Food & Travel

09 March 2014

Serik?


Serius cakap.. Memang tak jadi keje sejak dapat tahu kehilangan mh370 ni. Sangat lah menyayat hati. Aku pon tatau apsal. Sebab aku seorang manusia, salah sorang malaysian, salah sorang pengguna mas, salah sorang pengguna kapal terbang, dan salah sorang kaki jalan mungkin! 

Serius cakap, sejak korang travel, brapa kali tragedi menakotkan happened kat korang? Ye kat atas nuh! Mungkin la aku ni penakot kot. Tapi sapa je tak takot? Jalan2 kat atas tuh sebab cuaca x sesuai untuk landing dek hujan lebat, kilat sambung menyambung tgk kat tingkap. Penah jugak aku yg berat ni tergelincir kat seat sebelah sebab kapal terbang menjunam tah kemana dgn kuat sekali. Terhantuk tu tak yah cakap la sebab cuaca dan perjalanan tak lancar. Mahu tak takot? Mahu tak ingat mati? Itu la phobia setiap kali naik dan turun flight. Apa la yang mereka rasa? Siapa2 pon boleh menjadi mangsa. Termasuk kita. Nauzubillahiminzalikh. 


Aku betul2 masih mengharapkan ada yang terselamat.. Walaupon! 

Tapi sebagai manusia kita tak salah berharap dan berdoa. Selagi tiada khabar selagi tuh kita tak boleh berhenti berharap

Hanya padaMU ku bermohon ya ALLAH. 

pssssssst : tak payah nak serius sgt layan keledek2 ubi yg sengal menuduh tragedi2 ni berkait dgn politik. Nama pon cetek akal. Apehal la kita yg berakal ni nak layan.. Biarkan. Doa mereka diberi akal yg lebih. 

Ada traveler yang serik nak fly lepas nihhhhhhhhhhhh?

03 March 2014

PNB Darby Park 2014


Bed tester sengih hilang mata.. 

Sejurus check out Dorsett Grand (asal cam tak best sebut camni, kne terbalik baru best dgr en?) yang lepas kami dapat rileks 2 malam je di rumah and naik KL balik sebab ada koje pula di sekitar KL. Kemana? Ke PNB Darby Park. Kali ini adalah kali ke 2 kami berkunjung ke sini. Yang pertama last year.. Mari klik sini nah.. PNB Darby Park 2013 

Kat PNB ni pong boleh tahan lama, 4 malam. Semput. Cuma kami awal kan check in 1 malam untuk sesaja lepak. Selalu kalau pegi mana2 keje, kami akan extend sendiri pada malam2 terakhir, tapi kali ni kami check in awal. Dapat la corp rate dak? Lagipon PNB ni sangat2 berbaloi n boleh dikatakan murah gilo. Bermodal kan RM290+ uols akan dapat suite yang sangat2 selesa. Syukur alhamdulillah.

**ada gambar aku curik n rojak2 dari PNB prev post yek..


Process check in nya simple je. Cuma agak lembab sket bilamana FO ni kena layan beberapa pak arab. Paham2 la pak2 arab ni. Kena 14x cakap baru paham. FO plak cenonit kecik camtu. So bertabahlah kalau lembab tuh. Tapi overall kami ok2 sajok.

If tak silap, PNB 2013 kami di floor belas2. Either 14th ke 16th tah. But this time gila tinggi. 32nd weih. Adeh gayat den. Means lagi tinggi la kasta bilik nye. Eh tak yah nak eksen, murah je pon. Lagipon setinggi2 kita, ada yang lagi maha hebat ye dak? REALITY! Ok sambung cite, dari suite2 yang ada, if tak silap ada yang check in kat atas nuh. Itu rasa nye memang super duper suite kot. Kot la. So tak yah nak verangan vass sangat yeh.


Suite 1 room kami untuk beberapa malam.


Kitchen ni memang betol2 kitchen. Semua ada. Dari axion cuci pinggan sampai la ke garam, pembuka tin and macam2 lagik. Kotor? Takot ada najis? Haram? Sila tanya ustaz2 or google terlebih dahulu yek? Carik la sumber yang bole dipercayai yek di google tu pong. Toksah caya nau!


Pinggan mangkuk, toaster, tupperware, eh semua lah! Suka aku. Tugas hanya pi sopping kat cold storage klcc je. Klcc pon 2min je nek keto. Ahhhh suka! Tapi kalau dah get ready dari rumah nak bawak macam2 lagi bagus. Lagi bole saving kan daripa shopping kat klcc tekauuu!





