Food & Travel

15 November 2015

Me'nate Steak Hub, Ampang.


SETAPAK 03 41311611
WANGSA MAJU 03 41420934
AMPANG JAYA CLOSED for reno.

Ok, celik2 blog je terus promo tak hingat. Siap mudah kan korang dengan contact number each branch. Dengar desas desus nak bukak kat Bangi. Ya ALLAH, permudahkan la. Aku nak pegi senang, dekat. Ghehehhehe.

Ni cite last month. Stay KL beberapa malam di PNB, penat dah nak tayang bilik2 PNB. Nanti tgk lah kalau rajin gue update jgk lah nanti. Rugi plak tak update sebab semuanya memories. Ye dak? Ok meh cite pasal steak ni.

Pengenalan dia aku rasa semua orang pon tahu. 1st resto ni jadi viral bila ada customer share gambar resit yang depa makan ramai, berapa ribu entah. So Pak Mus toke kedai ni tampil mejawab kenapa sekian2 kedai nya charge steak mahal2. Oh baru tahu, yang mahal tuh dagin waqyu. Daging waqyu ni memang kelas pertama punya daging lah. Makan si lembu ni bersih, makanan yang sihat, organic segala lah. So daging dia jadi sedap bila dia makan benda2 yang berkhasiat. Amboihhhhhhh bese,,, die tuh! Manja tak bertempat. Cit. Bela dia pon bukan senang, dalam aircond bagai. Gituh! So basically, makan minum dari sumber yang sihat harus la bermodalkan wang ringgit yang mahal, and dah tentu lah dia punya result torbaek dak? Tapi kalau world class punya waqyu ni ada kena mengena dengan wine. Lembu minum wine ke? LOL. Tapi pengusaha Menate Steak ni adalah orang melayu Islam kita, Pak Mus. Siapa Pak Mus sebenarnya? Sila google. 

So jom terjah.

Masa sampai agak lah dah lewat sikit. Dalam pukol 930pm. Tapi kedai nya ramai gila orang. Ada 1 je meja kosong, phew! Nasib ada! 

Tapi alhamdulillah by the time kami pilih2 daging, orang pon makin surut. Dah pukol 10pm poik. Sampai la kosong, aku pon start amik gambor.


Serious la kedai dia BIASA2 JE, aku ingat ada la chandelier bagai. Eh kedai steak kan? Nampak kat ig kedai dia cam wow jugak. Sekali mai hat Ampang, biasa2 je. But now dengar tengah reno, so hopefully wow lah mcm branch2 yang lain(agaknye! xpernah pg. Tgk gmbr ctk!)


Kedai makan biasa kan? Ok hujung tuh station air nya. Seriously AIR DIA FREE FLO! Alhamdulillah semoga Pak Mus dimurahkan rezeki. Bukan sirap kenduri tau tapi mango, teh susu air, kopi susu ais, orange, ribena ah semua ada and SEDAP. Bukan lah sekadar hadoo je. Tabik!


Staff yang sangat friendly and very helpful! Sampai2 je kami terus di serve and Sarah diberi snack. Apa snack untuk Sarah? Mashed potatoes dalam mangkok and sudu for kids. Ala nomel! 

And kami diberi MENU


Aku macam blur. Bukan lah kaki steak. Suka gila. Sapa je tak suka! Tapi xda la ke Victoria Station tuh selalu kan? Itu pon masa kecik2 dulu. Kalau selalu pergi jenis2 resto mcm tuh and kaki steak mayb la pakar dalam hal2 ni. So bila sampai menu aku sedikit blur. Blur sebab 'which yang di gembar gembur org tuh? Nak la tahu. Nak la rasa' ye dak? So aku perlukan explanation dari server.

