Food & Travel

24 April 2015

Awana Kijal, Terengganu 2015



My ALL. InsyaALLAH.

Lama tak nek ketebang. Since Singapore hari tuh. Anak pon dah beso. Alhamdulillah April 2015 terima kerja di sekitar Terengganu. Dapat la bilik free di Awana Kijal ni. Since AK ni di kemaman terengganu, airport yang dekat adalah di dari Kuantan Pahang jika nak di bandingkan dgn airport KT yang makan berjam2 jauh nya kalau naik cab. So kami dari KLIA ke Kuantan Pahang yang hanya mengambil masa 30mins tempoh penerbangan, tapi nak siap kan anak and nak kena mai airport awal tuh dah bole sampai Sydney kan kiraan dia? haih.

Sampai2 kuantan dah malam. 8pm. Kami amik cab budget and terus ke kemaman. Perjalanan dari kuantan pahang ke kemaman terengganu mengambil masa lebih kurang 1jam 30mins. Dengan bermodalkan RM120. Masa tuh suspen jugak, sebab bawak anak kecik kan? Malam plak. Lapa lagik. Nasib dalam handbag mami ada 'semua'. Termasuk lah telur rebus, pisang, biskut etc. Ahaks. Dah nama pon mak. Kena multi. Kalau tak jangan jadi mak! Nak dijadikan cita, dapat taxi aircond suam2 kuku. Memang bahang luar dalam atas bawah. Alhamdulillah berkat sabar, penat, pening, loya semua dapat bertahan. Hehe.

PERLU DIINGATKAN, AWANA KIJAL NI SANGAT AKU UNEXPECTED! JAHAT KAN PERANGAI?

Dari awal lagi aku macam 'erm ok' dengan lagak berlagak tuh kan! Asal bole tido, asal ade laki and anak sekali kan? Bukan nak pergi bercuti pon. Pergi keje kot.

SOKALI sampai...




Bila turun je cab, aku cam oh happening. Idok le hotel nye gelap suram yang ku andai kan. Naik2 entrance nampak Hainan corner ni. Wah ini sudah bagus. Tak la suram mana kan dah ade cafe ala2 mcm ni kat sini. Aku ok sajo. 1st impression ye. And masa sampai tuh kami SANGAT LAPAR. Nampak cafe ni rasa lega! Tengok plak nama Hainan, sure ada makan2 kan? Hah! Lega..


Smooth check in. Kami extend 1 malam untuk rileks dari bekerja. Tak lama mana, dalam 3 malam je kami disini. 


Ini rupa bilik memang aku dah expect. Hotel lama. Janji aircond sejuk, aku jalan je. Tapi masalah yang sama 2-3 menjak ni tah kenapa smua hotel aku pergi aircond cenggini rupa. Awat? Saving ke camne? Takpa. mandi2 and kua makan dulu. Tengok lepas balik nanti cemana, sejuk ke tak?

***quilt tuh tak boleh belah kan? Memang otai gils la dia nya design. aha.





Hainan Cafe




Sampai2 je dah kul 10 lebih. Nasib masih ada lagi food. Tapi kat sini tak banyak. Makanan2 berat ade la 4-5 jenis je. Staff situ ada rekemen kami ke restaurant kat lobi terus. Tapi aku rasa aku berkenan sangat dgn ke chill an cafe ni. Sunyi and cozy. So duduk sini saja. 


Flatlay pemalas. Nasib la labuuuuuuuu..
Segala yang berat2 makanan nya kami minta. LOL. Banyak gila kan? Lapa bena ke camne ni? Mee kari untuk aku, mee sup utk Sarah, nasi ayam hujung tuh untuk laki aku. Sandwhich untuk kami ber3. Ok la kan? Tak la banyak mana kn kn kn? aha! 


Kenyang perut, senang hati! Jom masuk bilik.
Memang serius masuk bilik tak jugak sejuk2nya. Sepoi2 bahasa je. So tukar bilik. Zass!



Dapat bilik cenggini. Rate yang sama. Aku tatau nak suka ke nak nangis. Dalam bilik ada tub besar bapak ni nak wat apa? Nasib la Sarah ni tak nakal. Tak la dia paksa2 ke apa. Or cry nak masuk dalam tuh. Kalau anak besar sket n lebih dari sorang, mau laaaa bersilat nak carik pasal kan? 

Kalau hotel 6 star suka je kan tub gini tengah2 dalam bilik. Tak plak ko mempersoalkan. Tapi sebab kan hotel ni biasa2 je, banyak bunyik plak aku. LOL. Lumrah hidup lettew.

