Food & Travel

27 June 2014

Dorsett Grand Subang June 2014


Assalamualaikum uols. Syiok eh pagi Jumaat dah ni, lusa je kot puasa. Esok mantai. Yippieee. Makan2! 

Ok mai nak cite direct le yang kami ke Subang sejurus check out dar Concorde KL hari tuh. Nice plan la. Check out kol 12.30 and soksek2 sampai Subang dalam pukol 2. Ngam2 kami check in. So far takat ni untuk 2014 ni ini kali ke 2 kami check in di Hotel ni. Ade dulu cakap yang aku under estimated hotel ni. Ingat kan hotel ni hotel lama and tak best n blablablabla. Yang pasti nya aku return balik kali ke 2 untuk hotel ni. Memule terpaksa ke hotel ni sebab Empire Hotel fully booked. But this time kami dengan rela hati memilih hotel ni dgn suka hati. Compare to Empire dua2 ada kelebihan sendiri lah. 1st yang tak boleh compare Empire is die adalah hotel berkonsep kan shopping mall. Memang turun reception selangkah dua dah sampai Empire Shopping Galllery. Itu je la bagi aku yang bestnya Empire. Bilik pon cantik. Tapi bilik Dorsett ni lagi cantik. And Empire tak da swimming pool sendiri. Kena share dgn Fitness 1st la pulak. Grand Dorsett ni ada yek.

Ok stop compare lah. 


Bulat anak mak ni. Berat 9.5kg 9 bulan. Makan tak kuat. Bersilat nak bagi makan. TAPI kuat susu. Alhamdulillah. 

Last time kami ada cuba bilik superior dia kan? Not bad. Agak cantik la berbanding dengan superior2 hotel lain. Die baru refurbish pon koo.. And concept dia white furniture. So nice la kan? Tapi bila last time kami upgred bilik di penghujung hari so kami dah jatuh cinta dgn ini Club Room. Bilik dia totally berbeza dgn superior. Tak mahal pon. And bole ber tea bagai di Club Floor atas nuh. And breakfast skali diatas tuh. Kita privacy lebih la kat atas tuh. 

Vallet parking RM30 per day.










Tang toilet dia memang tak menahan. Bole tak nak curik konsep buat open toilet macam tuh? Dah curik konsep mana plak nak curik duitnya? Ahaks.


Hah cantik kan? Jgn tengok tempat main Sarah tuh. Ahaks. Tapi konsep macam ni boleh je turun kan blind yang ada tuh if xnk orang luo mandang. Tekan je suis nya, kebawoh le dia. Haih. Nais. #moodrumahbaru

4H3M kami kat sini tak de pon layan tea or bfast kat club floor ni. Sebab terkial2 cinonet lah serving dia. Petang mayb boleh la cuci2 mata kan? Tapi petang kami dah kelaut layan Empire, Subang Parade segala. 


And kami sempat ke Ikea and Curve sebab dah lama sangat2 tak pi. Dari aku mengidam nak pi masa pregnant, tak ter p p gak sebab dah sarat. Sampai la pegi kali ni bawak anak plak dah. Tak de beli apa pon. Cuci2 mata saja. Teringin la nanti check in kat Royale Bintang kat depan tuh stay and shop sakan. Sebab nak beli barang2 rumah. Ye rumah #pondoksarahainman88 dah siap. Cuma belom diduduki je. Memang syiok kan if dapat beli barang2 comel ikea tuh. We'll see cemana. 

And sekali harung kami lunch di Nandos je dalam gambar ni untuk Fathers Day papa Sarah. 

Sarah, sayangi lah dia lebih dari kamu menyayangi mami. Kerana lelaki ini terlalu istimewa.. Nanti dah besar, ada rezeki mami cerita semua pengorbanan dia pd kita. InsyaAllah. Terima kasih segalanya. HAPPY FATHERS DAY kamu. Hanya ALLAH shj yg dapat membalas segalanya. We love u


Like father like daughter!



Selepas kami merayau sakan. Kami pon pulang dengan jaya nya. 


Tido kat carseat kesian. Meh tido kat mami sayang.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.

Nampaknya tahun ni kami tak bersahur ke Asam Pedas Melaka or Melting Pot KL. Kita bersahur bersama suami dan anak dirumah yek kali ni? InsyaALLAH.



Balik2 received shawl dari FashionValet. Nais weh!

22 June 2014

Concorde Kuala Lumpur June 2014


Caaaaaak unties and uncles..! 
Erm minggu lepas lagi sekali kami merayap di KL dan Subang. Saje buat2 ada keje sambil minum2 ayaq. Cuma kali ni tak la banyak mana bergambar sebab dah ada baby ni semua benda nak pegang, semua benda nak bawak. Kan? So memang awal2 camera tertinggal dalam kereta! Nak pi amik day 1 tu memang malas. Keluar pon malas. Sebab apa? Sebab parking concorde ni bercinta sikit. Errr tak jauh mana, tapi mengada la kot. So tak banyak gambar bilik sebab bilik dah bersepah2 baru camera kat tangan. 

Valet Parking RM15 per entry.



Kami pergi hari Ahad kalau tak silap. So orang check in tak ramai, orang yang lalu lalang ramai. Ade tea ke ada makan2 ke entah la. Memang ramai je orang haih. Last time kami ada gak beberapa kali check in disini. Kalau tak silap ni kali ke 2 kami ke sini after die refurbish hotel ni. 1st time dulu dapat bilik superior biasa tuh je. Kali ni berniat baik untuk upgrade ke bilik premier which is di Primier Tower. Bayar lebih sikit la tapi selesa apa salahnya.

