Food & Travel

06 March 2015

Majestic Melacca 2015



ASSALAMUALAIKUM..

Maklumlah jalan dah kurang sejak beranak nih. So jalan dekat2, blog hambar semakin hambar, jalan plak kurang. So cencoroton sgt la coretan aku. Slow bertambah slow. Tapi bila fikirkan balik tujuan utama sebab apa nak berblog? Ok aku jadi rajin kan jugek. Memory anak beranak 1 hari nanti. InsyaALLAH. Lepas tuh nak dijadikan cita, Laptop pinky aku ni dah bergaris2 screen nye, pastu mouse rosak. So aku kne edit gambar pakai touch pad ni sajo. Ko nampak tak gigih tuh? Whattodo! Gah!

Cite ni last month sambut ANNIVERSARY kami. Nak mintak hadiah? Rasa nye ni tahun ke 2 dah aku tak minta yg bukan2 on anniversary and birthday aku. Kenapa? Sudah2 la tuh. Kerana ALLAH aku dah ada apa2 yang patut, aku dah cukop bersyukur.. Alhamdulillah. TIPS: bila selalu diberi, pasti isteri takkan memintak lagik. So sila bagi mcm2 kat isteri korang. Awal2 je dia gayat, lama2 dia dah tak nak apa2 melainkan kasih sayang. Gittuh! 

Tapi percutian ni memang tak leh lari lah. Kalau tak de special date pon kami sure akan pergi gak bile terasa nak pergi. TAPI PEEL AKU NI 1 JE, aku sekali dah suka tempat tuh aku x kesah pergi berkali2. Itu yang sampai sekarang aku tak tau kenapa x kose nak try Philea Resort kat ayer keroh nuh. Heh.

Majestic Melacca.


Kami choose 2N untuk stay. Saje nak rileks.. Sampai2 je macam biasa, kami di greet mcm biasa oleh front office. Cuma aku jadi tekejot, sebab nya ramai nya gadis2 yang kat front office ni. Dah la meja check in kecik cenonitt, die pegi letak 4-5 orang gadis in 1 time. Ni bukan skali dua aku kat sini, and for sure lah bukan 3-4kali aku ke YTL Hotel. Setahu aku, semua hotel2nya relax n classy. Tapi this time aku masuk2 hiruk. Yes dorang berkebaya. Tapi mulot tuh bising sangat and tak perlu kot semua2 tuh. Smile and ckap jika perlu je please! Padat sangat dah kat front desk tuh berasak2. Gelak2. Isk apo ni? 

Dah lap2 dengan towel sejuk tuh bagai, kami dibawa ke bilik. Masih classy ditemani sorang awek ke bilik and dorang serve kami chinese tea dengan pot2 nya sekali.



As u guys can see! Balang classic ni sumpih sana sini. Kat tutup teko tuh dah 1 hal. Seriously aku tak lalu nak minum. Kita kan di larang minum kat tempat2 sumpih or pecah ni. Jangan tanya kenapa. YTL, please lah. Kat jonker st tuh ada jual the whole set mcm ni. Tak mahal mana compare dgn rate 1M kat sana. HEH!



Aku sebenarnya tak kesah sangat dengan layanan dorang kat lua tuh. Tapi yang paling penting, keselesaan dalam bilik ni. Ye dak? Sebab ko bayar nak bilik selesa, yes lah selain service nya. Tapi kalau bilik pon macam tah hape, well semua benda kecik2 pon ko akan sebut. Ye dak? Normal kot. 

