Food & Travel

27 May 2015

Lexis Hibiscus Port Dickson 2015


Tuhdia! 
Bertepek2 manusia p. PROMO la katakan. Aku pon 1 of them. Tapi dah bersangka buruk jugak la. Sure ramai manusia. And hopefully sangat tak lembab macam pengalaman2 yang lampau. Especially bila tunggu turn buggy nak ke bilik. Jom mengumpat. Aha.

Tapi sebelum tuh nak tepek skali brochure 1st dorang dok promo dengan harga yang mengancam!


Jangan cakap aku tak share info ye? Awal April lagik aku dah share kat FB. Itu lah aku suh hampa like page aku. So bila aku share apa2 yang aku buat, hang pa bole join skaki.

Meh like page.

Tapi la ni dah abih dah promo RM399nett nih. Dorang dah naik harga ke RM6xx if tak silap.

Aku awal2 tau je call laki aku and terus zaaaaassssss bila dia kate OK. Alhamdulillah. Lets. Senang je reservation nya. Dorang bagi confirmation number je nanti. So to be selamat, call la untuk double confirm sebelum pegi tuh. Kot2 xda nama dalam list check in, nak berkhemah kat mana? Kalau dekat ok la. Kalau korang jauh? Merana!

Kami choose 17-19mei. Yup 2 mlm. As usual kami amik weekdays. Sebab 399nett tuh weekdays. Weekend tambah RM100 per night. Untuk makan plak 1 pax RM35per pax. Yes nett. On Sunday 17th kami bertolak macam biasa dari rumah. Cuma check in di Hibiscus ni lain mcm sket. Sebab nya kena check in 4pm. Sangat late kan? Makin lama makin lambat plak hotels2 ni kan? Check out dari aku kecik sampai tua x plak berganjak dari 12 tengahari ke 7mlm? Haih. Pandai korang kn? Cis!

So jom! Sampai2 je..

Sebenarnya aku sampai 4pm. Tapi disebabkan tak sempat nak snap siang2 and ramai manusia tuh. Aku snap la malam eh?


Luar hotel biasa2 je. Macam college pon ada aku tengok!.


Front office yang cool. Tengok ni teringat Marina Bay. Sebab bentuk desk tu. Aha.
Check in agak lambat. Sebab staff baru2. Filipinos ramai aku tengok. Tapi walaupon sedikit lembab tapi masih ok. Tak la sampai naik angin.




 


Cantik. Suasana dia simple tapi cantik. Maybe dorang dah plan kan. Pada aku nampak la strategy dorang. Tempat simple, cantik dan yang penting LUAS UNTUK TAMPUNG RAMAI MANUSIA. Golden Palm Tree dulu cramp! Lemas aku. Ooops sorry ter compare! Aha

Buggy service dorang pon cepat dan laju. Harap2 sampai bila2 lah ye macam ni? Jangan baru2 je bagus macam ni. Cumanya aku tak berapa berkenan dgn buggy service dia bila mana dia tak allow 1 buggy naik 2-3 family. Erk. 1 buggy 1 family(room). Ok la.. Bagus lah macam tuh. Tapi apakata bawak je sekali? Sebab aku malas nak tunggu. Atleast naik atas tuh aku bole merayau bawak anak jlan2 daripada nak Q kan? Err entah!


Ank ku bila berbuggy! Suka!



Bilik besar gils. Standard room dia memang ade 2 king size bed ke camna? Entah. Tapi bila aku call tanya if aku bawak adult more then 2 bole ke? Dorang kata bole. Tak perlu extra charges. Cuma kalau nak bfast je kena tambah RM35 per head. So as usual, ramai gila yang bawak nyang, nyut, nenek semua masa tuh. FUN!





Not so privacy. Tapi ok lah! 



Laut! Laut! Laut! Katenye bila nampak air laut kat bawah tuh. Ni dalam bilik kami. Di Grandlexis dulu pon mcm ni. Cuma smaller and masa tuh Sarah belum ada. Hee.



Untuk bilik dia memang besar gila lah pada kami yg ber 3 ni. Puas hati! Cuma ada beberapa benda yang tak kena pada mata aku ni hehehehe. Dalam bilik dia tak da tong sampah! If nak buang sampah kena masuk belah dalam iaitu kawasan shower and toilet. Situ je ada. Dalam bilik tak de. So aku kena berulang keluar masuk dalam tuh. And lagi 1 lansung tak ber carpet. Untuk budak2 or baby main sangat paranoid aku. Takot jatuh and kena kepala. Heh nauzubillah! 1 lagi hal sejuk gila nak pijak lantai. Sampai ngilu2 kaki aku tido. Dah tua2 ni mana bole sejuk2 nak pijak kan? Kena plak bawak socks ke camne? Heh!

