Food & Travel

20 October 2014

Buat passport baby and renew passport si mak pak budak 2014



Ahha. 1st of ALL aku tertipu dan ditipu ke acane tah. Ada ke patut dah setahun lebih kot passport aku tak ber renew2. Alasan dia as usual lah, ala nanti2 la. On9 kan ada? On9 kan ada? Haaaaaaa! Sokali urgent nak pakai menggelabah ketam nak p buat. Masa tuh la google sana sini nak on9 dah tak boleh. 2012 boleh la. Cissssssssssssss tertipu gue. Eh dah lama rupanya aku baca tuh. 2012 tekau!

Nak renew passport aku ok lagi, walaupon kesuntukan masa tapi aku masih di Msia. Tapi nak renew untuk laki aku ni. Empunya badan tak da di sini. Aku pon confident cakap dengan hubby, dah org lain yang on9 tuh boleh buat, tentu2 nak renew tanpa dia pon bole! Sidia pon lega mendengar. Aku pon 'takpa2 kasi sy carik dulu, nanti ill call u' cewahhhhhhhhhhhhhhh! Siap berani mati melegakan laki aku. Sokali aku google semua cerita 2012. Aku call (nasib baik jabatan2 ni dah banyak berubah! Laju dorang layan aku. Alhamdulillah dipermudahkan) Sokali dorang cakap tak boleh on9. No such thing. (minah ni mesti baru masuk keje. Sbb dia tak tau penah ujudnya renew through on9. Ok whatever!) So kena ada empunya badan untuk renew! Pengsan! Laki aku balik minggu depan, and minggu depan jugek nak terbang and minggu depan jugak passport dia nak kong. Again, semoga ALLAH permudahkan segalanya!

Sementara nak tunggu laki aku balik minggu depan, aku pon bergegas la ke Jab Imegresen Seremban. Phew! Dah di warning oleh minah dalam fon tuh, nak deepavali ni agak ramai. Adeh. Takpa. Usaha! Chaiyok! Yang bestnya bawak sikecik ni.. Iyan dia. Penat la nanti ni.

Untuk Renew Passport Dewasa apa yang diperlukan?;-
- Passport lama
- Photocopy I/C
- Duit RM300 untuk 5tahun dan RM100 untuk 2 tahun.
- Gambar WAJIB tangkap di sana.
- !!!! Pada sesiapa pakai lense (kanta lengkap) sila siap2 buka n pakai spec yo! Kalau tak dorang suh buka kat situ. Ye depan counter nuh! Kalut. Tapi ada Jab yang sedia kan solution and case. Macam akak aku tak de. Dia buat di KL. Tak sure kat mana KL.

Passport Baby
- Gambar 2 keping. Berlatarbelakangkan color PUTIH. (boleh diambil terlebih dahulu di kedai2 gambar).
- Surat beranak asal
- Photocopy Surat Beranak
- Photcopy IC mak/ayah yang datang sekali masa tuh. ( if macam aku, ic aku lah!)
- Empunya diri sebab dorang nak tengok.
- Duit RM150 untuk 5tahun. ( untuk 2 tahun tak sure berapa! Ahaks)

Sampai2 dalam 815am. Phew! Parking penuh. Standard. Rezeki kami dapat depan gate. MasyaALLAH. Terima kasih ALLAH.. Naik atas je dah ramai, tapi Ramai dia tak la sampai berdiri2. Tapi all seats are full! Sebab dorang 730am dah buka. So aku pon macam biasa amik num. Amik number ni dia terus nak kan doc2 yang WAJIB di atas ya. Kena serah kan masa tuh jugak! 
Alhamdulillah aku dapat 2 number giliran. 1 untuk Sarah 3002. 1 untuk aku 1570. And counter amik no/penyerahan doc tuh pesan, if salah 1 kena panggil mintak counter buat sekali/serentak. Ok!

Lepas tuh aku pon duduk la dalam ramai2 tuh. Ditemani emak gue. Tgk no giliran sekarang ada la lagi 60 orang baru no aku mai. So aku decide untuk pergi minum dulu. Tapi mak aku tak setuju. Nanti lah kata nya. Tak sampai 2 minit duduk no Sarah 3002 tuh dipanggil. Aku tergamam. Sebab terlalu focus kan no pangkal 1xxx tuh. Weeeeeeeeeeeeeeee! Alhamdulillah. So terus ke counter and cakap apa yang minah 1st tadi pesan. Buat sekali. Yes. Alhamdulillah dipermudahkan lagik. 1st buat mami punya.. Tangkap gmbr masa tuh jugak. Soksek soksek soksek.. SIAP! Then buat Sarah punya. Soksek Soksek siap! Dah siap dia bagi 1 kertas untuk diserahkan di counter lain. Iaitu counter bayaran. Thank u!