Tapi janggal weh rasa cenggini depan mate. Semak aku rasa. Heh.



Next day, bfast serving tak menyedihkan. View pon cantik sangat. Nampak laut and waterpark kat pool dia. Cantik. No photos sebab mak dah mcm babu roti, penuh nyandang bag, penuh nyandang food container mcm dalam gambar atas ni. 

Dah ada anak baru reti nak bawak blk food dr bfast buffet kan? Aha! 


Tahda! Finally. Baru berbaloikan. Bia dia penat2, senang koje mami satg kamu tidoq. hehe.


Facilities.

Dah ada anak ni baru terhegeh2 kan duk carik playground ke play center ke kan? Baru ko tau! Aha. Cam tak sangka kan hotel cenggini ado. Walaupon biasa2 je tapi yang penting dia ada. Aku suka.





Anak senyum, makpak riang! Alhamdulillah.




Noor Arfa Butik


Dapat la beli baju kelawar Sarah and cousin dia kat sini. Omei. Kemetot je. RM33, ok la dak?




Cabonara die MELETOP! Sedap gils



PROMOTION! of the day. Start 6pm dorang ada jual masak2 thai ni. Tak mahal. Tak la harga hotel. Semua harga tomyam kedai biasa. So kami apalagi? Rezki. Daripada nak kena call cab and keluar tah kemana, baik makan je kat sini. Tomyam dia sangat MELETOP!


Lompat tikam dia tak sedap, rupa pon kurang!
Coconut shake dia pon TAK SEDAP!



Cabonara die MELETOP! Lagi meletop dari Bens yang aku pegi baru2 ni. Cit. 
Pizza dia pon sedap. Aku memula tengok ada mat saleh 2-3 org makan sorang 1 pizza ni. Surely sodap. So jom order. Memang sedap!

Makan je koje kan? Ini lain2 hari tau aku snap ni. Tapi letak la 1 kali cite. Heh.




Day 1 aku pegi tuh, bar2 yang tutup tuh bukak happening. Sebab ada non muslim wedding kot. Masa ni pagi, so tutup la dak? Ptg bru bukak.





Gift Shop








Dah lama berendam, jom naik makan! Aha.

Most of the time kami merayau dalam resort ni je. Memang fun la. Unexpected sangat. Under estimate lagi la kan? Tapi ok la bila kenyataan dia seronok, kita pon jadi seronok. Jangan over sangat, nanti result tah hape2, sedih plak nanti kan? Aha. So overall memang best. Masa kami merayau memang ramai manusia. Sangat ramai melayu, india, cina, mat saleh. Semua ramai. Tapi chinese ramai budak2 muda datang in group masa tuh. Melayu plak aku tengok ramai family and rata2 stay sebab ada kerja. So untuk hayati facilities next day kami turun pukul 4ptg. Panas gila. So tak da orang lansung. Tengah panas sapa plak nak turun kan? Tapi papa nya tips, tuh kat waterpark tuh ada tempat teduh. Jom je lah! Yes. 

Nak tunggu redup? Sure bersemut manusia. 

Makanya. Itu lah cerita kami. Siap extend 1N untuk quality time kami 1 family. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

Soalan biasa,
Akan ke sini lagi? YES!
Duit sendiri? Comp? SEBAB KAN HAPPENING AND FUN ALSO SELESA.. YE KAMI SANGGOP BAYAR SENDIRI UNTUK MALAM2 SETERUSNYA. MAKAN PON SODAP! APATAH LAGI KALAU COMP NAK TAJA. AHAKS

Check out seperti biasa. Kami pulang ke Kuantan dan kami ke Hyatt, Kuatan untuk bercuti. Back to back bakhang! 

5 comments:

  1. asyik terkena bilik panas je ye..tp bila tukar bilik ada bathtub gtu mmg meriah la..hehe...bila ckp meletop menu tu...nmpk yummmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. walaupun bilik die ala2 old skool sket, tapi aku suka je lepak kat awana kijal nih ... dulu2 penah keje kat kerteh kejap... selalu jugak pi melepak kat one of the coffee house kat situ .. spa die pun best

    ReplyDelete
  3. Aqak pegi dulu tahun 2001 !!!!!
    Zaman2 O&G tengah kaya raya.... Muahahahahahha

    ReplyDelete
  4. MASYALLAHHH.. dah bosar lah anak dara awak tu.. akak pun baca yr blog pasal Singapore tu... kejap sgt masa kan..

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D