So server tuh pon replay la script dia. Memang clear and aku sedikit kagum. lol

Sampai la dorang ask aku pilih sendiri ape yang aku nak di display fridge






Dia beriya ask aku pilih di fridge display tuh. Orang ramai, kedai pon tak berapa luas. So aku rimas nak bangun. Aku tak pilih waqyu mahal tuh pon. Aku pilih yang biasa, ade jugak kategori die makan gandum je ke apa tah. Lupa aku. Ade dalam menu tuh tulis category budak2 lembu and kambing tuh. Aku as usual lah, nak sedap aku choose kambing. Laki aku pon. Tapi dua2 kami order lain2 part. Aku lupa aku order yang mana, laki aku yang mana. Ahaks


So dah tak kose nak bangun and pilih, server tu pergi bawak kan kambing2 tuh kat depan muke aku. Hah padan muke aku. LOL. Ade la dia bawak part laki aku 3-4 bag plastik mcm dlm gambar ni, and part yang aku pilih dia bawak 3-4plastik. Hah dipilih2! Kami dah tentu la pilih yang paling besar. Kahkahkahkah. Yang bestnya, dia siap ada sticker barcode harga, and berat. So tiada masalah tak cukup duit nak bayor disitu. Harga kat daging tuh ko bayar siap dia masak, side order boleh pilih, and free flo air sekali. MURAH! Mudah kan?

So dalam beberapa minit, food kami pon sampai!


Ini aku pilih untuk Sarah.


Untuk Sarah


Untuk Aku


Untuk Papa (menarik kan yang ni? Beso!)


Dan ini Beef untuk KAMI berdua.

Hahhahahaha kambing sorang 1. Beef amik yang paling besar tapi share berdua. Mana cukop weh nak makan secoet tuh je. Mujur jugak kami lambat lunch masa tuh. So tak la lapar mana. LOL. Burok perangai, tak lapar mana katanya tapi redah macam2. Kalau lapar, tatau cemana rupa kebulor tuh. Ghaha! 

1st sampai je food. Aku sedih tengok kehambaran presentation bagi si coleslaw dia. Hambar dan nampak tak sedap. And rasa pon memang tak menarik. Kenapa tengok ig Menate ni dia serve nampak coleslaw dia sedap2? PERLU DIPERBAIKI. Mashed potatoes dia sedap tapi tiada gravy, Bulat gitu je. Tak sure mayb dah habis ke gravy dia memalam ni.

TAPI bila tengok si lamb and beef dia, perghhhhhhhhhhhhh menjejeh babe. Rasa dia, masyaALLAH, sedap. Aku tak perlu cecah gravy die sebab sayang rasa juicy dia tuh rosak dalam tekak aku. LOL tengok tak cemana drama nya org gemok kuat makan? Whatever! 

So dah makan semua, senang hati. Alhamdulillah rezeki ALLAH. 
Part aku nak cuci tangan kat sink dia, belah dalam. Kawasan dia agak comot. Serious, nama dia meletop, sangat sedap, sangat bagus dengan service dia and free flo tuh. So hopefully dah reno ni resto ni boleh tukar lah pandangan mate yang memandang ni. InsyaALLAH, salute to you Pak Mus. Kalau tak, tak merasa saya steak se juicy itu dengan harga begitu.

Total harga kami makan RM160.

Next month kami datang lagi nak rasa waqyu pulak. Waqyu sekeping RM90+

6 comments:

  1. wah dh try...kami yg dkt ni blum lg...mmg nk merasa gk sbb rmi ckp sedap...mmg mash potato tu tkde gravy sbb tgk kwn mkn smua gtu...air free flow tu kena pilih ke..bole merasa smua hehehe

    ReplyDelete
  2. sedap kan? aku dah try dulu tapi yg biase biase gak..

    ReplyDelete
  3. akak nak singgah lah nnt ke sini. dekat kedai baru akak ni.

    ReplyDelete
  4. sarah dah besar... kami tak sampai lagi tempat femes ni.. tqs for sharing the info dear.. kalau makan kat bangi nanti jom la pi sama sbb kita dah pindah duduk dekat daerah bangi ni hehe..

    ReplyDelete

Komen biarlah yang tak ada kene mengena dgn org lain or JANGAN yg bersifat negative..

To Anon, lets be friend. Leave yr contact/link for us to visit.

TQ in advance~ :D