Letak slip penyerahan di counter pembayaran. Dalam 15min dipanggil nama iols. Buat pembayaran and serahan document2 original kita tadi (my ic and Sarah's srt beranak). And diberi receipt pembayaran sekali dengan waktu untuk amik passport yang dah siap nanti. Which is tak sampai 1 jam pon. So kami pon berlari2 anak untuk turun ke bawah n makan makan makan. Naik atas terus amik passport yang dah siap. LEGA! Very the great service 1. Bila kami naik balik untuk amik pasport yang dah siap, orang dah mula berdiri2. RAMAI!

Passport lama di lobang kan. Dan passport baru pon siap. Dengan gambar kita itam putih. Hee tak cantik. Da tuh jadah nye tanggal lense klu gambar itam putih. OK2 ramai retis pakai lense yang putih nanti dak? Ahaks.

So itu la 1 perkongsian iols utk uols. Moga bermanfaat.

17 October 2014

Leha World Paroi Seremban


Haaaaaaaaaaaaaaa makan! Salam tengahari. Salam Jumahat uols.
Leha World ni dah lama dah nak cita. Tapi disebabkan dalam Seremban je so cam ah nanti2 lah. So skarang ni rajin plak nak snap gambar kat kedai ni. Itu pon sambil lewa.

Leha World ni penah masuk tv kot. Penah kua paper kot. Sebab spread lauk dia yang melampau luas. Sangat lah luas nye weh. Sekarang tatau la, tapi kalau 4-5tahun lepas kat kl pengalaman aku bekerja disana tak ada lagi yang membentang kan lauk sebanyak ini. ITU LA KELEBIHAN Leha World ni. Kot.

Bertempat di Paroi Jaya Seremban. Bukak setiap hari dari tengahari sampai petang je. Sebab kedai ni juai lauk je pon. 

(pic:google)

So lets.







Kedai ni memang jenis goreng2 zassss die susun 1 tempat. Melaut ok. Masak lemak kuning zass 1 tempat. Masak lemak putih pon. Sambal2 zass 1 tempat melaut. Rasa dia sedap. Tengok sendiri la masak lemak dia pekat cemana. Heheheheh. Tapi pada aku sedap2 dia ade lagi kedai sedap. Tapi kedai koboi je x jauh dari tempat dia nih. Tapi walaubagaimanapon(ceh ayat) Leha World ni masih kategori lauk2 sedap dimakan. 

Ikan bakar pon di bakar masa tuh jugak. Memang ada tempat dia membakar disitu.


Haaa ini yang paling special. AIR IS FREE! Yibbah! Baik hati dak bagi air free? Syukur alhamdulillah. Murah rejki si toke. Yerla kalau air bodo2 yang sedap gini klu kat restoren almost RM10 masuk tax woooo.. Panas je hati nih. Ahaks. 

So sapa2 yang ada nearest and bkan org Seremban, sila la cuba untuk makanan2 nogori ek?

Nanti akan ku blog pasal Nelayan Restaurant. InsyaAllah. Pegi ada tapi tu lah. Lupa nak snap. Apa yang special kedai makan Nelayan ni? Dia juai lauk tengahari yang exotic2 gituh. Landak poik. Aha.

13 October 2014

Mencari Sata dan Otak2 di Kuantan


Last week kami sekeluarga ada la ke Kuantan Pahang. Amboih sekeluarga tuh macam la ramai kan? Kami ber3. Diatas urusan kekeluargaan. Gituh. So perjalanan mengambil masa 3-4jam. Alhamdulillah semua seperti dirancang. Cewah. Macam la tak pernah balik Kuantan. Ahaks.