Masa masuk ok lah. Tengok muke anak omei ni, ada senyummmm.. Alhamdulillah! Tapi bila lelama aku dah jadi tak sedap rasa. Aircond tak rasa. WEH! MENABONG NAK DUDUK HOTEL, HOTEL AIRCOND TAKDE!!!!!!!!!!!!!!!! Korang rasa cemana? Memule rasa fan dia yang suam2 sejuk tuh. Oklah maybe baru masuk kan. Tapi lama2 aku jadi eh bila nak sejuk nih, eh bila lagi ni. Eh byk nye eh nye nih? So kiteorang call la dorang. Tanya lah apa alasan dorang???????????? CUACA TERLALU PANAS katanya. NONSENSE nye. Macam la aku ni dari kutub utara, aku ni dari Seremban je pon. Tahu la panas nye cemana. Tapi lansung tak logic boleh effect aircond macam tuh. Well duit bukan turun dari langit, aku tak puas ati. Aku call lagik. Ok dorang hantar technician, and kami keluar untuk makan. 

Dah beberapa jam kami keluar, and balik bilik keadaan angin suam2 kuku tuh tak hado beza! Sama je. Aku call lagik dan lagik. Masa nih sebelah hidung aku dah kua asap. Aku dah mula nak membengis. Naza Talya bertahi sana sini toiletnya, aku bole sabar. Tapi kalau aircond or tempat ko nak tido untuk 2N tak sejuk memang tak la. Baik aku balik rumah tido. So this time dorang hantar lagi technician, and kali ni technician tuh buat kerja depan aku. Masa dia buat tuh pon anak aku dah start nangis. Panas and time die nak nap. Kuat aku ni bersejuk, kuat lagi anak aku tuh. Dia selalu berpeluh and panas je. Baby kan? Metabolisma nya tinggi. Memang takkan la aku nak tido dengan beranak dengan keadaan ni. Bila technician usik pon sama je. Baik panggil chef je. Heh! 

Aku call and beramok sambil background anak nangis. Aku mintak tukar bilik. MasyaAllah syukur ada bilik. Aku ready je nak sengseng tudung nak bertekak mintak duit blk kalau die kate semua bilik full kan. Ghahahhahahaha.. Dah tentu lah aku jadi panas gitu sebab minah yang dalam phone tuh bagi alasan bodoh and tone suara dia annoying! Side ko dah la terang2 bersalah, ko hadap je la customer tanya macam2 ni. Bukan aku maki pon. Even aku tak marah pon dari awal. Tapi tone voice dia yang annoying and jawapan dia yang 'cuaca panas' tuh seperti menghayam2kan aku. Tak de alasan lain ke? Macam la selama ni aku datang time melaka winter. Podah!

Bila dapat bilik baru alhamdulillah ada lah beza dari tadi. Ini pon aku dah bersyukur sangat dah. Walaupon aku rasa kalau aircond dalam bilik korang tuh bila pasang ada la aku rasa2 dalam 23'c paling sejuknya bilik majestic tuh. Nasib aku ni tak tahan sangat sejuk. So dapat sejuk ala2 23'c tuh aku diam dah la. Phew! Daripada bilik sebelum tuh. Pergh. Chalet ke apa ni? Ngek nyeee.. Boring gile experience benda ni sume. 


Yang lain2 semuanya ok je. Tapi dengan ini cukop lah aku kali terakhir di Majestic Melacca. Fed up terus! Benda paling kecut bila fikir dapat hotel tak de aircond. Dah la tak de tingkap yang bole dibukak. Gile lah. YTL Cameron ok lah kan tak de aircond. Sesuai la dengan sejuknya. Ini melaka beb. Haih. Kot ye bole bukak tingkap pon takkan aku bayar mahal2 tapi kena berkipas sendiri? Le.


Ni serve breakfast nya. Makannnnnnnnnnnnnnnn! Macam biasa lah, sedap! And staff dia pon sangat friendly. Friendly and kepoci totally different ye. Bab bfast yes kami seronok berbual and dorang banyak jugak bagi idea apa2 utk xtvt kami.





Asam Pedas Selera Kampung Melaka.

Location betul2 shop lot sebelum parking Melaka Parade belah kanan. 




