Keropok Mok Su ini. 

Banyak lagi lah kedai2 femes yang kami nampak tapi tak sempat nak brenti. Cendol Mustapha, Ana Ikan Bakar Petai. Arghhhhhhhhhhhhh! Kalau tak da benda yang nak dikejarkan pasti kami dah menyinggah2 dah. Later. Pasti kami repeat. Zassss!

Happy weekdays uols.

4 comments:

  1. Alaaaa aku baru balik dr kuantannnnn....!

    ReplyDelete
  2. gooodddddddddddddddd

    aku baru plan nak gi kuantan. tapi musim hujan pulak dowh

    ReplyDelete
  3. kalau pg kuantan, aku pon membeli kopok lekor kat mok su nie..sata tak penah pulak..pasni kalau ada rezeki, nak beli sata pulok.. :)

    ReplyDelete
  4. comel lah anak uols hehehe
    haaaaa lama x mkn sata..last mkn sata 2010 haha

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D