So kami sempat la mengimbau kembali kenangan lama ke Teluk Cempedak. Wah lama tak singgah. Ini singgah pon kenkonon nak kenal kan laut dan pantai kat Sarah. Sekali pergi ribut and guruh plak. Sempat layan Chatime and chow. Kelas kan TC dah ada Chatime semua. Jakun sebentar. Dulu pergi hanya ada Mekdi shj. Itu pon penah gak pegi sebelum kewujudan mcd. Tapi lama sangat dah. Dulu Kuantan ni selalu ada gig dak? Idok le teman... Teman dengo2 jah.

So sekarang TC dah ada kepci, chatime, mcd and banyak lagi lah tempat2 santai yang siok.. Nanti nak merasa ke Hyatt lah. Belom penah rasa lagik. Later la torai. InsyaAllah. Disebab kan kami singgah kejap je so kami tak stay lama.


Ce teka anak aku duk perati tenung apa tuh???!

Lepas amik angin semata2 di TC kami terus ke Tanjung Lumpur.
Wat apa Tg Lumpur ni???? 
SATA!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Memang banyak deretan kedai Sata and Otak2 kat sini. Memang rambang mata tengok. Tapi tah cemana kami bole tertarik di kedai Keropok Mok Su ni. Sebab Mok tu kah? Ahaks.



Kami beli otak2 and sata yang dah siap masak. Pon kami beli yang frozen, termasuk kopok lekor and kopok keping tuh. Alhamdulillah nasib menyebelahi kami. Dari sos botol nya yang kami beli sampai la ke frozen and yang dah siap masak semua SEDAP2 belaka. MasyaALLAH syukur. Nampak tak cemana aku bersyukur kat situ. Sebab kami beli banyak gila. Penuh boot kereta. Kot tak sedap sia2 kan? Alhamdulillah sedap2. Puas ati. Rekemen sangat kedai Mok Su ni. Otak2 dia pon tebal n nomnomnom.. Erk teringat plak otak2 di Dungun Terengganu, dalam dia ada ikan sekor. hehehhehe..

So sapa2 akan ke Tg. Lumpur sila la ke kedai Keropok Mok Su ini. 

Banyak lagi lah kedai2 femes yang kami nampak tapi tak sempat nak brenti. Cendol Mustapha, Ana Ikan Bakar Petai. Arghhhhhhhhhhhhh! Kalau tak da benda yang nak dikejarkan pasti kami dah menyinggah2 dah. Later. Pasti kami repeat. Zassss!

Happy weekdays uols.

08 October 2014

KL Steamboat Station Kelana Jaya


Aku tau KLSS ni dari instagram. Tah cemana tah, tah sapa aku stalk tah sampai la aku teringin untuk follow ig KLSS ni. Agak lama jugak aku follow. Memang selalu update dorang ni. Membuatkan keinginan yang membuak2 untuk pergi n nilai kan sendiri. Dari bacaan aku sebelum ni di ig KLSS ni sendiri dorang ni owner bukan calang2 org. Doktor berbangsa melayu dan beragama Islam if tak silap. Doktor apa aku tak sure la plak. Itu pon dari bacaan aku di ig2 ni je. Tak plak aku nak amik serius dak? Yang penting Bumiputera dan dijamin halal kerana orang melayu kita. InsyaALLAH.

Apa yang selalu di update nye kat ig KLSS tu, is pengalaman orang2 yang datang ke KLSS ni. Memang nampak happening and aummmm sungguh tengok orang makan. Selalu ramai! And selalu cakap 'puas hati' di repost2 dorang. So mana aku tak membuak nak pi kan?

Jom cuba!

Beralamat di Kelana Jaya, shop lot belakang Paradigm. Sila waze sahaja.
Bermodalkan RM38/per head! Kids RM15


Decoration kedai yang cantik.


 Kemudahan yang disediakan. SURAU.


Bab pilihan makana, not bad TAPI ini je spread makanan yang ada. Secoet je kat tepi sudut nih, padahal kedai dia sangat lah besar. Ok tak chill! 


Pilihan air dan dessert. Ice cream scoop pon hado. 


Makana siap pon ada. Mee goreng, meehun goreng. Laksa penang. Laksa dia SEDAP!


Sos


 Grill and soup!


Choc fountain and buah yang hadoo.

Overall KOMEN AKU is hambar. Sebab terlalu mahal untuk RM38. Dengan parking berbayar. Tapi untuk pengalaman ok la. Kenyang la perut alhamdulillah. Repeat? Mungkin tidak. Hehehehe

Ini komen aku ye? Jangan nak sama kan dengan komen uols.