Premier Tower
Owh sangat menghampakan kami! Premier ni tak boleh ada baby. Cissssssss! Ok la sebab dia floor merangkap tower yang smart2 so tak bole ada gangguan. Cian manja mami, bising ye? Ok2 kami redha. Padahal dah bercita2 dah nak dapat bilik cantik. Sebab kalau superior bilik dia biasa2 jer. Dah selaaaaalu sangat kot dari sebelum die refurbish lagik dah asik bilik cenggitu je. Nak la rasa2 bilik premier. Done lah!

Ade kesah kat sini, ada mamat saleh tanya front office apa beza tower premier ni dengan bilik biasa. Ko tau minah tuh jawab apa??? 'this room is facing Jalan Ampang sir.' Mamat saleh tuh blur and jawab 'what is jalan ampang?' kakakakakakakka aku pon selalu jugak jumpa manusia cenggini. Lansung takde akal. Jadah nye la mamat saleh tuh nak phm apa Jln Ampang? Erk


World Cup fever. Teringat dulu2. Tang final je heboh sokong sana sini. Reti nye tidak. Belasah je.


Meh jalan2 sikit bawah tuh. Tak berubah la dari dulu. Ada spot2 menarik kat bawah ni. 


 

Ini Concorde punya Live Band. Menarik jugak. Selalu penuh malam2. Tak kira la malam apa pon. Banyak duit orang2 ni kan? Ahaks



Ini lift untuk bilik premier sahaja. Ya lift aku kat lain. Lift lama. Heeee tak aci kan? Tak ke rasa ingin tahu sangat floor ni. Ah mencik.


Ini semua warga KL tau lah kot kan? Concorde hotel ni ber link dengan Hard Rock Cafe KL. Ye sangat2 bersebelahan and siap ada pintu khas untuk ke HRC. Untuk penduduk sementara Concorde, Anda berkelayakan untuk mendapat diskaun sebanyak 15% apabila anda shopping di Rock Shop. Tapi voucher nya ada dalam bilik. So kena check in, n masuk bilik dulu baru la jumpa voucher nya tu. 




Masalah aku sekarang, aku belom masuk lagi bilik dah membeli bagai nak rakkk kat Rock Shop. Heeee panas je. So kepada uols jangan terburu2 macam iols. Tak la rugi mana pon. Bole collect point Vip member pon kalau beli mcm2 nih. Ahaks. Tapi terkilan gak la.. Takpe, bole sambung shop.

Kami tak beli banyak pon mana2 yang ada print KUALA LUMPUR  sebab rasa cam  rugi. LOL. Beli patung2 yg cool2 yang hanya berstamp HRC. Coolio kan?


Dah merepek kat bawah jom naik atas. Ini la gayanya tak berubah. Carpet tuh la kot berubahnya.


Ini je sempat aku snap pakai camera, yang lain semua pakai hp. Masa ni hari keberapa tah stay baru dapat bawak naik camera yg tertinggal dlm kereta. Ko tengok gaya biliknya, dah bersepah. Tong sampah bawah tuh dah penuh dek sampah menan Sarah. Ahaks. 


Ini cool. Complimentary drinks nya Spritzer. Jarang2 berlaku ya! 


Toiletries ni nak jaga hati aku mungkin. Bertakhta 'premier' suruh aku fefeeling dapat bilik premier lettew. Padahal? Superior jah.


NI la rupa biliknya. Biasa2 jah. Ini my dobot and papande nye.


As usual! Melting Pot tak pernah menghampakan. Breakfast yang melampau2 syiok, sedap dan padat dengan orang. Mencik tau! Erm kami ada lepak makan petang jugak that day tapi tiada gambar. Ya lepak petang tapi bedal macam2. Laki aku nasi goreng, aku kuey tiaw contonese and starter kami salmon caesar salad kot. Lupa. Sedap gilos gamaknye uols. Harga dalam RM29-RM39 per plate kot. Tapi portion dia? Besarrrrrrrrr. Pinggan aku dah macam mangkuk tempayan aku tgk. Ini baru betulllllllllllllllll. 


Makcik ni dah bosan lettew. Breakfast or mkn or apa2 je berdua je dengan dia sangat mencabar. Sarah cepat bosan. Memang umo gini lagu ni la dak? Ok2.. Mami tayang manja mami. mwah


Aku tengok ni aku senyum! Awwwwwww ada lagi dorang serve steamboat malam2 buta ni. Sangat cool. Aku ingat untuk puasa je. Rupanya tak puasa pon ada. Cerita pasal puasa, tak lepas la mami nak bersahur dating2 dengan papa steamboat melting pot kali ni. Aha. Takpe la. Next time Sarah dah besara ask papa bawak k? Mwah


Dont worry, sepanjang kami merayau. Semua food Sarah aku masak sendiri. No instant baby food. InsyaAllah belum terdesak lagik. Masak pakai beaba babycook. Sila google.


Banyak kali ke sini belom sekali pon aku berendaman dalam ni. Swimming suit sarah dah beli. Omei je tapi pakai nye belum. Later ye nak. Mami bwk nahhhhh.


Ada lagi 1 luggage tak sempat nak snap. Ala yang pink hand luggage tuh lah. Cewah. Macam la korang amik tau dak? Luggage tuh penuh dgn barang2 makan Sarah. Beaba babycook, beras, sweet potatoes, avacado etc. Ada beli slice ayam and salmon tapi make sure beli sikit2 kat klcc so terpelihara la fresh nya if letak dalam minibar tuh. InsyaAllah makan anak terjamin. 



So lepas check out balik Seremban ke? NO! Kami ada lagi 2 destinasi. Ke mana? Later next n3 yek? Seeyah! Assalam.


11 June 2014

'Jenjalan dekat je' -Sarah



LIVE

'Jenjalan dekat je' -Sarah