And lagi 1, pintu bilik tak ada safety lock dari dalam. Ada lah yang standard klik tuh. Tapi if staff dari luar bukak pakai excess card, if kita kat dalam ni tengah melepak.. Memang terus terbukak lah. Sepatutnya dorang kena letak 1 engsel dari dalam. Yang org lua lansung tak boleh bukak. Heh.








Stim Room aka Sauna.

Walaupon pool dia ala2 privacy tapi unit kita ni facing orang. LOL. Not so call privacy plak la dah kan? Tapi aku dah siap2 dah dari rumah yang idok la nak berbuka aurat sangat mana pon. Dah boleh agak and tahu cara hotel ni mcmni. Melainkan kita request bilik atas2 sana tuh yang betul2 facing laut semata. Tidak berhadapan dengan mana2 unit lain. Or tempat laluan orang ramai. Tapi dah kata promo. Aku redha and tak la kalut sangat pasal tuh. Aku ok je.


Bilik kami dekat je so tak perlu kan sangat buggy service. Banyak jalan sendiri. 






Roselle Coffee House dimana tempat kita bfast. Memang diberi pujian la. Manusia ramai tapi masih terasa selesa. Macam lengang je waktu aku p dalam pukul 945am macam tuh. Tapi bila ke dalam sikit baru perasan, manusia ramai gila yang datang lebih awal and dah pon makan cuma lepak di table masing di smoking area. Smoking area dia cantik, ada fountain. Tapi penuh sepenuh2nya. Semua tersandar kekenyangan. So kami decide la makan di dalam. Banyak kosong.



Ni korean cuisine ke? Entah. Atas tuh ada kimchi! Ahh not me.


Siap ade sushi. Awwww habis aku keje kan. 


And dimsum yang sedap gils. Memang next day aku kerja kan cukop2! Aha


Smoking area.


Kids Pool.
Ini plak pool untuk in house guest. Walaupon tempat dia macam terkejut tapi ok la. Untuk mata aku ni mcm lansung tak menarik. LOL. Tapi ok lah kan? Atleast ada.


Ini adults punya plak.
Pon kurang menarik dimata ku.




Ini plak activities di hotel. Memang sukar nak ada kekosongan gear2 ni semua. Asal lalu je penuh org duk sewa. Aku sangat terkinja bila tengok double bike tuh. Tapi apakan daya, selalu tak da dah bile kami lalu. Semua org tertarik akan nya. Heh. Ye semua ni berbayar. Berapa tak pasti!

Overall alhamdulillah. Aku sangat menyukainya. Untuk price 400 aku bole datang sekalik lagik mungkin. Tapi kalau lebih dari itu aku rasa over price lah. Sebab nya, tak private mana pon pool dalam bilik tuh. Kalau nak demand lebih byr lebih la plak kan? Tak pulak kuasa ku disitu. Tapi kalau kadar harga lebih kurang harga promo ni aku relakan untuk lepak lagi dan lagi. Sebabnya dengan harga tuh baru rasa berbaloi. Hotel yang selesa, ruang yang besar, service yang cepat, makan yang sedap, staff yang friendly apa lagi nak? Huhuhu tapi harap2 sampai bila2 la uols cam gini yek? Jangan hangat2 tek yam jah. 

Hotel yang besar untuk tampung kita yang ramai ni mesti tertanya2 cemana dengan car park area. YES sebelah hotel ni ada building 4 tingkat khas untuk parking sahaja. Tang tuh aku sangat memuji. Bravo Hibiscus. Idak la org ternanti2 kan? And parking dia walking distance je. Sebelah entrance je. Tak de la macam hotel lagi 1 tuh kita kena naik van resort plak untuk ke parking. And bila peak season berkecai semua manusia. Huhuhu. Perlu ke compare? Sangat perlu lah.


Nah ni PROMO baru untuk korang. Waaaaaaaaaaaa dah mahal. Itu lah, lenkali jom like page gue. So bole share infos terlebih awal, insyaALLAH. https://www.facebook.com/wonderfulretreat

18 May 2015

PNB Darby Park 2015


Assalamualaikum.

Apr2015

Selalu sangat cita sal PNB kan? Tapi tak pe lah. Nak jugak cita. Sebab most of the time duduk sini type of room yang dapat lain2. This time dapat Studio with 2 rooms. Lebih luas, lebih selesa.


Hollah2!




Ini 2nd room yang twin bed. Kalau dapat bawak mak abah siok kan?


2nd room toilet.




Hall.


1st room. 









This is the view from our room. Berangan nak duduk Troika lettew. 


Ben's KLCC

Kan agak dah lama tak kesini. So meluap2 lah nak makan cabonara beliau. 


Nasi ayam yang rasa hainan nya is hainan lah. Sedap2 biasa.


Fish n chips untuk anakanda. Sedap boleh la.


Cabonara yang lansung tak sedap dimana dulu nya sampai termimpi2, sekarang tidak lagi. Walhal tak sedap tapi licin. Itu adalah kewajipan. Tak baik membazir.




Anakanda kami dah besar! Alhamdulillah..

kbye