Food & Travel

18 August 2015

Royale Chulan Hotel Kota Damansara 2015


Fuuh fuh fuh fuh! Shuuuuuuuh. Bersawang dah blog ni weh. Sian! 

Maleh yang amat. Bile tang rajin laptop pusaka tuh plak buat hal. Nak upgred mac gold baik pi buat plaster siling rumah. Gah! Laptop dah helok. Encik somi p hapdet plak window10. Sememeh mouse aku tak tau mana nak arah kan. Aku LOST! Features baru kate ko.. Nasib lah ni dapat jgk aku raba apa2 benda nye tuh. Haih. 



OK ni nak cite time PUASA hari tuh. Oh selamat hari raya yawls. Maaf zahir batins. Kakakaka dah expired. Takpe. Bermaafan tak perlu tunggu 1 lagi raya. Ye dak? Ampunkan aku if terkasar bhasa.

Since mood tengah IN nak deco2 rumah ni maka jadik lah ia. Confirm aku check in 2N kat Royale Chulan KD ni. Tambah plak dengan berhajat bsar nak berbuka puasa kat The Curve macam dedulu. So niat combo yang syahdu kan? Nak g Ikea + nak iftar = phew enak!

Berbekal kan RM210 kot 1 malam. untuk 2 malam kira lah sendiri. Without breakfast! 
Aku ade share info murah ni di page FB ku masa aku buat reservation.!


Serious! Front desk yang sempoi. Parking yang mudah, check in yang serba chill. Bilik pon cantik! I is suka. RM200 kot. Very the wahhhh kan? Ahh suka theme2 poteh cenggini. Sarah macam biasa.. 'yeay yeya! wotel' kate nye.


Happy baby happy mami!




Nak jugak la screen ala2 gitu. Hambeklah2 walaupon tang jamban je. Ahaks



Adohai anak!

Hotel ni paling best dia link dengan Cineleisure aka mall. Itu yang kita carik. Dulu dah penah rasa duduk di Royale Bintang yang dalam The Curve jugak tapi this time nak lah rasa yang ini plak. Lagipon hotel ni baru lagik. So y not to try kan? Kalau Royale Bintang link dengan The Curve nya sekitar Starbucks tuh. Kalau Royale Chulan plak betul2 dalam Cineleisure. Sekian.



Ni diantara facities yang ada. Since puasa, kami idok le berendam nya. Tetengok je. Sarah pon cam wat dunno je. Kalau dia beriya mau jugak aku turun petang2. Lagik pon pool die tak memanggil2 kat mata aku. LOL. Klau dah tak gemar tuh mcm2 alasan aku bg kan? Ahaks.


Ni kids pool die. Cenonit gilss. Dah mcm kolam ikan aku tgk. 


Besar dah anak dara aku. In few weeks je lagik nak turns 2. MasyaALLAH.


Sepanjang 2M kami kat sana, kami berbuka di Asam Pedas The Curve. (Lapar takde snap gambar) Kedai itu je yang nampak mudah di mata setelah frust menonggeng bila beberapa hari b4 berangkat baru nak tahu Marche dah tutup! Sedih gils lah. Ada ke patut die tutup. And tgk FB tak tahu lagik dorang nak bukak balik kat mana. Sadis. Aku rasa Marche tuh tiap2 tahun kot aku perabih mkn kat situ. Wlaupon semakin jauh kami dgn kota KL, kami tetap balik mkn kat situ. Tapi apakan daya. TOTOP sudah!

So memang dah plan kaw2 lah nak jejak makanan2 sedap kat The Curve ni. The Curve ni tempat kami bermain guli dahulu kala. Gituh! So nak buat selalu tak boleh lah kan? Makanya time2 macam ni lah kami lenjan kau2. Diantaranya

Ketam Steamboat. 

Nama dia dah tukar apa tah. Whatevs lah. Aku nak jugak panggil nama lama. Di IPC. Sodap!



Abaikan flow makanan berat ke arah 'sini'. Ahaks. TUh namanya tak nak Sarah capai ;p

Lain2 adalah kami tapau Teppanyaki untuk sahur, cabonara Italiannies untuk supper and blablabla. Alhamdulillah enak.


Pastu kat Hotel ni ada playground untuk babies. Aww suke lah si kenit ni bila ade slide and toys. 


Betul2 sorang die konker. If tak silap RM15 untuk sehari.



Sebelah ni plak ade ice skating. Kalau zaman2 mude mau jugak aku mencoba. Ni dah berhijab and banyak plak berjubah ape lah rope nak terkekwat2 dgn skating bagai kan? Idok le aku nye hai.


Memang sepenuhnya kami keluar masuk hotel and mall saje. Memang 101% mission complete. Alhamdulillah. 

Cuma bila kami shop di Ikea dengan barang yang banyak n troli TAK BOLEH bawak jalan ke hotel jadi serik plak. Perancangan disitu agak gusar. Bayangkan kami shop and ada kotak2 besar, nak masukkan ke kereta, parking plak di parking hotel. Nak bawak ke bilik plak, jauh berjalan kaki tuh ok lagi kalau diberi bawak troli keluar ikea dan IPC untuk masuk ke The Curve and Cineleisure. Ini tidak boleh. So apa kami buat? Sarah tidur di bahu ku, stroller Sarah yang kecik tuh dimuatkan dgn barang2 yang selagi boleh masuk. And encik suami lah duk berpeluh mengangkat brg. Cian dia. So next time kena ALERT bagi sesiapa yang berniat nak shopping and bermalam disini. Day 1 and 2 jalan2 and survey dulu or beli brg kecik2 dlu. Dah check out and park keta ke Ikea bru bole shop brg2 besar gabak. Oh tidak lah aku rajin nak ulang ikea 2-3x and hari kan? Haih.

Selamat sore.

4 comments:

  1. Wish dah expired! Hoho.. oklah tu kite pun blog dah bersawang agaga! Wahhh nampak very the cantik giler! Makanan itu pun sangat menggoda!

    ReplyDelete
  2. Dah besar dah sarah. Sama baya dgn Indah. Kalau jalan area2 tu bgtaulah, i duk area situ jer.. :) boleh kenal2 kan..

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D