Dalam bilik, betul2 hujung kaki katil ni ada tv. Macam last time dalam bilik ni nan hadoo tv, katil semata. Kali ni best,  senang la kami nonton sambil anak tido. 


Ini lah dia heartbeat kami. Hai kuasa ALLAH kn? Si bulat ni la dalam perut gue 1 masa dulu. Krukk kriiik sana sini. Share everything dengan mami. Alhamdulillah. 


Ni hall nya.. Tepi ni meja makan. And ade meja tulis kecik tepi tuh. Siap ada mesin faksimili. Ahaks. Bagus kan? Hall ni plak ngadap tv dengan tv cabinet. Siapa da dvd player n speaker bagai. Aku tak godek. Tak de masa haih!


Gini la rope nye tv cabinetnye.. Skema habih. Sebab tuh x menarik nak usik ye dak? Bahaha. Ce kalau moden style tu, gatei je tgn nak menekan. What to dooooo..~

Selesa.

Tu cita suite. Nak cite sal makan plak. Eh serious nih, last year bfast makan lansung tak sedap kat Binjai bawah tuh. Tak tipu! Sampai hari ni aku masih ingat depa serve sgt simple n boring. TAPI TAPI TAPI kali ni bfast je pon tapi SEDAP! And sangat variety. Apa dah jadi? Macam2 ada, banyak, sedap and selese. Syiok alhamdulillah.


Alhamdulillah depa ada peningkatan. Bukan stakat food sedap, tapi cepat n fresh. Cepat ni means walau ramai, telo2 aku order dah siap in 30saat. LOL.

Kalau 2013 kami stay pon berhari2, memang tak sedap and no choice. Sampai malas dah nak turun. Biar lah lapa, nanti2 kuo carik makan. But this time memang asik turun je hari2. LOL. Cuma last time kami duk puji food di 39th fl. Ada restaurant atas nuh. SEDAP. Tapi this time kami tak p.


Malay cuisine eh sodap. Asam pedas dia pergh. Lapo! Kalau free p klik prev post PNB yek?

Eh jap! Nak tanya, uols tau kot ada kedai dim sum hot kat sbelah PNB ni, PNB building jugek. Tapi halal ke? Bukan main ramai yg rekemen. Dulu ade try pergi. Memang sah2 xde halal. Pastu memang cino kau2 punya. Was2 plak kan? Tapi kalau ada yang dah biasa dah confident, tade hallah. Aku je bru tau. And ade rasa nak cuba2 b4 tgk. Tapi tu le. Was2.


So apa je yang kami makan? Ada la kami duk tapau kat opis2 building sekitar PNB ni. Gila murah. Semua2 ni hanya RM24. Huhuhuhu Eh mahal ke murah? Murah la kan? Tengok ayam aku whole leg. Sorang 1 plak tuh. Ikan talapia bakor. Daging nuh, lauk kawah. Dengan air sekali limau ais. Sedapppp la plak kan? Syukur kenyang. 

Selain tuh ada la kami main masak2. And order room service. Banyak jgk kami order. Lupa nak tangkap gambar. Bertuah la sekarang ni kalau lepas snap pict. Dah beranak ni sukar sikit nak squeeza masa utk diri sendiri. Ini pon kira terpuji jugak la. Tu yang banyak tercicir tuh. Kalau tak meriah gak lagi gambar. Semput uols telaah kn? InsyaALLAH Sarah dah besar sket aku ON balik nahhh.. 

So overall ok lah.. Kami outing hari2. Ke KLCC, avenue K yg maha busan. Carik barang anak.. And yang lain2 keje keje keje.. Gilir2 jaga anak dak? Syukur lah.


@ h&m avenue K. Hanya jalan kaki pon bole. TIPU. Kalau single bole lah. Ni dah beranak pinak tak le lah. Asap debu bagai. Toksah laaa..

So settle bermalam2 disini, jom balik. Nak kene masuk koje balik. Aisey. 



Teringin ke hotel YTL seterusnya lah. Majestic KL. Ada sapa2 nak sponser? Pekkk kene lempang kat dahi!



PNB Darby Park Executive Suites 10 Jalan Binjai, 
50450 Kuala Lumpur, Malaysia 

Tel: (603) 7490 3333 
Fax: (603) 7490 3388 
Emailreservations@pnbdarbypark.com



View Untitled in a larger map