Ketam nya sekor tapi bila dia potong2 penuh 1 pinggan lauk. RM18


Aku google je smua ni. Dia shop lot biasa tapi corner lot. Korang waze je ada la. Ceh sekarang tidak lagi foursquare, waze plak dak? Tapi yang tak bestnya waze ni tak de komen2 orang tentang satu2 tempat ni. Kalau 4sq tuh kan best! Memang pengalaman cust smua nya. Ke aku je tatau guna waze? Ah abaikan! 

Aku pegi dah lepas tengahari. Dah petang sikit. Syukur ade lagik la jenahak part badan and ekor. Ada lagi la ketam. Aku rasa lepas kami je dah habih kot. Memang betul2 ngam ada beberapa ketul je lagik. Best kan kedai ni ada nasi campur yang lain. Korang tengok la gambar kat atas nih, ye aku google je. Udang dia bapok beso. Sama dengan ketam yang aku amik. Besar gila! RM18. Worth sgt la pada aku yang pandai makan ketam. Berbaloi. Hehehehe. Alhamdulillah. Masak lemak dia sedap. Tapi asam pedas dia, tekak kami tetap pada Asam Pedas Claypot. Hehehehe. Sebab belom pukul 5 je kami tak dapat p asam pedas claypot. Depa tak bukak lagik.


Asam Pedas Claypot.



TUHDIA! Pekena jugek time malam. Laki aku suka gila la kat sini. Sama la dengan aku. Sehati sejiwa gituh. InsyaALLAH hingga je Jannah. muack! Gituh. Eh boss tuh dah kurus lah. Bangle silver die je macam makin beso. Ahaks

Cite selebihnya korang tengok la label sebalah nuh untuk masa lampau aku nye cerita tentang kedai2 makan ni eh? Malas nk ulang.



Ikan Bakar Umbai - Pernu. Gerai No 5.



Ikan bakar umbai pernu. Pon sama tak bertukau. Kedai yang sama selamanya. Kedai no 5. Nak tau cerita lebih lanjut? Sila tengok label pasal cerita2 best apa yang ada kat kedai ni. 

     

Activity kami.


                         

                     

Masa kami merayau, depan Hatten Square tuh ada marrygoround nih. FREE je. Hehhehehehe aku dari dalam kereta dah nampak. Sakai seketika. Ahaks. Btw kenapa h&m melaka takde plus size???????? Please lah, melaka ramai pompuan gemok ok! Cis!


Rivercruise Di Kg Moten.


Memula dia boring. Pastu tengok air and angin bertiup2 tuh die excited. Lepas dah banyak na excited die yawn. Sampai kan dah sampai and boat parking untuk turun dia bole sorak 'yeayyy'. Erk. Boring eh? Erm tak jadi lah ke Tamin Sari. Kensel last min. Sebab baby lagik kan. Dia tatau. Gah!


Berendam dalam bilik ayaq.


SWIMMING!

This month birthday aku. Kemana plak nih?

6 comments:

  1. erkk..kalau aku bilik panas pun hangin beb..

    ReplyDelete
  2. kau ajak je dia duduk dlm bilik tu .. pastu kasik dia bersauna...

    bongok la kalau hotel mahal cam ni benda2 mcm tu tak leh nak resolve.

    ReplyDelete
  3. kalo ekon tk rs..mmg bkn otel la..hahaha..smua org angin kn..nk2 skarang cuaca panas..lg la panasssss hehe...nasibaik la bathtub tu cute...tk pernh lg pegi hotel yg bathtub camgini...

    ReplyDelete
  4. alahaiii tomel nya dak kecik tu..muaaahs!!
    nekcik pun baru nak skodeng melaka ni..homestay kampong morten tu ok tak...

    ReplyDelete
  5. penting econ tu..2 3 minit xrasa ok pun dh gabra..tp klu jwpn sbb cuaca sgt la albongs..

    so..ke mana bulan ni??ehh..sibuk lak kite;p

    ReplyDelete
  6. Ya betol kalo kat atas bukit ok je takde aircond kan.. Oohh asam pedas yg yummehhh...

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D